Tuesday, August 25, 2009

PAS KEKAL DENGAN KEMPEN SERANGAN PERIBADI DI PERMATANG PASIR

PAS berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Permatang Pasir dengan majoriti 4,551 dan kemenangan tersebut merupakan kejayaan pertama Salleh Man setelah gagal enam kali untuk menjadi seorang wakil rakyat. Percubaan kali ketujuh Salleh Man telah memberikan kelebihan moral yang kuat kerana pemimpin-pemimpin besar pakatan rakyat banyak membantu walaupun terpaksa berhempas pulas selama 10 hari, iaitu sejak diumumkan sebagai calon PAS oleh Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang pada petang Jumaat 14 Ogos 2009.
Pada hari penamaan calon, berlaku kekecohan apabila ahli parlimen Bagan Serai, Gobalakrishnan melakukan tindakan provokasi dan menampar polis yang cuba menghalang beliau dari terus mengeluarkan kata-kata kesan menggunakan loud heller. Apabila mendapat arahan daripada Anwar Ibrahim, beliau terus melancarkan serangan bagi memindahkan strategi dan tumpuan orang awam mengenai suasana hari penamaan calon melalui kekecohan yang sengaja dibuat bagi memburukkan imej kerajaan.
Beliau yang cuba ingin menggambarkan bahawa jentera kerajaan digunakan sepenuhnya bagi kepentingan Barisan Nasional. Usaha memburuk-burukkan kerajaan terus dilakukan sepanjang kempen termasuk menuduh kehadiran pasukan polis simpanan (FRU) dan anggota polis membuat pemantauan, keselamatan dan pergerakan lalu lintas dianggap sebagai menyusahkan penduduk atau rakyat.
Tuduhan juga dikatakan oleh PAS bahawa kehadiran polis dan FRU adalah sebagai langkah untuk mempastikan Barisan Nasional berjaya memenangi DUN Permatang Pasir, termasuk menuduh bahawa Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Zahid Hamidi menggunakan tentera untuk berkawal di sepanjang kempen. Walau apa pun tuduhan yang dilakukan terhadap polis, ternyata jika ketiadaan kawalan yang ketat, tentunya lebih banyak pergaduhan akan berlaku disebabkan cara berkempen PAS lebih bersifat menyerang peribadi pemimpin.
Orang pertama yang diserang oleh parti-parti dalam pakatan pembangkang ialah calon Barisan Nasional dengan mengaitkannya lesen guaman yang digantung oleh Majlis Peguam Malaysia. Calon BN kemudiannya didedahkan mempunyai "isteri kedua dan mengabaikannya" setelah berkahwin pada tahun 2005. Rakan kongsi firma guaman calon BN telah digunakan habis-habisan bagi menambahkan lagi imej buruk dan Yusri Isahak berusaha membersihkan namanya yang telah dikambinghitamkan. Manakala Mohamad Ali, iaitu orang yang dikatakan dan mengakui mewalikan pernikahan anaknya Rafizah dengan Rohaizat menuntut penjelasan dan pengakuan daripada menantunya.
Kedua-dua tokoh tersebut telah menggunakan platform PAS untuk menghentam calon BN. Hasil dari penggunaan keduanya, PAS telah berjaya menimbulkan pseudo-image terhadap calon BN sehingga pengundi mempercayainya sebagai satu kebenaran. Keadaan ini ditambahkan lagi dengan ulasan daripada pemimpin UMNO sendiri apabila menyifatkan "ketandusan calon dengan memilih calon yang bermasalah itu" melalui blog Tengku Razaleigh dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Walaupun ada pihak yang cuba menggunakan serangan peribadi terhadap calon PAS apabila mengaitkan beliau dengan pecah amanah wang parti semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh pada tahun 2008, salahguna dana projek sekolah agama pintar PAS dan tindakan undang-undang kerana gagal menjelaskan pinjaman Standard Chartered Bank, tetapi sebagaimana biasa pemimpin-pemimpin besar akan terus menyembunyikanya. Mereka bukan sahaja tidak menjawab, malah menafikan penglibatan calon PAS dengan pelbagai masalah tersebut dengan mengatakan bahawa ia adalah rekaan BN.
Yang lebih menyedihkan ialah apabila malam terakhir kempen, terdapat percubaan oleh pihak-pihak tertentu mengecat sebelah mata pemimpin BN dan calon BN dengan warna hitam. Ia bertujuan untuk menggambarkan bahawa pemimpin-pemimpin BN sentiasa mengamalkan pendekatan "menutup sebelah mata terhadap segala keburukan" dan dikaitkan pula dengan imej zalim. Tindakan tersebut menggambarkan cara berkempen yang tidak beretika telah dilakukan termasuk mendirikan papan tanda menghasut pengundi-pengundi Cina di daerah mengundi Cross Street, satu-satunya kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Cina.
Kelemahan jentera kempen UMNO juga tidak boleh diperkecilkan walaupun sentiasa mengamalkan sikap terbuka, mesra dan mendekati pengundi secara peribadi, personal touch, masalah dalaman UMNO Permatang Pauh masih menyumbangkan faktor kedua terpenting kekalahan BN. Calon pilihan parti Rohaizat menghadapi saingan dengan beberapa nama lagi calon yang disenarai pendek dan mereka tidak dilihat menunjukkan iltizam untuk memenangi calon pilihan parti.
Faktor ketiga kekalahan BN ialah apabila beberapa percanggahan pendapat mengenai keahlian syurga antara pemimpin PAS tidak dieksploitasikan sepenuhnya oleh jentera kempen. Apa yang dilakukan ialah hanya sekadar mengutuk kenyataan Mursyidul Am Pas mengenai "calon ahli syurga", yang tidak banyak menjejaskan kepercayaan pengundi tegar Pas. Ia juga dapat dipatahkan dengan baik apabila Tok Guru Nik Aziz berjaya membuktikan bahawa petikan kata-katanya telah disalah tafsir oleh media berhubung dengan sebutan perkataan "pelastik" dan bukannya "Islam Palestin."
Ekploitasi isu kekecohan Gobalakrishnan, kelemahan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP, krisis dalaman PKR tidak dijadikan bahan kempen secara berterusan meskipun PAS menggunakan setiap inci kelemahan BN dalam setiap kempen mereka, termasuk ulasan-ulasan dalam akhbar mini.UMNO yang turut menggunakan akhbar mini bukan sahaja gagal mengekspolitasi kelemahan PAS tetapi gambaran dan ulasan yang dilakukan tidak begitu jelas.

Monday, August 24, 2009

ROHAIZAT, YUSRI DAN RAFIZAH : TRAGEDI PERMATANG PASIR

Kalau nak disifatkan tragedi yang menimpa Rohaizat dan Rafizah, yang dikatakan telah berkahwin berwalikan ayahnya sendiri Mohamad Ali, 59 sebagai cerita wayang yang melibatkan perkahwinan sulit adalah tidak tepat. Namun yang lebih mendukacitakan ialah, jika benar Mohamad Ali mewalikan pernikahan anak gadisnya, Rafizah deng Rohaizat, sebagai bapa dan bapa mertua beliau tidak seharusnya bertindak secara melampaui norma kekeluargaan.
Mohamad Ali tidak seharusnya menggunakan saluran dan pentas politik untuk menembak pengakuan dari menantunya. Tidak mungkin bapa mertua tidak mengetahui hubungan anak menantunya jika menghadapi masalah, jika beliau merupakan seorang penasihat yang baik. Beliau mungkin boleh cuba mencari jalan hubungan yang harmoni dan bukannya menambahkan kekeruhan antara pasangan yang dikatakan berkahwin pada tahun 2005 di Pekan, Pahang.
Orang tua yang baik dan bersifat penasihat tentu mempunyai cara terbaik agar menantunya tidak dimalukan. Tetapi dengan menjaja "masalah pengakuan menantu tentang perkahwinannya" melalui pentas politik, menyebabkan sebahagian daripada kita bertanya apakah faedahnya?
Mungkin tidak banyak faedah yang boleh dihasilkan, sebaliknya lebih banyak mengundang perbalahan dan kebencian. Bila hati seseorang diserang menggunakan platform politik ganas dan tidak mengenal batasan peribadi, akan pula menyebabkan serang balas yang memalukan berlaku. Apakah antara mereka tidak ada kesalahan yang serius yang sengaja disembunyikan bagi menjaga hati dan perasaan masing-masing?
Dengan menjajakan masalah, seorang bapa mertua bukan sahaja menjadi lebih terkenal malah akan dikutuk sepanjang zaman selagi cerita tersebut diingati oleh orang ramai. Bapa mertua akan dianggap terlalu memerlukan sesuatu malah akan dituduh cuba "mencari keuntungan walaupun terpaksa menggadai perasaan dan hati kecil anaknya sendiri."
Mohamad Ali akan dijulang sebagai seorang bapa mertua yang kurang bermoral kerana cuba menjatuhkan moral menantunya sendiri. Sepatutnya, beliau boleh membaiki kelemahan tersebut dengan cuba menemui Rohaizat selepas menantunya menghadapi saat genting yang diasak oleh calon lawan yang semakin terdesak untuk menang.
Kenapa sebelum Rohaizat dicalonkan bertanding, Mohamad Ali tidak muncul untuk mendesak agar Rohaizat membuat pengakuan. Atau menangguhkan hasratnya, dan melakukan perkara tersebut selepas pertarungan politik itu berakhir?Ramai melihat Mohamad Ali seolah-olah sedang dilanda gelombang psikik politik bawaan PAS yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan boleh mencapai kemenangan, mengamalkan politik ala machievelli.
Kemunculan Yusri Isahak di pentas PAS juga menyebabkan masyarakat terus meberikan tekanan kepada Rohaizat pada mulanya. Tetapi, syukurlah isu isu selesai apabila Yusri mengakui membuat kesilapan dan seolah-olah dipaksa oleh PAS untuk membuat pendedahan. Yusrai mengambil langkah kembali ke pangkal jalan, memohon maaf dan menarik balik setiap kenyataannya kerana telah bercanggah dengan fakta sebenar.
Yusri yang mungkin terganggu emosinya mungkin terlupa bahawa kenyataan balasnya itu boleh membunuh imejnya sendiri. Beberapa pihak mendedahkan kaitan Yusri dengan pembelian sebidang tanah, dan beliau ternyata terlibat dengan urusan jual beli serta transaksi kewangan. Ada bukti tersimpan dan didedahkan maka Yusri tidak lagi boleh menafikannya.
Jika mengakui kesilapan dianggap amat sukar, namun moral yang diperoleh adalah lebih besar. Yusri tidak lagi akan terbelenggu dan menjeruk rasa bersalah yang mendalam, malah akan tenang menghadapinya kerana ramai orang boleh memaafkan kesilapan yang pernah kira lakukan. Bukankah saling memaafkan itu merupakan tuntutan Islam? Tidakkah menyimpan dendam dan prasangka akan membawa kepada "menang jadi arang, kalah jadi abu" tapi akhirnya kedua-dua menjadi korban tragedi pihak tertentu?
Inilah yang sepatutnya kita elakkan selagi kita menyedari bahawa manusia bukanlah makhluk yang tidak pernah melakukan kesilapan. Kita adalah manusia, saling memohon dan memberikan kemaafan bukanlah merupakan kerosakan yang fatal dalam hidup. Ia mungkin boleh dijadikan pusingan balik yang mampu melonjakkan kegemilangan suatu hari nanti setelah kesilapan itu sesama diperbaiki dan diatasi.

Dengan memberi tempoh agar calon BN, Rohaizat Othman mengisytiharkan mempunyai dua orang isteri, termasuk Rafizah , Mohamad Ali Abdullah, 59, memberi tempoh sehingga malam ini merupakan langkah aneh dalam hubungan anak menantu. Mohamad Ali seolah-olah mengugut dengan meminta pertolongan penceramah daripada Pakatan Rakyat menjelaskan kedudukan itu kepada rakyat dengan hasrat yang lain "mengecilkan peluang kemenangan".
Itu bukan cara terbaik, jika ada serangan balas tentunya ada perkara lain yang akan dibangkitkan. Mohamad Ali sebenarnya sedang meludah ke langit, dan akhirnya terpaksa menerima air lirunya sendiri kerana hukum graviti akan melantum jatuh setelah beberapa saat berada di atas. Itu perlu menjadi pertimbangan, jika tidak Mohamad Ali akan menerima aibnya, atau menelan air liurnya sendiri yang telah diludahkan ke langit.
Bijak juga Mohamad Ali bila berkata "takut kepada manusia atau takut kepada Allah." Tetapi sebenarnya, Mohamad Ali sendiri tidak takut kepada Allah kerana tidak mengendahkan larangan mengaibkan orang lain dan tidak menggunakan jalan penuh hikmat mencari kaedah penyelesaian. Mohamad Ali turut terperangkan dan dimalukan oleh perbuatannya sendiri yang semakin mengundang kebencian ramai.
Seharusnya Mohamad mengamalkan apa yang dikatakannya sendiri, "Apabila ada pengaduan (masalah), saya hanya tolong memberi jalan (menyelesaikan masalah) untuk kebaikan mereka. Saya hanya boleh nasihatkan pasangan, itu sahaja." Tetapi kenapa tak buat, malah mendesak dan mengutuk menantunya sendiri?

Sunday, August 23, 2009

PILIHAN RASIONAL PENGUNDI PERMATANG PASIR

Selasa, 25 Ogos merupakan hari pengundian bagi menentukan siapakah yang layak menjadi wakil rakyat Dun Permatang Pasir. Proses berkempen yang berjalan sejak hari penamaan calon pada 17 Ogos lalu menemukan kita dengan beberapa perkara yang menarik dan perlu ditelitikan secara mendalam.
Penelitian sambil lewa atau hanya berdasarkan retorik kempen akan menyebabkan penduduk Permatang Pasir akan terus terbelenggu dengan pelbagai masalah yang tidak dapat diatasi. Kepimpinan PAS yang dilihat sebagai melukut di tepi gantang tidak akan membawa ke mana, kerana dominasi DAP yang hanya bertopengkan gaya kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz sebenarnya tidak berlaku kerana kepentingan masyarakat Cina yang menjadi majoriti penduduk Pulau Pinang perlu diberikan perhatian yang lebih.
Dari segi jumlah penduduk, Melayu hanya berada di sekitar 41.2 peratus, Cina 43.0 peratus, India 10.0 peratus dan lain-lain 5.8 peratus. Ini menunjukkan penduduk Cina merupakan majoriti dan kemenangan politik banyak bergantung kepada sensitiviti pengundi Cina. Itulah menyebabkan DAP menang bergaya berbanding parti yang mewakili orang Melayu. Itulah juga mungkin desakan untuk meletakkan orang Melayu sebagai Ketua Menteri mendapat tentangan hebat daripada pengundi Cina menjadikan satu-satunya negeri milik mutlak kaum Cina di Malaysia.
Berdasarkan suasana ini, falsafah dan ideologi perjuangan PAS dianggap bertentangan kepentingan politik Cina. Maka pilihan raya kecil bagi DUN Permatang Pasir sejak tahun 1999 merupakan kawasan tunggal yang dimenangi oleh PAS di Pulau Pinang, kali ini menjadi desakan kuat parti tersebut untuk mempertahankan.
Atas sifat terdesak itulah PAS ternyata terkeluar dari landasan politik sihat sehingga sanggup menjadikan pengundi sebagai taruhan politik sempit dengan menjanjikan syurga. Ini merupakan fatwa songsang yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS yang perlu direnung oleh pengundi kerana hakikat yang menentukan seseorang itu diterima masuk ke syurga ialah keimanan dan ketakwaan. Berdasarkan timbangan tersebutlah Allah SWT akan menentukan peluang memasuki syurga dan bukannya kerana menyokong parti PAS.
Faktor kedua yang perlu dipertimbangkan oleh pengundi Permatang Pauh ialah bentuk kempen yang dilaksanakan oleh parti-parti yang bertanding. Ini bererti para pengundi perlu memahami apakah yang akan dilaksanakan oleh parti-parti yang bertanding dapat memberikan peluang-peluang meningkatkan kualiti hidup atau di sebaliknya.
Kualiti hidup diukur berdasarkan bentuk kemudahan asas yang disediakan, peluang-peluang pekerjaan, persekitaran yang bersih, layanan perkhidmatan awam, bantuan dan subsidi, kebajikan penduduk dan sebagainya. Jika parti yang bertanding mampu menyediakan keperluan tersebut, ia tentu akan mendapat pilihan yang wajar. Pengundi perlu mengukur atau menilai secara rasional dampak sejarah mengenai kesanggupan parti yang bertanding.
Faktor ketiga, jika menggunakan serangan peribadi sebagai asas memburuk-burukkan seseorang bermakna penyerangnya mempunyai peribadi yang kacau bilau. Akibat peribadinya yang kurang menarik, maka ia cuba mencari salah calon lawan dengan harapan akan menyerah kalah. Keadaan ini sudah berlaku pada peringkat awam di mana pemimpin PAS mendesak agar calon BN menarik diri kerana mempunyai masalah peribadi.
Serangan peribadi yang dilakukan ialah mendiskreditkan peribadi calon berasaskan pergantungan lesen amalan guaman oleh Majlis Peguam Malaysia, mengaitkan dakwaan mengabaikan isteri kedua dan seterusnya menggunakan bekas rakan kongsi bagi menggambarkan keburukan calon.
PAS yang sentiasa menutupi kelemahan calon pilihan mereka turut terperangkap dengan dakwaan tidak jujur menguruskan wang parti, dana projek sekolah agama pintar, tidak melangsaikan sepenuhnya pinjaman bank , mengkhianati rakan-rakan seperniagaan dan terbaru ada kaitan cuba memikat wanita cantik pendandan rambut yang masih mempunyai suami. Setakat ini calon PAS masih belum menafikan tuduhan-tuduhan tersebut secara jelas dan meluas.
Faktor Keempat, calon PAS dianggap sebagai calon yang kurang layak kerana sebanyak 6 kali ditolak oleh pengundi termasuk sebanyak dua kali di DUN Sungai Dua, iaitu kampung halamannya sendiri. Ini bererti sahabat, keluarga dan kenalan tidak merasakan bahawa calon PAS itu sebagai pemimpin yang boleh ditonjol dan diharapkan untuk memimpin.
Calon PAS juga tidak boleh diharapkan untuk memimpin kerana mempunyai masalah dan sering berlaku percanggahan kepentingan semasa menjadi mudir sekolah agama kelolaan PAS. Ada pengundi menyifatkan, jika Naib Presiden PAS memberikan gelaran sinis kepada calon BN sebagai "padi basah", calon PAS seharusnya mendapat gelaran "hampa beras".
Jika padi basah, jualannya masih mendapat harga walaupun murah tetapi "hampa beras" tidak mempunyai nilai sedikit pun. Ia menjadi bahan buangan dan tidak menarik sesiapa pun, kecualilah menjadi tempat bersarangnya aneka haiwan berbisa seperti ular, lipan dan sebagainya. Ia juga boleh merosakkan sistem perparitan jika terus dibiarkan bertaburan diterbang angin dan beburung pun tak sanggup menjengok.
Faktor kelima, kepimpinan pakatan pembangkang (dalam perspektif nasional) merupakan gabungan yang lemah dan bercelaru. Gabungan tersebut masih belum mempunyai landasan perkongsian kuasa yang ampuh dan boleh dipertahankan apabila saling bertentangan ideologi dan tindakan merealisasikan manifesto perjuangan. PAS dengan usaha menguruskan negara melalui perspektif syariat Islam, PKR dengan prinsip "sama rata, sama rasa" dan DAP dengan idealisme menghapuskan kontrak sosial.
Lim Guan Eng mempersoalkan mengenai Dasar Ekonomi Baru yang dilihat cuba mendiskrimasikan bukan Melayu. Melihat Islam sebagai nilai yang bercanggah dan bertentangan dengan idealisme negara sekular manakala PAS terpaksa berdolak-dalik apabila penyokongnya mempersoalkan kewajaran bersama dalam pakatan yang dianggap sebagai "duri dalam daging" manakala PKR sanggup menolak "ketuanan Melayu" dan mendeduktifkan kepelbagaian etnik sebagai realisme politik baru bagi mendapatkan kuasa menjadi Perdana Menteri.
Faktor keenam, tindakan politik pemimpin PKR dianggap kurang mempertahankan orang Melayu-Islam manakala PAS sering mempermainkan Islam dan DAP membakar sentimen orang Melayu-Islam. Cabar mencabar mengenai Melayu-Islam mula menampakkan pertelingkahan yang semakin tajam sehingga menyebabkan perjuangan PKR dilihat sebagai "pengkhianat terbesar orang Melayu", PAS semakin mengelirukan umat Islam dan DAP membakar emosi kebencian apabila membenarkan wakil-wakil rakyat mereka mengkritik Islam secara melulu.
Faktor ketujuh, wakil rakyat PKR bagi parlimen Bagan Serai, Gobalakrishnan semakin terdesak apabila membuat kacau semasa penamaan calon bagi PRK Permatang Pasir. Beliau yang dikatakan mendapat arahan daripada Anwar Ibrahim melalui telefon telah tidak mematuhi larangan polis dan menampar penjawat awam yang sedang bertugas. Ekoran kejadian tersebut, ADUN Lunas mengisytiharkan diri keluar dari PKR dan menjadi calon bebas. PKR bahagian Lunas dan Bagan Serai dibubarkan oleh pendokongnya kerana tidak bersetuju dengan tindakan pemimpin besar PKR yang terlalu inginkan jawatanPerdana Menteri.
Faktor kelapan, Anwar Ibrahim sepanjang PRU 2008 dianggap sebagai ikon politik baru Malaysia dan faktor ketokohannya membantu mengurangkan kuasa majoriti BN di Dewan Rakyat. Tetapi, beliau yang masih terbelenggu dengan kes semburit kedua dengan Saiful Bakhari Azlan, bekas pegawai peribadinya dilihat cuba mencari helah untuk "mendera" dengan memfailkan pelbagai tuntutan teknikal di mahkamah. Sepatutnya kes tersebut mula disebut pada bulan Julai telah ditunda sebanyak empat kali atas keperluan Anwar sendiri manakala ketua peguamnya menarik diri.
Faktor kesembilan, Lim Guan Eng merupakan seorang pemimpin yang amat kerdil jiwanya apabila gagal menyelesaikan tuntutan penduduk Kg. Buah Pala, berpindah ke rumah sewaan dari rumah yang dikhaskan atas alasan takutkan anai-anai dan gangguan musang, membenarkan penggunaan pelbagai bahasa di papan tanda jalan (bertentangan dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan), mengambil tanah seluas 140 ekar untuk membangunkan sebuah universiti dengan kerjasama Universiti Nanyang Singapura, bermuka-muka apabila menggunakan penerbangan ekonomi bagi perjalanan dalam negeri manakala kelas pertama atau bisnes hampir setiap minggu ke Singapura menemui Menteri Mentor, Lee Kuan Yew dan menggesa jambatan kedua Pulau Pinang disegerakan sedangkan sewaktu bapanya berbahas mengenai projek Jambatan Pulau Pinang, ia dianggap sebagai satu pembaziran dan berusaha membangunkan Pulau Betong sebagai destinasi pelancongan antarabangsa bagi memingirkan bumiputera secara halus.
Faktor kesepuluh, pembohongan Yusri Isahak di atas pentas PAS bahawa beliau telah dikambinghitamkan bagi membersih calon BN. Setelah meneliti beberapa surat di antara Koperasi Pekebun Kecil Getak, ternyata Yusri terlibat dengan transaksi pembelian sebidang tanah. Yusri bertindak sebagai saksi bagi perjanjian jual beli yang ditandatangani pada 30 Mei 2000, `penerima surat Koperasi pada 27 Mac 2001 mengenai Faedah Daripada Wang Pertaruhan Berjumlah RM304,000.00 Yang Dipegang oleh Firma Guaman Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang, surat bertarikh 7 Februari 2001, surat menggunakan nombor rujukan STR/YI/MISC/219/2000 bertarikh 7 Jun 2000 mengenai Hartanah Lot 1481, GM1048, MK 10 Daerah Seberang Perai Utara, surat koperasi bertarikh 24 Mac 200 dan 8 Jun 2000, dan surat mewakili firma guaman bertarikh 1 Mac 2000.
Jika mengambil bukti daripada surat-surat tersebut, Yusri jelas berbohong besar apabila mengatakan beliau tidak terlibat dalam urusan pembelian sebidang tanah oleh Koperasi yang dimaksudkan. Mungkin kerana tidak mempunyai semangat setiakawan sejati, Yusri sanggup "makan kawan sendiri." Hujah Yusri perlu ditolak oleh pengundi Permatang Pasir kerana mungkin beliau mempunyai banyak kesalahan, dan ingin menutup kelemahan tersebut dengan menyerang rakannya sendiri. Inilah natijah yang perlu dipertimbangkan dan menjadi persoalan misteri kenapa Yusri sanggup berbuat demikian.

Saturday, August 22, 2009

ADUN LUNAS KELUAR PKR, ANWARLAH PUNCANYA

Tokai menyambut kesejukan pagi minggu ini dengan berita kecil bahawa Adun Lunas dari PKR telah keluar parti dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas. Sekilan itu minda Tokai tersirat pertanyaan, kenapa ye? Ketika ini, Lunas yang hanya dalam jarak sepelaung dengan Permatang Pasir sanggup berbuat demikian? Tentu ada tak kenanya dengan incredible hulk dalam PKR.
Berdasarkan maklumat secara sipi sipi, Tokai tinjaulah di beberapa tempat jelaslah bahawa memang benar Adun Lunas tidak setuju dengan Anwar Ibrahim kerana menjadi dalang -melalui perbualan telefon-- meminta Gobalakrishnan membuat kacau semasa proses penamaan calon. Tujuannya ialah untuk mengalihkan pandangan pengundi mengenai imej polis sehingga begitu buruk sekali. Dan, ini telah dilakukan oleh Gobalakrishnan, ahli parlimeb Bagan Serai.
Daripada rakaman video dan gambar mengenai perlakuan Gobalakrishnan ternyata provokasi yang dibuat adalah keterlaluan. Yang memulakan provokasi ialah Gobalakrishnan, yang menganggap larangan polis supaya tidak memasuki kawasan larangan itu sebagai satu tindakan melampau. Beliau turut mencabar pihak polis yang cuba menyekatnya daripada menggunakan loud healer, dan menampar pihak polis yang mengawal gelagatnya.
Beberapa kali dibuatnya, maka anggota polis yang lain cuba menyekat dan mengambil tindakan terhadap Gobalakrishnan. Beliau yang sudah naik syeih, dengan emosi yang marah membantah dan menyebabkan ia terjatuh. Dia terus membuat tuduhan bahawa polis menendanga dan sebagainya sehingga "luka dalaman" seperti yang didakwa oleh Mohamad Sabu. Benarkah?



Go-bala-keris-nan buat auta lagi. Buat gempar di Hospital kononnya polis telah belasah dia hingga terpaksa menjalani pembedahan. Gempaq sekali sehinggalah polis terpaksa menggari beliau. Hasil pemeriksaan doktor, tidaklah menunjukkan beliau diterajang dan hanya mengalami lebam-lebam oleh tangannya sendiri, momentum yang tersekat apabila tertahan oleh sekatan pukulan pihak polis. Auta sungguh dia, sepertilah tok gurunya sendiri yang merupakan pengarah terhandal sandiwara politik abad 21 itu.
MUngkin itulah yang menyebabkan Adun Lunas memikirkan kembali kedudukannya, sehingga sanggup keluar dan membubarkan PKR Bahagian Lunas. Kita tunggulah apakah akan berlaku berikutnya, kerana Tok Chai Anwar masih menggelupur kerana ramai juga penyokongnya mula tidak mahu keluar mengundi bagi menyokong calon PAS di Permatang Pasir.
Harap-harap nanti adalah beberapa buah ambulan yang mengiringi Tok Chai Nuarr, akan pengsan begitu sehingga semula tembelangnya terdedah dan menjadi kenyataan sebagai bobrok terulung dekad pertama abad ke 21 ini.

Friday, August 21, 2009

KU LI SEMAKIN KEHILANGAN ARAH

Nampaknya komen Ku Li mengenai calon BN di Permatang Pasir bukan sahaja menyebabkan PAS semakin luas lubang hidung kerana orang dalam UMNO sendiri memberikan bola tanggung. Dalam permainan badminton, seseorang yang memberikan bola tanggung bukan sahaja akan menghadapi servis yang tajam malah memungkinkan dirinya tersungkur jatuh.
Dalam hal ini ulasan peribadi Ku Li bukan sahaja dianggap pendapat peribadinya yang tidak cerdik malah boleh menyebabkan ada pihak melihatnya sebagai seorang yang sudah ketandusan idealisme perjuangan. Ku Li kalau cuba menyalak bukit pun, bukit tidak lagi akan runtuh kerana masa garangnya sudah lama berlalu.
Jika menggunakan cara ini untuk kembali menunjukkan pengaruh, Ku Li harus melupakan hajatnya kerana beliau bukan sahaja kurang diterima oleh keseluruhan ahli UMNO, ia turut sedang menuruni selekoh politik yang paling berbahaya. Simpang maut politiknya sedang menghampiri dirinya, kecualilah di Gua Musang masih mendapat tempat, lain-lain ternyata orang sudah melupakan siapakah beliau sebenarnya.
Tokai sendiri pun tidak faham apakah yang mendorongkan beliau bercakap dalam bahasa yang janggal dan kurang enak itu. Apakah beliau tidak sedar bahwa keputusan pemilihan tersebut bukan keputusan yang dibuat secara melulu. Ia sudah menjalani proses tapisan yang panjang dan diselidiki sepenuhnya. Cuma yang menjadi masalah ialah Majlis Peguam Malaysia yang tidak mahu memberikan "keampunan" kepada Rohaizat kerana ramai sudah faham. Golongan yang menguasai Majlis Peguam Malaysia ialah mereka yang semakin menampakkan sokongan terhadap pakatan pembangkang.
Mereka yang berada dalam Majlis Peguam Malaysia paling kuat menentang statusquo yang cuba dipertahankan oleh UMNO. Mereka menggunakan prinsip hak asasi sebagai mauduk lantang mengkritik setiap langkah yang dibuat oleh kerajaan. Mereka yakin dengan cara itulah akhirnya matlamat dan perjuangan untuk meruntuhkan statusquo negara akan menjadi kenyataan dan memberikan keuntungan sebahagian daripada mereka.
Tengku perlu sedar bahawa sekarang banyak pihak mengggunakan kedudukan dan kuasa yang ada, tetapi apabila kekuasaan tidak menyebelahi kita, kita akan dilantum dan disepak seperti permainan futsal. Tak payahlah Tengku mengeluarkan kenyataan seperti bola tanggung begitu, seharusnya Tengku perlu juga turun ke Permatang Pasir membantu calon BN kerana masih dihormati sebagai "putera raja berjiwa rakyat." Jangan nanti imej itu tercalar baru Tengku ingin mengutip kembali puing-puing keyakinan yang hilang itu. Pada masa itu, air mat darah sekalipun tidak mampu lagi mengubati nasib orang Melayu yang sedang dipinggirkan secara halus oleh pakatan pembangkang di Pulau Pinang.
Tokai sudah lama merasakannya, kerana sudah lama merasai kepedihan hidup dalam kepimpinan bukan Melayu di Pulau Pinang. Tengku mungkin tidak merasakan apa-apa kerana berada dalam lingkaran istana dan tidak menghadapi masalah mendapatkan rumah untuk membina kehidupan bekeluarga, membesarkan anak-anak dalam situasi ekonomi yang memcekik poket kerana Tengku memangnya mewarisi kekayaan yang banyak. Ada pihak menganggarkan kekayaan Tengku boleh menyara perbelanjaan selama tujuh keturunan.
Tengku jangan kehilangan arah.Kembalilah melihat kompas politik negara dengan penuh semangat dan nafas perjuangan meletakkan kembali kedudukan "ketuanan Melayu-Islam."

BN PADI BASAH, CALON PAS PADI HAMPA

PETANG tadi Tokai sempat mengunjungi pekan kecil Sama Gagah. Sesampainya di sana, Tokai teringat arwah pak menakan yang telah meninggal lebih 10 tahun lalu. Sempat juga menziarahi kubur pak long itu sekadar membaca al-Fatihah.

Selepas meninggalkan tanah perkuburan tersebut, Tokai teringat dengan sindiran pak long yang mengatakan bahawa memangnya penduduk Sama Gagah tidaklah sekuat mana kerana mereka banyak sangat termakan pembohongan pemimpin. Kebetulan waktu itu, arwah Pak Long bekas penyokong kuat PAS dan sering berkhutbah bahawa kepimpinan PAS berusaha untuk menjadikan Islam sebagai landasan pengurusan negara.
Tokai setuju dengan khutbahnya pada waktu itu kerana tidak mahu terjadinya konflik. Tokai menghormatinya sebagai pak menakan, walaupun hubungan tersebut hanyalah sekadar hubungan perkahwinan, iaitu berkahwin dengan anak menakannya. Mungkin kerana dia faham bahawa Tokai pernah membesar dan mengalami pengalaman yang luas mengenai cara PAS mengindoktrinasikan pemikiran rakyat, kebetulannya Tokai berasal dari Kelantan.
Tetapi ketika berhadapan dengan pilihan raya, PAS dilihat semakin terdesak. Bagi menghadapi pilihan raya umum pada tahun 1964, PAS yang tidak mempunyai struktur pentadbiran dan pengurusan kempen baik, mula mengubah strategi. Ketika itu, pemimpin-pemimpin PAS Kelantan mula menjajakan bahawa "berbaik dengan bukan Islam, iaitu orang Cina adalah kafir. Orang kafir tidak akan masuk syurga".
Memanglah benar, orang kafir tidak akan masuk syurga kalau diukur dalam agama Islam. Tujuan pemimpin PAS berbuat demikian kerana takut tidak akan mendapat sokongan orang Melayu dan hal sama mula kedengaran sekali lagi apabila menghadapi pilihan raya seterusnya pada tahun 1969.
Selepas keluar daripada BN pada tahun 1977, Nik Aziz yang tidak menyetujui gaya kepimpinan Asri semakin ghairah memproklmasikan slogan, UMNO bukanlah sebuah parti Islam. Slogan ini kemudiannya diteruskan lebih agresif oleh Haji Hadi Awang pada awal tahun 1980-an dengan menambahkan perjuangan menentang orang kafir (maksudnya bukan Islam) adalah satu perjuangan jihad.
Maka bermulalah era pergaduhan sesama Islam, sembahyang dua imam, perebutan masjid, menghalalkan perceraian pasnagan yang berlainan fahaman politik dan membunuh orang UMNO. Bertindak dengan matlamat membina sebuah negara Islam yang mengamalkan undang-undang Islam, PAS menampakkan sedikit kejayaan apabila berjaya mengekalkan kuasa politik di Kelantan dan seterusnya memerintah Terengganu pada tahun 1999.
Walau bagaimanapun PAS tewas di Terengganu pada tahun 2004 dan berjaya mengekalkan kuasa politik di Kelantan. Pada tahun 1959, kepimpinan PAS pernah menolak gagasan negara Islam dan kemudiannya kerana menyedari arus kebangkitan Islam semakin kuat kesan Revolusi Iran pada tahun 1979, PAS mula memasukkan pembinaan negara Islam sebagai asas perjuangannya. Kerana itulah apabila Tun Dr. Mahathir memperkenalkan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran, Haji Hadi terus menyerang bahawa ia adalah "Islam kulit" dan mengamalkan budaya taghut.
Apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi memulakan slogan kepimpinan"bekerja bersama-sama saya", kedudukan PAS turut terancam pada tahun 2004. Kerajaan Kelantan disifatkan sebagai berada di hujung tanduk dengan hanya memiliki kelebihan 3 kerusi: BN 21 kerusi dan PAS 24. Atas kesedaran dan pengalaman ketika bergabung dengan Semangat '46, PAS memang memerlukan regu politiknya jika ingin mendapat kedudukan yang baik.
Maka pada tahun 2008 mula menjalin hubungan melalui Barisan Alternatif dengan beberapa parti pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum ke-12. Hasilnya, PAS bukan sahaja mampu mengekalkan kedudukan kuasa yang lebih kuat di Kelantan, malah mendapat kuasa menerajui Kedah. Kedudukan BN di Kelantan menjadi semakin runcing sehingga menjadikannya sebagai pembangkang yang kecil, iaitu 6 kerusi.
Percubaan mendapatkan kerusi Manek Urai melalui pilihan raya kecil telah menyebabkan PAS semakin tertekan apabila hanya mampu mempertahankannya dengan kemenangan 65 undi. Oleh kerana tekanan tersebut, Menteri Besar Kelantan mula menggunakan pelbagai psikologi songsang dan menakutkan pengundi termasuk menuduh UMNO menyebarkan ajaran sesat seperti Ayah Pin dan komunis Chin Peng.


Nik Aziz turut menuduh menggunakan penentuan syurga hanya untuk penyokong PAS. Pendekatan tersebut telah digunakan secara meluas dan meluatnya di Permatang Pasir sehingga menganggap "Islam yang dibawa oleh UMNO adalah Islam palsu, Islam plastik. Islam palsu tidak membawa ke syurga." Maka ramailah cerdik pandai dan masyarakat mula bosan dengan gagasan tersebut kerana menganggap bahawa Nik Azizlah yang boleh menentukan kedudukan seseorang itu sama ada ke syurga atau neraka.
Setelah menerima kutukan hebat, Nik Aziz turut mencabar ulasan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengatakan tidak sepatutnya beliau berbuat demikian. Persoalan syurga dan neraka adalah hah mutlak Allah SWT dan bukannya hak manusia. Oleh itu, Nik Aziz perlu bertaubat kerana telah mengelirukan orang Islam dengan menghukum mereka yang menyokong UMNO sebagai "tidak akan masuk ke syurga."
Setelah isu itu memakan strategi kempen PAS di Permatang Pasir, PAS mengubah haluan dengan menyerang peribadi calon walaupun pada awalnya Nik Aziz memberikan jaminan bahawa tidak akan menggunakannya. Calon BN telah dituduh sebagai pecah amanah berhubung pembelian sebidang tanah dan memperbesar-besarkan isu pergantungan lesen guamannya.
Walau bagaimanapun, isu tersebut nampaknya memakan penembaknya apabila pembeli telah menunjukkan bukti bahawa ianya telah selesai dan menarik balik kes tersebut setelah calon BN membayar keseluruhan baki wang tersebut. Calon PAS semakin terhimpit apabila ada pihak mula menunjukkan salah laku yang melibatkan pecah amanah terhadap dana kempen bagi Permatang Pauh, dana projek sekolah agama pintar PAS dan tindakan undang-undang apabila gagal membayar baki pinjaman dari Standard Chartered Bank.
Apa yang lebih menarik ialah apabila Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub menyifatkan calon BN sebagai "padi basah", tetapi pengundi muda di Permatang Pasir yang kurang senang dengan calon PAS menyifatkan Salleh Man sebagai "padi hampa." Bagi sesetengah mereka jika padi basah dijual, ia masih tetap mempunyai harga walaupun lebih murah.
"Tetapi padi hampa, tidak mempunyai nilai sesen pun. Tidak ada pihak yang ingin membelinya", dengan membandingkan bahawa calon PAS itu telah 6 kali ditolak oleh pengundi. Kemasukannya sebagai calon di Permatang Pasir merupakan percubaan kali ketujuh. Setelah enam kali ditolak, termasuk dua kali tidak diterima oleh pengundi kawasan kelahirannya sendiri, bermakna PAS telah memilih hampa untuk mempertahankan legasinya.
Pengundi turut membangkitkan bahawa calon PAS juga tidak mesra dan mempunyai masalah dengan rakan-rakan perniagaannya. Masyarakat kampongnya sendiri tidak dapat menerima beliau, "mana mungkin akan diterima oleh pengundi Permatang Pasir" yang bukan muasalnya. PAS sebenarnya telah membuat kesilapan besar memilih Salleh Man, kerana dia bukanlah pemimpin terbaik untuk dipilih sebagai wakil rakyat Permatang Pasir.
Tidak kurang juga yang menyifatkan pemilihan calon PAS saperti daun karipole (daun kari). Memang perlu untuk masakkan kari, tetapi apabila kari siap sedia untuk dimakan, daunnya dibuang ketepi. Tidak dikunyah sepertimana bendi atau terung yang dimasukkan bersama.
Daun kari akan dibuang, tetapi bendi dan terung menjadi penyedap yang boleh di makan. Daun kari hanya sekadar mengambil bau. Buat apa hanya memilih bau, sedangkan yang amat diperlukan ialah seorang wakil rakyat yang mampu memberikan perhatian kepada rakyat dan bukannya hanya pandai berjanji seperti menjanjikan syurga walhal dia sendiripun belum tentu dapat masuk syurga.

YUSRI MENGKHIANATI RAKAN KONGSI

YUSRI ISHAK yang tampil membuat pengakuan setelah kononnya dikambinghitamkan dalam kes calon BN, Rohaizat Othman mengenai pembatalan lesen guaman, sebenarnya terlibat dalam urusan pembelian tanah. Berdasarkan surat perjanjian jual beli sekeping tanah, Yusri turut menandatangani dokumen itu bagi pihak firma guaman yang dilantik. Tandatangan dan cop nama beliau jelas tertera, maka berbohonglah Yusri kononnya tidak terlibat.


Berikut ialah petikan tulisan dalam Malaysiakini:

Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad mencadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tersebut.

Yusri dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat syarat perjanjian jual beli. Setelah semua dipersetujui Yusri telah menyediakan perjanjian jual beli tanah tersebut.

Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.

Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak disempurnakan.

Dalam pada itu, koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangan satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi. Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akuan firma.

Sementara itu, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasabaik firma (guaman) untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.

Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan (tersebut) untuk menyempurnakan jualbeli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.

Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.

Malangnya, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.

Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.

Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.

Saya tidak lagi memantau akaun-akaun pelanggan di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.

Berdasarkan tulisan tersebut, adalah jelas bahawa Yusri memang terlibat tetapi kerana mungkin menghadapi masalah peribadi dengan Rohaizat, Yusri berhenti daripada firma guaman. Kenapa, berhenti. Mungkin itu adalah sebahagian daripada mesteri yang perlu dirungkaikan .

Firma guaman yang diterjaui oleh Yusri menggunakan sebahagian modal dari pejabat Butterworth, jadi secara tidak langsung Yusri sekali lagi terlibat dalam urusan yang berkaitan dengan wang kepunyaan Koperasi tersebut.

Jadi, tak perlulah Yusri menafikannya lagi. Yusri memangnya terlibat. Cuma Rohaizat telah memohon untuk diberisihkan namanya, telah membayar wang yang sepatutnya kepada Koperasi. Koperasi sudah pun mengeluarkan surat meminta supaya Rohaizat dilepaskan daripada tindakan disiplin oleh Majlis Peguam Malaysia.

Thursday, August 20, 2009

SYURGA DAN NERAKA MILIK SIAPA?


Oleh DATO’ DR ISMAIL IBRAHIM

Telah beberapa kali berlaku pertembungan di antara ulama kita dalam bentuk yang tidak sihat pada fikiran saya. Terbaru ialah pertembungan di antara Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (DNAA) Mursyidul Am PAS dengan Tan Sri Harussani Zakaria (TSHZ) Mufti Negeri Perak tentang siapakah di antara orang Islam yang akan masuk syurga. Kedua-dua tokoh ulama ini mengemukakan pandangan yang berbeza-beza tentang siapakah yang akan masuk syurga.

Kalau betul laporan dua buah akhbar utama berbahasa Melayu dan sebuah akhbar utama berbahasa Inggeris yang terbit pada hari Selasa 18 Ogos 2009, DNAA mengeluarkan pendapatnya berdasarkan keanggotaan parti politik untuk menentukan siapakah di antara orang Islam di negara kita yang akan masuk syurga.

Berita Harian melaporkan DNAA sebagai berkata: “Ada perbezaan antara Islam di bawa PAS, berbanding Islam dibawa UMNO kerana Islam mereka (UMNO) tidak membawa ke mana-mana dan tidak membolehkan seseorang itu masuk syurga.” Utusan Malaysia pula melaporkan kenyataan DNAA itu seperti berikut: “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga…”

Utusan Malaysia pada hari yang sama juga memuatkan kenyataan TSHZ tentang hal yang itu, iaitu yang berbunyi “Syurga itu hak Allah, malah belum tentu lagi mereka yang sembahyang diterima (pahalanya) sebab kena tengok dulu sembahyangnya betul atau tidak. Apatah lagi jika ada dakwaan kata masuk parti ini baru dijanjikan syurga, itu lagi tidak betul, jangan kita mendahului Tuhan.”

Saya rasa kedua-dua pandangan daripada dua orang ulama ini merupakan hukum atau fatwa yang amat bercanggah sama sekali, iaitu kenyataan DNAA mengatakan bahawa Islam UMNO tidak membolehkan seseorang itu masuk syurga, sedangkan TSHZ membuat kesimpulannya sendiri bahawa DNAA dengan menafikan syurga kepada Islam UMNO, maka seolah-olah Islam PAS sahaja yang membawa orang ke syurga, iaitu dilihat dari sudut logik kenyataan DNAA itu, atau dalam ilmu mantiq dari segi mafhum, dan mafhum mukhalafahnya.

Orang awam akan merasa keliru dengan fatwa atau pandangan dua orang ulama ini, betulkah Islam UMNO tidak membawa seseorang itu ke syurga? Dan Islam PAS sahaja yang membawa orang ke syurga? Apakah agama Islam itu terbahagi kepada dua, iaitu Islam UMNO dan Islam PAS? Malah dari sudut yang lain pula orang awam akan tertanya-tanya: bagaimanakah pula dengan Islam PKR dan Islam DAP serta Islam parti-parti politik yang lain pula, kalau pun hendak dibahagi-bahagikan Islam itu menurut parti politik, ke manakah pula mereka?

Di Malaysia hanya ada dua buah parti terbesar yang boleh dinamakan parti Melayu, iaitu PAS dan UMNO. Kedua-duanya dianggotai oleh orang Melayu, PAS mungkin seratus peratus Islam, dan UMNO majoriti terbesarnya adalah Islam.

Sekali lagi, persoalan akan timbul dalam hal ini, bagaimanakah pula kedudukan orang Islam yang menyertai parti lain seperti PKR atau DAP umpamanya? Adakah mereka ke syurga, atau sebaliknya? Saya percaya bahawa dalam hal ini para ulama akan menjawab bahawa masuk syurga atau tidak bagi orang Islam itu adalah berdasarkan amalan individu itu sendiri, bukan berdasarkan kepada keahliannya di dalam mana-mana parti politik yang tertentu. Di sinilah akan timbul kekeliruan di kalangan masyarakat awam orang Islam, iaitu kenapakah ketika menghukum orang Islam sama ada masuk syurga atau tidak bagi orang Islam lain adalah berdasarkan keanggotaan UMNO atau PAS? Apakah istimewanya PAS dan UMNO dalam konteks ini?

Masyarakat Islam juga tidak faham perbezaan antara kenyataan politik dengan kenyataan agama, apabila kenyataan atau pandangan yang berbentuk fatwa itu dikeluarkan oleh ulama yang terkemuka. Mereka menganggap bahawa semua yang keluar daripada ulama itu adalah fatwa, tidak kiralah sama ada ulama itu ketua parti politik atau mufti dan ulama yang lain. Hal ini membuka ruang untuk perpecahan umat Islam, dan yang mungkin membawa kepada pertentangan kefahaman bagi sesuatu hukum agama, khususnya yang berhubung dengan nasib mereka pada hari akhirat nanti, sama ada ke syurga atau ke neraka.

Oleh itu saya rasa, pertembungan yang melibatkan hukum atau fatwa ini mestilah dihentikan sama sekali, kerana ulama adalah orang berilmu, pewaris Nabi, dan mempunyai kedudukan yang dihormati di dalam masyarakat kita, mereka seharusnya beramanah terhadap pengetahuan dan ilmunya yang betul walau di mana sekalipun mereka berada, dan mereka seharusnya menjadi tumang umat Islam sebagai penyatu, bukan pemecah ummah.

Saya ingin juga melihat polemik dan perbincangan yang sihat dan berhikmah oleh para ulama, Persatuan Ulama, ahli akademik dan NGO Islam umumnya ketika terdapat kenyataan-kenyataan begini, sama ada berbentuk politik, ajaran sesat, dan sebagainya.

Saya faham, ramai ulama yang tidak mahu turut serta di dalam pertembungan ini, kerana “tidak mahu masuk campur urusan politik”, “tidak mahu dituduh ulama politik” atau “ “tidak mahu melawan arus”, dan sebagainya. Tetapi bagi ulama yang ikhlas dan amanah, dia seharusnya berani mengeluarkan pandangan secara jujur tentang apa saja isu, termasuk isu politik, apa lagi yang berbentuk fanatik melulu dan partisan yang memecahbelahkan masyarakat umat Islam.
islamhadhari.net

CALON PAS " SAL TAK LEH MAN"?


Bagaikan tak percaya Tokai apabila ada orang bercakap bahawa Salleh Man sebagai "Sal, tak leh man" yang membawa maksud, Salleh Orang Yang Tidak Boleh dipercayai". Tokai memang tak kenal dia secara peribadi, tapi hanya kenal melalui kenyataan-kenyataan beliau semasa mengepalai PAS Pulau Pinang setelah Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia pada akhir Julai lalu .

Malam tadi, ketika berceramah di Bukit Indera Muda dalam suasana yang kurang lancar beliau berhasrat untuk meneruskan perjuangan bekas wakil rakyat yang belum tercapai. Cantik bunyinya, tetapi apabila menyatakan "setakat ini masih belum jumpa kesalahan saya" menyebabkan Tokai bertanya bersendirian. Apakah Salleh memangnya orang jujur, tawaduk dan istiqamah seperti disifatkan oleh Mohamad Sabu di hadapan khalayak kira-kira 400 orang terdiri daripada kanak-kanak dan bukan pengundi Permatang Pasir.

Dalam berseronok Mohamad Sabu berjenaka, mungkin dia lupa bahawa mereka yang telah mati pun sama-sama mendengar ceramah bodoh itu. Tetapi, yang telah mati itu kalau boleh bercakap akan bertanya kepada Mohamad Sabu, buat apa nak menipu di hadapan pusara yang jumlahnya lebih ramai dari khalayak yang masih hidup mendengar.

Tokai hampir setengah hari berjalan di beberapa tempat dan terdengar suara-suara yang turut memberikan gambaran bahawa calon PAS juga tidak boleh diharapkan. Mendengarkan kenyataan tersebut, Tokai memasang telinga seluas-luasnya tanpa banyak soal.

Salleh Man dikatakan telah menggunakan wang parti sebanyak RM 60,000 semasa kempen PRK Permatang Pauh setahun lalu. Tidak siapa mengetahui wang parti itu digunakan untuk apa, tetapi PAS seakan-akan mahu menyembunyikannya di bawah karpet. Dr. Mujahid dan beberapa orang rasa tidak puas hati, dan khabarnya satu laporan polis mengenai kesalahan menggelapkan wang parti itu telah dibuat.

Salleh Man juga dianggap tidak jujur apabila menggunakan kakitangan di sebuah sekolah agama yang dipimpinnya bagi mengurus dan menjalankan kerja-kerja syarikat kepunyaannya. Salah guna kuasa itu dilakukan bagi mengurangkan kos pengendalian syarikat, kerana syarikat milik Salleh Man tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan membayar gaji. Apa-apa keuntungan dan pendapatan yang diperolehi syarikat menjadi milik beliau seorang, kerana gaji kakitangan dibayar atau ditenggekkan melalui akaun sekolah agama.


Salleh Man juga diberitakan sedang menghadapi masalah dengan Standard Chartered Bank kerana tidak membayar hutang. Pinjamannya dengan bank tersebut sudah berapa lama tidak dibayar dan sedang dalam proses tindakan undang-undang. Kesnya sudah berada di tangan peguam.

Kalaulah benar cerita ini, maka bolehlah Tokai membuat kesimpulan bahawa calon PAS bukannya tidak mempunyai kesalahan. Calon PAS adalah calon yang bermasalah, dan Tokai sedang berusaha mendapatkan bukti-bukti agar "kalau ada asap mesti ada api." Tokai nak ucap tahniah kenapa Mohamad Sabu kerana telah banyak benar berbohong dan kepada Salleh Man, tak payahlah nak mengatakan diri sendiri lebih baik daripada orang lain. Janganlah mencabar, kerana mencabar orang lain akan menyebabkan orang lebih berusaha mencari bukti.

Salleh yang pernah tewas bertanding sebanyak 6 kali, kali ini masuk tujuh kali nampaknya sudah lama memasang angan-angan nak jadi wakil rakyat. Salleh juga nak tumpang begaya dengan bushjacket sepertimana Mohamad Sabu pakai ketika ditangkap basah dengan Norma di Kota Bahru suatu masa dulu.

Salleh juga tidak laku di kampong halamannya sendiri. Orang kampong beliau tidak berkenan dengan lagak Salleh yang sombong dan Tokai yang berada hanya dalam jarak tidak sampai dua kaki dengan beliau memerhati, apakah calon PAS itu akan menghulurkan tangan untuk bersalaman sepanjang jalan menuju ke khemah penceramah.

Dengan selamba Tokai dan kawan-kawan memandang, tetapi beliau hanya bersalaman dengan orang yang menyambutnya. Inilah watak Salleh Man, bukan sahaja tidak mesra pada musim berkempen, tentunya bila jadi wakil rakyat, lebih sombong lagi. Sebab itu orang kampongnya tidak boleh menerima beliau sebagai wakil rakyat dan banyak kali kalah di banyak tempat walaupun dalam Pulau Pinang sendiri.

Kalaulah itu benar, maka betullah tanggapan yang Tokai dengar tu, "Sal Tak Leh Man", bila tidak ada kuasa, memang benar jujur dan berjuang untuk agama, tapi apabila mempunyai sedikit kedudukan dan kuasa, kejujuran sudah diketepikan, maka........

berkatalah parpukari dalam komennya mengenai blog chedet mengenai Kasitah Gadam:

"Sungguh tidak disangka! itulah yang boleh saya sebutkan selepas saya menerima satu sms dari seorang journalist yang pernah bekerjasama dengan PAS dan mengetahui tentang cerita dalaman PAS!

Anda nak tahu sms ini berkenaan apa? Begini, dalam sms tersebut ada menyatakan yang calon PAS iaitu saudara Salleh Man pernah menyapu duit sebanyak RM 60 ribu semasa pilihanraya di Permatang Pauh tempohari. Perkara ini juga diketahui oleh Yusuf Rawa (Mujahid Yusuf Rawa) dan bekas Pesuruhjaya PAS Penang, Zulkifli Lazim.

Bukan setakat itu sahaja, dia juga dikatakan pernah menggelapkan duit dari projek sekolah pintar PAS dan memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun syarikatnya sendiri, bagaimana dia melakukannya masih terus menjadi misteri hingga ke hari ini.

Kepada pihak PAS, cerita-cerita ini sedang tersebar di kalangan ahlul-ahlul PAS, tetapi seperti biasa PAS akan menafikan kisah sebegini, namun kali ini penafian sahaja tidak cukup, apa kata calon PAS pun membuat penjelasan sepertimana yang telah dibuat oleh saudara Rohaizat!

Walaupun syurga milik PAS, tetapi bilamana cerita seperti ini tersebar, rakyat berhak untuk mengetahui perkara sebenar, ini adalah satu tuduhan yang serius, kalau tidak ada angin masakan p0kok bergoyang bukan?

Saya harap BAR Council dan Harris Ibrahim boleh membantu untuk menerangkan kepada rakyat mengenai isu ini, ini sudah kira isu pecah amanah ni, kami rakyat marhaen inginkan kepastian, Ingat, sekadar menafikan sudah tidak boleh diterima lagi! Buktikan!"

Wednesday, August 19, 2009

MAT SABU MELAWAK DEPAN KUBUR CINA

Tokai sempat mendengar ceramah Mat Sabu dalam kempen PAS bagi PRK Permatang Pasir di Bukit Indera Muda. Ceramahnya penuh dengan lawak jenaka, tetapi bagi Tokai lawak jenaka Mat Sabu kali ini tidaklah menyengat kerana mungkin tidak bersemangat atau naik syeh, maklumlah tidaklah begitu ramai yang hadir. Masih terlalu banyak ruang-ruang kosong di tengah padang dan corong pembesar suara ditalakan ke arah sebuah bukit kekal abadi, tanah perkuburan Cina.

Agaknya penghuni pusara itu mungkin turut benci dengan lawak bodoh Mat Sabu yang hanya membuat dakwaan terhadap hegemoni politik Melayu yang dikuasai oleh UMNO. Bagi Mat Sabu, selagi hagemoni politik yang berasaskan kaum ini tidak dipecahkan, Malaysia tidak akan selamat kerana Malaysia mengamalkan sistem pentadbiran yang tidak bertamadun.

Disambut dengan jawapan terpaksa bersetuju atau mengiyakan pertanyaan, Mat Sabu terus berseloroh bodoh mengalahkan Mr. Beans. Mujurlah penghuni pusara itu tidak diberikan peluang untuk bangkit, jika tidak tentunya Mat Sabu akan ditempelak dengan teruknya sehingga menanggalkan gigi yang tinggal sebatang.

Mat Sabu mengibaratkan kedudukan Pas di Pulau Pinang sama seperti "mempunyai sebatang gigi. Jika Pas kalah di Permatang Pasir bererti tiadalah lagi gigi untuk mengunyah. Bila ingin memakan makanan tertentu, terpaksalah menelan air liur kerana tidak lagi berupaya, gigi tiada."

Lawak tersebut bagi menggambarkan betapa kedudukan PAS sebagai melukut. Maka dengan kemenangan yang dijangka sebanyak lebih 6,000 undi akan meyakinkan bahawa PAS akan terus menjadi parti yang kuat dan dapat mengambil kedudukan UMNO sekarang. Kedudukan kerusi sekarang ialah DAP 19, PKR 9 manakala UMNO 11. 1 kerusi sedang menunggu keputusan padaa 25 Ogos 2009 dan calon PAS, pernah 6 kali tewas dalam pertandingan di beberapa kawasan.

Menurut Mat Sabu, calon PAS adalah seorang yang tawaduk dan istiqamah, sentiasa tersenyum walaupun banyak kali tewas berbanding denga calon UMNO yang disifatkan "tidak layak menjadi wakil rakyat kerana telah diberikan kad merah oleh Majlis Peguam Malaysia." Tentunya penghuni pusara itu kalau boleh bangkit akan terajang Mat Sabu kerana cuba membuktikan bahawa kubu kuat PAS tidak akan turut dipusarakan di situ.

Sebelum itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang menang secara khunsa di Penanti bercakap mengenai usaha kerajaan pakatan dalam melaksanakan pentadbiran negeri dan membaiki kedudukan orang Melayu. Mansor yang tergagap-gagap cuba menjual burung terbang dengan menjelaskan bahawa akan dilancarkan sistem mikrokredit bagi membantu peniaga kecil yang dianggapkan 70 peratus mempunyai kaitan dengan ahlong. Ramai telah dibohongi oleh Mansor mengenai peratusan itu kerana tidak didedahkan berapakah jumlah sebenarnya peniaga kecil yang terlibat dengan ahlong.

Mansor juga mengatakan kerajaan pakatan telah berjaya menjimatkan perbelanjaan negeri sebanyak RM 36 juta dalam tempoh 16 bulan menguruskan negeri Pulau Pinang. Penjimatan tersebut akan digunakan untuk membantu peniaga kecil, membina rumah rakyat dan membantu menghapuskan kemiskinan tegar, termasuk warga emas. Warga emas akan diberikan bantuan sebanyak RM 100 mulai September ini sebagai sumbangan kerajaan negeri.

RM 100 tidaklah sepadan dengan janji semasa pilihan raya umum lalu, terlalu kecil dan tidak mencukupi. Tapi mendengarkan ada duit maka masing-masing memasang telinga apabila Mansor mengatakan "kerajaan negeri lebih rela menjadi muflis kerana membantu golongan miskin daripada muflis masuk poket."

Guan Eng dan EXCO berjimat dengan menggunakan tiket penerbangan kelas ekonomi bagi melaksanakan perjalanan dalam negeri. Mat Sabu sebenarnya cuba berbohong, Lim Guan Eng yang hampir setiap minggu ke Singapura telah menggunakan tiket penerbangan kelas pertama. Penjimatan kelas ekonomi untuk perjalanan dalam negeri tidaklah banyak mana pun, tetapi kenapa tidak cerita mengenai berapakah yang dibelanjakan untuk menyewa banglo kediaman Ketua Menteri.

Ceramah terakhir disampaikan oleh Anwar dan turut diuar-uarkan oleh pengerusi sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia nampaknya kurang menyengat malam ini. Isu-isu yang dibawa oleh beliau tidak banyak membantu mengekalkan tempat duduk di atas padang benjol, malah sedikit demi sedikit khalayak meninggalkan majlis kerana petugas-petugas sibuk menadahkan plastik mengutip derma.

Anwar mencabar supaya terus didedahkan dengan pelbagai tuduhan dan beliau sedia menjawabnya. Tetapi, yang tidak ingin dijawabnya ialah "kes semburit dengan Saiful, betulkah berlaku? Kenapa banyak sangat helah dan menekankan Saiful sehingga menyebabkan tertangguh buat beberapa kali? Tidakkah ini satu kaedah untuk shoot the messager?"

Kenapa Mat Sabu tidak tanya Anwar mengenai kes ini? Sepatutnya Mat Sabu tidak akan berbohong kerana ceramahnya di depan pusara. Mungkin Mat Sabu terlupa agaknya, maka dia masih membuat lawak bodoh dengan tidak menyangka roh penghuni di dalam pusara itu turut mendengarnya?

EPISOD BENGANG DAN BAGHAL PKR


mursyidul am pas mempersembahkan
EPISOD PINTU SYURGA

"ORANG UMNO TAK MASUK SYURGA, ...
BAGAIMANA PULA ORANG ISLAM YANG LAIN?
MEREKA JUGA TIDAK PERNAH MASUK PAS?"



"SIDANG DEWAN ATAS POKOK,

TANGGA TU BOLEH LE ABANG TENGOK

TENTU ADA HANTU BERTEMPEK, TAPI

INTAI-INTAILAH
BARU KAHWIN MUTAAH YE!!"





"WAD KECEMASAN HOSPITAL PAKATAN RAKYAT"
KATA KARPAL: kalau nak bohong, bohong la tapi bukan negara Islam tau?
Kata Tok Guru: Pal, tak dok pun. Kalu DAP nak kutuk Islam, kutuk lah, Ambo tak maghah.
Tapi, Nuar ambo tak tahu. Ambo tak caya sikit kat dia?













"PUNAH NASIHAT,
TIDUR SEKATIL TAPI BANYAK TAKUT.
PAKAR PSIKOLOGI MINDA MENCADANGKAN
........lama-lama biasalah tu"

Tuesday, August 18, 2009

KES ROHAIZAT TELAH SELESAI

Berdasarkan surat Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang bertarikh 28 Mac 2008 kepada Lembaga Tatatertib Penguam-peguam Bil. (47) dlm RUSCOP/50-3-6 dan rujukan Majlis Peguam DC/06/2454/(SO)/NAA yang dibuat oleh Haji Che Ani Haji Ahmad, diikrarkan melalui Pesuruhjaya Sumpah Mahni Omar (P.069) pada 11.04.2008, Rohaizat sepatutnya telah dibebaskan daripada tindakan tersebut serta merta. (Surat Penarikan balik tersiar dalam http://marahku.blogspot.com)
Tetapi, kenapa Lembaga Tatatertib Peguam-peguam tidak membebaskan Rohaizat sedangkan kes yang dianggap melibatkan calon BN telah ditarik balik oleh pengadu. Inilah politik dalam Majlis Peguam yang mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung perkara tersebut menjatuhkan kredibiliti para peguam. Nampaknya, kiblat sebahagian daripada anggota Majlis Peguam tercalar oleh tindakan ahli mereka sendiri yang tidak mampu mengenepikan kepentingan politik dan kepeguaman.
Berlaku double standard yang tidak sepatutnya. Peguam sentiasa meminta supaya diberikan kebebasan, namun sikap Majlis Peguam sendiri tidak menunjukkan kebebasan dan benar-benar profesional. Kalau begitu, masuk lah politik sepenuh masa dan jangan bermain politik melalui kepeguaman serta kemahiran undang-undang.

NIK AZIZ MELAMPAUI BATAS

Oleh Norfatimah Ahmad, Jami'ah Shukri dan Nazura Ngahmailto:Ngahbhnews@bharian.com.my


Tuduhan ajaran Islam diamalkan Umno tidak membawa ke syurga keterlaluan.
Tokoh agama dan ahli akademik menyifatkan tuduhan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa seseorang Muslim ke syurga sebagai keterlaluan dan tidak mencerminkan kewibawaannya sebagai ulama. Malah, ada yang berpendapat Menteri Besar Kelantan itu sudah berada pada tahap ekstrem serta boleh disamakan dengan kaum Khawarij pada zaman kegemilangan sejarah Islam.

Ahli akademik yang pernah membuat kajian mengenai Pas, Dr Ibrahim Abu Bakar, berkata banyak kenyataan Nik Abdul Aziz sebenarnya dibuat bagi menakut-nakutkan masyarakat sebagai strategi politik bagi meraih sokongan terhadap Pas yang dilihat semakin malap, terutama menjelang pilihan kecil kecil DUN Permatang Pasir.
"Sebagai seorang Islam, kita tidak seharusnya menyatakan kita saja yang betul termasuk mengenai syurga," katanya ketika dihubungi Berita Harian. Ibrahim berkata, berdasarkan kenyataan terbaru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan itu sudah berada pada tahap ekstrim serta boleh disamakan dengan kaum Khawarij.

Mengikut sejarah, kaum Khawarij adalah penyokong Saidina Ali yang berjuang menentang puak Muawiyah, tetapi tidak menerima majlis tahkim. Bagaimanapun, golongan itu belot dan membunuh Saidina Ali kerana memprotes kesediaan beliau menerima keputusan majlis tahkim. Kaum Khawarij juga berpendapat pelaku dosa besar adalah kafir dan mengkafir serta menghalalkan darah semua umat Islam yang berbeza kepercayaan.
"Oleh itu, semakin jelas Pas sudah bersikap seperti kaum Khawarij yang menegaskan mereka (anggota Pas) saja yang betul dan orang lain salah atau kafir," katanya. Ibrahim berkata, dari segi analisis psikologi pula, kelantangan Nik Abdul Aziz mencerca Umno mungkin mempunyai kaitan dengan kemarahannya yang terus membara sejak bekas Yang Dipertua Pas, Allahyarham Datuk Mohd Asri Muda, membawa masuk Pas ke dalam Barisan Nasional (BN).

"Justeru, tidak mustahil Nik Abdul Aziz kerap dilihat memberi kenyataan yang berbaur hasutan untuk membolehkan beliau terus mengukuhkan tempatnya di dalam politik, selain untuk meruntuhkan sokongan dan kesepaduan di dalam Umno," katanya. Ibrahim juga berkata, Pas sudah menyimpang daripada perjuangannya apabila berebut-rebut untuk mendapatkan tempat serta kuasa menerusi platform politik.
Timbalan Dekan (Hal Ehwal Akademik) Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, pula berkata Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan agama dalam perspektif politiknya kerana ia boleh mengelirukan orang lain, terutama umat Islam.
"Pandangan Tok Guru (Nik Aziz) mengenai politik yang berkaitan dengan agama ada kalanya menyebabkan sesetengah pihak salah faham kerana beliau mempunyai perspektif tersendiri. Oleh itu, tidak sesuai untuk beliau terus biarkan dirinya berbuat demikian," katanya.
Sementara itu, pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Ahmad Nizamuddin Sulaiman, berkata kenyataan Nik Abdul Aziz itu keterlaluan dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin agama daripada sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam.
"Islam adalah untuk semua umatnya, tiada batasan mana-mana puak atau kaum, parti atau organisasi. Kenyataan Nik Abdul Aziz seolah-olah terlalu membahagi-bahagikan dan mengkelaskan Islam, semacam memberi laluan mudah kepada pengikut dan ahli Pas," katanya.
Utusan Malaysia, 19 Ogos 2009 melaporkan ketika Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan penyokong UMNO tidak layak masuk syurga, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib pula mempunyai pandangan berbeza berhubung perkara itu.

Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berpendirian, peluang masuk syurga adalah urusan dan keizinan Allah dan ia tidak semestinya bergantung kepada mana-mana parti yang disertai.

Jelasnya, setahu beliau, umat Islam yang sentiasa mengamalkan kebaikan, bertakwa selain ikhlas dalam mematuhi segala ajaran Islam, mereka akan masuk syurga dengan izin Allah.

Sesiapa saja (umat Islam) yang mengamalkan ajaran Islam dan yakin dengan ajaran itu selain mengamalkannya dengan jujur, ikhlas, maka dengan izin Allah mereka akan masuk syurga.
CATATAN TOKAI
Maka, jelaslah Tok Guru Nik Aziz semakin mabuk kuasa dan terlalu ingin mengekalkan kuasa sanggup buat apa sahaja termasuk memutarbelitkan prinsip agama. Keulamakannya sudah hilang taring dan terjejas oleh ideologi politik yang sempit, terlalu terdesak dan dicadangkan merenunglah kumpulan bintang-bintang di langir, agar dapat mencari jawapan ke atas kebesaran dan kebenaran Allah SWT.

Monday, August 17, 2009

TOK GURU TAK SAYANGKAN MULUT

Bila PAS berhadapan dengan BN, TokGuru mula meletakkan batu asas kempen dengan menyerang bahawa UMNO tidak akan membawa orang Melayu-Islam masuk syurga. Semasa di Manek Urai bulan lepas, Tok Guru juga kata bahawa UMNO itu jahat, zalim dan mengamalkan ajaran sesat seperti Ayah Pin.
Tapi kali ini Tok Guru masukkan kembali fatwa syurga untuk orang PAS tetapi nadanya menuduh corak Islam UMNO seperti Palestin. Nampaknya Tok Guru masih tidak sayangkan mulut dan tidak faham kerana mulutlah badan binasa sebagaimana dituturkan oleh orang yang lebih tua daripada Nik Aziz sendiri.
Tok Guru nampaknya tidak menghormati norma yang telah ditetapkan, tetapi bagaimana pula nak meminta orang lain menghormati dirinya. Inilah paradok dalam diri Tok Guru sendiri yang mungkin sedang menuju ke kancah psikik baru rakyat Malaysia yang termakan dengan wacana sesat itu.
Tok Guru tentunya menganggap bahawa syurga itu hak mutlak PAS. Tak apa le, biarlah Tokai yang tak pernah kenal ideologi deobandi yang pernah menjadi sumber pendidikan lebih 8 tahun itu bertanya dengan cara sendiri. Benarkah sewaktu Tok Guru mula-mula kembali ke Malaysia dulu Tok Guru juga mengharamkan sembahyang hajat, bermunajat, mengingati hari ulang tahun kelahiran Nabi Muhamad SAW . Tetapi kerana fahaman wahabi (satu aliran pemikiran yang tidak diterima di Malaysia) yang diikuti itu bertentangan dengan ahli sunnah wal jamaah, maka Tok Guru telah membuat penyesuaian. Langkah penyesuaian Tok Guru tidak sepenuhnya, maka inilah yang berlaku dan menjadi candu politik sekarang.
Tok Guru tidak boleh memadamkan sejarah walaupun cuba mencipta sejarah baru. Lepas tu Tok Guru begitu terpengaruh dengan pendekatan politik yang dipelopori oleh Syed Abul 'Ala al Maududi dan Syed Qutb. Cuma yang berbeza ialah Tok Guru tidak membuat fatwa sebagaimana dilakukan oleh Tuan Guru Haji Hadi mengenai kafir mengkafir sesama Islam, larangan memakan sembelihan ternakan oleh orang UMNO, bersahabat dengan bukan Islam adalah haram dan perlu di tentang melalui penegakan falsafah jihad dan sebagainya.
Tok Guru mengatakan UMNO mengamalkan Islam dari Palestin. Kalau begitu, Islam PAS lebih teruk lagi daripada negara-negara lain termasuk Pakistan ataupun India. Mungkin Tok Guru menampakkan Islam seperti Shah Rukh Khan itulah yang terbaik, kerana boleh melakukan apa sahaja walaupun menghasut, mengelirukan prinsip agama sendiri dan mempersendakan Islam asalkan mendapat sokongan pengundi.
Shah Rukh Khan sanggup hidup dengan bukan Islam dan mimpi bersama-sama demi melangsungkan kariernya. Tok Guru juga sama kerana sanggup menodai prinsip asal perjuangan demi mendapatkan kuasa politik malah membenarkan bukan Islam menghina Islam. Apakah orang bukan Islam yang menyokong PAS turut dijamin secara mutlaknya akan masuk syurga oleh Tok Guru?
Kalau begitulah sikap Tok Guru, nampaknya ideologi pemilikiran Islam liberal sedang dikembangkan melalui sikap politik PAS. Cuba Tok Guru tanya diri sendiri, dengan mengatakan orang UMNO tidak akan masuk syurga walaupun sesama Islam, bererti bukan Islam yang menyokong terus secara otomatik diberikan syurga kerana menyokong Islam. Itulah lojik dan syllogism Tok Guru yang nampaknya semakin tersasul dan merugikan diri sendiri. Ia bukan sahaja membinasakan Islam malah menyebabkan Islam semakin dipandang hina kerana Tok Guru sendiri memperkotak-katikkannya.
Nampaknya Tok Guru lupa dan perlu diingatkan kembali bahawa jaminan syurga itu diberikan kepada orang Islam berdasarkan ketakwaannya kepada Allah SWT. Allah SWT tidak menyenaraikan bahawa dengan menjadi penyokong PAS yang paling setia itu adalah syarat mutlak masuk syurga walaupun percakapannya sentiasa berbohong, penuh tipu daya.
Kalau begitulah kata Tok Guru bermakna orang-orang yang dijamin masuk syurga seperti mana diberitahu oleh ulamak besar bukan PAS sudah ditarik balik oleh Allah SWT sebab tidak menyokong PAS. Pun begitu, saya masih belum mencampakkan lagi kitab-kitab tulisan Al-Ghazali mengenai Bimbingan Mukmin masih samar-samar, betulkah Tok Guru ni?
Apakah ketinggian ilmu Tok Guru melebih Al-Ghazali, Hamka mahupun rujukan utama Wahabi berdasarkan fakulti berfikir Ibnu Taimiyah, ataupun Tok Guru hanyalah sama dengan pendekar ilmu yang bersilat politik seperti Gus Dur ataupun lebih teruk daripada Salman Rushdie. Nampak gaya cara Tok Guru berfikir samalah seperti Taqhi Nabhani yang menjadi rujukan perjuangan Hizbut-tahir, atau sama dengan nalar hujah orientalis yang mengkaji Islam untuk menguasai dan mengubah perspektif pemikiran Islam sebenar.
Tak payahlah Tok Guru berkata bahawa al-Qur'an menjadi panduan dan perjuangan PAS, tetapi hakikatnya mentafsirkan kesucian makna al-Qur'an berdasarkan perspektif politik kepartian yang sama sekali bertentangan. Tidakkah Tok Guru terfikir dosa yang akan diterima nanti apabila turut mempersendakan makna sebenar al-Quran itu.
Ingat Tok Guru, kerana mulut badan binasa. Kerana politik Tok Gurulah maka Islam semakin hebat dipersendakan kerana Tok Guru sendiri tidak berusaha membangunkan syiar Islam, hanya bertopengkan di sebalik jubah dan retorik penuh erotis itu?

Sunday, August 16, 2009

MELAYU PULAU PINANG SEMAKIN TERNGADAH

Setelah pakatan pembangkang yang diketuai oleh DAP mentadbir Pulau Pinang dengan dorongan Parti Keadilan Rakyat, kemelut politik Melayu menjadi semakin parah. Usaha halus yang dibuat oleh DAP untuk melenyapkan koloni atau penempatan Melayu menjadi semakin getir dan cemas.
Langkah pertama yang dilaksanakan oleh Guan Eng ialah menukarkan status tanah pertanian dengan kawasan petempatan dan ini membuka ruang kepada bukan Melayu memiliki hartanah dengan mudah disebabkan ketidaksanggupan orang Melayu membeli rumah-rumah mewah yang dibina oleh pemaju. Harga sebuah rumah teres di Pulau Pinang melebihi daripada harga jualan di lain-lain negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Untuk sebuah rumah teres dua tingkat berukuran 20 x 70 kaki, harganya mencecah lebih RM 400,000 berbanding di sekitar Puchong dalam lingkungan RM 250,000.00. Begitu juga dengan kawalan kerajaan negeri terhadap pembinaan rumah, tidak meletakkan syarat ketat terhadap pemaju untuk membina rumah mampu milik untuk Bumiputera. Ini dapat dilihat melalui pembangunan South Bay di sekitar Batu Maung, yang menjadi laluan utama Jambatan Kedua, orang Melayu akan terlopong melihat keindahannya.
Lim Guan Eng sejak mentadbir Pulau Pinang telah mengambil tanah seluas 140 ekar di Pondok Upeh, Balik Pulau untuk dijadikan kampus sebuah universiti yang bakal menjadi pusat pengajian orang-orang Cina. Universiti tersebut mendapat kerjasama Universiti Nanyang, Singapura dan kerana itulah hampir setiap minggu Lim Guan Eng bertandang ke nagara tersebut untuk mendapat bantuan kepakaran dan dana.
Semasa kunjungan Lee Kuan Yew ke Pulau Pinang beberapa bulan lalu, Lim Guan Eng telah melahirkan keinginan untuk bekerjasama dengan Menteri Mentor tersebut dan meminta supaya Singapura membantu. Dan, kerana mempunyai kepentingan strategik, sekurang-kurangnya kepentingan strategik kaum Cina, Lee Kuan Yew yang dianggap sebagai giodfather DAP itu akan sedia membantu. Sebagaimana lazimnya, Lee Kuan Yew akan membuat tafsiran dengan mendeskreditkan Pulau Pinang sebagai "terlalu perlahan" kerana itulah ia perlu dibantu.
Hampir setiap minggu Lim Guan Eng menemui pemimpin-pemimpin Singapura dan menggunakan tiket penerbangan kelas pertama. Kalau untuk penerbangan dalam negara, Lim Guan Eng menunjukkan sikap rendah diri dan berminat dengan kelas penerbangan sebagai sandiwara politik.
Apa yang beliau lakukan hampir setiap minggu mengunjungi Singapura? Tentunya membincangkan bentuk kerjasama yang boleh diberikan oleh Singapura, kerana Singapura memangnya begtu agresif untuk menguasai geopolitik Malaysia. Kalau tidak tentunya kita tidak akan curiga dengan pengguna-pengguna bermotosikal kuasa besar dari republik itu yang saban hari mengunjungi Malaysia untuk mengintip, mengumpul maklumat dan seterusnya mengambil gambar-gambar perairan negara.
Kalau bukan tujuan sedemikian, untuk apakah mereka datang dan menghabiskan masa mengunjungi kawasan-kawasan tertentu di samping merekodkan keadaan topografi, masa dan had air pasang dan surut, kedalaman teluk dan kesukaran masuk oleh kerana dasar muara berbatu dan sebagainya.
Dengan cara mengundang bantuan Singapura sebenarnya Lim Guan Eng secara halusnya berusaha meminggirkan geopolitik orang Melayu di Pulau Pinang. Berusaha mendapat kerjasama pembangunan universiti di Pondok Upeh dengan Singapura akan menyebabkan Balik Pulau yang dianggap sebagai benteng terakhir kekuatan Melayu semakin senget. Pembangunan univesiti akan menyebabkan permintaan terhadap perumahan menjadi semakin besar dan ini memungkinka tanah-tanah kepunyaan orang Melayu secara "terpaksa" dibangunkan.
Apabila tanah-tanah orang Melayu dibangunkan "secara paksa", bilangannya akan menjadi semakin susut dan golongan muda yang tidak mampu membeli unit-unit tersebut akan terus berhijrah ke kawasan lain. Balik Pulau suatu ketika nanti akan didominasi oleh pengundi Cina. Kita dapat lihat bagaimana Lim Guan Eng telah mengamalka campur tangan dalam pentadbiran apabila meletakkan seorang pegawai daerah bukan Melayu di daerah Barat Daya yang penduduk majoritinya Melayu. Tentunya, sentimen kecinaan itu akan membantu strategi politik rasis yang terselindung di sebalik slogan kredibiliti, akauntabiliti dan transparensi (CAT).
Tidak cukup dengan cara itu, Lim Guan Eng ingin cuba mengkhianati orang Islam apabila cuba mencampuri pengurusan zakat. Ia mempelajari kaedah yang digunakan oleh kerajaan Selangor, menggunakan duit baitulmal untuk semua kaum sedangkan yang menyumbangkan dana tersebut adalah orang Islam. Soal hak tidak dijadikan alasan kuat kerana prinsip pakatan pembangkang ialah "sama rata dan sama rasa" maka bukan Islam perlu juga mendapat bahagian dalam sistem pengurusan zakat atau baitulmal.
Cadangan membangunkan Pulau Betong sebagai destinasi pelancongan baru turut menyebabkan masyarakat "terhalau secara halus" oleh Lim Guan Eng apabila membenarkan hotel-hotel bertaraf antarabangsa dibangunkan. Tanah-tanah orang Melayu di situ sekali lagi akan mengalami "revolusi pertukaran milik" secara terpaksa dan halus demi membuktikan kepimpinan pakatan pembangkang berjaya membangunkan Pulau Pinang sebagai syurga pelancongan baru.
Benar dalam kerajaan negeri ada pemimpin Melayu. Apa pemimpin Melayu telah buat. Apakah Mansor sedang membuat kajian lapangan sejauhmanakah orang Melayu semakin terpinggir hanya sekadar bahan ilmiah? Di manakah penemuan-penemuan impirikal Mansor selama ini mengenai keluh-kesah Melayu Pulau Pinang boleh diadaptasikan dengan langkah berani "berkhidmat untuk rakyat dan Melayu Pulau Pinang."
Tak payah dengan hanya berkain pelikat menyusur pekan dan pasar Bayan Baru sekadar menunjukkan prihatin kepada peniaga kecil, tetapi hakikat hanya setakat hadir di situ. Balik ke pejabat, bila berhadapan dengan Ketua Menteri senyap seribu bahasa, bak tikus jatuh dalam beras, kata arwah Mak Haji yang terkenal di Sungai Gelugor sedikit masa dahulu.
Orang Melayu Pulau Pinang amnya dan Permatang Pasir khususnya perlu sedar, gerakan halus DAP semakin meminggirkan kedudukan mereka. Nak mengharapkan PKR menghalang atau Anwar membantah tak payah lah kerana DAP dah berjanji dan bermuafakat untuk menyokong beliau menjadi Perdana Menteri walaupun dalam bayangan. Hidup mati Anwar ialah nak jadi Perdana Menteri, yang lain dia tidak peduli walaupun DAP mengkhianati orang Melayu sendiri, iaitu bangsa dan agama Pemimpin Umum PKR itu.