Tuesday, March 31, 2009

Komplot Politik Zina

Tokai terpinga bila seorang anak muda sambil menunggu goreng pisang panas masak membeberkan beberapa ungkapan janggal. Janggal kedengaran dan janggal sekali maksud pemakaian ungkapan tersebut.
Tokai tidak pernah dengar ada ungkapan komplot politik zina. Waktu Tokai mula memahami teori politik asas berdasarkan kerangka Harold Laski ataupun Lasswell, komplot politik sering dikatakan sebagai usaha berkumpulan satu kumpulan seminat untuk mendapatkan pengaruh.
Berdasarkan perspektif politik Lasswellian yang terkenal dengan “siapa mendapat apa”, Tokai amat faham kemuncak tujuan politik ialah mendapat kuasa. Bagi mendapatkan kuasa, kumpulan seminat akan berusaha keras mempengaruhi kabanyakan rakyat atau mengumpul sebanyak mungkin penyokong.
Dengan menggunakan landasan demokrasi, mereka yang memimpin kumpulan seminat akan berkempen dan seterusnya memperjelaskan ideologinya bagi meraih sokongan mendapatkan kuasa melalui persetujuan atau kini dikenali sebagai pengundian.
Setelah politik diinstitusikan, maka lahirlah peraturan-peraturan tertentu bagi menyekat salah guna kuasa, kaedah berkempen demi menghormati prinsip-prinsip kebebasan dan hak peribadi seseorang. Kemudian, kerana usaha mendapatkan kuasa itu kadangkala menggunakan himpitan dan desakan emosi, maka rayuan dan pujukan bersandarkan ketakutan mula digunakan.
Dalam politik Amerika Syarikat yang dianggap bapak demokrasi, unsur-unsur peribadi masih melingkari kempen politik mereka. Dalam kes perebutan jawatan presiden misalnya, Barrack Obama dihubungkaitkan dengan sikapnya terhadap Islam bagi melumpuhkan kekuatan pengaruh dan menghakis keyakinan pengundi beragama kristian.
Gandingan calon Naib Presiden Joe Biden dan Sarah Pilih. Peribadi Sarah Pilin dihentam dengan begitu tajam sehingga mengaitkan hubungan sulit anak perempuannya yang sedang hamil. Dianggarkan Sarah Pilin akan menyokong dasar bersekedudukan tanpa nikah kerana memihak kepada keterlanjuran anaknya.
Tokai menjadi tertarik apabila komplot politik dikaitkan dengan zina. Pada mulanya anggapan Tokai ialah dalam politik ada komplot untuk membenarkan zina, tetapi ternyata andaian itu meleset apabila pemuda itu terus membeber.
“Cuba pak cik fikir, kahwin belum, nikah pun belum, tapi boleh berpeluk tanpa segan silu. Batasan agama, nilai moral dan budaya tidak ada langsung. Yang ada ialah kehendak mereka. Kehendak gila!!”
Tokai bertanya “Kehendak gila”
“Gila kuasa. Nak sangat jadi Perdana Menteri. Yang haram pun sanggup dihalalkan.”
“Apa yang haramnya.”
“Ye le! Kalau nak nikah mesti ada majlisnya. Khutbah, kenduri dan tandatangan surat kahwin. Ini habuk pun tak ada?”
“Kan Bukit Selambau banyak habuk?”tanya Tokai.
“Itu habuk kerana debu atau asap kereta. Ini bersekedudukan tanpa nikah. Kalau dia benar-benar nikah, mana surat nikahnya. Siapa Tok Kadhi, di mana dia nikah?”Balas pemuda itu.
“Berapa ringgit nak beli goreng pisang ni?” tanya penjual goreng pisang.
Pemuda itu cuba menyeluk poketnya. Tokai menjelaskan, “Tak apa lah. Saya bayar berapa ringgit pun tak apa. Saya belanja.”
“Saya nak dua ringgit,” jawab pemuda itu.
Sementara menunggu penjual goreng pisang membungkusnya, Tokai meminta agar pemuda itu sudi berbual panjang mengenai teori komplot politik zina. Tokai ingin benar mendapat pengetahuan baru, maklumlah Tokai dah lama tidak membaca teori-teori terbaru dalam ilmu politik yang semakin dinamis sifatnya. Setiap saat berkembang sebagaimana berkembangnya rangka pemikiran manusia, dan Tokai amat malas untuk menyemak bahan-bahan daripada internet kerana lebih banyak sampah daripada pengetahuan dan maklumat sebenar.
Tokai mengajak pemuda itu untuk duduk dan bersembang sambil menikmati goreng pisang panas. Kami memilih untuk menuju ke sebuah warung kopi bersebelahan kerana kebetulannya tidak ramai pengunjung ketika itu.
Setelah masing-masing memperkenalkan diri, pemuda itu terasa amat senang sekali dengan Tokai. Tokai tidak banyak membantah, sebaliknya cuba menjadi seorang pendengar yang baik, kerana teori itu amat menarik sekali.
Beberan pemuda itu sampai ke kemuncaknya apabila mengatakan bahawa Pakatan Rakyat mengamalkan “komplot politik zina.” Pakatan Rakyat tidak pernah berkahwin, dan kerana itulah ia bukanlah sebuah parti politik yang sah. Ia adalah sebuah parti politik haram, ia hanya ditubuhkan berdasarkan “persetujuan bersama untuk bersekedudukan” menyamai teruna dan dara di Amerika Syarikat tinggal serumah tanpa ikatan perkahwinan. Itulah yang berlaku dalam parti-parti politik yang bergabung dalam Pakatan Rakyat.
Parti itu tidak pernah didaftarkan. Oleh kerana itu ia tidak wajar dinamakan pakatan rakyat. Ia wajar dinamakan “komplot politik zina” atau “pakatan politik bersekedudukan tanpa nikah.”Ia tetap haram di sisi undang-undang dan peraturan negara. Ia juga menggambarkan sudah dan sedang berlaku penggasiran moral dan melanggar etika kehidupan berpolitik.
Tetapi yang lebih penting bagi Tokai ialah parti manakah yang menjadi pengantin perempuan, parti mana pula yang mempelai. Dalam sesetengah hal, pemuda itu memberikan analogi bahawa PAS menjadi pengantin manakala PKR adalah mempelai. Dalam kes yang lain, PAS mempelai manakala DAP adalah pengantin. Pun adakalanya PKR pengantin dan DAP mempelai, tapi di Kelantan PAS adalah pengantin lelaki manakala PKR adalah pengantin perempuan.
Sebagaimana sifatnya “politik bersekedudukan” akan goyah dan pecah. Intensiti penceraiannya menjadi lebih tinggi kerana prosesnya tidak rumit, tidak ada prosedur yang perlu diikuti. Boleh datang dan pergi sesuka hati, kerana ikatan hanya terbina atas platform nafsu, iaitu nafsu untuk berkuasa. Ia bukan berdasarkan paltform ideologi yang kukuh dan bersefahaman dalam hal-hal bersama yang memperkukuhkan ikatan “perkahwinan.”
Kerana itulah dalam banyak hal cabar mencabar berlaku. Karpal marah perjuangan negara Islam Pas sehingga mengugut supaya melangkah mayatnya sebelum menegakkan gagasan tersebut. Hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana DAP tidak setuju, begitu juga idea “kerajaan perpaduan” menyebabkan Lim Guan Eng memohon supaya Presiden Pas memberikan penjelasan.
Karpal marahkan Anwar, dan meminta supaya disingkirkan serta bertaubat. Kalau serumah “bersekedudukan” masih bercakaran sesama sendiri, bagaimana nak memerintah negara. Kalau setiap kali bercakap banyak menggunakan jargon politik, memfitnah dan menyalahkan “pasangan”, tak ubah cerita orang berzina di mana-mana tempat. Sewaktu ingin mendapatkan kuasa atau memuaskan nafsu, sanggup menerima apa sahaja, tetapi selepas itu mula mengutuk “pasangannya tidak bagus”, “pilihan tidak tepat,” “prestasinya begitu dan begini.” Ia bagaikan benar, bila keletah politik pakatan pembangkang “bersekedudukan itu” tidak pernah aman, kecualilah ketika berkempen mencari sokongan dan menghadapi pilihan raya.
Itulah teori baru politik Malaysia yang menarik perhatian Tokai yang diperoleh daripada analisis anak muda yang kecewa melihat perkembangan semasa sepanjang kempen DUN Bukit Selambau. Tokai tabik dengan anak muda itu kerana berupaya menjelaskan satu teori baru, teori yang mungkin boleh dijadikan bahan kajian dan pembelajaran di peringkat pengajian tinggi, kerana turut menyelitkan rangka pemikiran kelam kabut sebagaimana diulas oleh penulis buku Strategi Kemenangan Anwar, Mutharasan, yang diterbitkan pada tahun lepas oleh Focus Media Enterprise.

Anwar si Pengkhianat Orang Melayu

Lu pikir lah sendiri...

Monday, March 30, 2009

Dalam Memilih Kena Juga Beringat

Pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijemput berceramah nampaknya beria-ia mengingatkan pengundi India di Bukit Selambau jangan berpecah belah. Kata mereka ini lah peluang terbaik bagi masyarakat India membuat pilihan – memilih calon keturunan India dari parti itu jika suara mereka ingin didengar di DUN Kedah.
Nampaknya PKR mula takut dan melihat peluang mereka untuk menang kali ini agak kritikal. Mana tidaknya, selain calon PKR sendiri, ada enam lagi calon keturunan India bertanding. Satu dari Barisan Nasional (BN), enam lagi calon bebas.
Memang masyarakat India Dun Bukit Selambau punya banyak pilihan ketika ini. Tapi dalam membuat pilihan juga mereka perlu ingat. Kalau setakat calon yang dicanang oleh PKR dilantik sebagai Exco tapi tak menyumbang kepada pembangunan Bukit Selambau tak guna juga kan? Kalau undi calon bebas pun, apa yang boleh mereka buat?
Cuba lah imbas semula apa yang sudah dibuat oleh ahli DUN PKR sebelum ini. Kononnya dulu bertanding atas tiket bebas – nak bela rakyat. Sebab tu dia menang. Tapi ramai juga yang kecewa apabila Arumugam lompat PKR. Tak mustahil juga calon bebas yang bertanding kali tak kira lah sama ada calon tu orang Melayu ke, India ke atau Cina ke, tentu akhirnya akan mengikut jejak Arumugam. Maklum lah siapa yang tak nak jadi exco. Banyak kelebihannya kan!

Kepada pengundi Bukit Selambau, renung-renungkan lah. Fikir-fikirkan lah dengan mata hati. Apa yang rakyat perlukan ialah pembangunan berterusan. Bukannya duduk di kerusi pemerintah dengan mencari, membongkar dan mengada-adakan salah orang lain. Dah setahun diberi peluang, patutnya rakyat Kedah sudah nampak semua tu.
Tentu orang Bukit Selambau pun kecewa kan. Mana tidaknya. Waktu penamaan calon tempoh hari, tak nampak pun muka-muka pemimpin kanan PKR atau Pakatan Rakyat lain. Dengar ceritanya mereka ni banyak berkubu di Bukit Gantang. Kononnya nak beri sokongan kepada Dato’ Nizar. Bukit Gantang lebih penting berbanding Bukit Selambau. Akibatnya entah sapa-sapa yang dihantar untuk memberi semangat kepada calon PKR di Bukit Selambau. Kalau penyokong PKR tak sedar akan benda ni, tak tau lah.

Alahai Bukit Selambau

Alahai Bukit Selambau....

Menjelang pilihanraya kecil yang tak berapa lama lagi ni, nampaknya Bukit Selambau terpaksa memahat sejarahnya dengan caranya yang tersendiri dan terpaksa bersandar kepada bilangan calon calon yang bertanding. Kalau nak diharapkan kemeriahan mungkin kemeriahan pasar malam mengatasi suasana di Bukit Selambau. Lesu dan tidak bermaya. Agak hairan kerana pada kebiasaannya kalau ada pilihanraya kecil suasananya tidak ubah seperti suatu pesta yang sememangnya dinantikan penduduk setempat. Apa dah jadi?

Kalau tidak percaya dengan apa yang penulis katakan tentang suasana di Bukit Selambau sekarang ni jemputlah lihat dengan mata kepala sendiri. Tidak apa yang menarik cuma kelihatan beberapa tempat sahaja yang dipenuhi poster dan bendera. Tidak seperti suasana di pilihanraya pilihanraya kecil yang lain. Kalau ada pun cuma ada poster poster dan bendera BN yang memenuhi banyak tempat. Persoalannya mana pergi semangat perjuangan PKR dan geng gengnya di dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau? Kurang minat atau mereke memikirkan tidak ada yang perlu mereka perjuangkan di Bukit Selambau?

Penulis ada menghubungi sahabat yang kini berada di Bukit Gantang, Katanya suasana di sana jauh lebih sengit kalau hendak dibandingkan dengan Bukit Selambau. Mungkin agaknya seluruh jentera PKR dan geng gengnya di arah ke Bukit Gantang daripada sibuk di Bukit Selambau. Tapi kenapa jadi macam ni? Bukankah di Bukit Selambau juga ada rakyat dan masyarakat yang perlu dibela. Nampak gayanya cuma BN saja yang beria ia hendak memperjuangkan dan membela nasib rakyat Bukit Selambau. PKR dan geng gengnya seperti cuma berminat memperjuangkan Nizar di Bukit Gantang. Munkin kemenangan Nizar di Bukit Gantang amat ditagih oleh PAS dan geng gengnya untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat masih diperlukan oleh rakyat dan menunjukkan kepada Tuanku Sultan Perak bahawa tindakan baginda adalah salah. Sebab itulah Pakatan Rakyat lebih bersungguh sungguh di Bukit Gantang, lebih daripada itu mungkin mereka hendak memadamkan aib yang terpalit di muka mereka.

Penulis merasakan Pakatan Rakyat seperti tidak berminat untuk mempertahankan dan memperjuangkan nasib rakyat Bukit Selambau kerana jika menang di Bukit Selambau sekalipun ianya tidak akan mengubah kedudukan kerajaan negeri Kedah yang ditunjangi kerajaan Pakatan Rakyat. Di sinilah nampaknya ketidakikhasan Pakatan Rakyat di dalam memperjuangkan nasib rakyat. Rakyat cuma dihampiri ketika diperlukan untuk merealisasikan kehendak dan keperluan politik mereka. Tidak rakyat Bukit Selambau sedar bahawa nasib mereka perlu di bela sepanjang masa dan bukan Cuma pada waktu waktu yang tertentu dan pada masa ada kepentingan.

Sedarlah rakyat Bukit Selambau. 7 April ini semua rakyat Bukit Selambau diberikan mandat sepenuhnya untuk mencari pemimpin yang benar benar ikhlas dalam memperjuangkan nasib rakyat Bukit Selambau. Nampak cara setelah dicongak dan dihitung, tiada yang dapat membela nasib rakyat Bukit Selambau selain dari kerajaan Barisan Nasional yang ketika ini sibuk di ketiga tiga lokasi pilihanraya kecil untuk terus membela nasib rakyat sepanjang masa dan tidak cuma pada masa masa tertentu seperti kerajaan lain yang nyata menghampiri rakyat untuk tujuan dan kepentingan politik semata mata.

Barisan Nasional membela Bukit Selambau.

Sunday, March 29, 2009

PKR Kedah tenat: Anwar tikam belakang Kalai

Kecewa usaha beliau tidak dihargai oleh Ketua Umum PKR, yang memang terkenal dengan amalan kroni sejak dulu lagi, Ketua cawangan Jerai parti tersebut bertindak nekad membubarkan cawangan tersebut.

Ini merupakan bukti kedua bahawa Anwar hanya mementingkan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri dan berpolitik dan tidak mengendahkan kepentingan setempat.

Sebelum ini beliau telah disanggah kumpulan Makkal Sakhti kerana memilih calon muda yang belum terbukti untuk mewakili penduduk Bukit Selambau. Kumpulan berpengaruh kaum India tersebut kecewa dengan sikap Anwar yang memilih calon berdasarkan cadangan kroni semata mata dan tidak mengambil kira suara tempatan.

Dengan terbubarnya cawangan Jerai, 500 ahli PKR turut meninggalkan parti.

Dalam tempoh satu tahun sejak Pilihan Raya Umum ke 12, begitu banyak bukti tentang niat sebenar Anwar mula muncul tanpa dicari.

Yang terkini ialah perletakan jawatan Fairus sebagai Timbalan KEtua Menteri 1 Pualu Pinang.

Fairus ni bekas orang kesayangan Anwar, sebab itulah dia dijadikan TKM1, tetapi, jelas Anwar ridak pernah memeriksa latar belakang Fairus mahupun mengenali jiwa Fairus sebelum memberikan belau jawatan yang begitu penting.

Yang penting bagi Anwar ialah kuasa dan kuasa di Pulau Pinang diberikan kepada seorang yang dikira boleh menjadi proksi seta beliau, Fairus. Malang buat orang Penang, Fairus ditimpa dengan banyak tuduhan rasuahrasuah dan tidak cekap melakukan tugas dan terpaksa dilondeh di kahalayk ramai.

Cukup memalukan orang Melayu di Pulau Pinang.

Keputusan untuk meletakkan Nizar di Bukit Gantang juga bukti bahawa Anwar lebih leka dengan politik dari membela rakyat.

Dengan meletakkan Nizar di Bukit Gantang, tidak mungkin ahli politik PAS tersebut dapat membela rakya di dua kawasan.

Tak percaya tanyalah ADUN anda, betapa susahnya nak berkhidmat untuk satu kawasan. Mana mungkin seorang itu berkhidmat dengan baik untuk dua kawasan.

Tapi kalau tujuannya ialah untuk berpolitik, sudah tentu Nizar pilihan utama.

Inilah sebabnya Tuan Guru Nik Aziz tidak setuju dengan keputusan melektakkan Nizar, namun setelah hari penamaan tiba beliau terpaksa akur walaupun masih terdapat pintalan kusust dalam lubuk hati Nik Aziz.

Ye lah, orang baik macamanapun bile bab politik kena juga berkompromi, tak?

Penjudi tegar Bukit Selambau

Bukit Selambau memahat sejarahnya yang tersendiri apabila 15 orang calon diterima untuk bertanding merebut kerusi DUN pada 7 April nanti. Setelah masa bantahan tamat, suasana hari penamaan calon bertambah meriah apabila lebih 10,000 orang mengiringi calon PKR manakala sekitar 6,000 orang mengiringi calon BN. Calon-calon lain, yang bertanding atas tiket bebas tidaklah begitu hebat sokongannya.
Kelibat penyokong Bebas seolah-olah kurang bermaya semacam tidak mengharapkan kemenangan . Mungkin hanya sekadar untuk memancing agar ada pihak yang sanggup melobi bagi memecahkan undi Melayu dan India.
Terdapat seramai 8 orang calon berketurunan India, enam calon Melayu dan seorang calon Cina. Calon Bebas masing-masing enam orang di kalangan Melayu dan India. Seorang calon berketurunan Cina bertanding atas tiket Bebas bagi memancing pengundi Cina. Berdasarkan daftar pengundi dalam PRU ke-12, Bukit Selambau mempunyai seramai 35,157 pengundi.
Jika mengambil kira jumlah calon yang bertanding, bererti enam orang calon Melayu cuba merebut undi Melayu seramai 17,748 manakala 8 calon berketurunan India berebut untuk dapatkan sokongan 9,721 dan kelebihan mungkin ada di kalangan calon Cina kerana tidak mempunyai saingan piilihan oleh seramai 9,721 pengundi.
Itu hanyalah berdasarkan sentimen keturunan, tetapi yang jelas ia bukanlah faktor dominan. Faktor kaum diperkirakan sebagai faktor pinggiran berbanding faktor sokongan secara pukal terhadap sesuatu parti politik yang bertanding. Hanya dua calon yang menjadi rebutan sengit, iaitu BN dan PKR yang masing-masing meletakkan calon berketurunan India.
Desas-desus awal mengatakan jika PKR meletakkan calon berketurunan Melayu mungkin DUN Bukit Selambau boleh dikuasainya. Ini kerana BN terus dengan tradisinya, iaitu memberikan laluan kepada MIC sebagaimana dipersetujui dalam formula perkongsian kuasa walaupun peringkat awal, ada pihak mendesak supaya dikembalikan kepada UMNO.
Mungkin calon Bebas yang mewakili masyarakat Cina mempunyai sedikit kelebihan, tidak banyak persaingan dari aspek kaum. Ia mungkin juga akan menerima sedikit kelebihan kerana calon Bebas dalam PRU ke-12 turut menggunakan simbol kunci, berbanding lain-lain calon Bebas menggunakan simbol bas, kucing, ikan, kerusi, payung, buku, kapal terbang, tandan kelapa sawit, jam,ayam,basikal dan telefon.
Yang menjadi ramalan beberapa orang penjudi tegar ialah jika BN dan PKR kalah, calon Bebas keturunan Cina akan menang. Calon bebas keturunan Melayu akan mendapat undi yang lebih kecil kerana orang Melayu akan keliru untuk memilih mana satu calon yang mampu mewakili mereka. India juga begitu. Pada mulanya banyak penjudi tegar berpendapat, jika terdapat calon Bebas keturunan Melayu, dia pasti akan menang.
Setelah selesai penamaan calon, penjudi tegar membuat perhitungan baru dengan mencari petunjuk baru bagi memenangkan pertaruhannya. Jangkaan yang terhitung ialah pengundi Melayu akan mengundi kepada Mejar (B) Anuar kerana beliau mendapat sokongan ramai dan pernah aktif dalam UMNO. Calon Bebas Razi yang pernah menjadi Timbalan Pengurusi PKR Sungai Petani, walaupun mendakwa mendapat sokongan daripada penyokong PKR yang tidak berpuas hati dengan pemilihan calon luar bagi mewakili parti itu, dijangka akan kecundang.
Dia kecundang kerana tidak mempunyai kekuatan sendiri, hanya bergantung kepada naluri dan keinginan beberapa orang penyokong kuatnya. Orang Melayu lebih mengenali Mejar(B) Anuar daripada Razi. Begitu juga antara calon BN, Datuk Ganesan dan calon PKR, S. Manikumar. Antara Ganesan dan Manikumar, masyarakat Bukit Selambau lebih mengenali Ganesan kerana beliau adalah anak tempatan dan seorang pengamal undang-undang.
S. Manikumar bukan dilahir dan dibesarkan di Sungai Petani, tetapi mendapat restu kepimpinan atasan PKR kerana hubungan baiknya dengan Ketua Bahagian. Khabarnya, peniaga kereta itu telah banyak menabur budi sehingga membolehkannya dicalonkan sebagai mewakili PKR. Calon BN dikatakan sebagai proksi Presiden MIC, kerana itu peluang untuk menang dikirakan tipis atas sentimen pengundi India bencikan Datuk S. Samy Vellu. Itu sebahagian daripada perkiraan penjudi tegar.
Seperti dalam mana-mana pilihan raya kecil, penjudi tegar turut mempengaruhi keputusannya. Perhitungan mereka sekarang ialah BN kalah, PKR kalah tetapi yang menang ialah calon Bebas sama ada Mejar (B) Anuar ataupun Tan Hock Huat. Calon bebas wanita, L. Sarala boleh meneruskan melodi karaoke sha-la-la-la, kerana dianggap tidak mampu mempengaruhi sokongan pengundi India ataupun Melayu.
Tetapi ada kedengaran bahawa Mejar (B) Anuar sanggup menarik diri kerana tetap setia dengan Tun Dr. Mahathir. Jika Tun Dr. Mahathir akan kembali ke pangkuan UMNO, beliau akan ikut sama dan menarik diri. Faktor ini turut membuka ruang percaturan baru dalam minda penjudi tegar.
Penjudi tegar membuat analisis yang lain bahawa jika Mejar (B) Anuar menarik diri dan membantu calon BN, peluang kemenangan tetap ada. Ini mestilah dibantu oleh gelagat calon BN sendiri. Datuk S. Ganesan mesti merendahkan dirinya, tidak terlalu budaya kepeguamannya. Beliau harus merendahkan dirinya dan “pulang kepangkuan keluarga”.
Berbekalkan kesusahan dan keperitan hidupnya semasa kanak-kanak, berasal dari keluarga penoreh getah membina keyakinan untuk memperbaiki kehidupan, mampu menyuntik semangat pengundi India. Beliau juga harus lebih murah hati dan tidak meninggalkkan pengundi-pengundi yang ditemuinya membayar harga minuman di kedai-kedai kopi. Perlu bersalaman dengan semua orang.
Ingatlah bahawa ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Walaupun turun padang dan bersama orang yang susah, mesra dan berdampingan dengan mereka, tidak melunturkan statusnya sebagai seorang peguam. Malah, kredibilitinya akan melonjak kerana pengundi akan yakin dan percaya dengan kebolehannya dalam membantu menyelesaikan masalah pengundi. Pengundi memerlukan seorang wakil rakyat yang benar-benar mampu berkhidmat untuk mereka, dan bukannnya sekadar menabur janji dan memproklamasikan sindiran retorik.
TOKAI tetap bersyukur dan berterima kasih jika semua faktor yang diperhitungkan oleh penjudi tegar meleset. Biarlah pengundi tegar terus kalah, kerana berjudi itu adalah dosa besar dan dilarang oleh semua agama besar. Biarlah penjudi tegar kalah, yang menang ialah diri kita sendiri kerana tidak terpengaruh dengan andaiannya. Pengundi membuat keputusan berdasarkan kematangan memilih dan bukannya jika begini mestilah begitu, dan jika begitu mesti pula begini, tiada kesudahannya, yang ada hanya andaian semata-mata. Pengundilah menjadi faktor mutlak kemenangan seseorang calon dan bukannya penjudi tegar.

15-cornered fight in Bukit Selambau

Independent candidates obviously see PKR's poor choice of a greenhorn representative as their opportunity to make a mark on the state's politics


BN TO THE CORE: This BN supporter showed off all his buttons, lapel pins, party vest and other paraphernalia

During the 12th General Election, the opposition candidate, representing Anwar Ibrahim's PKR Saiful Izham Ramli was rejected by the Election Commission due to a technicality.

This novice mistake forced the party to support the independent candidate, former mechanic V. Arumugam without running proper checks on his background.

After Arumugam won, PKR went so far as to nominate this former mechanic as a state Executive Councillor before the hasty election recipe exploded in their face. Arumugam was a bigamist and, worse, he was married to another man's wife.



BUSHED: This PKR supporter grabbed 40 winks under a tree to escape the sweltering heat
In their feeble effort to put up a multi-racial front, Anwar's party decided to field and Indian candidate for the seat during this by-election and named greenhorn, S. Manikumar to run for office.

Manikumar's greenhorn status may fit the party's image well but the constituents were not amused, they felt betrayed by PKR because their candidate is unproven and chosen only because his name was put forth by a known Anwar crony, Datuk Ravi.

Stepped over many experienced and proven local candidates whoare also more mature.

Makkal Sakhti. org, an influential Indian community activist immediately lambasted PKR for their failure tolisten to the locals in selecting their candidate.

They expressed grave concern that such a young party that purports to champion change and people power has forgotten their roots so quickly


PRETTY IN PINK: Puteri Umno ladies walking to the nomination centre

This loud voice of disapproval has struck a chord within the large Indian comunity in Bukit Selambau and proof of their unhapiness with PKR's choice is evident in the number of Indian candidates that are running as independents during this by-election.

The independent candidates are R. Loganathan, Tan Hock Huat, Mohd Radhi Mat Lazim, Mohd Fadzli Wahab, Abdul Rahim Abu, L. Sarala, A. Jayagopal, S. Moganakumar, Khamis Awang, Husaini Yaacob, Venason Michael, Mejar (Rtd) Anuar Abdul Hamid and T. Chandrarajan.




JUNGLE GATHERING: PKR supporters gathered in the nearby woods

This record-breaking number of candidates attracted thousands of supporters at the nomination centres, each of the 13 independents put up a decent show with at least 100 suporters each chanting their slogan and propping up posters and banners.

There was a carnival air otuside the nomination centre as all the candidates supporters were in good spirits and allowed everyoen room to cheer and pose with Press photographers who, was clearly having a hard time trying to get everyone's photographs.


INDEPENDENT SUPPORT: This crowd is waiting for the independent candidates of their choice.

There was a heavy police presence but it was purely cautionary and and everyone was on their best behaviour.

Supporters of Barisan Nasional, PKR and independent candidates were segregated by the police in the interest of public order.
In the picture above we can see the BN candidate, S Ganesan being mobbed by the Media and his supporters.

In this inexplicably sideways photo (yes we have flipped it over but somehow blogspot insists on embarrassing us) is R. Loganathan who had s astrong show of support outside the nomination centre.

L Sarala also had a sizeable crowd waiting for her and there was also a crowd at the operations centre, which is near the nomination centre.

Mejar (Rtd) Anuar Abdul Hamid is also said to have strong local support, which explains his confident smile.


Husaini Yaacob is the other Malay independent candidates that is said to have a strong chance of capturing the hearts of Malay voters who are said to haker for a Malay representative in the state assembly and was disappointed when both PKR and BN named Indian candidates.

Mohd Fadzli Wahab, also known as Tok Misai is also looking to win over disenchanted Malay hearts but his chances are not as good as Anuar and Husaini.
We leave you with a few pictures of supporters showing their passion for the party they back.




Saturday, March 28, 2009

Anwar terkucil tengok Drm. Pak Lah dan Najib bersatu

Mana tak terkucil, the mastermind who showed the snotty little kid from Cherok To' Kun that politics is not just about having friends in the right capitals in the world's power centre is back to kick him in the teeth again.

Anwar's so called alliance is already frayed and close to collapse from infighting and his expanding ego displacing everyone. Faced with a BN that is bent on reform Anwar knows that his 'ready-to-split' marriage of convenience will soon find divorce from irrelevance.

(Hey even that strangely toupeed Samy Vellu is promising it to be his last term and I think all BN leaders must hild him to it because the Indian community alone aka the MIC surely cannot make him keep his word)

Ejen kenit ( curi terma Datuk Tiger of dunia tiger sat -- BTW he is onour blogroll) dari Kedah memberitahu dah mula ramai orang PKR sedar Anwar ialah seorang yang hanaya memperjuangkan agenda sendiri dan tidak menghiraukan kepentingan negara.

Katanya kepentingan parti pun dijaga sekadar memenuhi agenda sendiri.

Dengan Tun Dr. Mahathir, Najib dan Muhyiddin menggembeling tenaga untuk membetulkan Umno dan barisan nasional, sudah tentu harapan Anwar untuk memujuk Rakyat untuk mengangkatnya menjadi perdana menteri semakin sukar.

Fikirkanlah sendiri, apa idea baru yang diketengahkan Anwar?

Malaysian Malaysia ideologi DAP yang telah ditolak rakyat sejak kemerdekaan

Islam sebagai tunjang kerajaan adalah ideologi PAS

Gerakan anti rasuah dan ketelusan kerajaan ideologi kita semua dan kini ia semakin menjangkiti Umno dan BN - itulah yang paling ditakuti Anwar si alim kucing.

Friday, March 27, 2009

Orang Kuat Anwar sokong Najib

Mohd Sayuti Omar sanjung tinggi Datuk Seri Najib dalam blognya


Sayuti yang juga dikenali sebagai MSO begitu menyokong Datuk Seri Najib hingga memberi beliau gelaran Maharaja. Orang Umno pun tak beri beliau gelaran begitu.

Jelaslah bahawa orang kuat Anwar sendiri kagum dengan DS Najib.

Kalau dia tak mengaku dia sokong, maksudnya dia memfitnah Umno. kerana katanya Umno menggelar Najib sebagai Maharaja Jib.

Tapi kalau dia fitnahpun kita memang tak heran sebab orang orang Anwar memang dikenali kuat mereka cipta cerita dna memfitnah, mereka inilah Ejen Fitan, dan Anwar itulah Majaraja Fitan.

Mereka ini begitu sekcap dengan selok belok memfitnah sehingga jika dimarahi atau ditegur, orang yang menegurlah yang salah, orang yang menegurlah yang kejam.

Kalau tak ada bukit bila menuduh, fitnah lah tu namanya.

KISAH NASI LEMAK CINTA SAYANG

Tokai tabik dengan orang Sungai Petani, khususnya penduduk Taman Ria. Tokai lalu, pagi, tengah hari dan malam, kedai nasi lemak cinta sayang tetap ramai orang. Tokai terfikir, inikah yang dikatakan kemakmuran?
Rakyat makmur, maknanya ada duit. Kalau tak ada duit bagaimana nasi lemak cinta sayang boleh dikerumuni oleh ramai pengunjung. Itu kisahnya, belum lagi bercerita pasal bagaimana lumayannya perniagaan kumpulan HPA yang terkenal dengan slogan " mai secawan". Tokai tak pandai kira berapa banyak kedai yang dia punya di sekitar perumahan elit Lagenda Heights. Tokai hanya terfikir, apakah yang menyebabkan iklim perniagaannya baik sehingga mampu mempunyai banyak kedai dari Radix Fried Chicken, Radix Cuisine hingga sedang dalam proses menyudahkan hotel. Tnetunya kerana iklim perniagaan yang memberansangkan.
Siapa yang menentukan iklim perniagaan itu baik? Tentunya disebabkan oleh dasar kerajaan dan perancangan yang baik. Masyarakat sekeliling terasa aman dan mempunyai peluang pekerjaan yang menghasilkan pendapatan serta kuasa beli.
Tapi, Tokai khuatir iklim yang sihat ini akan bertukar menjadi kelam kabut apabila banyak pihak yang hanya pandai bercakap tetapi tidak tahu merancang. Yang dirancang iailah bagaimana nak menipu orang ramai dengan slogan-slogan tertentu, yang membakar emosi dan perasaan. Tindakannya lebih berbaur ganas dan semacam dihasut hantu. Tidak terkawal dan menganggap bukan sebulu dengannya adalah kotor, jijik dan salah.
Tokai terima maklumat daripada beberapa orang yang makan bersama di kedai nasi lemak cinta sayang, kalaulah hangpa fikir masa depan, hangpa tentu tidak terpengaruh dengan pak syeh. Pak syeh sedang giat menjaja harapan dan janji, kononnya kata-kata beliaulah yang paling keramat sekali. Dia seakan mempunyai lampu ajaib yang boleh menyelesaikan semua masalah. Pak Syeikh jadi bomoh, yang kerjanya ialah meyakinkan setiap orang yang ditemuinya dengan menyalahkan orang lain, terutamanya bukan sebulu dengan politiknya.
Pak Syeikh kata, depa tu kerjanya semata-mata untuk menjarah, meratah kekayaan negara. Tapi, ramai orang tahu yang pak syeikh juga apa kurangnya. Pak Syeikh dapat duit dari mana dan di mana pak syeikh simpan duit semasa melakukan tugas orang nombor dua dulu. Pak Syeikh tentu banyak guna duit untuk menggelupurkan Ghafar Baba, sewaktu ingin berebut orang nombor dua. Semasa jadi menteri kewangan, ramai orang tahu Pak Syeikh suka memakai baju berjenama Emmerilgildo Zegna daripada Switzertland, yang entah berapa kali lipat harganya dengan sehelai baju berjenama John Master yang kebanyakan dibeli oleh ramai rakyat Malaysia, itu pun bila ada jualan murah.
Pak Syeikh pernah bangkitkan macam-macam perkara termasuk"kebobrokan masyarakat" kerana nilai-nilai moral dikesampingkan. Tapi hari ini, Pak Syeikh sendiri telah menggasirkan nilai-nilai moral dengan meratahhabiskan dan metasbih jampi menuduh dengan mengaibkan siapa sahaja yang tidak sebulu.
Masyarakat masih tidak lupa, Pak Syeikh masih belum bersih daripada semua tuduhan. Pak Syeikh hanya bebas kerana kesalahan teknikal dan bukannya satu kebenaran. Pak Syeikh kena ingat, pengundi Bukit Selambau boleh selam bau busuk yang cuba ditiupkan oleh angin perubahan dan kata-kata nista. Ingatlah, jangan terlalu berbangga dengan diri sendiri kerana ia lebih merupakan riak, dan riak amat dibenci oleh Allah SWT.
Tokai sekali lagi tabik kat pengendali kedai nasi lemak cinta sayang. Walaupun ramai orang berkerumun pagi petang dan malam, harga nasi lemaknya masih murah. Beberapa kali Tokai makan, harganya tidak melambong tinggi sebagaimana di lain-lain tempat. Apabila ramai orang datang, mula manaikkan harga. Tidak seperti di Permatang Pauh tempoh hari, Tokai hampir terduduk kerana harga makanan mencekik darah. Orang Sungai Petani tetap ramah, dan bukannya seperti Permatang Pauh, banyak buat gempak hingga boleh mencairkan darah. Jangan Pak Syeikh cuba mencairkan darah pengundi Bukit Selambau, kerana bau Pak Syeikh pun sudah tidak diingini. Tokai hanya melaporkan apa yang Tokai dapat setelah beberapa hari berada di Taman Ria, termasuk bersembang di Kedai Nasi Lemak Cinta Sayang.
Cinta Sayang merupakan slogan terindah pengundi Bukit Selambau. Banyak sekali ungkapan itu digunakan, termasuk nasi lemak, kedai dobi, resort, klinik hinggalah ke nama jalan. Jangan kerana terlalu ghairah meratah jampi, Pak Syeikh tukarkan ungkapan cinta sayang menjadi dendam kesumat yang tidak pernah ada akhirnya. Cinta sayang adalah dambaan setiap manusia yang cintakan kedamaian, kemakmuran dan keikhlasan. Ia bukanlah seperti Pak Syeikh yang sentiasa menghamburkan kata-kata nista dan kesat dalam setiap kali berucap dan melontarkan angan-angan. Baunya sudah dapat diselami oleh pengundi Bukit Selambau. Mereka inginkan kedamaian, dan bukannya kehancuran yang terbina dengan kata-kata nista dan tuduhan melulu.
Tokai amat menghormati ungakapan cinta sayang tapi terus membenci senandung jampi Pak Syeikh yang tidak pernah ikhlas dan terlalu gilakan kuasa.

Thursday, March 26, 2009

Kaum India kecewa dengan Anwar di Bukit Selambau

Saya dah katakan sebelum ini bahawa Bukit Selambau adalah anak tiri kepada Anwar.

Dia memilih Calon tanpa mendengar pendapat akar umbi, dia memilih bulu mengikut kroni.

Eh Kroni ni bukan masalah Umno ke?

Oh Lupa perkataan kroni ni pun mula terkenal bila Anwar cuba nak menjatuhkan Mhathir tapi terpalit ke muka sendiri.

Bab terkena dengan taktik sendiri ni memang jalan cerita lazim hidup politik Anwar ye tak, baru baru ni nak umbangkan BN dengan 916 tapi tergolek di Perak.....

Kembali kepada cerita kita, kaum India kecewa dengan Anwar kerana dia dilihat cuba menidakkan kebolehan pemimpin kaum tersebut di Bukti Selambau, sebaliknya beliau memilih calon yang dipanajngkan oleh Datuk Ravi, kroni Anwar yang mahu membolot semua suara India dalam PKR.... PKR version of Samy Vellu, katanya.

saya tak mereka cipta ini semua, kalau tak percaya klik pada link INI

kalau malas, baca saja artikel yang saya petik dari makkal.org di bawah



A schism is opening up between the Indians in the country and Anwar Ibrahim in Bukit Selambau
Posted Fri, 27/03/2009 - 00:02
by naragan

I have been an ardent admirer of Anwar Ibrahim and a strong supporter of the Pakatan Government. But that is all being severely tested with what is now happening in the Bukit Selambau by-elections.

Let it be first known that I have no personal interest in the Selambau by-elections at all nor am I writing because the grapes are sour.

I am totally on the side of the people, on the side of truth and on the side of justice and I will not stand for treachery wherever it comes from
In the first place, the by elections is occurring under murky circumstances in which the former rep resigned – rumor has it that, that former rep was under a variety of pressures.

Rumor also has it that he had almost gone over to the other side, to be saved in the nick of time by some tricky intervention by some member or members of the Keadilan party.

Then when the replacement for him was sought, again divine intervention in the form of an Anwar chrony, one Dato Ravi, pulls out a political novice and a relatively unkown figure and lo and behold , all the wisdom of the Senior members of the party does not matter anymore.

Rumour has it that this happened inspite of misgivings from Syed Husin Ali, Sivarasa ,Tian Chua, Xavier Jeyakumar, Manickavasagam and Latifah Koyah about the choice.

This has some very serious implications for all of us. Let me try and explain.

First, what this really amounts to, is chronyism, UMNO style chronyism.

During Mahathir’s time Daim Zainudin and Tajudin Ramli ruled the day, during Badawi’s time it was Khairy who called the shots.

But we can pass all that off as UMNO stuff, which we all are trying to get rid of anyway. But we see that happening now in the very movement we are all part of to change all that.

The assimilation by the enemy (though in an oblique way) of our budding democracy movement and the dissipation of the idealism is beginning.

History is filled with instances of how the old finally consumes the new.. This is very serious and unless we all awaken to it and nip it in the bud, the inevitable will happen – status quo is what we will have after some very hopeful years albeit in the name of a new party.

What does democracy mean if the people’s wishes are not to be considered. What seems to matter is the wish of the elite or the leader and a group of his chronies

They can just strut in and make the decisions with impunity, totally insensitive to the wishes of the representatives of the people. Is not this, what we all accuse UMNO of doing. What is the difference?.

If this is is happening at this early stage, I shudder at the thought of what could happen when the Pakatan takes over the reins of government, when Keadilan can move unfettered.

So will we really have more democracy when Pakatan takes over? We are all banking on that. But will we?

The second point is equally significant. One of the charges leveled against the UMNO government is the way they have used the Mandore system to keep the poor Indians in their utterly depressed and marginalised state.

By this I mean, a system where a group of subservient Indians in the form of the MIC are thrown some crumbs so they may keep the Indians in a state of ignorance, poverty and deprivation.

They used the likes of Samy Vellu and a bunch of his sycophants to achieve this. Strong leaders were not allowed to emerge from within the Indian community – not that there were not any, but they were all totally blocked, by the system.

Look at the Indians, who are in leadership positions in industry in the private sector, there are so many and they are extremely capable as leaders, but look at MIC, zero!! This is the design from the last fifty years – thanks to UMNO.

Now look at what our dear friend Anwar is trying to create in Keadilan. We have some Dato Ravi, (the new Samy Vellu) and then we have the meek Indians that they are trying to put together in Keadilan as Indian reps.

Anwar does not seem to want strong Indian leaders, something that the Indian community so badly needs, so what we have is a ditto of the past fifty years trying to emerge for the next fifty years – old wine in a new bottle.

If I am wrong, can someone please explain the rationale for the political novice and a totally unknown to be selected for the Selambau state seat, inspite of the fact that there were 5 very good alternative candidates offered to choose from.

Compare this with the choice for Bukit Gantang. And this decision to go with someone so unnatural as a choice was made on the strong recommendations by this Dato Ravi. If I am wrong, let some senior Keadilan Leader come out and refute what I am saying.

I want for the old ways to change. But that change must not be in rhetoric only, the change must be in the substance and the processes of our society and government The change has to be real.

First, Anwar himself has got to get real .

He cannot delude himself into thinking he is invincible.

He cannot get intoxicated with his popularity.
What I am saying can snowball into a total schism between Anwar and the Indian community if he continues with these insensitive ways.

This may cause a swing back to the enemy of the enemy (as they say). They are just waiting around the corner.

The UMNO elections are now over and there is a lot of talk of change within UMNO and the new leadership is a crafty one.

Just as they in their wisdom caused the marginalization, they may now get equally wise to make up for it. Do not hand it to them dear Anwar.

All the Indians are seeking is a fair and just system where they are not blocked by the system.

Do not block them, Anwar. Do not commit the mistakes of your nemesis of being insensitive to the needs of the people.

If the 25th of Nov 2007 happened, it happened because of a seething anger that accumulated over many instances like this.

As what Tok Guru recently said, when the UMNO government banned Harakkah, it will only cause the people to “benci” the government.

The implications are very clear to all of us. Ugly old tendencies are trying to re-emerge in new forms, to corrupt and to kill off the positive new tendencies in our society.

We, the people should not allow this to happen. I am writing about this now, so it may be nipped in the bud. I do not fear that what I am saying may be taken by the UMNO - MIC combine during the upcoming by-elections to win votes.

Principles are more important than influence at critical moments.

Viva la Makkal

PKR banyak masalah, PAS dan DAP makin resah

ORANG kata kalau tinggal dalam rumah kaca jangan sekali-kali main lempar batu. Malangnya Anwar Ibrahim lupa atau pura-pura tak ingat akan kata-kata nasihat itu. Dulu dia baling batu, sekarang gilirannya pula kena baling. Bila dia dan puaknya kena baling, dia becok menyalahkan orang lain.
Macam ayam jantan berkokok, tahi berjurai. Kata dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih. Baru setahun dapat kuasa, macam-macam sudah berlaku dalam PKR pimpinan Anwar yang (jangan lupa) akan menghadapi perbicaraan kes liwat.
Terbaru, kerajaan Pulau Pinang atau lebih tepat lagi PKR diaibkan dengan peletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri I, Fairus Khairudin.Kali ini bukan soal tidak kecekapan, kelembapan serta kekurangan diplomasi yang menjadi masalah malah Fairus dikatakan dikaitkan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Ia membabitkan salah guna kuasa dan penglibatan pengusaha kuari dalam kawasan undi DUN Penanti dimenangi oleh Fairus pada pilihan raya umum 8 Mac, 2008.
Sebelum ini negara heboh dengan skandal gambar separuh bogel ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang juga Exco kerajaan Selangor. Beliau juga menang atas tiket PKR.Sehingga kini kes wanita lebih dikenali sebagai Eli ini belum selesai lagi. Bekas teman lelakinya yang dikatakan mengambil gambar beliau tidur itu masih berada di luar negara sedang Anwar membenarkan ‘mangsa’ mengambil cuti panjang.Apapun, Elizabeth Wong sudah tidak mampu lagi menghadapi pengundi beliau kerana terlalu malu.
Begitu jugalah kes ADUN Bukit Selambau, V Arumugam yang melanggar adat resam Hindu dengan berpoligami. Oleh kerana didesak dan dihamun pengikut Hindu, calon bebas yang menyertai PKR ini melarikan diri ke Thailand.
Gelagat pemimpin PKR dipilih dan direstui Anwar ini tentunya mengaibkan dan mencemarkan sekali imej rakan kongsinya DAP dan Pas yang jelas tergamam.
Cara paling mudah menepis segala kecaman rakyat jelata adalah dengan menimbul dan cuba mengalih perhatian kepada apa didakwa sebagai kes politik wang melibatkan Umno dan sejak kebelakangan ini Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anwar menuduh hakim mahkamah memihak kerajaan apabila kes tuduhan liwat terhadapnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi; Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dipersalahkan kerana membersihkan nama Peguam Negara Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara Musa Hassan daripada kes mata lebam dan tidak ketinggalan PKR tetap cuba mengaitkan Najib dengan Atlantuya. Kerajaan gabungan pembangkang di Perak pula runtuh juga kerana gelagat Anwar yang kata Karpal Singh tidak layak menjadi Ketua Pembangkang apabila usahanya menjerat Adun dan Ahli Parlimen BN masuk pembangkang akhirnya memakan diri sendiri.
Jelas Anwar adalah punca bukan saja PKR menjadi kucar-kacir malah juga pembangkang turut diaibkan dengan skandal dan kepincangan hingga akhirnya akan punah ranah mengheret sekali DAP dan Pas.
Pas dan DAP sudah lama berkecimpung dalam arena politik, tapi tidak pula dilanda pelbagai skendal macam PKR. Apakah Pas dan DAP tidak berasa malu? Mereka selalu bercakap tentang integriti, tapi lihatlah integriti PKR yang mereka angkat sebagai ketua dalam pakatan politik mereka.
Pada pilihan raya umum 2008 Pas dan DAP berasa puas hati kerana persahabatan mereka dengan Anwar dan PKR membuahkan hasil yang mereka tidak pernah peroleh sekian lama. Tapi percayalah bahawa lambat-laun Pas dan DAP akan mendapati bahawa PKR bukan lagi aset kepada mereka, tetapi menjadi biawak hidup yang akan mencakar belakang mereka.-malaysiaaktif.com

Pembangkang semakin takut

Perutusan Datuk Sri najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdullah Ahmad badawi di perhimpunan Agung Umno jelas menunjukkan parti politik terbesar di negara ini bersedia untuk berubah demi memenuhi kehandak rakyat dan negara.

Kedua permimpin tertinggi Umno ini mengakui bahawa rakyat telahpun melakukan apa yang terdaya untuk memujuk mereka berubah dan sedar bahawa jiks suara hati orang biasa tidak diendahkan maka parti tersebut mungkin tersungkur di pilihan raya umum ke 13.

Muhasabah diri menjadi buah bicara paling popular di dalam dewan Merdeka, PWTC dan inilah yang memeningkan pihak pembangkang.

Mereka begitu tangkas menuduh Umno tidak ikhlas dalam melakukan perubahan, malah ramai yang menpersendakan usaha Umno untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Tak mengapa, yang penting warga Umno akan kembali ke kawasan masing masing selepas tamat perhimpunan agung kali ini dan buktikan bahawa mereka semua benar benar mahukan perubahan.

Usah kita hiraukan suara sumabng yang mahukan Umno gagal. Mari kita dengar suara rakyat yang mahukan perubahan positif dalam Barisan Nasional.

Mari kita penuhi permintaan marhain yang mahukan pembangunan untuk semua.

Ayuh kita perkasakan perjuangan dengan memberi perkhidmatan dan tumpuan terbaik kepada rakyat, kepada pengundi dan juga kepada penyokong pembangkang. Kita berikan manfaat kepada semua.

Jika Barisan Nasional berubah mengikut kehendak semasa dan permintaan rakyat sudah tentu Anwar yang gilakan kuasa tidak lagi diberi ruang untuk mengadu domba antara masyarakat berbilang kaum.

Tidak akan ada lagi ruang untuk mereka yang mengambil kesempatan untuk merampas kuasa dari BN yang masih lagi mendapat sokongan majoriti rakyat negara tercinta Malaysia.

Tuesday, March 24, 2009

Bukit Selambau anak tiri pembangkang

Bukti Selambau dianak-tirikan PembangkangKemarahan kaum India atas pilihan seorang ahli biasa PKR, S. Manikumar sebagai calon pembangkang adalah bukti paling jelas bahawa parti pembangkang sudah melepaskan tangan dalam pertaruhan di Bukit Selambau.

Kaum India yang menjadi tonggak sokongan PKR pada pilihanraya umum ke 12 lalu begitu marah dengan keputusan tersebut, mereka telah mengumumkan melalui pergerakan Makkal Sakhti bahawa sokongan tidak akan diberikan kepada Manikumar.

Mereka berasa bahawa segala usaha mereka untuk menyokong pihak pembangkang tidak dihargai kerana pendapat mereka tidak diambil kira ketika pemilihan calon.

Jelas Anwar tidak memikirkan kepentingan setempat ketika memilih calon muda yang tidak perpengalaman dalam politik negeri Kedah, mahupun politik di Bukit Selambau.

Seorang pemerhati PKR yang arif tentang politik tempatan berkata, penduduk merasa terkilan kerana calon muda itu belum lagi berhak untuk diberi kepercayaan yang begitu besar dan banyak lagi potensi calon yang telah berkhidmat dan dikenali oleh masyarakat setempat.

“Kalau dipilih orang yang lebih berpengalaman dan sudah banyak menabur bakti, pengundi tempatan akan lebih mudah menerima calon tersebut kerana lebih mudah untuk mereka mengukur akal budi calon tersebut. Kalau tak kenal, macamana nak cinta,” katanya.

Sebenarnya tak banyak isu besar yang menyelubungi Bukit Selambau, cuma pengundi mahukan seorang yang boleh mewakili mereka secara efektif dan mampu menjana pembangunan dan kemajuan di kawasan yang kaya dengan hasil bumi ini.

Kedudukan Bukit Selambau yang berada tidak jauh dari Sungai Petani, pusat perindustrian utama Negeri Kedah membuat penduduk tempatan melonjak mahukan pembangunan dan kini mereka terpaksa membuat pilihan antara calon Barisan Nasional dari MIC, Datuk S. Ganesan yang mampu memujuk Kerajaan Persekutuan untuk menjana kemajuan dan pembangunan dan calon PKR, seorang anak muda yang belum tentu diberikan kerusi Exco dalam Kerajaan negeri Kedah sendiri.

Datuk S. Ganesan diakui sebagai seorang ahli politik yang berkebolehan dan berwibawa dan telah banyak menabur bakti kepada kaum India.

Kini pengundi diberi pilihan samada mahukan seorang anak muda yang tak dikenali dan jauh dari terbukti untuk mewakili mereka demi untuk menghukum BN atau mengundi seorang calon berwibawa dari parti pemerintah.

Tepuk dada tanya selera

Monday, March 23, 2009

View from the ground
















In case you guys are wondering what Bukit Selambau looks like, here are some pictures





Sunday, March 22, 2009

Kalau berkempen janganlah poyo - suatu peringatan


Penulis sebenarnya agak kagum dengan jentera-jentera pilihanraya yang sudah mengorak langkah berkempen untuk memenangi hati para pengundi. Memang itupun yang sewajarnya yang dilakukan. Namanya pun jentera kalau tak bergerak bukanlah jentera tapi kayu mati.

Dalam pada kagum dengan langkahan kaki para jentera berkempen, suka juga penulis nak memberi pandangan dan tidak keterlaluan kalau dikatakan suatu peringatan. Bukan untuk menunjuk pandai sekadar nasihat kalau kalau boleh diguna pakai.

Pada para jentera yang berkempen, penulis nak berpesan tak perlulah menunjuk-nunjuk segala kemewahan yang ada apabila mendekati pengundi. Bukannya apa, perlu juga kita sedar para pengundi ini bukannya semua orang berada. Ada yang berkereta mewah dan tidak kurang juga rumahnya hampir roboh. Bijak bijaklah mengatur langkah. ‘Masuk kandang kambing kita mengembek, masuk kandang harimau sama sama kita mengaum’.

Semalam penulis nampak ada jentera yang masuk ke kampung untuk berjumpa dengan pengundi kawasan tersebut dengan menaiki kereta yang cukup canggih. Toyota Harrier, Rexton Sangyong, Toyota Wish dan segala jenis kereta yang cukup mewah. Tidak dinafikan memanglah mereka mampu dan rezeki jentera kempen untuk memiliki itu semua tetapi perlu kita sama sama ambil kira sensitiviti para pengundi. Cuba bayangkan apa perasaan para pengundi yang hidupnya serba kedaifan. Mungkin ada yang berasa kecil hati dan tak kurang juga yang akan marah dan memberontak jiwanya. Akibatnya, rasa marah itu diterjemahkan dalam masa membuang undi. Alangkah ruginya kerja keras para jentera tidak membuahkan hasil hanya kerana kesilapan yang tidak pernah kita fikirkan.

Janganlah kerana lagak yang tidak bertempat, pengorbanan masa dan tenaga jentera kempen hanya menjadi sia sia. Pakaian para jentera kempen juga seolah olah merupakan suatu trend kepada parti tertentu. Berbaju linen yang harganya tak kurang dari dua ratus ringgit sehelai. Penulis pun ada baju seperti itu yang cuma dipakai pada hari raya. Itupun setelah puas mengumpul duit. Tak mengapalah, penulis sekadar memberi pandangan untuk kebaikan semua.

Teruskanlah usaha murni untuk memastikan kemenangan di dalam pilihanraya kecil ini. Insyaallah. Bersatu, Bersetia, Berkhidmat.

Apa dah jadi??


Macam mana ni…S. Manikumar yang dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) awal-awal lagi dah ditolak oleh penyokong parti itu. Apa yang diberitahu, mereka tidak berpuas hati dengan pemilihan S. Manikumar. Alasannya, beliau tidak berpengalaman dan kurang dikenali penduduk setempat.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula ada alasan tersendiri untuk memilih M. Manikumar. Kata beliau, kaum India tidak mempunyai wakil dalam DUN kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah. Jadi S. Manikumar paling layak untuk mewakili kaum India di Bukit Selambau selepas peletakan jawatan Arumugam. Tapi daripada cakap-cakap orang di sini lain pula ceritanya.

M. Manikumar yang baru berusia 35 tahun dianggap terlalu muda. Malah tidak berpengalaman juga kurang mendapat tempat di hati pengundi keturunan India. Kata mereka bila calon muda ini diketengahkan dan tidak berpengalaman dalam politik, akan banyak memberi masalah nanti. Mereka juga keliru atas sebab munasabab apa maka M. Manikumar dipilih.

Bila penyokong sendiri dah mempersoalkan pemilihan calon, memang berat masalah ni. Mana lah tau, sokongan yang diharapkan boleh bertukar sebaliknya. Tambah lagi dengan jumlah calon bebas yang ramai. Mereka boleh pilih mana yang mereka suka. Lebih-lebih lagi calon yang diketengahkan oleh BN nampak gayanya lebih berwibawa. Lebih diterima masyarakat India di sini.

Bila dah kecoh macam ni, tak kan mereka duduk berdiam diri. Khabarnya sudah ada usaha yang dibuat oleh pemimpin PKR untuk menaja calon bebas berketurunan India. Nampak gayanya mereka sudah tidak yakin dengan keputusan yang sudah dibuat. Apa dah jadi?



Siapa kata undi PAS masuk syurga??


Istilah di atas dah memang biasa kita dengar..baik pada hari biasa malah lebih hangat lagi menjelang pilihanraya..betul ke undi PAS masuk syurga? Tak pernah pulak penulis terbaca mana mana buku agama yang secara jelas mengatakan undi PAS masuk syurga. Malah sepanjang penulis berjumpa dengan orang orang tua yang arif agama di merata negara tidak ada seorang pun yang mengatakan ‘confirm’ masuk syurga kalau undi PAS. Ini adalah salah satu omongan kosong parti pembangkang yang kadang kala macam terdesak untuk meraih undi..Kalau terdesak sekali pun jangan sampai mengelirukan rakyat sampai ke tahap ini.

Yang hairannya bila UMNO menghebahkan pasal Islam Hadhari pandai pulak pembangkang kata suatu Islam yang baru walhal hakikatnya Islam Hadhari tak lebih dari sekadar suatu pendekatan untuk orang Islam Malaysia menghayati Islam dengan lebih mendalam atau menjiwai Islam untuk kesejahteraan dunia dan akhirat. Tak ada pula dalam Islam Hadhari mengatakan undi UMNO masuk syurga..Inilah yang ikhlas tentang perjuangan UMNO, buat sesuatu yang baik untuk rakyat tanpa ada kepentingan peribadi.

Sejak penulis dari darjah satu hinggalah ke universiti dan sampai sekarang penulis tidak pernah terbaca tentang buku yang mengiakan tajuk di atas. Yang penulis tahu, tiada jalan mudah untuk masuk ke syurga atau dengan kata lain tiada ‘shortcut’ untuk masuk ke syurga. Terang terang semua orang tahu, di alam kubur tiada manusia yang istimewa di kalangan malaikat. Semuanya sama kecuali para rasul kerana para rasul adalah maksum. Dan siapa pula yang pernah bertanya kepada orang yang telah mati bahawa benarkah undi PAS masuk syurga. Kalau benar ada sekalipun yang pernah bertanya kepada orang telah mati mungkinkah yang ditanya itu syaitan kerana setahu penulis hanya Nabi Muhammad s.a.w sahaja yang tidak dapat dirupai oleh syaitan.

Orang Islam sememangnya tahu, kita tidaklah dapatlah menolak syariat, tarekat, hakikat dan makrifat sebelum mengenal Allah. Baik dalam syariat, tarekat, hakikat dan makrifat tidak pernah ada istilah tentang PAS. Mungkin PAS mengambil pendekatan bahawa mereka menyeru kepada rakyat untuk menperjuangkan Islam lantaran itulah yang menyebabkan undi PAS masuk syurga.

Benarkah perjuangan Islam yang bawa benar benar mengikut acuan dan pendekatan Islam. Rasanya di dalam Islam kita tidak pernah di ajar untuk mencarut dan menfitnah serta membuka aib orang lain. Tetapi inilah yang berlaku dalam perjuangan Islam PAS yang menghalalkan cara untuk kepentingan politik mereka. Penulis bukan nak memisahkan antara politik dan agama kerana penulis cukup sedar bahawa barat yang sebenarnya yang berusaha untuk membuatkan orang Islam terlupa bahawa politik dan agama adalah dua perkara yang berbeza. Tetapi penulis cuma ingin katakan bahawa perjuangan Islam PAS bukanlah benar benar mengikut acuan Islam kerana mungkin mereka diterajui oleh ‘ular dalam semak’ yang mengaku dirinya ulamak.

Bezakanlah antara intan dan kaca..Ulamak sebenarnya adalah seperti intan yang payah ditemui kerana mereka lebih suka mengasingkan diri dari hal hal dunia sebaliknya lebih suka mendalami ilmu ketuhanan tetapi ulamak di dalam PAS adalah kaca yang bersepah di tepi jalan..lihat saja di pokok pokok mahupun tong sampah menjelang pilihanraya pasti akan ada wajah ‘ulamak ulamak’ PAS. Allah maha mengetahui.

Saturday, March 21, 2009

Siapa yang berani bersekongkol dengan calon calon bebas di Bukit Selambau??


Malam ni seperti biasa penulis melawat sekeliling kawasan Bukit Selambau..melihat lihat keindahan Bukit Selambau selain dari meninjau apa yang sedang berlaku di Bukit Selambau ni menjelang pilihanraya kecil pada 7 April ni..namanya pun pilihanraya kenalah mendengar kempen pilihanraya biarpun kempen yang entah apa-apa..dalam kesibukkan menjelang pilihanraya ni kenalah bekerja kuat takkan nak melepak dekat padang golf macam sesetengah orang biarpun bola tinggal 3 biji aje..penulis cuma nak jadi insan yang bertanggungjawab dari melepak di padang golf. Sampai bila nak mendongak bila memukul bola.

Sambil melawat kawasan pilihanraya, penulis ada bertemu dengan beberapa orang yang kononnya sibuk berkempen..entah untuk siapa yang dia kempen penulis sendiri kurang pasti, pasal di Bukit Selambau ni ramai sangat yang tawarkan diri jadi calon. Siapa yang tak mahu kalau menang imbuhannya bukan kecil..jadi exco kerajaan negeri..Kau orang tak nak ke? Berbalik pasal jumpa orang yang penulis sebutkan tadi..dia dengan penuh yakin kata calon calon bebas ni dah ada orang yang nak beli. Siapa beli siapa tidaklah penulis tahu. Kalau tahu pun takkan nak kasi tahu..apa barang. Agaknya betullah kata Husin Lempoyang dalam cerita 3 Abdul, berniaga orang lebih untung dari berniaga unta..woww!!

Bukan tujuan penulis nak mencari siapa yang nak beli siapa..Penulis sekadar nak beri nasihat dan pandangan..kalau nak dengar kalau tak nak lu punya suka..Semua orang tahu, kalau calon bebas ni menang dalam pilihanraya pada 7 April ni akan jadi exco kerajaan negeri..Penulis tak rasa calon calon bebas ni akan menyertai mana mana parti selain dari parti yang memerintah negeri Kedah ni..siapa yang nak menolak rezeki dan penulis tak berminat nak salahkan mereka. Cuma penulis merasa agak pelik apalah perlunya berjumpa dengan calon calon bebas ni dengan niat dan tujuan yang penulis sendiri keliru. Mana mungkin dia orang akan menyertai mana mana parti yang tidak boleh memberikan mereka sebarang kedudukan.

Musibah yang akan terjadi kalau calon calon bebas ni membawa hal ini kepada pengundi dalam kempennya. Nanti macam macam hal dan spekulasi yang akan timbul. Nasihat penulis kalau nak bertindak gunalah akal. Jangan sampai senjata makan tuan..Cuma ada yang penulis sedang fikirkan tentang pilihanraya kecil Bukit Selambau ni..ramai sangat calon bebas yang menawarkan diri..Rasanya macam ada muslihat dari pihak tertentu. Agak agaknya apa..mainan politik yang semua orang boleh baca..Siapa yang tak boleh nak baca alamatnya umur pendek!!!

Sebenarnya siapa yang takut


Berbekalkan kemenangan dua pilihan raya kecil sebelum ini, nampaknya Pakatan Rakyat agak ghairah untuk menawan Bukit Selambau. Mana tidaknya awal-awal lagi mereka dah pukul canang. Poster-poster ceramah sudah ditampal di batang-batang pokok di jalan-jalan utama sekitar bandar Sungai Petani.

Kempen sebenar belum pun bermula, tapi mereka dah mengatur langkah awal. Setiap malam ada sahaja ceramah. Macam tak sabar-sabar. Bukan seorang dua yang dijemput berceramah dan bukan juga di kalangan orang Kedah tapi terpaksa membawa orang luar. Nampak gaya macam terdesak sangat.

Biasa lah bila dah ramai bercakap, macam-macamlah yang dihambur keluar. Macam biasa lah kalau tak membuka aib atau keburukan orang, bukan ceramah meraka namanya. Tapi yang tak sedapnya, banyak juga bohongnya. Ajaibnya, yang hadir tetap terpesona mendengar walaupun mereka sedar apa yang keluar daripada mulut penceramah sebenarnya jenaka kosong mengisi masa terluang mereka.

Agak menarik juga apabila mereka menyebut kononnya UMNO dan BN takut bila berdepan dengan pilihan raya kecil sebegini. Atas sebab dan alasan apa, tak pula mereka nyatakan. Tapi yang jelas dalam menuduh UMNO, mereka sebenarnya yang takut dengan bayang-bayang sendiri. Kalau tidak masa kan mereka tak sabar-sabar untuk berkempen. Dalam satu ceramah di Bukit Selambau, asalnya nak dibuat di padang bersebelahan taman perumahan. Tapi bila permit tak lulus, laman rumah sekangkang kera pun dah cukup.

Jadi mereka yang hadir terpaksa lah duduk di tepi jalan dan seberang jalan. Soal bahaya dan keselamatan mereka yang hadir bukan lagi jadi keutamaan. Nasib baik tak ada mala petaka berlaku.

Friday, March 20, 2009

Mana satu nak dipilih ni!!

Sepuluh orang ke semuanya setakat ini menawarkan diri sebagai calon bebas di Bukit Selambau. Satu sejarah dalam pilihan raya di negara ini apabila begitu ramai yang berminat untuk bertanding. Mungkin ada sesuatu yang agak istimewa di sini sehingga membuatkan ramai yang berminat untuk masuk gelanggang.

Kita tunggu dan lihat sahaja perkembangan di Bukit Selambau selepas ini. Apakah jumlah calon bebas ini akan kekal atau bertambah menjelang hari penamaan calon 29 Mac ini. Mana tidaknya, tawaran sudah pun dibuka dan janji sudah disimpul. Menang sahaja sudah ada jawatan yang menunggu.

Husaini Yaacob, Pengarah Urusan Kemelong Holdings juga Yang Di Pertua Pesatuan Perngusaha Kuari Kedah/Perlis adalah yang terbaru menawarkan diri. Calon-calon lain adalah T. Chandrarajan, seorang ahli perniagaan, M. Khanapathy, juga seorang ahli perniagaan, L Sarala, Pengurus Pemasaran, Pelakon drama Tamil sambilan, RPS Kalaimani, kontraktor, R Loganthan, ahli perniagaan yang juga bekas Penasihat Kongres India Muslim (Kimma), Datuk Thasleem Mohd Ibrahim, ahli perniagaan Tan Hock Huat, ahli perniagaan M Vaneson dan Mohamad Radzuan Mat Isa yang juga seorang ahli perniagaan.

Biasalah bila dah ramai yang menawarkan diri bertanding, macam-macam lah janji yang ditabur. Masing-masing mendakwa mampu memberi khidmat lebih baik berbanding wakil rakyat sebelum ini.

Kalau semua dah cakap macam tu..tentu lah ada sesuatu yang tak kena pada wakil rakyat sebelum ini. Sendiri mau ingat lah…Dah hampir setahun pun…apa yang rakyat harapkan, lain pulak ceritanya yang timbul.

Jika kita lihat pada senarai yang menawarkan diri termasuk calon dari BN dan Keadilan, memang banyak sekali pilihan bagi pengundi Bukit Selambau kali ini. Memang lah dalam soal memilih pemimpin ni, kita bebas untuk memilih siapa yang kita suka. Tapi pilihan itu biarlah kata orang berbaloi. Jangan lah nanti orang yang kita pilih ada masalah lagi…

SALAM DARI BUKIT SELAMBAU

SEBELUM INI RASANYA ORANG MALAYSIA RAMAI YANG TIDAK TAHU DI MANA LETAKNYA BUKIT SELAMBAU. TAPI PASAL NAK ADA PILIHANRAYA KECIL PADA 7 APRIL NI, RASANYA GRAF POPULARITI BUKIT SELAMBAU BOLEH JADI DAH MELONJAK SEDIKIT DARIPADA ASAL. SEKARANG INI PUN DAH TERASA SEDIKIT BAHANG PILIHANRAYA KECIL BIARPUN BUKIT SELAMBAU MASIH SUNYI SEPERTI SEDIAKALA. PERANG BENDERA DAN POSTER MASIH BELUM MELETUS. TAPI BIASALAH DALAM MANA MANA PILIHANRAYA KECIL SEKALIPUN SELAGI TAK SELESAI PROSES PENAMAAN CALON, PERANG POSTER DAN BENDERA PASTINYA HAMBAR. KITA TUNGGU DAN LIHAT MACAM MANA RUPA DAN KEADAAN BUKIT SELAMBAU DALAM TEMPOH SEMINGGU DARIPADA SEKARANG.
DALAM SUNYI SUNYI BUKIT SELAMBAU, RUPANYA ADA JUGA KEMPEN KEMPEN KECIL YANG DAH DIJALANKAN. SEMASA MENULIS ARTIKEL INI, PENULIS SEBENARNYA BARU SAJA PULANG DARI MENDENGAR KEMPEN DI TAMAN WIRA.HMMMM….MENGELUH PANJANG DIBUATNYA. BUKAN PASAL MENGANTUK ATAU LETIH YANG MENYEBABKAN PENULIS MENNGELUH PANJANG CUMA PASAL KEMPEN YANG DI DENGAR TADI. FITNAH DAN MENGATA ORANG ADALAH AGENDA UTAMA KEMPEN TU. AGAK AGAK KEMPEN PARTI MANALAH TU? RASANYA SEMUA ORANG BOLEH MENGAGAK KEMPEN PARTI MANA PASAL PARTI NI MEMANG TERKENAL DENGAN KEBOLEHAN MENFITNAH DAN MENGATA ORANG. ITULAH KELEBIHAN PARTI INI WALAUPUN KEBOLEHAN YANG ENTAH APA APA DAN MENGUNDANG DOSA.
PENULIS MULANYA AGAK KAGUM BILA MENDENGAR MUKADIMAH DARIPADA SAUDARA PENCERAMAH KITA DI TAMAN WIRA TADI. MANAKAN TAK KAGUM, MUKADIMAH YANG DIBERIKAN SIAP DENGAN BACAAN AYAT AL QURAN. BERDIRI JUGA BULU ROMA PENULIS BILA MENDENGAR BACAAN AYAT AL QURAN. MENUSUK KALBU DAN MERUNTUN JIWA. TAPI…………………………..AYAT SETERUSNYA DARIPADA SAUDARA PENCERAMAH ITU YANG MEMBUAT PENULIS RASA TERGURIS HATI. SENTUHAN DENGAN BACAAN AYAT AL QURAN YANG BERJAYA MEMBUAT HATI PENULIS TERSENTUH, GHAIB DAN HILANG ENTAH KE MANA. JIWA YANG TENANG BERTUKAR MENJADI HIBA. SAUDARA PENCERAMAH YANG BERKOPIAH MEMULAKAN KEMPENNYA DENGAN AYAT YANG TIDAK SEDAP DIDENGAR. MENGHINA DAN MENFITNAH MELAYU. BIARPUN RATA RATA YANG DATANG ADALAH MELAYU TETAPI TIDAK ADA SEORANG PUN YANG BANGUN MEMBELA MELAYU DARIPADA DIHINA DAN DIFITNAH BEGITU. SEMPAT JUGA PENULIS MENJELING SEKELILING. RUPA RUPANYA DALAM RAMAI RAMAI MELAYU DI SITU RUPANYA ADA JUGA BUKAN MELAYU YANG TERSELIT DI CELAH CELAH. TIDAKKAH MELAYU YANG HADIR PADA CERAMAH DI TAMAN WIRA TADI MERASA MALU?? BIARPUN SAUDARA PENCERAMAH TADI TIDAK MENYEBUT NAMA MELAYU TAPI BELIAU MENUDUH UMNO SEBAGAI PEMULA SEGALA KEMELUT POLITIK YANG MELANDA TANAHAIR SEKARANG INI. MENUDUH DAN MENFITNAH UMNO SAMALAH SEPERTI MENGHINA MELAYU. PENULIS MERASA HAIRAN, KENAPA CUMA UMNO YANG DISALAHKAN OLEH PENCERAMAH TADI DAN TIDAK PARTI PARTI KOMPONEN YANG LAIN DI DALAM BARISAN NASIONAL. YANG PELIKNYA SAUDARA PENCERAMAH KITA TADI ADALAH MELAYU. ATAU MUNGKIN BELIAU SUDAH LUPA YANG BELIAU JUGA ADALAH MELAYU. MELAYU APAKAH YANG SANGGUP MENFITNAH DAN MENGHINA MELAYU YANG LAIN DI DEPAN ORANG BUKAN MELAYU.TERPULANG PADA SEMUA UNTUK MEMBUAT PENILAIAN SENDIRI. SESUNGGUHNYA PENULIS TIDAK MAHU DAN TIDAK BERHAK UNTUK MENJATUHKAN HUKUMAN KEPADA PENCERAMAH TADI BELIAU DARI MELAYU YANG MANA. TERLINTAS JUGA DI FIKIRKAN PENULIS, MUNGKIN PENCERAMAH TADI HENDAK MENJAGA HATI PENGUNDI DARI KAUM KAUM LAIN SELAIN MELAYU. UNDI UNDI JUGA TAPI JANGANLAH SAMPAI MARUAH MELAYU HENDAK DIGADAI. MUNGKIN PENCERAMAH TADI SENDIRI TIDAK SEDAR YANG BELIAU LEBIH MEMUJI LIM GUAN ENG DARI MEMUJI DATO’ SERI NAJIB. SEOLAH OLAH LIM GUAN ENG JAUH LEBIH BAIK DARI DATO’ SERI NAJIB, ORANG YANG SEBANGSA DAN SEAGAMA DENGANNYA.
PENCERAMAH TADI RUPA RUPANYA ADALAH SEORANG YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN. BELIAU MUNGKIN TANPA SEDAR TELAH MENUDUH KERAJAAN BARISAN NASIONAL MENGGUNAKAN SEMUA JENTERA KERAJAAN YANG ADA UNTUK MEMBANTU KEMPEN BARISAN NASIONAL. PENULIS CUMA TERSENYUM APABILA TOHMAHAN SEPERTI INI YANG DI LEMPARKAN OLEH SAUDARA PENCERAMAH TADI. MUNGKIN BELIAU SENDIRI TERLUPA YANG BELIAU ADALAH SEOARANG YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN DI PULAU PINANG. BUKANKAH BELIAU JUGA MERUPAKAN SEORANG DARI KAKITANGAN KERAJAAN BIARPUN DARI KERAJAAN PARTI PEMBANGKANG YANG MEMERINTAH PULAU PINANG. INILAH KATA ORANG MELAYU ‘PAKU DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH’. MASIH ADAKAH SEMANGAT MELAYU DI DALAM JIWA PENCERAMAH TADI??ITULAH SOALAN YANG BERLEGAR DI FIKIRAN PENULIS.
KITA SAMA SAMA TUNGGU APAKAH BENTUK FITNAH DAN TOHMAHAN YANG AKAN DIFATWAKAN OLEH PARTI INI LAGI. BUKANKAH PARTI INI AKAN MENGHALAKAN CARA UNTUK MERAIH UNDI BIARPUN TERPAKSA MENJUAL AYAT AYAT AL QURAN DAN MENGGADAI MARUAH BANGSA.
PENULIS TERMENUNG DAN BERFIKIR APAKAH AKAN HILANG KATA KATA HANG TUAH ‘TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA’ KALAU PEMIMPIN YANG KITA PILIH ADALAH SEPERTI SAUDARA KITA YANG BERCERAMAH DI TAMAN WIRA TADI. TEPUK DADA TANYALAH SELERA!!!

Sunday, March 15, 2009