Friday, March 27, 2009

KISAH NASI LEMAK CINTA SAYANG

Tokai tabik dengan orang Sungai Petani, khususnya penduduk Taman Ria. Tokai lalu, pagi, tengah hari dan malam, kedai nasi lemak cinta sayang tetap ramai orang. Tokai terfikir, inikah yang dikatakan kemakmuran?
Rakyat makmur, maknanya ada duit. Kalau tak ada duit bagaimana nasi lemak cinta sayang boleh dikerumuni oleh ramai pengunjung. Itu kisahnya, belum lagi bercerita pasal bagaimana lumayannya perniagaan kumpulan HPA yang terkenal dengan slogan " mai secawan". Tokai tak pandai kira berapa banyak kedai yang dia punya di sekitar perumahan elit Lagenda Heights. Tokai hanya terfikir, apakah yang menyebabkan iklim perniagaannya baik sehingga mampu mempunyai banyak kedai dari Radix Fried Chicken, Radix Cuisine hingga sedang dalam proses menyudahkan hotel. Tnetunya kerana iklim perniagaan yang memberansangkan.
Siapa yang menentukan iklim perniagaan itu baik? Tentunya disebabkan oleh dasar kerajaan dan perancangan yang baik. Masyarakat sekeliling terasa aman dan mempunyai peluang pekerjaan yang menghasilkan pendapatan serta kuasa beli.
Tapi, Tokai khuatir iklim yang sihat ini akan bertukar menjadi kelam kabut apabila banyak pihak yang hanya pandai bercakap tetapi tidak tahu merancang. Yang dirancang iailah bagaimana nak menipu orang ramai dengan slogan-slogan tertentu, yang membakar emosi dan perasaan. Tindakannya lebih berbaur ganas dan semacam dihasut hantu. Tidak terkawal dan menganggap bukan sebulu dengannya adalah kotor, jijik dan salah.
Tokai terima maklumat daripada beberapa orang yang makan bersama di kedai nasi lemak cinta sayang, kalaulah hangpa fikir masa depan, hangpa tentu tidak terpengaruh dengan pak syeh. Pak syeh sedang giat menjaja harapan dan janji, kononnya kata-kata beliaulah yang paling keramat sekali. Dia seakan mempunyai lampu ajaib yang boleh menyelesaikan semua masalah. Pak Syeikh jadi bomoh, yang kerjanya ialah meyakinkan setiap orang yang ditemuinya dengan menyalahkan orang lain, terutamanya bukan sebulu dengan politiknya.
Pak Syeikh kata, depa tu kerjanya semata-mata untuk menjarah, meratah kekayaan negara. Tapi, ramai orang tahu yang pak syeikh juga apa kurangnya. Pak Syeikh dapat duit dari mana dan di mana pak syeikh simpan duit semasa melakukan tugas orang nombor dua dulu. Pak Syeikh tentu banyak guna duit untuk menggelupurkan Ghafar Baba, sewaktu ingin berebut orang nombor dua. Semasa jadi menteri kewangan, ramai orang tahu Pak Syeikh suka memakai baju berjenama Emmerilgildo Zegna daripada Switzertland, yang entah berapa kali lipat harganya dengan sehelai baju berjenama John Master yang kebanyakan dibeli oleh ramai rakyat Malaysia, itu pun bila ada jualan murah.
Pak Syeikh pernah bangkitkan macam-macam perkara termasuk"kebobrokan masyarakat" kerana nilai-nilai moral dikesampingkan. Tapi hari ini, Pak Syeikh sendiri telah menggasirkan nilai-nilai moral dengan meratahhabiskan dan metasbih jampi menuduh dengan mengaibkan siapa sahaja yang tidak sebulu.
Masyarakat masih tidak lupa, Pak Syeikh masih belum bersih daripada semua tuduhan. Pak Syeikh hanya bebas kerana kesalahan teknikal dan bukannya satu kebenaran. Pak Syeikh kena ingat, pengundi Bukit Selambau boleh selam bau busuk yang cuba ditiupkan oleh angin perubahan dan kata-kata nista. Ingatlah, jangan terlalu berbangga dengan diri sendiri kerana ia lebih merupakan riak, dan riak amat dibenci oleh Allah SWT.
Tokai sekali lagi tabik kat pengendali kedai nasi lemak cinta sayang. Walaupun ramai orang berkerumun pagi petang dan malam, harga nasi lemaknya masih murah. Beberapa kali Tokai makan, harganya tidak melambong tinggi sebagaimana di lain-lain tempat. Apabila ramai orang datang, mula manaikkan harga. Tidak seperti di Permatang Pauh tempoh hari, Tokai hampir terduduk kerana harga makanan mencekik darah. Orang Sungai Petani tetap ramah, dan bukannya seperti Permatang Pauh, banyak buat gempak hingga boleh mencairkan darah. Jangan Pak Syeikh cuba mencairkan darah pengundi Bukit Selambau, kerana bau Pak Syeikh pun sudah tidak diingini. Tokai hanya melaporkan apa yang Tokai dapat setelah beberapa hari berada di Taman Ria, termasuk bersembang di Kedai Nasi Lemak Cinta Sayang.
Cinta Sayang merupakan slogan terindah pengundi Bukit Selambau. Banyak sekali ungkapan itu digunakan, termasuk nasi lemak, kedai dobi, resort, klinik hinggalah ke nama jalan. Jangan kerana terlalu ghairah meratah jampi, Pak Syeikh tukarkan ungkapan cinta sayang menjadi dendam kesumat yang tidak pernah ada akhirnya. Cinta sayang adalah dambaan setiap manusia yang cintakan kedamaian, kemakmuran dan keikhlasan. Ia bukanlah seperti Pak Syeikh yang sentiasa menghamburkan kata-kata nista dan kesat dalam setiap kali berucap dan melontarkan angan-angan. Baunya sudah dapat diselami oleh pengundi Bukit Selambau. Mereka inginkan kedamaian, dan bukannya kehancuran yang terbina dengan kata-kata nista dan tuduhan melulu.
Tokai amat menghormati ungakapan cinta sayang tapi terus membenci senandung jampi Pak Syeikh yang tidak pernah ikhlas dan terlalu gilakan kuasa.

No comments:

Post a Comment