Saturday, March 21, 2009

Sebenarnya siapa yang takut


Berbekalkan kemenangan dua pilihan raya kecil sebelum ini, nampaknya Pakatan Rakyat agak ghairah untuk menawan Bukit Selambau. Mana tidaknya awal-awal lagi mereka dah pukul canang. Poster-poster ceramah sudah ditampal di batang-batang pokok di jalan-jalan utama sekitar bandar Sungai Petani.

Kempen sebenar belum pun bermula, tapi mereka dah mengatur langkah awal. Setiap malam ada sahaja ceramah. Macam tak sabar-sabar. Bukan seorang dua yang dijemput berceramah dan bukan juga di kalangan orang Kedah tapi terpaksa membawa orang luar. Nampak gaya macam terdesak sangat.

Biasa lah bila dah ramai bercakap, macam-macamlah yang dihambur keluar. Macam biasa lah kalau tak membuka aib atau keburukan orang, bukan ceramah meraka namanya. Tapi yang tak sedapnya, banyak juga bohongnya. Ajaibnya, yang hadir tetap terpesona mendengar walaupun mereka sedar apa yang keluar daripada mulut penceramah sebenarnya jenaka kosong mengisi masa terluang mereka.

Agak menarik juga apabila mereka menyebut kononnya UMNO dan BN takut bila berdepan dengan pilihan raya kecil sebegini. Atas sebab dan alasan apa, tak pula mereka nyatakan. Tapi yang jelas dalam menuduh UMNO, mereka sebenarnya yang takut dengan bayang-bayang sendiri. Kalau tidak masa kan mereka tak sabar-sabar untuk berkempen. Dalam satu ceramah di Bukit Selambau, asalnya nak dibuat di padang bersebelahan taman perumahan. Tapi bila permit tak lulus, laman rumah sekangkang kera pun dah cukup.

Jadi mereka yang hadir terpaksa lah duduk di tepi jalan dan seberang jalan. Soal bahaya dan keselamatan mereka yang hadir bukan lagi jadi keutamaan. Nasib baik tak ada mala petaka berlaku.

No comments:

Post a Comment