Monday, March 30, 2009

Alahai Bukit Selambau

Alahai Bukit Selambau....

Menjelang pilihanraya kecil yang tak berapa lama lagi ni, nampaknya Bukit Selambau terpaksa memahat sejarahnya dengan caranya yang tersendiri dan terpaksa bersandar kepada bilangan calon calon yang bertanding. Kalau nak diharapkan kemeriahan mungkin kemeriahan pasar malam mengatasi suasana di Bukit Selambau. Lesu dan tidak bermaya. Agak hairan kerana pada kebiasaannya kalau ada pilihanraya kecil suasananya tidak ubah seperti suatu pesta yang sememangnya dinantikan penduduk setempat. Apa dah jadi?

Kalau tidak percaya dengan apa yang penulis katakan tentang suasana di Bukit Selambau sekarang ni jemputlah lihat dengan mata kepala sendiri. Tidak apa yang menarik cuma kelihatan beberapa tempat sahaja yang dipenuhi poster dan bendera. Tidak seperti suasana di pilihanraya pilihanraya kecil yang lain. Kalau ada pun cuma ada poster poster dan bendera BN yang memenuhi banyak tempat. Persoalannya mana pergi semangat perjuangan PKR dan geng gengnya di dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau? Kurang minat atau mereke memikirkan tidak ada yang perlu mereka perjuangkan di Bukit Selambau?

Penulis ada menghubungi sahabat yang kini berada di Bukit Gantang, Katanya suasana di sana jauh lebih sengit kalau hendak dibandingkan dengan Bukit Selambau. Mungkin agaknya seluruh jentera PKR dan geng gengnya di arah ke Bukit Gantang daripada sibuk di Bukit Selambau. Tapi kenapa jadi macam ni? Bukankah di Bukit Selambau juga ada rakyat dan masyarakat yang perlu dibela. Nampak gayanya cuma BN saja yang beria ia hendak memperjuangkan dan membela nasib rakyat Bukit Selambau. PKR dan geng gengnya seperti cuma berminat memperjuangkan Nizar di Bukit Gantang. Munkin kemenangan Nizar di Bukit Gantang amat ditagih oleh PAS dan geng gengnya untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat masih diperlukan oleh rakyat dan menunjukkan kepada Tuanku Sultan Perak bahawa tindakan baginda adalah salah. Sebab itulah Pakatan Rakyat lebih bersungguh sungguh di Bukit Gantang, lebih daripada itu mungkin mereka hendak memadamkan aib yang terpalit di muka mereka.

Penulis merasakan Pakatan Rakyat seperti tidak berminat untuk mempertahankan dan memperjuangkan nasib rakyat Bukit Selambau kerana jika menang di Bukit Selambau sekalipun ianya tidak akan mengubah kedudukan kerajaan negeri Kedah yang ditunjangi kerajaan Pakatan Rakyat. Di sinilah nampaknya ketidakikhasan Pakatan Rakyat di dalam memperjuangkan nasib rakyat. Rakyat cuma dihampiri ketika diperlukan untuk merealisasikan kehendak dan keperluan politik mereka. Tidak rakyat Bukit Selambau sedar bahawa nasib mereka perlu di bela sepanjang masa dan bukan Cuma pada waktu waktu yang tertentu dan pada masa ada kepentingan.

Sedarlah rakyat Bukit Selambau. 7 April ini semua rakyat Bukit Selambau diberikan mandat sepenuhnya untuk mencari pemimpin yang benar benar ikhlas dalam memperjuangkan nasib rakyat Bukit Selambau. Nampak cara setelah dicongak dan dihitung, tiada yang dapat membela nasib rakyat Bukit Selambau selain dari kerajaan Barisan Nasional yang ketika ini sibuk di ketiga tiga lokasi pilihanraya kecil untuk terus membela nasib rakyat sepanjang masa dan tidak cuma pada masa masa tertentu seperti kerajaan lain yang nyata menghampiri rakyat untuk tujuan dan kepentingan politik semata mata.

Barisan Nasional membela Bukit Selambau.

No comments:

Post a Comment