Showing posts with label manikumar. Show all posts
Showing posts with label manikumar. Show all posts

Thursday, April 2, 2009

PKR akui silap mencalonkan Manikumar

Mood dalaman para petugas PKR mula berubah setelah beberapa hari berkempen kerana tindakbalas dari pengundi menunjukkan mereka telah melakukan kesilapan besar mencalonkan S. Manikumar bagi pilihanraya kecil di Bukit Selambau.

Tinjauan sikap pengundi menunjukkan bahawa mereka mungkin akan melakukan undi protes mementang PKR kali ini kerana merasakan Anwar tleh membelakangi kehendak dan tuntutan mereka.

"Kami memang dapat merasakan perubahan sikap dikalangan pengundi dan ini mungkin akan mengakibatkan kekalahan bagi S Manikumar," kata seorang petugas PKR.

Selain dari kemarahan pengundi, PKR juga terpaksa melawan kempen oleh dua bekas ahli parti tersebut yang mengambil tindakan berdidi sebagai calon bebas akibat tidak puas hati dengan perubahan sikap dalam PKR sejak memenangi banyak kerusi pada PRU 12 lalu.

"Ramai diantara petugas sendiri yang sudah mula terasa kurang senang dengan sikap DS Anwar yang hanya mendengar pendapat tertentu sahaja. Orang mula mengatakan beliau mengamalkan sistem kroni, itu yang tak sedap didengar.

"Ramai potensi calon tempatan yang lebih pengalaman, tapi bila Anwar dah berkenan cukup susah nak mengubah fikiran dia. Dia dengar bila kita cakap tapi jarang mengikut nasihat orang sekeliling. Itulah Anwar.

Dalam pada itu para petugas PKR juga sedang bersiap sedia menghadapi 'serangan' oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang berjanji untuk turun padang hujung minggu ini.

"Ramai rakyat Malaysia masih mahukan sumbangan Tun dan keputursan Dr M untuk kembali kepada Umno dan membantu mereka membersihkan parti sudah tentu melegakan ramai orang. Ye lah kalau BN dah bersih, apa sebab mereka nak undi PKR pula.

"BN dah teruji, PKR masih dianggap hingusan," katanya lagi.

Tuesday, March 24, 2009

Bukit Selambau anak tiri pembangkang

Bukti Selambau dianak-tirikan PembangkangKemarahan kaum India atas pilihan seorang ahli biasa PKR, S. Manikumar sebagai calon pembangkang adalah bukti paling jelas bahawa parti pembangkang sudah melepaskan tangan dalam pertaruhan di Bukit Selambau.

Kaum India yang menjadi tonggak sokongan PKR pada pilihanraya umum ke 12 lalu begitu marah dengan keputusan tersebut, mereka telah mengumumkan melalui pergerakan Makkal Sakhti bahawa sokongan tidak akan diberikan kepada Manikumar.

Mereka berasa bahawa segala usaha mereka untuk menyokong pihak pembangkang tidak dihargai kerana pendapat mereka tidak diambil kira ketika pemilihan calon.

Jelas Anwar tidak memikirkan kepentingan setempat ketika memilih calon muda yang tidak perpengalaman dalam politik negeri Kedah, mahupun politik di Bukit Selambau.

Seorang pemerhati PKR yang arif tentang politik tempatan berkata, penduduk merasa terkilan kerana calon muda itu belum lagi berhak untuk diberi kepercayaan yang begitu besar dan banyak lagi potensi calon yang telah berkhidmat dan dikenali oleh masyarakat setempat.

“Kalau dipilih orang yang lebih berpengalaman dan sudah banyak menabur bakti, pengundi tempatan akan lebih mudah menerima calon tersebut kerana lebih mudah untuk mereka mengukur akal budi calon tersebut. Kalau tak kenal, macamana nak cinta,” katanya.

Sebenarnya tak banyak isu besar yang menyelubungi Bukit Selambau, cuma pengundi mahukan seorang yang boleh mewakili mereka secara efektif dan mampu menjana pembangunan dan kemajuan di kawasan yang kaya dengan hasil bumi ini.

Kedudukan Bukit Selambau yang berada tidak jauh dari Sungai Petani, pusat perindustrian utama Negeri Kedah membuat penduduk tempatan melonjak mahukan pembangunan dan kini mereka terpaksa membuat pilihan antara calon Barisan Nasional dari MIC, Datuk S. Ganesan yang mampu memujuk Kerajaan Persekutuan untuk menjana kemajuan dan pembangunan dan calon PKR, seorang anak muda yang belum tentu diberikan kerusi Exco dalam Kerajaan negeri Kedah sendiri.

Datuk S. Ganesan diakui sebagai seorang ahli politik yang berkebolehan dan berwibawa dan telah banyak menabur bakti kepada kaum India.

Kini pengundi diberi pilihan samada mahukan seorang anak muda yang tak dikenali dan jauh dari terbukti untuk mewakili mereka demi untuk menghukum BN atau mengundi seorang calon berwibawa dari parti pemerintah.

Tepuk dada tanya selera