Friday, April 3, 2009

Puak Kucar-kacirkan Rakyat (PKR)


Nampaknya ada parti baru yang tidak bertanding secara rasmi di Bukit Selambau, tetapi orang-orangnya semakin ghairah membuat kacau bagi menakut-nakutkan pengungdi. Parti baru itu diberikan singkatan PKR kerana keanggotaannya adalah ahli PKR tegar, cara bentindak sama dengan konco-konco PKR menggunakan samseng, bercakap seperti pemimpin de facto sering membuat tuduhan melulu, cakap melalut macam orang gila talak dan mencaci maki orang lain seolah-olah dialah tokoh terbaik, beriman ,sopan. Seolah-olah dialah malaikat yang baru turun dari langit untuk menyelamatkan Malaysia, yang kononnya sedang nazak menurut firasat kotor rekaannya sendiri.

Cantik sungguh bunga derdap, pohonnya rimbun tetapi dahannya berduri. Sedap betul dengar Anwar bercakap, terleleh air lior dan terlopong, tetapi haprak. Terdengar khabar hantar orang-orangnya buat kacau apabila bekas Ketua Bahagian Keadilan Jerai, B. Kalaivanar memberikan penerangan membongkar kebejatan dan hakisan moral yang sedang berlaku dalam PKR.

Memang ramai orang tahu siapa Anwar. Cara bertindaknya telah mempengaruhi Datuk Seri Nizar Jamaludin. Mungkin Anwar merupakan sifu dan mentor dalam setiap tindak tanduk politik, termasuk mencabar undang-undang.

Sejak beberapa hari, banyak perkembangan berlaku. PKR terasa semakin terhimpit dan terkedu apabila mendapat tahu Tun Dr. Mahathir akan menyertai kembali UMNO, Isnin ini. Anwar ternganga bila Najib telah diperkenankan oleh SPBYA dan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-6, maka dia buat onar lagi.

Juak-juaknya sebar fitnah, SPBYA tidak merestui. Setelah termalu besar dengan peralihan kerjaaan pada 16 September 2008, inilah peluang keemasan untuk bermain dengan tohmahan serta godaan fitnah. Nyata tidak berjaya, mungkin beliau perlu mendengar dan menghayati kembali lagu puisi Ebiet G. Ade.

Penyanyi dari seberang itu banyak mengingatkan kita. Jika selalu mengkhabarkan kebanggaan terhadap dosa, mungkin Tuhan tidak akan merestui apa yang kita lakukan. Anwar perlu sedar, kebaikan akan tetap menjelma, kebenaran akan terus bersinar. Tapi akhirnya Anwar terpaksa menjilat sendiri kata-katanya, tak usah lagi berbelit-belit.

Ada pepatah Inggeris mengatakan, kita mungkin boleh menipu ramai orang dalam satu masa tetapi tidak dapat menipu semua orang dalam setiap masa. Sendiri mahu ingat, fitnah termasuk dalam dosa-dosa besar yang tidak mudah diampunkan oleh Allah SWT selagi orang dituduh itu tidak mahu memaafkannya. Ikutlah nasihat Singh is the king, "Anwar hendaklah bertaubat."

2 comments:

  1. KEPADA PENGKRITIK BUDIMAN
    written by tok misai, April 05, 2009
    Kepada pengkritik budiman ribuan bahkan jutaan terima kasih untuk kritikan-kritikan anda dan bukan tok misai tak kenal kerana semasa anda menaip,sebelah anda tu orang tok misai.Insyaallah pepatah MELAYU mengatakan TAK KENAL MAKA TAK CINTA.Tak lama lagi kita akan berjumpa.Kepada PENDEKAR BUKIT DAN YANG LAIN-LAIN,macammana kamu semua tahu yang harimau Tok Misai taringnya patah sedangkan logo HARIMAU tu tak buka mulut.Cubalah usik dulu HARIMAU tu kita tengok nanti taringnya patah ka tidak.Kalau nak jadi PENDEKAR pun,biarlah PENDEKAR tu ada TAMING SARI,barulah dia tahu TERSURAT DAN TERSIRAT dan di atas keegoan dan kebodohan anda semua sebab itu anda semua yang mengkritik lupa sejarah,PETUALANG BANGSA.Tok Misai tahu yang anda pun tak sehebat mana.Jangan bercakap dengan perkataan yang kurang manis.Anda semua yang mengkritik seperti AYAM BERKOKOK EKOR BERGELUMANG DENGAN TAHI dan SEPERTI ANJING MENYALAK BUKIT,BUKIT TAK AKAN RUNTUH.Dan terima kasih jugak atas tohmahan-tohmahan yang tak berasas seperti saya SAMSENG,DITAJA dan lain-lain.Itu semua satu pembohongan yang diluahkan oleh insan yang bernama MANUSIA HIPOKRIT.Selepas ini walaupun kritikan bertalu-talu dari anda semua,saya tak akan layan dan membalas balik kerana saya tak HAIRAN........!!!!!!!!! PADA ANDA SEMUA.Sekian,terima kasih

    ReplyDelete
  2. Biar rakyat jadi penentu apakah benar tok misai akan menggantikan tok janggut..ataupun tok misai hanya akan terus menggentel misai di kedai kopi..

    ReplyDelete