Showing posts with label pkr. Show all posts
Showing posts with label pkr. Show all posts

Thursday, March 25, 2010

PEMBANGKANG MEMFITNAH 1MALAYSIA

3 April lalu genap setahun kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Keenam, Dato’ Sri Najib Tun Haji Abdul Razak setelah mengambilalih baton kuasa dari Tun Abdullah Ahmad Badawi yang banyak menerima kritikan dan cemohan ekoran prestasi BN yang buruk dalam pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008.

Sebelum dicemuh, Tun Abdullah Badawi juga melakarkan imej yang terbaik dari segi prestasi BN kerana dalam pilihan raya umum ke-11 yang diadakan pada 21 Mac 2004 pembangkang hanya mampu menguasai 20 kerusi Dewan Rakyat. BN menguasai 198 kerusi berbanding keseluruhan 219 kerusi Dewan Rakyat (DR) yang dipertandingkan. Parti Keadilan Rakyat hilang empat kerusi dan hanya mampu mengekalkan kerusi Permatang Pauh dengan undi majoriti 590. Walaupun Kelantan terus dikuasai oleh PAS, kedudukannya menjadi kurang stabil dengan hanya majoriti 3 kerusi dewan undangan negeri (DUN).

Ekoran pencapaian itu, BN dikatakan mempunyai kedudukan terbaik sejak tahun 1978, iaitu setelah PAS keluar dari gabungan dan bertanding atas platformnya sendiri, masih belum membentuk pasukan pembangkang yang kuat. BN mendapat undi popular sebanyak 63.9 peratus manakala UMNO menguasai 109 kerusi DR. Prinsip yang diperjuangkan ketika itu (2004) ialah “bekerja bersama-sama saya dan bukan kerana saya” yang akhirnya melahirkan pendekatan Islam Hadhari selepas kemenangan bersejarah itu.

Pilihan raya umum ke-12, bukan sahaja turut mengeruhkan persepsi rakyat terhadap kelemahan kepimpinan Tun Abdullah, percakaran dalam komponen BN, kritikan bekas Perdana Menteri (keluar UMNO), kemunculan pakatan pembangkang yang kuat telah mengubah senario politik sehingga dianggap berlakunya tsunami. Pelan peralihan kuasa kepimpinan telah dipercepatkan, oleh desakan dari dalam dan luar BN, menjadikan persoalan perjuangan politik dan penerusan perjuangan rakyat mengambil gema politik yang menyeluruh dan membingitkan.

BN yang hanya mampu meraih undi popular 50.6 peratus menghadapi tentangan bertubi-tubi dari pakatan pembangkang (undi popular pembangkang 49.4 peratus) sehingga menjadikan suasana politik semacam tanpa kesudahan. Hanyalah selepas peralihan kuasa berlaku, Dato’ Sri Najib telah berjaya “mententeramkan” keadaan politik negara yang pernah berada dalam tahan cemas, terutamanya tatkala calon-calon tewas dalam pilihan raya kecil sejak dari Permatang Pauh pada bulan Ogos 2008.

Kebangkitan semula Anwar Ibrahim dan kembali ke DR, menjadikan pembangkang semakin galak mencanangkan pelbagai perancangan menguasai rakyat, termasuk membentuk kerajaan pada 16 September 2008. Kegagalan menjadi Perdana Menteri dalam misinya Jalan Ke Putrajaya, perubahan kepimpinan negara, kegagalan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat menunaikan janji, wawasan kepimpinan baru yang lebih mesra dan berusaha mendekati rakyat melalui beberapa perubahan dasar, kegigihan melaksanakan transformasi pentadbiran awam dan mengapongkan kembali secara berkesan imej negara di peringkat antarabangsa menyebabkan pembangkang semakin kehilangan pengaruh.

Kekalutan yang melanda kumpulan pemimpin dalam PKR, pendedahan dan pemaparan imej yang menjolok tatasusila, terlalu mengongkong kuasa menyebabkan parti itu semakin kehilangan gemanya. Ia turut ditambah dengan kemelut yang melanda Ketua Pembangkang, yang sudah diadili oleh rakyat sebagai tokoh yang “tidak konsisten”, mempermainkan undang-undang dan sanggup menggunakan apa cara sekalipun demi memenuhi tujuan politik.

Apabila mendapat maklumat dan gema suara masyarakat menerima gagasan 1 Malaysia, pembangkang sekali lagi cuba bermain api dengan mengaitkan pendekatan tersebut dengan 1Israel, yang digagaskan oleh Ehud Barak pada tahun 1999. Ehud Barak ketika itu cuba menyatukan parti politik di Israel bagi menghadapi kemunculan HAMAS, akhirnya kecundang dan gagasan 1Israel tinggal kenangan pada awal tahun 2000.

Setelah menghadapi serangan dari kawan rapatnya, Anwar mencari helah bagi memesongkan pemikiran rakyat, termasuk menuduh pemberian kontrak kepada APCO Worldwide dari Amerika Syarikat itu mempunyai kaitan dengan 1Isreal kerana sebahagian besar pemiliknya berbangsa Yahudi. Ini sengaja dilakukan oleh Anwar bagi membangkitkan sentiment kebencian orang Islam terhadap Yahudi, khususnya Israel.

Sebelum tuduhan itu dilakukan, Anwar sudah dilekatkan imej berkawan rapat dengan pemimpin-pemimpin Yahudi, termasuk Maldeline Albright (Bekas Setiausaha Negara di bawah Bill Clonton), Camdeasus (orang kuat Tabung Kewangan Antarabangsa yang menawarkan pakej menyelamatkan krisis nilai matawang pada tahun 1997/1998 yang tidak dipersetujui oleh Tun Dr. Mahathir), Paul Wolfowitz (pemimpin Bank Dunia yang terlibat skandal dengan seorang wanita) dan al Gore (bekas Naib Presiden Amerika Syarikat di era Bill Clinton dan kecundang mendapat sokongan sanet berhubung dengan Protokol Kyoto).

Setelah hubungan baik tersebut menjadi pertautan yang kuat bagi mendapatkan sokongan politik, Anwar tidak duduk diam berusaha mengatasi krisis moral yang dihadapinya pada masakini. Oleh kerana “tidak sanggup bersumpah” atas dakwaan meliwat bekas pegawai peribadinya, Anwar cuba mempertikaikan sistem undang-undang dan proses penghakiman.

Biarpun prosesnya hanya baru bermula, Anwar menggunakan rangkaian antarabangsa agar dapat mendesak Dato’ Sri Najib menggugurkan kes liwatnya kerana dilihat sebagai satu lagi bentuk konspirasi melenyapkan karier politiknya.

50 orang anggota parlimen Australia membuat bantahan, kini Anwar menggunakan Organisasi Parlimen Antarabangsa mendesak kes liwatnya digugurkan. Ini menunjukkan satu lagi penafian Anwar terhadap usaha menegakkan keadilan melalui undang-undang kerana berdasarkan peraturan, setiap orang berhak mendapat pembelaan sekiranya membuat aduan.

Dalam hal ini, Saiful telah membuat aduan kepada polis mengenai perbuatan bekas majikannya. Maka dalam mana-mana peraturan apabila aduan diterima, pihak polis akan menjalankan siasatan dan jika mempunyai bukti maka ia perlu diadili menurut undang-undang. Walau bagaimanapun, kerana Anwar sudah menunjukkan kelemahannya, maka digunakan pelbagai kaedah bagi membolehkan kes tersebut digugurkan.

Persepsi masyarakat berbelah bahagi. Namun pada umumnya menganggap Anwar memang sengaja mencari helah bagi mengelakkan lebih banyak lagi perlakuan buruknya terdedah, kerana sepanjang perbicaraan itu berlangsung, tentunya banyak maklumat akan didedahkan termasuk dari pengadu, pakar perubatan dan sebagainya.

Anwar telahpun menggunakan hasil pemeriksaan yang dibuat oleh seorang doktor dari PUSRAWI yang pernah menimbulkan kontroversi kerana doktor tersebut hanya membuat pemeriksaan umum. Hasil pemeriksaan umum itu kemudiannya disebarkan sebagai “tidak berlakunya” kes tersebut, walhal doktor juga meminta supaya Saiful membuat pemeriksaan di hospital kerajaan selanjutnya. Perakuan itu telah “dipadamkan” sehingga menampakkan bukti yang Anwar tidak bersalah.

Dengan mengalihkan tuduhan ada 1Malaysia ditiru dari 1Israel manakala syarikat yang terlibat dengan strategi komunikasi peringkat antarabangsa, APCO Worldwide dengan keganasan Israel, maka masyarakat dapat mengalihkan persepsi terhadap gagasan yang semakin difahami oleh rakyat.

Seharusnya masyarakat boleh memikirkan dengan matang bahawa kerosakan imeh negara di peringkat antarabangsa adalah kerana sikap sesetengah pempimpin politik yang kemaruk kuasa. Akibat kemaruk kuasalah pemimpin-pemimpin tersebut sanggup memburuk-burukkan negara dan kerajaan melalui pelbagai tohmahan, termasuk menggunakan media yang memangnya terkenal dengan prinsip churnalism (pinjam istilah yang dibahas oleh Nick Davies).

Churnalism ialah satu istilah yang dikaitkan dengan pemberitaan yang tidak mengamalkan konsep “telling the truth” dan membuat laporan hanya berdasarkan “news wire” di mana para pelapornya tidak perlu mencari maklumat dan menyemak maklumat bagi mengesahkan sesuatu berita. Strategi inilah yang selalunya digunakan oleh pengamal media yang berhasrat untuk menjatuhkan sesebuah negara demi kepentingan ekonomi dan penjajahan bentuk baru.

Seperti kata Perdana Menteri, dakwaan pembangkang itu adalah fitnah semata-mata yang bertujuan merosak dan mencemarkan gagasan itu apabila dilihat semakin diterima oleh rakyat. Pembangkang “tak berani serang gagasan 1Malaysia. Mereka tidak dapat mempertikaikan, mereka cuba untuk merosakkan, mencemarnya, mencalarnya melalui kononnya ilham atau idea yang datang dari negara luar. Ini satu fitnah yang tidak benar, tidak berasas sama sekali."

Anwar menjadi semakin bimbang, dalam pilihanraya umum ke-13 beliau bakal kecundang lagi kerana sejarah membuktikan retoriknya hanya mampu menarik minat orang untuk mendengar, tetapi tidak cukup kuat membujuk. Anwar hanya bercakap dalam irama seorang penglipur lara, yang hatinya sendiri penuh kekecewaan dan hasrat membalas dendam apabila gesekan biolanya semakin tidak lagi gemersik seperti saat-saat beliau berada di kemuncaknya.

Anwar sebenarnya sedang berperang dengan psikologi dalam dirinya sendiri. Bagi tidak menampakkan rasa cemas dan gundah gulana, maka dicubanya mendaki semula ke puncak sedangkan puncak bukit itu sudah tidak menerimanya lagi. Penghuni di puncak bukit semakin sedar dan yakin bahawa Anwar akan terus berada di kaki bukit, kemuncaknya semakin tegar dan kuat berpegang kepada melaksanakan yang terbaik untuk rakyat.

Lagu rakyat yang baru diciptakan oleh Anwar menjadi semakin sumbang, yang nilai budaya yang tidak dapat diterima oleh pelbagai peringkat masyarakat, kecualilah dari mereka yang tidak mengenal erti “jauhari” dan kerana itulah sentiasa “menikam” walaupun tikaman itu hanyalah sekadar “menikam angin.” Tsunami politik yang dilihat pernah melanda BN sebenarnya sedang berpatah balik melanda Pakatan Pembangkang dengan kekuatan melebihi badai semalam dan gigitan bena perang di Permatang Pauh yang mengusulkannya sebagai Ketua Pembangkang.

PKR semakin rebah dan “ketuanan rakyat” yang dipeloporkan semakin kehilangan rohnya. Yang masih tersisa ialah buih-buih kecil yang hanya menunggu masa untuk pecah dan bakal menjadi sebuah elegi politik baru yang penuh keliru.

Ini kerana menurut Perdana Menteri, "Sebutan Salam 1Malaysia umpamanya menjadi kelaziman sekarang dan ada juga perkahwinan 1Malaysia. Jadi saya lihat ia sudah menjadi satu gerakan massa" Gerakan massa ini sudah berupaya memudarkan harapan yang terbina melalui “ketuanan rakyat” yang dianggap oleh sesetengah pihak “ketuanan DAP”, kerana Anwar hanyalah inginkan jawatan sebagai Perdana Menteri, ia sentiasa menjadi “seekor raksaksa yang berubah-ubah”, atau “sesumpah” kerana terlalu ingin beradaptasi dengan alam. Akhirnya, alam akan menelan sehingga adaptasi itu hanyalah sebuah pengalaman ngeri yang membingungkan.

Kita memerlukan gagasan I1Malaysia kerana kita ingin memperbaiki suasana kehidupan kita. Kita yang hidup dalam persekitaran budaya, pemikiran dan cara hidup yang berbeza berhasrat membina kekuatan dengan cara memahami sejarah, dan kerana perbezaan itulah kita sebenarnya berkesinambungan membina tekad, hidup rukun damai dan bersatu. Memangnya, belum ada model terbaik yang menggambarkan adanya perpaduan mutlak, kerana itulah kita cuba mengikis perbezaan sebanyak mungkin.

Perdana Menteri turut mengakui bahawa masih terdapat beberapa halangan kepada kejayaan 1Malaysia yang dicetuskan oleh kumpulan yang memikirkan kepentingan kelompok atau kaum masing-masing tanpa usaha ke arah penyatuan. Ini kerana, "Kita sebagai seorang individu mungkin ada juga perasaan prejudis, rasis dan sebagainya seperti ada peristiwa gereja dibakar dan kepala khinzir dicampak dalam pekarangan masjid dan sebagainya. Maknanya ada juga kefahaman yang ekstrem dalam masyarakat kita. Sebab ada kefahaman ekstrem itulah, bererti bahawa kita perlu kepada Gagasan 1Malaysia."

1Malaysia berbeza dengan 1Israel. 1Israel tidak memberikan ruang kepada penduduk Palestin, kerana mereka bukanlah bangsa pilihan. 1Malaysia tidak mengindoktrinasikan konsep pembersihan etnik, tapi 1Israel jelas tidak menghormati bangsa lain. Inilah yang perlu kita perbetulkan, kerana pembangkang sudah ketandusan modal setelah Dato’ Sri Najib memperlihatkan kesungguhannya membawa Malaysia ke destinasi yang lebih cemerlang dan kemilaunya semakin jelas terpancar.

Pembangkang masih lagi meraba-raba dalam gelap dan kerana itulah sentiasa mencari jalan memasang lukah yang semakin robek itu. Akhirnya, ikan tidak terkena lukah, yang menjadi penghuni ialah dendam kesumat dan kekecewaan yang mendalam. Ikan sudah tahu, lukah-lukah tang terpasang semakin reput dan punah.

Sunday, November 15, 2009

Hayat' PKR berakhir dalam senyap?

Zulkiflee Bakar

SEHINGGA ke hari ini, ramai masih tertanya-tanya apakah hasil Seminar Memperkasakan Pas yang diadakan baru-baru ini. Ia kerana mereka melihat tidak ada apa-apa signifikannya seminar itu, selain kritikan kepada kepimpinan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Oleh itu, timbullah persoalan apakah seminar itu diadakan kerana Pas sememangnya bermasalah atau ada 'tangan-tangan' ghaib yang memainkan peranan untuk memburukkan Pas.

Lebih daripada itu, adakah seminar tersebut satu manuver politik oleh pihak tertentu bagi mengalih perhatian daripada pergolakan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam soal ini, kita perlu mengimbas apa yang berlaku sepanjang pertengahan Oktober lalu, sebelum tercetusnya soal untuk mengadakan mesyuarat khas jawatankuasa kepimpinan Pas dan kemudian disusuli dengan keputusan mengadakan seminar memperkasakan parti itu.

Ketika isu tersebut timbul, PKR sedang menghadapi krisis dalaman yang cukup serius. Ia mula tercetus di Sabah apabila 18 daripada 23 ketua bahagian PKR menolak pelantikan Azmin Ali sebagai pengerusi perhubungan.

Tumpuan media terarah kepada pergolakan dalam PKR sehingga akhirnya pada 27 Oktober menyaksikan peletakan jawatan Naib Presidennya, Datuk Jeffrey Kitingan, namun krisis itu seolah-olah reda apabila timbul isu dalam Pas.

Perhatian tidak lagi diberikan kepada apa yang berlaku dalam PKR sebaliknya lebih kepada Pas. Tetapi apabila seminar yang diadakan tidak menyaksikan apa-apa yang menarik maka timbullah persoalan siapa sebenarnya bermasalah, Pas atau PKR.

Mungkin buat seketika pemimpin-pemimpin PKR mampu meredam gejolak masalah yang berlaku dalam parti itu tetapi ramai pemerhati politik yakin bahawa parti tersebut sedang berada di ambang perpecahan yang serius.

Sebab itulah di kalangan sesetengah pemimpin pembangkang yang lain terutamanya Pas melihat PKR sering membawa masalah kepada mereka.

''Cuba lihat apa yang berlaku di Kedah, Perak dan Selangor, semuanya adalah gara-gara kemelut yang berlaku dalam PKR.

''Tetapi malangnya orang lupa semua itu, mereka lebih suka hendak melihat kononnya Pas bermasalah sedangkan kami tidak ada apa-apa masalah,'' kata seorang pemimpin muda Pas kepada penulis dalam satu pertemuan.

Dalam pertemuan dengan Mingguan Malaysia baru-baru ini, Anuar Shaari yang merupakan bekas Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak terkejut dengan apa yang berlaku kepada PKR.

Bagi beliau, PKR adalah sebuah parti yang rapuh dan diwujudkan semata-mata untuk memenuhi agenda peribadi seorang pemimpin. Atas alasan inilah satu demi satu prinsip dan asas parti diubah sesuka hati mengikut kehendak seorang pemimpin sahaja.

''Dalam pembangunan sesebuah organisasi apabila ada seorang yang terlalu dominan dan berkuasa menentukan hala tuju parti maka organisasi itu tidak akan berjaya dan tidak ke mana-mana,'' tegas Anuar.

Itulah yang berlaku kepada PKR, apabila suara ahli dan parti tidak dipedulikan melainkan untuk menjaga kedudukan seorang dua pemimpin sahaja. Faktor inilah yang menyumbangkan kepada kelemahan PKR sehingga sejak dari awal penubuhan sehingga ke hari ini, seorang demi seorang pemimpin parti itu meninggalkannya.

bersandiwara

Mungkin bagi pemimpin PKR mereka boleh menuduh apa sahaja kepada pemimpin yang berbuat demikian tetapi realitinya pemimpin yang bertindak keluar daripada PKR itu, melakukannya atas dasar prinsip. Mereka tidak mahu terus bersandiwara dan mempermainkan prinsip perjuangan yang ditanam di sanubari mereka ketika awal menyertai PKR.

Oleh itu, apabila mereka melihat PKR tidak lagi selari dengan kehendak perjuangan mereka, maka langkah terbaik adalah mengundurkan diri dan itu lebih mulia daripada bersekongkol dengan pemimpin yang hanya ingin mencapai agenda peribadinya. Pepatah ada mengatakan bagaimana acuannya begitulah juga kuihnya, mungkin itulah yang berlaku kepada PKR sekarang apabila wajah sebenar kenapa parti itu ditubuhkan sudah terlihat.

Laungan kononnya mereka berjuang untuk rakyat hanyalah omong kosong sebaliknya segala-galanya hanya semata-mata bagi membela seorang pemimpin dan lebih penting lagi meletakkan dia di tempat yang diidam-idamkan olehnya selama ini.

Apa yang anehnya, biarpun diserang bertubi-tubi oleh bekas-bekas pemimpinnya namun pemimpin di dalam PKR termasuklah Anwar sendiri hanya mendiamkan diri. Antara isu itu termasuklah dakwaan oleh Anuar, Nallakaruppan dan Ezam Mohd.Noor bahawa ada pemimpin yang diberi layanan istimewa oleh Anwar.

Ini belum lagi termasuk dakwaan bahawa PKR hanya dikuasai oleh '3A' iaitu Anwar, Azizah dan Azmin. Walaupun dakwaan itu boleh menjejaskan kewibawaan PKR tetapi tiada tindak balas.

Pemimpin-pemimpin PKR seolah-olah mengiakan apa yang didakwa dan ini sekali gus menimbulkan kesangsian kepada rakyat bahawa semua dakwaan itu ada kebenarannya.

Walaupun PKR sebenarnya sebuah parti yang bermasalah tetapi mereka cuba menutupi konflik yang berlaku dan berlagak seolah-olah tiada apa-apa terjadi. Tetapi berdasarkan kepada perbualan penulis dengan beberapa rakan di negeri-negeri tertentu mereka mengakui, jika masalah PKR boleh diibaratkan seperti lava gunung berapi, ia hanya menanti masa untuk 'dimuntahkan'.

Apa yang mengecewakan, biarpun terdapat seribu satu masalah dan termasuklah juga kewibawaan pemimpin-pemimpin PKR dipertikaikan oleh banyak pihak tetapi masih ada pihak yang cuba mengetengahkan kononnya golongan itulah bakal pemimpin masa depan negara.

Akibatnya, kepimpinan dalam parti pembangkang lain terutamanya Abdul Hadi sengaja digembar-gemburkan sebagai bermasalah dan lemah. Mungkin secara dasar kita boleh katakan agenda atau manuver mereka berjaya tetapi mereka terlupa bahawa ahli-ahli dan penyokong Pas di peringkat akar umbi tidaklah sebodoh itu.

Penulis difahamkan, di kalangan sebahagian besar pemimpin, ahli dan penyokong Pas mereka semakin menyedari 'permainan politik' yang dicetuskan oleh sesetengah pemimpin pakatan pembangkang sendiri bagi mencapai cita-cita politik mereka.

Mengulas perkara ini, Penganalisis politik Ahmad Masrizal Muhammad berkata, PKR dilihat memang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk meletakkan imej parti di dalam peta minda setiap rakyat negara ini bahawa mereka sebuah parti yang amat relevan dengan kehendak semasa iaitu semua bersatu dalam satu parti.

''Namun begitu hakikat dan realiti sebenar adalah jauh berbeza dengan apa yang diuar-uarkan melalui slogan-slogan. Pertentangan kepentingan antara kaum wujud sama ada secara senyap ataupun terbuka. Masing-masing memasang strategi.

''Ini sekali gus menunjukkan bahawa untuk mencapai tahap wahdatul fikr (penyatuan fikiran) sesama saf dalam pimpinan dalam PKR bukanlah suatu yang mudah sebagaimana lakaran di atas kertas,'' katanya.

Menurut beliau, kekaburan terhadap teras utama dalam parti ini juga memberi impak yang besar kepada pencapaian hala tujunya pada masa akan datang.

Seperkara lagi yang tidak harus dilupakan bahawa PKR diwujudkan atas dasar populariti semata-mata. Mengikut penganalisis politik, sejak pilihan raya umum 1999 hinggalah 2008, faktor Anwar masih lagi menjadi 'barang yang didagangkan' untuk meraihkan sokongan rakyat.

Lebih daripada itu seperti mana kata Ahmad Masrizal, parti tersebut memberi fokus berlebihan kepada strategi memanipulasi isu demi meraih persepsi dan populariti. Tetapi PKR terlupa bahawa strategi seumpama itu sudah semakin tidak berkesan.

''Natijahnya, pelbagai polemik kepimpinan berlaku di negeri-negeri dan yang terbaru di Sabah dan lain-lain negeri, ia pastilah akan menjejaskan PKR pada masa akan datang,'' katanya.

Oleh itu kita tidak perlu terkejut apabila PKR merancang untuk terus mengatur strategi bagi memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana itu sahaja cara mereka bagi menutup kelemahan sendiri.

Ia juga sekali gus memaparkan perangai PKR yang semakin 'bankrap' isu dan terus berusaha menjadikan persepsi sebagai 'senjata' untuk meraih sokongan di dalam pilihan raya. Kalau hendak bersandarkan kepada prestasi, tiada apa yang boleh dibanggakan oleh parti itu.

Bagaimanapun rakyat tidak akan selamanya boleh diperbodohkan oleh mainan politik seumpama itu, justeru tersilap langkah boleh berlaku 'senjata makan tuan'. Berdasarkan keadaan itu, bukanlah sesuatu yang mustahil jika PKR akan mengalami nasib seperti mana sesetengah parti politik serpihan yang sebelum ini berkubur selepas menikmati kemenangan sementara.

Matlamat

Menyentuh perkara ini, Ahmad Masrizal berkata, peristiwa demi peristiwa dan drama demi drama yang dipersembahkan kepada rakyat telah menyebabkan rakyat semakin membuka mata dan sedar bahawa PKR semakin jauh untuk mencapai matlamat strategik yang dicipta oleh mereka sendiri.

''Matlamat dan hala tuju perjuangan PKR yang dikatakan lebih menekankan kepada aspek idealisme perjuangan dan meningkatkan khidmat kepada rakyat nampak semakin kabur. Inilah yang dimaksudkan dengan PKR sedang berhadapan dengan suatu fenomena baru dalam fasa kewujudan mereka iaitu kematian yang senyap dan halus atau lebih popular dikenali sebagai gangren politik,'' katanya.

Kita tidak pasti sejauh manakah fakta ini akan menjadi kenyataan tetapi dari semasa ke semasa PKR terus dilanda konflik dan tahap kepercayaan serta keyakinan di kalangan pemimpin dan ahlinya bahawa parti itu boleh menjadi parti utama semakin luntur. PKR mungkin boleh mengatur strategi dengan mengadakan apa juga konvensyen termasuklah pada hari ini di Shah Alam dengan slogan 'Menggilap Harapan Rakyat', tetapi apa yang pasti dari semasa ke semasa segala kekalutan dalamannya semakin terdedah.

Tidak mustahil PKR akan menamatkan riwayatnya dalam senyap kerana itulah akibatnya kalau pemimpin-pemimpin terlalu teruja untuk menampakkan mereka kelompok paling sempurna di muka bumi Allah ini, sedangkan 'di tubuh' parti itu 'penuh dengan penyakit'.

dipetik dari Mingguan Malaysia, 15.11.2009

Friday, August 14, 2009

LANGIT HIJAU PERMATANG PASIR SEMAKIN MENDUNG

BN dan PAS telah mengumumkan calon masing-masing bagi menghadapi pilihan raya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos nanti. Nampaknya kemilau wajah calon BN lebih ceria dan energetik berbanding calon PAS berdasarkan riak wajah mereka berdua setelah diumumkan oleh pemimpin besar masing-masing.

Namun yang jelas ialah ketegaran penyokong PAS tidak akan berganjak menyokong calon parti itu walaupun tidak dapat menjamin benar-benar bekerja untuk rakyat. Tidak dipedulikan sama ada boleh memberikan khidmat terbaik atau tidak, kerana parti lebih penting dari apa pun. Atas dasar perjuangan itulah PAS sanggup meletakkan sesiapa saja, walaupun bukan anak tempatan. Ia dapat diterima oleh penyokong mereka berbanding UMNO, yang sentiasa menginginkan penduduk tempatan.

UMNO kalau ingin menang dalam pilihan raya ini perlu mengambil peluang dari kelemahan PAS sepanjang menjadi wakil rakyat sejak tahun 1999. Wakil rakyat PAS tidak melakukan apa-apa pembangunan bagi kesejahteraan penduduk tempatan. Kemenangannya adalah kerana sentimen, anak tempatan, mudah dihubungi dan membawa imej Islam. Persoalan kedudukan dalam struktur kuasa tidak penting, kerana itu tidak akan membawa ke syurga. Ia hanya akan menyebabkan ramai lupa diri, lupa kehidupan satu lagi, iaitu akhirat.

Dalam struktur kuasa di Pulau Pinang, PAS tetap dianggap berada dalam suasana melukut di tepi gantang. Kedudukan itu tidak membolehkan PAS berada dalam kedudukan pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri yang didominasi oleh DAP. Kemenangannya pada tahun 2008, walaupun bersama pakatan pembangkang tidak pun diberikan apa-apa jawatan exco sedangkan orang Islam dan Melayu merupakan kumpulan penduduk kedua terbesar berbanding India.

Wakil rakyat berketurunan diberikan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri . Walaupuin satu lagi Timbalan Ketua Menteri duiperuntukkan kepada calon PKR (Ahmad Fairus dan kemudiannya Dr. Mansor Othman) , kedudukannya tidak memberikan apa-apa harapan. Sejak dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri, sama ada Ahmad Fairus atau Dr. Mansor Othman tidak ada apa usaha untuk meningkatkan sosioekonomi orang Melayu dan pembangunan syiar Islam.

Terbaru apabila Jeff Ooi seakan-akan mengeluarkan fatwa terhadap Jemaah Islah Malaysia, Dr. Mansor tidak pun membuat apa-apa kenyataan sama ada membidas tanggapan buruk dan prejudis tersebut. Masih belum kedengaran perjuangannya untuk membantu membangunkan masyarakat Melayu-Islam Pulau Pinang sebagaimana dijanjikan dalam kempen pilihan raya kecil Penanti.

Itu sahaja kekuatan yang ada pada calon PAS yang sudah tiada, calon PAS yang baru belum kita tahu lagi kerana beliau hanyalah Pesuruhjaya PAS Negeri dan pernah tewas dengan Datuk Jasmin Mohamad bagi merebut kerusi Sungai Dua. UMNO perlu menunjukkan solidariti antara lama dan baru, tanpa menghiraukan perbezaan kem jika ingin menang. Walaupun mempunyai kelulusan dalam sarjana muda syariah, belum tentu menjamin kemenangannya nanti.

Oleh itu, sekiranya calon PAS menang lagi kali ini, ia tetap tidak akan mendapat apa jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang, hatta kerusi exco janganlah nak bermimpi kerana DAP dan PKR tak akan memberikan laluan. Masih ramai lagi tokoh DAP yang sedang mengintai peluang manakala ADUN dari PKR juga mengidam jawatan yang sama.

Jika PKR tidak mengidam tentunya Penasihat PKR tidak akan membuat kenyataan secara sinis bahawa kemenangan PAS di Permatang Pasir kerana mendapat sokongan ahli PKR. DAP juga nampak ada minat untuk mengekang kedudukan PAS apabila Lim Guan Eng pernah menasihatkan PAS agar mencerminkan dirinya terlebih dahulu.

Kedua-dua parti tersebut melihat kemenangan PAS boleh menjadi halangan untuk mengikis persoalan Islam dan orang Melayu kerana orientasi perjuangan PKR telah dilihat banyak mengancam kedudukan masa depan Melayu Pulau Pinang yang telah sekian lama dihakis oleh kuasa politik bukan Melayu. Orang Melayu Pulau Pinang semakin berkurangan berbanding dengan bukan Melayu kerana telah ramai berhijrah ke negeri-negeri berhampiran kerana berlakunya pemindahan kilang ke Kulim Hightech, harga rumah yang terlalu mahal dan pengambilan tanah atas nama pembangunan.

Walaupun kedua pendapat tersebut merupakan pendapat peribadi, ia turut menggambarkan bahawa itulah wajah sebenar dua parti yang sedang berusaha menonjolkan kekuatan masing-masing . Walaupun kedua-dua parti tersebut masih dalam pakatan yang sama, tetapi bentuk pakatan tersebut ternyata amat longgar dan boleh pecah bila-bila masa. PKR lebih memerlukan sokongan bukan Melayu manakala DAP boleh berdiri sendiri dengan sokongan pengundi bukan Melayu di Pulau Pinang.

Sayangnya jika UMNO tidak dapat mengeksploitasi isu krisis dalaman PAS dan pakatan pembangkang, hakisan keyakinan terhadap kepimpinan Anwar yang dilihat semakin membelakangkan ketuanan Melayu, sikap ego pemimpin DAP, krisis tanah di Kg. Buah Pala dan kegagalan pakatan rakyat memperkasakan penduduk Melayu Pulau Pinang dan kegagalan menunaikan menifesto negara berkebajikan, akan menyebabkan UMNO akan terus dilanda trauma.

Trauma kekalahan di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu masih lagi kekal dalam ingatan sebahagian mereka yang menjadikan politik sebagai santapan minda. Ada veteran UMNO mengeluarkan pendapat bahawa kekalahan di Permatang Pasir bakal menjadikan UMNO Permatang Pauh sukar untuk bangkit buat beberapa ketika. Namun, kali ini ramai yakin calon yang dipilih mewakili BN mampu memberikan saingan sengit.

Pengundi muda merupakan hampir 42 peratus keseluruhan pengundi dalam DUN Permatang Pasir. Usaha mendekatkan jarak yang semakini terpisah dan membenci perlu dilakukan secara berterusan. Saya juga menjangkakan bahawa dalam pilihan raya kecil kali ini, BN tetap mempunyai peluang sekiranya usaha meyakinkan pengundi Melayu dilakukan secara bersungguh-sungguh agar tidak mengharapkan janji-janji PKR, sikap DAP yang telah memberikan penukaran status tanah daripada pajakan kepada hak milik kekal kepada penduduk bukan Melayu sebagai mengancam kedudukan orang Melayu Pulau Pinang.

Setakat ini kerajaan pembangkang DAP-PKR-PAS belum mempunyai rangka khusus bagi menjamin kedudukan Bumiputera kerana konsep tersebut pernah dianggap sebagai satu bentuk apartheid. Menyandarkan harapan kepada PKR, orang Melayu Islam mungkin akan mengeluh kerana pagar telah makan padi dan sokong membawa rebah. Kerana itulah, saya yakin kalau langit hijau Permatang Pasir tidak bertukar menjadi biru, tetapi sekurang-kurangnya kemilaunya berubah menjadi mendung yang tidak akan bererti akan berlakunya hujan rahmat.

Saturday, August 1, 2009

DEMONSTRAN HILANG AKAL BILA KENA PANCUTAN AIR

SELESAI sembahyang zohor, suasana menjadi begitu kelam kabut apabila seramai 1000 orang yang berkumpulan di hadapan Masjid India melaung-laungkan takbir dan menjerit-jerit perkataan daulah ismaliah. Dengan berteriak macam orang sasau mereka menuju ke arah Jalan Tun Perak untuk bergabung dengan satu kumpulan lagi yang sedang menuggu di Masjid Jamek. Setibanya di persimpangan keluar Jalan Tun Perak sekitar lorong CIMB, kumpulan tersebut menjadi semakin tak keruan apabila pihak pasukan polis simpanan menembak gas pemedih mata.
Di Jalan Kinabalu berhadapan dengan Bank Rakyat terdapat sekitar 2000 orang sedang bergerak menuju ke Masjid Negara. Pergerakan mereka telah terhalang apabila sekatan polis telah dilakukan di bulatan keretapi, kumpulan itu kemudiannya berpatah balik. Terdengar beberapa orang yang saya kira penyokong PAS berteriak mengutuk "ISA zalim" dan perlu dihapuskan.
Kawan saya bertanya kenapa demonstrasi ini hanya disertai oleh PAS, dan tidak ternampak kelibat lain-lain parti komponen pakatan pembangkang. Cuma nampaklah kelibat dua tiga orang memakai lambang PKR, tetapi dari DAP tidak ada langsung yang kelihatan.
Semasa menghampiri Jalan Kinabalu melalui jalan belakang Kelab Sultan Selangor, kami terserempak dengan kenderaan FRU yang sedang menyembur air semacam buih sabun untuk menyuraikan penunjuk perasaan. Ketika itu tidak lagi kelihatan hero-hero yang awalnya nampak gagah mencabar, semuanya hari bertempiaran. Saya mencari jalan untuk mengelak diri dengan berjalan menuju ke Jalam Gereja , terkena juga tempias semburan pemedih mata.
Perit dan pedih sekali, akhirnya saya mengambil keputusan untuk berehat sebentar di Dataran Merdeka. Setelah agak selesa dan tidak terasa pedih, saya berjalan menuju ke Dayabumi. Sesampainya di kompleks Kraf, sebutir bom asap terjatuh di depan. Saya berpatah balik untuk ke Dayabumi melalui lorong berhampiran Agro Bank.
Dengan mencari jalan pintas untuk ke Jalan Pasar, saya terserempak dengan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin. Bila bertembung, kami mengajukan pertanyaan "untuk apa demontrasi hari ini?"
Dengan selamba, Nizar menjawab "demontrasi ialah bukti 1Malaysia Pakatan Rakyat." Saya menadi terkejut apabila beliau menjawab sedemikian, kerana jawapan itu tidak cuba merungkaikan apakah perjuangan sebenar mereka yang menyertai demontrasi.
Nampaknya Nizar juga adalah pak turut sebagaimana kebanyakan peserta yang dikerah untuk berdemontrasi. Mereka tidak tahu apa tujuan sebenarnya. Tetapi apabila berkumpul dan mendengar putar belit pemimpin-pemimpin kecil, mereka menjadi semakin ghairah seolah-olah sudah hilang akal waras.
Kalau benar demontrasi ini dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, kenapa tidak ada seorang pun pemimpin-pemimpin besar mereka. Anwar sejak malam tadi lagi membuat ulasan "akan mengemukakan memorandum. Anwar juga takut untuk berdemontrasi begitu juga Salehudin Ayub mahupun tukang gempak, Mat Sabu. Batang hidung pun tak nampak. Ikut lapora rakan-rakan yang berada di Sogo ada kelihatan kemunculan Anwar, Lim Kit Siang dan beberapa orang pemimpin mereka. Tetapi, kenapa hanya tunggu di Sogo, tidak ikut bersama berada di Jalan Kinabalu membawa memorandum. Hanya menjadikan penyokong-penyokongnya sebagai lembu.
Bagaikan cerita kartun apabila para demonstran lari lintang pukang takutkan pancutan buih. Ada yang melompat turun dari Jalan Kinabalu ke Jalan Raja pun ramai juga. Saya yang berada di situ cuba menyindir, buat apa nak lari lintang pukang. Pejuang sebenar berani menghadapi apa sahaja kerana dia seorang pemberani. Kalau lari, ia bukanlah pejuang, seorang pengecut.
Bebebrapa buah kedai di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman terpaksa menutup sementara operasi bimbang akan berlaku keganasan. Sehingga jam 5.00 petang, kompleks Sogo masih belum dibuka dan beberapa jalan turut ditutup. Kerana tindakan demonstran, banyak jalan ditutp menyebabkan Kuala Lumpur terjejas beberapa jam. Berapa banyak kerugian, belum dapat ditaksirkan akibat penutupan perniagaan akibat demontrasi.
Pesertanya semacam hilang akal kerana berteriak macam budak-budak. Sepatutnya biarkanlah pemimpin menyelesaikan apa yang terbuku kerana pengundi sudah memberikan mereka mandat Buat apa susah-susah, ada yang terpaksa mengambil cuti, mengeluarkan duit tambang bas dan keretaoi sendiri kerana nak menyertainya. Kalaulah isteri atau anak mereka minta belanja makan, tentu banyak alasan walaupun baru beberapa hari mendapat gaji.
Turut serta ialah golongan tua yang sepatutnya berehat di rumah. Tak payahlah ikut, dok kat rumah bergurau dengan cucu lagi bagus. Buat apa terpengaruh dengan Anwar, kalau dia berjaya Perdana Menteri, tidak ada apa yang kita dapat. Dia menjadi lebih megah, pakaiannya mungkin tidak lagi Zegna, tetapi mungkin berbenangkan emas dan berbutangkan platinum.
Dulu, sewaktu jadi Timbalan Perdana amat menyanjungi jenama Emmerigildo Zegna. Kita nak belikan baju jenama John Master atau Durban kena tunggu jualan murah. Anwar akan berbelanja sakan bila berada di luar negeri. Tak payah le, buatan Malaysia .....lebih patriotik...kawe pun nak jutawe jugak, he, he.....

Tuesday, July 28, 2009

Kongsi gelap taja YB?

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
dan ASSIM HASSAN

KUALA LUMPUR 28 Julai – Seorang penganalisis jenayah tidak menolak kemungkinan terdapat segelintir wakil rakyat ditaja oleh kumpulan-kumpulan kongsi gelap tertentu untuk menghalalkan kegiatan haram di kawasan mereka.

Hasil analisis dan pemerhatian pihaknya mendapati, banyak kegiatan haram antaranya pusat judi, hiburan, spa dan pelacuran tumbuh di kawasan terlibat selepas wakil rakyat berkenaan memenangi pilihan raya.

Menurut Kamal Affandi Hashim, tindakan wakil rakyat itu yang menghalalkan kegiatan haram di kawasannya dianggap sebagai membalas jasa golongan berkenaan.

“Berdasarkan analisis dan kajian saya, sebaik sahaja segelintir wakil rakyat ini dipilih menjadi wakil rakyat, muncul pusat-pusat perjudian, hiburan dan pelacuran yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan,” dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, pelbagai pihak menggesa supaya operasi besar-besaran dijalankan untuk menggempur dan melumpuhkan kegiatan kongsi gelap yang semakin berleluasa khususnya di sekitar Lembah Klang.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali sebelum ini berkata, kegiatan kongsi gelap yang melindungi pusat-pusat hiburan, perjudian dan pelacuran memang sudah lama wujud di negara ini.

Dalam pada itu, Kamal Affandi berkata, wakil rakyat sedemikian hanyalah pemimpin boneka yang dibayangi kumpulan kongsi gelap terbabit kerana perbelanjaan sewaktu berkempen ditaja dan diri mereka dilindungi kumpulan itu.

Jelas beliau, kumpulan kongsi gelap terbabit perlu dibanteras habis-habisan kerana ia turut menyumbang kepada jenayah perkauman, khususnya apabila mereka terlibat dalam pertubuhan atau komuniti tertentu.

Sehubungan itu, katanya, kebimbangan utama kini ialah apabila rakyat gagal menilai siapa pemimpin yang mereka pilih bagi membawa keamanan dan pembangunan setempat.

“Segelintir rakyat kini dilanda masalah iaitu gagal membuat telahan yang tepat untuk memilih pemimpin yang bersih,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman ketika diminta mengulas fenomena kongsi gelap di Kuala Lumpur memberitahu, jenayah itu masih berada dalam keadaan terkawal dan tidak membimbangkan.

Katanya, kumpulan kongsi gelap di ibu negara tidak bergiat secara aktif dan pihaknya sentiasa memantau dan berjaga-jaga mengenai jenayah itu.

Tegas beliau, jika kumpulan berkenaan dilihat mengganggu dan menimbulkan kekacauan kepada keselamatan orang awam, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.

“Kita memang menyedari terdapat beberapa kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur, tapi saya tidak boleh mengulas lanjut mengenainya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Utusan Malaysia, 29 Julai 2009

Monday, July 27, 2009

ANEH BERADU, PEDIH BERTEMU

PETANG MINGGU alangkah baiknya jika Tokai terus menghabiskan masa dengan berkebun. Sekurang-kurangnya dapatlah menggembur-gembur tanah sekangkang kera maklumlah hampir tiga minggu tidak menyentuhnya. Adalah dua tiga pokok cili api, pisang serendah di samping pokok-pokok bunga. Sekurang-kurangnya bersih juga kawasan, kerana di musim kering ini, mungkin tersilap langkah boleh menyebabkan kebakaran.

Tokai terhenti seketika bila teringatkan sebuah berita kecil yang tersiar dalam akhbar yang dibaca awal pagi tadi. Terfikir juga ada benarnya bila Tan Sri Khalid meminta supaya penulis-penulis blog lebih bersifat gentlemen dalam mengupas atau mengulas sesuatu isu.

Tan Sri berkata demikian apabila merujuk kepada kecenderungan penulis-penulis blog tidak begitu gentlemen mendedahkan sumber maklumat dan bukannya "baling batu sembunyi tangan." Kenapa baru sekarang membuat komen itu?

Sebelum ini Tan Sri tidak pernah membuat komen dan menyindir penulis blog yang menghentam apa sahaja dilakukan oleh kerajaan dan BN. Bila diminta untuk mengulas mengenai dakwaan sebuah laman blog yang mendedahkan penyelewengan seorang EXCO Selangor yang mempunyai kaitan dengan bukti-bukti yang tersimpan oleh mendiang Teoh Beng Hock sebagai maklumat palsu.

Semasa penulis blog menghentam BN dengan mengemukakan fakta separuh benar, Tan Sri pernah membuat komen dan mengiyakan apa yang diperkatakan. Tidakkah Tan Sri boleh fikir, kerana TAn Sri pernah diberikan kedudukan yang tertinggi dalam entiti ekonomi kerajaan pada suatu ketika dahulu, maka perlu dibuat satu pembetulan fakta.

Ketiak itu Tan Sri terus menyokong malah menggunakannya sebagai bahan untuk menyerang. Jika benar dakwaan penulis blog itu palsu, Tan Sri perlu mengemukakan bukti bahawa tidak ada penyelewengan yang telah berlaku sepanjang pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor. Baru setahun lebih Tan Sri sudah merasakan penangan penulis blog, kalau sebelum ini banyak memujanya sebagai wadah suara dan wacana pemikiran masyarakat.

Saya menganggap aneh sungguh bicara Tan Sri kerana merantaikan diri dengan perspektif yang relalu jumud. Bila tulisan boleh memberikan keuntungan politik, TAn Sri semacam menjilatnya hingga ke butiran terakhir. Bila berlawanan, walaupun itu merupakan feedback atau maklumat yang boleh dijadikan sebagai peringatan atau tindakan pembersihan, Tan Sri menganggapnya sebagai sesuatu yang perlu diperbetulkan.

Tan Sri perlu faham, menutup mulut manusia bukanlah perkara yang mudah. Manusia boleh membuat apa sahaja tafsiran, kerana manusia telah diberikan kebebasan berfikir dan berpendapat. Pendapatnya mungkin betul atau mungkin salah. Jika betul, Tan Sri harus terima dan melakukan penyiasatan tetapi begitu juga di sebaliknya. Jika salah, sila perbetulkan cepat-cepat.

Dengan melemparkan tuduhan "baling batu sembunyi tangan" ia bukanlah satu penyelesaian terbaik, apabila pedih bertemu, terimalah jika ia mampu menunjukkan kebenaran. Jangan pula Tan Sri bersikap seperti ayam terlepas, tangan berbau tahi. Yang buruk tetap buruk, kalaulah Tan Sri benar, tidak perlu ditakutkan walaupun orang yang mendedahkan perkara tersebut itu tidak "gentlemen".

Tan Sri kena tahu sifat manusia. Ada yang suka bercakap terang-terangan, ada juga yang bersikap rumah siap pahat berbunyi ataupun depan pandang-pandang, belakang hentam hingga tak keruan. Itu bukanlah sesuatu yang aneh, kerana itulah sebahagian daripada psikologi manusia yang perlu difahami secara jelas oleh Tan Sri.

BN sudah masak dengan gelagat tersebut dan kerana itu cuba menjernihkan segala yang dianggap keruh dan teguran. Melalui perjernihan tersebut, kekusutan dan maklumat yang diterima mampu mememberikan kekuatan.

Jika terus menyembunyikannya, ia akan terus memakan diri dan menghancurkannya bagaikan lenyapnya burung-burung pheonix. Ia hanyalah tinggal namanya. Mungkin pakatan pembangkang tidak sanggup menerima teguran kerana takut kehilangan sokongan dan seterusnya membantutkan impian memenangi hati dan perasaan rakyat.

Apa Tan Sri akan katakan bila bekas Menteri Besar mengatakan kemana yang negeri sebanyak RM 1.4 bilion yang ditinggalkan dalam perbendaharaan negeri? Berapa banyak sudah Tan Sri belanja, walhal baru sahaja mendapat kuasa pada bulan MAc 2008 lalu? Usah nak kumpulkan sebanyak mungkin untuk memakmurkan negeri, duit yang tersimpan pun habis entah ke mana?Mungkin Tan Sri semakin menemui kepedihan, untuk memerintah negeri bukanlah semudah yang dijanjikan sepanjang kempen pilihan raya lalu?

Saya perlu berhenti di sini, waktu maghrib hampir tiba. Sampah-sampah perlu dikumpulkan untuk dilonggokkan dan seterusnya dimusnahkan.

Tuesday, June 9, 2009

KENAPA MARAHKAN KERAJAAN PERPADUAN?

Lim Guan Eng begitu tertekan apabila Presiden Pas terus menganjurkan kerajaan perpaduan. Dalam muktamar tahun lalu, idea itu telah timbul dan dihangatkan kembali dalam ucapan dasarnya pada tahun ini.
Banyak pihak sedar, jika kerajaan perpaduan yang hendak direalisasikan, pasti akan memberikan kekuatan kepada kedudukan Islam, dan tentunya orang Melayu. Mungkin Haji Hadi faham, jika orang Melayu tidak bersatu dan terus bercakaran sesama sendiri, kedudukan Islam akan turut dipertikai dan dipersendakan.
Banyak perkara yang menyentuh perasaan orang Islam telah tersilap langkah oleh bukan Islam. Bukan hanya berkisar kepada sikap Barat terhadap Islam yang dianggap sebagai "hantu hijau" atau "musuh ketat" walaupun Barrack Obama cuba mengendurkan ketegangan tersebut dengan melakukan kunjungan ke negara-negara Arab. Barrack Obama dilihat tidak akan mampu melakukan tindakan untuk menghapuskan salah faham terhadap Islam selagi Yahudi menguasai lobi antarabangsa. Kenyataan Obama masih dilihat berbentuk retorik kerana belum ada tindakan untuk mendesak Israel tidak mengganyang Palestin, membedil penduduk Semenanjung Gaza dan membunuh orang Islam.
Walaupun Lim Guan Eng tidaklah setegas Karpal Singh mengenai Islam, beliau sebenarnya akan rasa bersalah apabila melihat perpaduan di kalangan masyarakat Islam. Bila orang Melayu yang beragama Islam bersatu bersama lain-lain kaum atas landasan Islam, kekuatan DAP akan tercabar.
DAP yang masih dilihat chinese based akan merosot kedudukannya apabila pengundi-pengundi yang beragama Islam tidak lagi menyokongnya. Begitu juga dengan PKR, walaupun terdapat orang Melayu di dalamnya, atas dasar Islam mereka mungkin akan keluar daripada gagasan tersebut kecualilah mereka yang begitu tegar dengan idealisme "kesamarataan" ciptaan parti itu, yang bakal memberi keuntungan kepada bukan Melayu. Penasihat PKR hanyalah perlukan kuasa kerana terlalu kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri.
PAS pun bukan padu menyokong gagasan kerajaan perpaduan. Tapi, mereka yang ingin memperkuatkan kedudukan Islam dan mempunyai semangat perjuangan tersebut akan turut ikut jika kerajaan perpaduan benar-benar menjadi kenyataan. Umno sudah membuka ruang, dan bersedia berbincang jika PAS benar-benar inginkan. Mungkin PAS mula belajar daripada krisis politik di Thailand yang berpanjangan, menyebabkan lebih banyak nyawa menjadi sandaran dan pertemporan dengan masyarakat Islam masih belum ada penghujungnya waalupun sudah memasuki empat tahun.
Mungkin kerajaan perpaduan bukanlah dalam bentuk masing-masing parti dimansuhkan. Mungkin boleh mencontohi bagaimana kerajaan perpaduan yang sedang dilaksanakan di Zimbabwe boleh merungkaikan krisis politik yang berpanjangan. Sebelum kerajaan perpaduan dilaksanakan, Zimbabwe dilanda permusuhan dan sengketa politik sehingga menyebabkan ketidaktentuan politik dan peperangan sesama sendiri.
Pemimpin-pemimpin politik Zimbabwe akhirnya mempunyai resolusi. Dalam permusuhan, yang menjadi mangsa ialah rakyat Zimbabwe sendiri. Apa kesudahannya, akhir bersepakat untuk melaksanakan bentuk kerajaan perpaduan atas idealisme politik yang sama.
Mungkin Presiden PAS sedar, melalui toleransi dan kerjasama akan memudahkan segala cita-cita menjadikan Islam sebagai tata kehidupan terbaik di Malaysia mampu dilaksanakan. Untuk PAS melaksanakan bersendirian, ia dijangka tidak akan sampai ke mana, kerana telah terbukti sejak memerintah Kelantan masih mengharapkan bantuan Kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat dikuasai oleh BN.
Realiti kehidupan masyarakat Kelantan walaupun tidak kebulur, rata-ratanya amat sederhana sekali. Walaupun kesederhanaan itu dituntut oleh Islam, tidak bermakna peluang mendapat kekayaan dilepaskan kepada bukan Melayu. Untuk orang Melayu meningkatkan kedudukan ekonomi, kerajaan melakukan sesuatu. Untuk melakukannya, perlukan dana yang besar. Di mana PAS mampu. Nak korek emas di Gua Musang pun belum tentu mempunyai simpanan yang ekonomik.
Kalau terus menebang hutan dan membebaskan penerokaan tanah, pastinya menimbulkan masalah ekologi. Pemberian tanah untuk pembukaan ladang kelapa sawit sekitar kawasan rekreasi Stong akan mengorbankan kelestarian alam semula jadi. Air terjun Stong, indah dan perlu dipulihara sebaik mungkin kerana ia lebih alami.
Mungkin kedudukan orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang akan mendapat kekuatan baru apabila kerajaan perpaduan menjadi kenyataan dalam Pilihan Raya Ke-13 nanti. Orang Melayu dan Islam kembali menyokong perjuangan itu, dan DAP mungkin tidak mampu memerintah Pulau Pinang. Hanya mungkin boleh menang di beberapa kawasan yang mempunyai majoriti Cina, tapi kawasan majoriti Melayu atau marginal, akan menghadapi kemungkinan kalah.
Itulah yang mungkin menjadi igauan Lim Guan Eng, ketakutannya sehingga meminta supaya PAS membincangkannya dalam mesyuarat parti-parti pakatan pembangkang. Mungkin PAS sedar kedudukan wakil rakyat parti itu bak melukut di tepi gantang bila dominasi kuasa adalah di tangan DAP atau PKR seperti berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Kedah tidak banyak menjadi masalah, PAS menerajuinya berbanding PKR dan DAP.

Friday, April 3, 2009

Puak Kucar-kacirkan Rakyat (PKR)


Nampaknya ada parti baru yang tidak bertanding secara rasmi di Bukit Selambau, tetapi orang-orangnya semakin ghairah membuat kacau bagi menakut-nakutkan pengungdi. Parti baru itu diberikan singkatan PKR kerana keanggotaannya adalah ahli PKR tegar, cara bentindak sama dengan konco-konco PKR menggunakan samseng, bercakap seperti pemimpin de facto sering membuat tuduhan melulu, cakap melalut macam orang gila talak dan mencaci maki orang lain seolah-olah dialah tokoh terbaik, beriman ,sopan. Seolah-olah dialah malaikat yang baru turun dari langit untuk menyelamatkan Malaysia, yang kononnya sedang nazak menurut firasat kotor rekaannya sendiri.

Cantik sungguh bunga derdap, pohonnya rimbun tetapi dahannya berduri. Sedap betul dengar Anwar bercakap, terleleh air lior dan terlopong, tetapi haprak. Terdengar khabar hantar orang-orangnya buat kacau apabila bekas Ketua Bahagian Keadilan Jerai, B. Kalaivanar memberikan penerangan membongkar kebejatan dan hakisan moral yang sedang berlaku dalam PKR.

Memang ramai orang tahu siapa Anwar. Cara bertindaknya telah mempengaruhi Datuk Seri Nizar Jamaludin. Mungkin Anwar merupakan sifu dan mentor dalam setiap tindak tanduk politik, termasuk mencabar undang-undang.

Sejak beberapa hari, banyak perkembangan berlaku. PKR terasa semakin terhimpit dan terkedu apabila mendapat tahu Tun Dr. Mahathir akan menyertai kembali UMNO, Isnin ini. Anwar ternganga bila Najib telah diperkenankan oleh SPBYA dan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-6, maka dia buat onar lagi.

Juak-juaknya sebar fitnah, SPBYA tidak merestui. Setelah termalu besar dengan peralihan kerjaaan pada 16 September 2008, inilah peluang keemasan untuk bermain dengan tohmahan serta godaan fitnah. Nyata tidak berjaya, mungkin beliau perlu mendengar dan menghayati kembali lagu puisi Ebiet G. Ade.

Penyanyi dari seberang itu banyak mengingatkan kita. Jika selalu mengkhabarkan kebanggaan terhadap dosa, mungkin Tuhan tidak akan merestui apa yang kita lakukan. Anwar perlu sedar, kebaikan akan tetap menjelma, kebenaran akan terus bersinar. Tapi akhirnya Anwar terpaksa menjilat sendiri kata-katanya, tak usah lagi berbelit-belit.

Ada pepatah Inggeris mengatakan, kita mungkin boleh menipu ramai orang dalam satu masa tetapi tidak dapat menipu semua orang dalam setiap masa. Sendiri mahu ingat, fitnah termasuk dalam dosa-dosa besar yang tidak mudah diampunkan oleh Allah SWT selagi orang dituduh itu tidak mahu memaafkannya. Ikutlah nasihat Singh is the king, "Anwar hendaklah bertaubat."

Sunday, March 29, 2009

PKR Kedah tenat: Anwar tikam belakang Kalai

Kecewa usaha beliau tidak dihargai oleh Ketua Umum PKR, yang memang terkenal dengan amalan kroni sejak dulu lagi, Ketua cawangan Jerai parti tersebut bertindak nekad membubarkan cawangan tersebut.

Ini merupakan bukti kedua bahawa Anwar hanya mementingkan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri dan berpolitik dan tidak mengendahkan kepentingan setempat.

Sebelum ini beliau telah disanggah kumpulan Makkal Sakhti kerana memilih calon muda yang belum terbukti untuk mewakili penduduk Bukit Selambau. Kumpulan berpengaruh kaum India tersebut kecewa dengan sikap Anwar yang memilih calon berdasarkan cadangan kroni semata mata dan tidak mengambil kira suara tempatan.

Dengan terbubarnya cawangan Jerai, 500 ahli PKR turut meninggalkan parti.

Dalam tempoh satu tahun sejak Pilihan Raya Umum ke 12, begitu banyak bukti tentang niat sebenar Anwar mula muncul tanpa dicari.

Yang terkini ialah perletakan jawatan Fairus sebagai Timbalan KEtua Menteri 1 Pualu Pinang.

Fairus ni bekas orang kesayangan Anwar, sebab itulah dia dijadikan TKM1, tetapi, jelas Anwar ridak pernah memeriksa latar belakang Fairus mahupun mengenali jiwa Fairus sebelum memberikan belau jawatan yang begitu penting.

Yang penting bagi Anwar ialah kuasa dan kuasa di Pulau Pinang diberikan kepada seorang yang dikira boleh menjadi proksi seta beliau, Fairus. Malang buat orang Penang, Fairus ditimpa dengan banyak tuduhan rasuahrasuah dan tidak cekap melakukan tugas dan terpaksa dilondeh di kahalayk ramai.

Cukup memalukan orang Melayu di Pulau Pinang.

Keputusan untuk meletakkan Nizar di Bukit Gantang juga bukti bahawa Anwar lebih leka dengan politik dari membela rakyat.

Dengan meletakkan Nizar di Bukit Gantang, tidak mungkin ahli politik PAS tersebut dapat membela rakya di dua kawasan.

Tak percaya tanyalah ADUN anda, betapa susahnya nak berkhidmat untuk satu kawasan. Mana mungkin seorang itu berkhidmat dengan baik untuk dua kawasan.

Tapi kalau tujuannya ialah untuk berpolitik, sudah tentu Nizar pilihan utama.

Inilah sebabnya Tuan Guru Nik Aziz tidak setuju dengan keputusan melektakkan Nizar, namun setelah hari penamaan tiba beliau terpaksa akur walaupun masih terdapat pintalan kusust dalam lubuk hati Nik Aziz.

Ye lah, orang baik macamanapun bile bab politik kena juga berkompromi, tak?