Showing posts with label pakatan pembangkang. Show all posts
Showing posts with label pakatan pembangkang. Show all posts

Wednesday, October 14, 2009

PAKATAN PEMBANGKANG KERJANYA MENGANGKANG

Kekalahan PAS di Bagan Pinang tidak diterima dengan semangat demokrasi. Kekalahan PAS tidak dijadikan iktibar untuk memuhasabah kepimpinan parti yang terlalu banyak kesilapan strategi. Sebaliknya, banyak "kambing hitam" telah digunakan bagi melunakkan kekesalan di atas kesilapan yang berlaku. Menyalahkan kelemahan diri bukanlah satu pengakuan dan keputusan yang boleh diterima oleh pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang.

Setelah tewas di semua 18 saluran dalam 8 peti undi, PAS-PKR dan DAP menggunakan media kepunyaan mereka dan media lain yang cenderung mencari kesalahan memulakan tudingan jadi dan mengangkang BN kerana mempunyai kelebihan sokongan pengundi pos. Jumlah pengundi pos yang besar, iaitu 4,594 bukannya semua mengundi BN. Ketakutan pembangkang terhadap pengundi pos sebenarnya bagaikan "anjing dengan bayang-bayang" apabila 1073 mengundi calon PAS.

Tanpa mengambil kira keseluruhan pengundi pos yang keluar mengundi, BN tetap menang. Perkiraannya begitu mudah, gunakan majoriti yang dimenangi oleh BN sebagai dasar iaitu 5,345 undi dan ditolak dengan jumlah pengundi pos yang keluar mengundi, 4,594. Angka yang berbaki ialah masih positif, iaitu 751. Tanpa undi pos pun BN tetap menang, malah lebih besar daripada jumlah majoriti yang diperoleh oleh calon PAS di Manek Urai.

Jadi, pakatan pembangkang tidak perlu mempersoalkan undi pos kerana BN hanya dapat 3,521 undi, iaitu dalam nisbah 3.5:1, 3.5 undi untuk BN bagi setiap 1 undi pos yang diraih oleh PAS. Dakwaan mengatakan undi pos dikawal dan digunakan sebagai strategi BN untuk menang adalah salah dan jika mengambil kira jumlah undi pos kepunyaan BN, sebenarnya BN masih mempunyai kelebihan 1,824 undi.

Berdasarkan analisis itu sebenarnya Azzmin Ali sedang mengangkang kelemahan pakatan pembangkang yang ditembolokkan oleh dirinya sendiri. Kita boleh memahami natijah dan analisis bila berkata:

"Keputusan Bagan Pinang pastinya akan meletakkan Malaysia di peta dunia dikalangan negara-negara yang rosak nilai dan moral anak bangsanya."

Siapa yang telah rosak nilai dan merosakkan moral anak bangsanya? Bukankah PKR yang banyak membudayakan fenomena ganas sehingga merusuh dan memusnahkan ketenteraman awam pada tahun 1998? Siapakah yang memanggil datang mereka yang bertopengkan agama tetapi melakukan kebejatan sosial? Orang tahu siapa Gus Dus, yang pernah mengatakan" boleh saja, lepas itu boleh tobat" dan memperkenalkan istilah salomi - satu lubang ramai-ramai.

Kalau menggunakan kayu ukur bahawa calon BN pernah terlibat dengan "politik wang", ketika di Permatang Pauh kenapa Azmin Ali tidak mempersoalkan godfahthernya yang bukan sahaja pernah menjalani hukuman atas kesalahan salahguna kuasa. Bukankah salahguna kuasa itu termasuk dalam ciri-ciri rasuah?

Kalau Anwar boleh diterima sebagai calon dan mendapat undi besar pengundi Permatang Pauh, kenapa Azmin tidak turut mencerca pengundi yang memilih godfahernya itu? Godfathernya terlalu banyak kesalahan berbanding Tan Sri Isa, kerana semasa menduduki tampok kekuasaan kedua tertinggi dalam negara, banyak kepalsuan yang telah dilakukan. Tentunya Azmin Ali lebih tahu dan maklum, kerana itulah semua orang tahu bahawa Azmin sendiri terlalu banyak mendapat kemudahan dan kesenangan yang dihulurkan oleh Anwar Ibrahim.

Cuba kita fikirkan secara masak-masak, bukannya setengah masak. Dari mana Anwar Ibrahim dapat wang untuk berbelanja sebanyak RM 30 juta bagi mengendalikan kempen peribadinya di Permatang Pauh bulan Ogos 2008 lalu. Itu bukan angka yang kita buat sendiri, tetapi itulah yang pernah diucapkan oleh Anwar sendiri beberapa selepas kembali menjadi wakil rakyat.

"Apabila kepimpinan memahami dan menghormati prinsip bersama ini maka tidak timbul watak-watak yang cuba menjadi jaguh dalam mempertahankan ideologi dan kepentingan serta agenda peribadi. Keyakinan rakyat akan terhakis apabila melihat pimpinan bercakaran di dada-dada akhbar, "tulis Azmin lagi.

Tetapi siapakah pemimpin yang tidak menghormati "prinsip bersama", yang jelasnya ialah pemimpin pakatan pembangkang sendiri kerana tidak mahu menerima kekalahan di BAgan Pinang. Siapakah sebenarnya teringin sekali menjadi jaguh, jawabnya bukan orang lain, beliau ialah Anwar Ibrahim sendiri yang sanggup melakukan apa sahaja walaupun "menghalalkan cara" demi menuju ke Putrajaya.

Kita lihat dan sejarah terus tercatat bahawa pakatan pembangkang sanggup mengganas bagi mencapai tujuannya "mengambilalih jawatan Perdana Menteri", walaupun program 16 September terlungkup dalam angan-angannya sendiri.

Tak apalah, memang itu sifat pembangkang. Akan terus mengambil langkah bermusuh dengan media yang kononnya dikuasai oleh UMNO dan Barisan Nasional, tetapi rakyat kebanyakan semakin sedar blog kendalian mereka terlalu banyak sampah dengan mengamalkan prinsip churnalism.

Akbar terbitan mereka, termasuk Harakah, Suara Keadilan juga melakukan perkara yang sama. Menulis berita dan rencana yang banyak mengandungi provokasi dan membelasah orang lain yang tidak sebulu, tidak juga dianggap musuh oleh parti lawan. Akbar tersebut boleh terus dijual dan diterbitkan walaupun, penjualannya adalah dilarang secara terbuka, hanya khusus untuk ahli.

Pembangkang tetap handal dalam membuat laporan secara churnalism dengan mengetepikan prinsip kebenaran dan keadilan, telling the truth and fair, yang dianjurkan sejak sekian lama. Pembangkang turut mengupah ramai ‘spin doctors’ untuk memutar belitkan kenyataan dan membohongi rakyat, sehingga menenggelamkan setiap kelemahan dan caca merba kepimpinan pakatan pembangkang.

Mengapa segelintir pimpinan Pakatan Rakyat sukar memahami perkara yang semudah ini ?, soal Azmin Ali. Jawabnya senang, kerana pemimpin pakatan rakyat berfikiran jumud, tidak mempunyai sikap terbuka dan minda positif. Jumud dan terkurung oleh idea perjuangan yang terlalu idealistik dan retorik.

Janganlah nak mengangkang orang lain dengan pelbagai ghairah rasa dan gelora emosi, buangkan prasangka dan renunglah ke dalam diri. Apakah pakatan pembangkang merupakan parti yang tidak bercelaru dan terkeliru, pakatan rakyat juga parti yang dianggotai manusia. Manusia mempunyai keinginan-keinginan tertentu, termasuk keinginan mendapatkan kuasa, walaupun berbeza, janganlah bersikap membakar sangkar emas sendiri.


Mengambil lirik lagu rasmi UMNO : “UMNO terus mara, untuk rakyat Malaysia”. UMNO tidak akan tenggelam dalam tsunami politik yang dibawa pembangkang, kerana komponen pembangkang semakin celaru dan keliru. Komponen pembangkang mewarisi kepimpinan politik manusia yang kecewa, hilang jati diri dan terlalu kemaruk ingin jadi Perdana Menteri. Rakyat sudah mula tidak faham perjuangan sebenar parti-parti pembangkang, setelah 20 bulan berada di beranda kuasa, bukan rumah induk kuasa, masih belum mampu mengabsahkan kesetiakawanan mereka, belum mendaftarkan kesatuan mereka dalam satu bendera, pakatan rakyat. Sampai bila? Haji Hadi sudah membuat pengakuan, belum bersedia?

Apa sudah berlaku dengan Zaid Ibrahim? Apa sudah berlaku dengan Dr. Hassan Ali yang keseorangan menatapi kegersangan sokongan bila berhadapan dengan telatah DAP dan PKR Selangor? Apakah Tok Guru Nik Aziz mula tidak sedarkan bila "menghalalkan bukan Islam mengkritik Islam" walhal sebelumnya, pernah mengeluarkan kenyataan, "orang yang bukan tahu mengenai Islam, tidak boleh bercakap mengenai Islam. Kalau zaman Khalifah Umar dahulu, mereka akan dihukum bunuh?". Tok Guru kata begitu kerana Tok Guru tidak setuju apabila kerajaan Persekutuan bercadang untuk memberikan kedudukan yang lebih baik kepada sekolah agama rendah dan sekolah menengah agama negeri (SAR dan SMAN) suatu ketika dahulu di Timur Tengah.

Tok Guru cuba mempengaruhi pelajar-pelajar Malaysia di sana. Dalam negara, Tok Guru semakin kekurangan pengaruh kerana tiada kemudahan yang dapat ditambahbaik, gaji guru tang rendah dan kenaikan pangkat yang statik, menyebabkan sekolah-sekolah tersebut seakan-akan hidup segan, mati tak mahu. Pun Tok Guru kondem apabila Kementerian Pendidikan ketika itu berhasrat untuk menyediakan satu bentuk peperiksaan berpusat, iaitu Sijil Tingga Agama Malaysia, dan mendapat pengkitirafan pihak pengurusan Universiti Azhar apabila Syeikh Ahmad Tantawi menandatangani persetujuannya.

Azmin Ali juga apa kurangnya. Walau apa pun kerana mempunyai selera yang besar, akan tetap mempertahankan godfathernya. Dia akan berkorban apa sahaja, kerana Godfathernyalah telah memberikan banyak kemudahan sehingga pernah dan sanggup berbelanja mewah suatu ketika, dan didedahkan sendiri oleh saudaranya suatu ketika dahulu. Dari mana dia mendapat wang? Benarkah Azmin mewarisi kekayaan yang begitu banyak sebelum menjadi orang kuat Anwar Ibrahim? Ia masih menjadi misteri dan perlu kita sama-sama rungkaikan.

Ingatlah, janganlah terlalu ghairah nak mengangkang orang lain kerana suatu hari nanti ada orang akan mengangkang kita sehingga menyebabkan kita mati terkangkang. Berilah pujian jika ada orang lain membuat kebaikan, dan terlalu kuat mengumpul dosa, kerana kebaikan akan tetap terserlah walaupun dilabelkan sebagai keburukan. Permata akan terus bersinar walaupun cuba disalutkan dengan lumpur, sehabisnya lumpur, sirnanya kembali menyerlah.

Friday, October 2, 2009

BAJU KOYAK PEMBANGKANG TAK TERTAMPAL LAGI

Baju yang dipakai oleh pakatan pembangkang semakin koyak. Nak dijahit kembali menggunakan kain yang sama nampaknya sudah tidak sesuai lagi. Warnanya sudah luntur, maka berpakat-pakatlah antara Hadi, Kit Siang, Azim menggunakan gam cap gajah.

Mereka cuba membuat penilaian mengenai baju yang dipakai oleh orang. Kebetulan baju tersebut baik dan lebih tahan, maka dicubanya pula untuk mengguntingkan baju tersebut. Dia gunting dengan mengatakan bahawa "surat khabar lama" manakala setengahnya bahawa UMNO "kehabisan gas."

Tak mengapa, walaupun surat khabar lama ia masih mempunyai harga. Masih ramai pembeli yang berminat kerana mereka faham inilah peluang terbaik UMNO untuk menempelak "pemimpin masa depan PAS" yang tiga kali kecundang dalam gelanggangnya sendiri. Tan Sri Isa masih belum kecundang sejak kenal erti pilihan raya dan masuk gelanggang politik pada tahun 1978.

Memang betul UMNO telah kehabisan gas, tetapi gas yang habis itu adalah gas yang tidak mesra alam. Gas tersebut telah menjalani proses pemulihan dan pembersihan mampu menghasilkan gas yang lebih baik, gas yang boleh menyumbang kepada kesejahteraan lingkungan.

Tabung gas yang baru ditonjolkan oleh PAS belum lagi menepati piawaian keselamatan. Setakat tiga kali diuji di makmal Lenggeng, tidak mendapat pengiktirafan dan melepasi tahap piawaian. Kini mahu diuji dan dicuba di Bagan Pinang. Orang Bagan Pinang telah banyak pengalaman kerana setiap hari mempunyai hubungan akrab dengan persekitaran udara yang memantulkan gas keyakinan dan kemesraan.

Biarlah, kalau Lim Kit Siang nak kata apa pun, katalah kerana kita sudah faham mengenai perangai dia. Bila membincangkan sesuatu perkara, bukan sahaja tidak setuju malah memutarbelitkan fakta seolah-olah tidak ada pun faedah yang rakyat boleh terima. Dulu, sewaktu kerajaan berhasrat membina Jambatan Pulau Pinang dialah yang paling lantang mengkritik sebagai projek yang membazir.

Apabila putera kesayangannya menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, kenapa Lim Kit Siang tidak mengkritik gesaan supaya mempercepatkan pembinaan Jambatan Pulau Pinang kedua? Kenapa Lim Kit Siang hanya diam membisu seperti tikus terkurung dalam tempayan beras apabila anaknya sendiri digertak supaya meletakkan jawatan kerana gagal menunaikan janji "mengembalikan tanah kepada penduduk Kg. Buah Pala."

Antara bapa dan anak itu banyak persamaan. Sewaktu menubuhkan DAP berusaha untuk mengumpulkan pengaruh sentiasa meminta bantuan pemimpin-pemimpin Singapura. Ini tidaklah pelik kerana DAP dilihat sebagai pendua kepada PAP yang memerintah Singapura dan memperjuangkan Malaysian Malaysia.

Sekarang, anakanda kesayangannya hampir setiap minggu bertandang ke Singapura meraih sokongan dan bantuan bagi menjayakan agenda politik Cina di Pulau Pinang. Kenapa Lim Kit Siang tidak menasihati anaknya sendiri supaya lebih berhati-hati dengan Singapura? Khabarnya tanah seluas 400 ekar di Pondok Upih Pulau Pinang sudah pun diambil untuk didirikan sebuah universiti dengan kerjasama Universiti Nanyang, Singapura.

Bukankah kedua anak beranak terlalu kuat agenda kecinaannya? Kalau betul untuk memperkembangkan pendidikan tinggi, kenapa membuat hubungan sulit dengan pemimpin politik Singapura dan menggunakan kepakaran Universiti Nanyang? Sepatutnya cubalah merintis hubungan kerjasama dengan universiti-universiti terkemuka dunia termasuk Harvard, Oxford, Cambridge ataupun Sorborne dari Perancis.

Ketua Penerangan PAS memang tersangat pandai melabelkan orang lain. Tapi dia lupa tentang dirinya sendiri bahawa politiknya tidaklah sebijak mana. Dia hanya pandai bercakap membuat tuduhan, kerana itulah tabiat manusia. Menuduh dan mencaci orang adalah satu perkara yang paling mudah, bagaimana kalau kita cuba buat sedikit penilaian mengenai PAS secara rasional.

PAS kerana sudah semput pada tahun 2004, mula mengepak sebaik sahaja mempunyai sedikit insulin yang disuntik oleh sentimen Anwar Ibrahim pada tahun 2008 semakin lupa hakikat penubuhannya sendiri. Tak payah kita membuat kajian mendalam atau bermukim di Arkib Negara meneliti manifesto ataupun pita rakaman ceramah pemimpin-pemimpin mereka, baik Haji Hadi, Nik Aziz malah kalau kita bukakan sedikit riben keangkuhan almarhum Fadhil Noor kita akan menemui kelucuan dan paradok mereka.

Semasa hayatnya, Fadhil Noor pernah bercita-cita untuk "melelong Putrajaya" kerana pembinaanya membazir wang rakyat. Dia juga nak lelong Menara Berkembar Petronas, kerana katanya tidak memberikan banyak faedah kepada rakyat. Memang mudah bercakap, tapi nak melaksanakan apa yang dicakapkan itu adalah sukar sekali.

Apa dah jadi dengan Kelantan. Sudah berapa banyak tanah "dilelong oleh PAS" atas nama pembangunan dan mengisi sumber kewangan negeri. Lebih 1000 hektar tanah telah diluluskan untuk projek penanaman kelapa sawit dekat dengan kawasan rehat Stong, berapa jumlah tanah dipindah milik kepada penanam sayur di Lojing? Tetapi, hasil jual tanah untuk pembangunan tidak juga dibuat jambatan seperti dijanjikan untuk penduduk Dabong yang menghadapi kesulitan perhubungan.

Masalah air bersih masih belum selesai di Kelantan. Di manakah wang kutipan "tabung Jihad Ekonomi" dibel;anjakan? Berapa banyak kutipan telah dibuat masih belum diisytiharkan? Kata Nik Aziz, banyak kertas kerja yang diterima dan diluluskan oleh mesyuarat mingguan EXCO, tetapi, projeknya di mana. Projek mengutuk dan menghamburkan kata-kata kesat itulah yang paling banyak dibuat sehingga sesekali terkeluar banyak pihak yang menyinga.

Azmin Ali pun sama kerana banyak sangat membuat teguran dan kritikan terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh Kerajaan seolah-olah tidak ada satu pun yang mendatangkan faedah kepada rakyat. Hingga kini masih belum kedengaran baik berupa projek mahupun cadangan terbaik bagi mengatasi masalah penduduk Selangor selain berkeriau agar mengkaji semula kedudukan EXCO.

Cubalah rasional sikit. Tanyalah Anwar Ibrahim kenapa terlalu kerap keluar negara menemui puak-puak yang menangnya sakit hati dengan kemajuan Malaysia. Nak al-Gore buat apa? Adakah al-Gore boleh membantu menggugurkan kes saman yang dikemukakan oleh Saiful Bakhari Azlan? Kalau benar-benar tak bersalah, kenapa banyak sangat songeh mencari ruang untuk melambat-lambat proses pembicaraan tersebut?

Anwar mungkin sedang menyembunyikan ketakutan dengan bayang-bayangnya sendiri. Sudah ada orang memberikannya gelaran sebagai sesumpah, tetapi setiap kali berdepan dengan pilihan raya kecil, setiap kali itulah dia berkunjung ke luar negara untuk meraih simpati dan mendapat sokongan. Jika di Permatang Pauh, dia membawa balik bersama Gus Dur dan Joseph Estrada, tapi mungkin kali ini dia mampu memujuk Paul Wolfowitz berkunjung ke Bagan Pinang.

Rasanya mungkin tidak kerana bukan beliau yang bertanding. Dia hanyalah menunjukkan sokongan kepada pakatan pembangkang dengan hanya beberapa kali turun berkempen. Tapi, rasanya kempen Anwar tidaklah semasin air Selat Melaka di Telok Kemang atau sehebat khasiat e-coli yang dihasilkan oleh buah kelapa sawit Ladang Bradwell atau sehebat kilang penapis minyak di Port Dickson.

Orang Permatang Pauh bolehlah beliau kelentong, walaupun semuanya sudah tahu mereka sebenarnya tidak boleh ke mana-mana dengan Anwar. Pi Mai Pi Mai Tang Tu, sepanjang masa orang Melayu akan menjadi Penanti walaupun Timbalan Ketua Menteri 1 sudahpun lepas 100 hari. Orang Permatang Pasir akan kehilangan permatangnya nanti kerana pasir akan tetap diambil orang, PAS tidak boleh melakukan apa-apa di Pulau Pinang. Hanya sebagai Yang Di Pertua Majlis Agama Islam, tetapi azan semakin payah untuk dikumandangkan apabila tiba waktunya.

Pentadbiran negeri nak cuba menggerakkan semangat kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz, tetapi dia lupa sampai bila pun dia tidak dapat lakukan. Khalifah Umar Abdul Aziz ialah seorang muslim yang taat, tawaduk dan mempunyai tahap keimanan yang tinggi (menurut pengkisahan sejarah), tetapi Lim Guan Eng siapa? Itupun sudah jelas perbezaan yang ketara. Tak payahlah membingkaikan diri dengan imej buatan dan jerkah sana jerkah sini, mami jarum pun dah kenal siapa dia Lim Guan Eng dan puak-puak banyak mencece syariat Islam.

Ramai yang masih ingat, Jeff Ooi menyamakan syariat Islam itu sebagai kegiatan ganas. Karpal Singh mencabar supaya "langkah mayatnya terlebih dahulu jika mahukan negara Islam." Ki Siang mengimpikan robotcop menguatkuasakan undang-undang pada tahun 1995? Peniaga pasar Ramadhan dekat Chowrasta menjadi mangsa tindakan MPPP yang tidak membenarkan mereka berniaga walhal sebelum ini tidak pernah diganggu.

Baju pakatan pembangkang yang carik seakan-akan tidak lagi mampu dijahit lagi. Kulit lembu pun seakan-akan merajuk dan tidak membenarkan ia dijadikan baju atau bahan tampalan kerana tidak seorang pun sudi menghulurkan bantuan apabila penternak dilanda musibah. Yang menarik sekali ialah apabila ada penternak bertanya, kenapa tidak bertanyakan di manakah lembu itu diternak tatkala ingin membeli daging?

Bagaimana perkembangan projek ternakan kambing Jamnapari kelolaan Husam Musa di Pasir Mas? Kandangnya sudah siap ke? Jangan-jangan bila benar-benar berlaku pilihan raya kecil di Kelantan Husam membuka mulut lagi, kita bakal lancarkan projek tersebut. Jangan-jangan Husam Musa terus berjanji, projek tanaman depu akan diperluaskan hingga tidak ada lagi hutan dan tanah kosong di Kelantan, maka tak dapatlah anak cucu cicit kita nak kenal ikan depu lagi.


Sunday, August 16, 2009

SANDIWARA TOK GURU, BADI MAIN PUTERI

Tok Guru bengang apabila masyarakat Melayu mula mempersoalkan tingkah laku politik Anwar Ibrahim sehingga dianggap sebagai "pengkhianat terbesar Melayu" dan orang Islam menyerang pemimpin DAP kerana menghina Islam.
Mengikut Tok Guru, Nabi Muhamad saw juga menghina bangsanya sendiri apabila melawan bapak saudaranya tetapi tidak dianggap sebagai "pengkhianat bangsa."
Berdasarkan hujah itu Tok Guru lebih mementingkan usaha menaikkan pemikiran politik berbanding mempertahankan agama, bangsa dan negara kerana bagi beliau itu tidak penting. Menghina Islam tidak menjadi kesalahan kerana ia dilakukan oleh orang bukan Islam yang tidak memahami Islam.
Bermakna Tok Guru sangat menyokong apa yang berlaku ke atas umat Islam yang dihina, dibunuh dan disiksa oleh bukan Islam seperti yang berlaku di Palestin. Sewaktu tahun 1980-an dahulu kumpulan fisabillah PAS berusaha untuk pergi ke Palestin membantu berperang dengan Israel. Begitu juga dengan serangan Amerika terhadap Iraq dalam perang teluk tahun 1991 dan tahun 1995. Tetapi, kini Tok Guru semakin kehilangan arah dan minat dalam perjuangan apabila hanya membiarkan bukan Islam menghina Islam.
Begitu juga apabila Tok Guru marah apabila peribadi Anwar Ibrahim diserang hebat kerana menentang program kerajaan mengenai kedudukan Melayu dan bumiputera. Tok Guru menyelar pihak yang mengutuk tingkah laku Anwar Ibrahim kerana "peribadi itu tidak penting."
Nampaknya Tok Guru sekali lagi bermain puteri untuk mengubat kemarahan orang Melayu-Islam terhadap isu-isu tersebut. Dengan menggunakan mayang pinang, Tok Guru cuba menebarkan air jampi bahawa di padang Masyar nanti persoalan bangsa bukan lagi penting, kerana "ada apa dengan bangsa Melayu, tidak ada harga satu sen pun. Kalau bangsa itu penting, maka bangsa Arablah yang lebih berharga."
Tok Guru menganggap bahawa orang Melayu-Islam yang menolak Islam itulah yang "benar-benar menghina Islam." Persoalannya, siapakah yang sebenar-benarnya menolak Islam sehingga menyebabkan pemikiran masyarakat Malaysia "menjadi tunggang terbalik."
Yang menterbalikkan pemikiran masyarakat Malaysia mengenai Islam ialah pemimpin-pemimpin PAS sejak sekian lama apabila mendeskreditkan hubungan UMNO dengan bukan Melayu sebagai "perbuatan kafir", "taghut", dan mesti dilakukan jihad sebagaimana telah difatwakan oleh Haji Hadi. PAS telah menggunakan isu persahabatan UMNO dengan bukan Melayu-Islam sebagai perbuatan kafir pada tahun 1964 apabila menyedari tanpa menggunakan strategi tersebut ia tidak mungkin mendapat tempat dalam politik Kelantan.
Sejarah telah memberikan kita banyak kenyataan dan sikap PAS yang bercanggah dengan prinsip Islam termasuk "mengharamkan sembahyang berimankan orang UMNO", "memakan daging sembelihan orang UMNO", "memisahkan pasangan suami-isteri yang berlainan fahaman politik" walhal dari segi hukum Islam kesemua tindakan tersebut dihalalkan. Serangan menggunakan fahaman politik kepartian yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin PASlah yang telah menyebabkan Islam semakin dihina sehingga melahirkan tindakan agresif dan menakutkan bukan Islam dan orang Islam sendiri.
Jika sikap ektremis PAS itu tidak ditakuti oleh bukan Melayu, tentunya pemimpin DAP tidak akan mengeluarkan amaran "langkah mayatnya terlebih dahulu sebelum menegakkan undang-undang Islam", atau Karpal Singh menyelar Anwar Ibrahim sebagai "memberikan masalah besar kepada Pakatan Rakyat" dan seterusnya menggesa supaya disingkirkan. Tidakkah ini menunjukkan bahawa perilaku pemimpin PAS juga dinilai dan dianggap penting oleh masyarakat bagi menentukan kejernihan pemikiran dan perjuangan politik. Kenapa apabila DAP dan PAS menyerang peribadi pemimpin BN, Tok Guru tidak menyatakan demikian.
Tok Guru mengamalkan triple standard. Kalau double standard, bererti hanya membenarkan apabila peribadi itu mempunyai kelebihan kepada PAS, dan keburukan kepada parti lawan. Tapi, kini perlu dilihat dalam konteks parti yang ketiga iaitu rakan karib dalam pakatan. Jika parti rakan karib mengeluarkan kenyataan menghina BN, Tok Guru diam dan menghina PAS pun Tok Guru tidak anggapnya tidak salah kerana "tidak memahami Islam." Sikap talam tiga dimensi menyebabkan Tok Guru perlu memakai kaca mata tiga dimensi untuk melihat dan menilai bagaimana manipulasi politik boleh menghancurkan Islam.
Jika membenarkan penghinaan ke atas Islam atas apa alasan sekalipun, sebenarnya Tok Gurulah orang yang paling banyak sekali dipersalahkan. Tok Guru bukan sahaja telah mengelirukan masyarakat Malaysia, malah orang Islam sendiri semakin keliru dengan sikap Islam yang hendak diketengahkan oleh PAS yang bernakhodakan Mursyidul Am Pas itu.
Ramai orang melihat apabila Tok Guru membenarkan orang Islam berkawan dengan syaitan, sedangkan prinsip Islam merayu setiap penganutnya supaya menjauhkan diri daripada syaitan kerana takut nanti terdorong dengan perbuatan-perbuatan yang dilaknat oleh Allah SWT. Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib diserang secara kuatnya bersenjatakan peribadi, Tok Guru tidak pula mengeluarkan amaran yang sama, tetapi apabila Anwar Ibrahim tersepit dengan kemelut dirinya dikeluarkan amaran keras, kerana Tok Guru takut sentimen kemarahan orang Melayu terhadap Anwar akan menyebabkan peluang kemenangan PAS semakin menipis.
Jika PAS kalah di Permatang Pasir, PAS akan dianggap semakin tidak relevan bagi pakatan rakyat di Pulau Pinang di mana kedudukannya sekarang bak melukut di tepi gantang. Hubungan dan kahadiran pemimpin utama pakatan rakyat memberikan sokongan moral hanyalah sandiwara politik, kerana takut Tok Guru akan mengibaskan mayang pinang dengan air jampi dan ditempelakkan sekali lagi sebagaimana keengganan Tok Guru menerima "kerajaan perpaduan"serta ketiadaan Nasharudin Mat Isa berkempen di Manek Urai.
Tok Guru mungkin tidak mahu mengulangi kesilapan seperti di Manek Urai, kerana Tok Guru faham kekalahan di Permatang Pasir akan menyebabkan PAS terus dianggap tidak relevan di persekitaran pengaruh Anwar Ibrahim di dalam parlimen Permatang Pauh ini. Tok Guru tentu ingin terus meyakinkan PKR, kerana PKR pernah mempertikaikan perletakan calon PAS dan DAP mempersendakan PAS supaya mencerminkan diri terlebih dahulu. Terpukulkah Tok Guru dengan jaki politik itu?

Tuesday, July 28, 2009

Kongsi gelap taja YB?

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
dan ASSIM HASSAN

KUALA LUMPUR 28 Julai – Seorang penganalisis jenayah tidak menolak kemungkinan terdapat segelintir wakil rakyat ditaja oleh kumpulan-kumpulan kongsi gelap tertentu untuk menghalalkan kegiatan haram di kawasan mereka.

Hasil analisis dan pemerhatian pihaknya mendapati, banyak kegiatan haram antaranya pusat judi, hiburan, spa dan pelacuran tumbuh di kawasan terlibat selepas wakil rakyat berkenaan memenangi pilihan raya.

Menurut Kamal Affandi Hashim, tindakan wakil rakyat itu yang menghalalkan kegiatan haram di kawasannya dianggap sebagai membalas jasa golongan berkenaan.

“Berdasarkan analisis dan kajian saya, sebaik sahaja segelintir wakil rakyat ini dipilih menjadi wakil rakyat, muncul pusat-pusat perjudian, hiburan dan pelacuran yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan,” dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, pelbagai pihak menggesa supaya operasi besar-besaran dijalankan untuk menggempur dan melumpuhkan kegiatan kongsi gelap yang semakin berleluasa khususnya di sekitar Lembah Klang.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali sebelum ini berkata, kegiatan kongsi gelap yang melindungi pusat-pusat hiburan, perjudian dan pelacuran memang sudah lama wujud di negara ini.

Dalam pada itu, Kamal Affandi berkata, wakil rakyat sedemikian hanyalah pemimpin boneka yang dibayangi kumpulan kongsi gelap terbabit kerana perbelanjaan sewaktu berkempen ditaja dan diri mereka dilindungi kumpulan itu.

Jelas beliau, kumpulan kongsi gelap terbabit perlu dibanteras habis-habisan kerana ia turut menyumbang kepada jenayah perkauman, khususnya apabila mereka terlibat dalam pertubuhan atau komuniti tertentu.

Sehubungan itu, katanya, kebimbangan utama kini ialah apabila rakyat gagal menilai siapa pemimpin yang mereka pilih bagi membawa keamanan dan pembangunan setempat.

“Segelintir rakyat kini dilanda masalah iaitu gagal membuat telahan yang tepat untuk memilih pemimpin yang bersih,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman ketika diminta mengulas fenomena kongsi gelap di Kuala Lumpur memberitahu, jenayah itu masih berada dalam keadaan terkawal dan tidak membimbangkan.

Katanya, kumpulan kongsi gelap di ibu negara tidak bergiat secara aktif dan pihaknya sentiasa memantau dan berjaga-jaga mengenai jenayah itu.

Tegas beliau, jika kumpulan berkenaan dilihat mengganggu dan menimbulkan kekacauan kepada keselamatan orang awam, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.

“Kita memang menyedari terdapat beberapa kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur, tapi saya tidak boleh mengulas lanjut mengenainya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Utusan Malaysia, 29 Julai 2009

Monday, June 22, 2009

MAKA ROBOHLAH RUNDINGAN KERAJAAN PERPADUAN

Tokai tidak terkejut, dua orang penasihat parti pembangkang dan presiden PAS dengan rasminya telah "menutup" sebarang cadangan untuk rundingan kerajaan perpaduan. Penasihat PKR menyifatkan kontroversi tersebut merupakan keadaan terdesak UMNO yang tidak mendapat sokongan rakyat. Presiden PAS pula mempersoalkan mengenai "unity" atau perpaduan bukanlah terarah kepada UMNO atau BN.

Banyak pihak berpendapat bahawa itu memangnya sikap PAS sejak dulu lagi.. Apabila ada kesungguhan dan kesediaan pihak yang disasarkan menyahut cabaran tersebut, maka akan diadudombakan pelbagai muslihat sehingga tidak menampakkan kegagalan itu berpunca daripada sikapnya sendiri.

Tokai pernah teringat dengan beberapa cadangan sebelum ini, yakni ketika PAS masih berjuang bersendirian untuk menegakkan negara Islam. Apabila Tun Dr. Mahathir mengisytiharkan Malaysia sebagai "sebuah negara Islam" para pemimpin parti tersebut mencari alasan yang lain bagi menidakkan atau tidak mengesahkannya.

Dalam tahun-tahun 1980-an, ketika semangat kebangkitan semula Islam subur berkembang, PAS menyifatkan dasar penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran, penubuhan dan pengukuhan insititusi berunsurkan Islam dianggap sebagai "Islam kulit", kerana takutkan UMNO mengambilalih peranan menegakkan syiar Islam.

Bagi menghadapi penyemarakan nilai-nilai Islam, PAS mula menggunakan propaganda "taghut" dan menghidupkan kembali dakwaan UMNO sebagai "kafir", tidak sah makan ternakan sembelihan oleh UMNO, berimamkan selain daripada pemimpin PAS dan sebagainya.

Sewaktu ada cadangan untuk memasukkan sistem pendidikan agama kendalian kerajaan negeri ke dalam sistem pendidikan arus perdana, bagi menjaga kebajikan tenaga pengajar yang kecewa tiada kenaikan pangkat walaupun sudah mengajar lebih 20 tahun, kekurangan kemudahan dan piawaian keputusan peperiksaan yang tidak seragam, Mursyidul Am PAS menyindir kerajaan pusat tidak mempunyai keupayaan menguruskannya.

Bahkan pernah membuat komen, kerajaan pusat atau Kementerian Pendidikan (pelajaran) tidak berhak berbuat demikian. Kerajaan Negeri lebih mampu dan kerana itu tidak berhak bercakap mengenai "Islam. Orang yang tidak berhak bercakap mengenai Islam, bila juga bercakap, boleh dihukum bunuh."

Tindakan itu dianggap sebagai mempersendakan Islam. Orang yang mempersendakan Islam, boleh dikenakan hukuman bunuh. Bila ada usaha untuk menyelesaikan kontroversi tersebut, PAS semakin kuat mencari helah bagi menggagalkannya dengan meletakkan beberapa syarat, misalnya mengenai :debat terbuka UMNO-PAS, muhabalah dan sebagainya.

Kali ini tersangat besar helahnya apabila terpaksa tunduk kepada desakan DAP dan PKR yang terlalu takut bila dua parti Melayu-Islam menjadi semaikin kuat. Nampaknya PAS sudah berjaya dicucuk hidung oleh DAP dan PKR.

Jika Melayu kuat, parti-parti yang berunsurkan "marriage of convinience" itu akan pecah robek. Bila perpaduan uthopia itu robek, maka rebahlah pakatan pembangkang. Rebak pakatan pembangkang, harapan Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri kempunan sepanjang hidup dan Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri akan kojol sehingga habis usia.

Tokai amat faham mengenai LIM KIT SIANG sejak mula memahami sepak terajang politik yang dibawakan oleh beliau termasuk usul menubuhkan Universiti Merdeka, dan menghentam pembangunan jambatan Pulau Pinang. Jambatan Pulau Pinang menjadi begitu nostalgik buat Tokai kerana pada cadangan itu hendaklah dilaksanakan, setiap petang minggu bersama-sama rakan-rakan akan turun sekitar BAtu Uban dan Gelugor untuk mencari belangkas.

Pemandangan dari sudut pandangan Chanselori Rock USM begitu menarik sekali, tapi apabila projek itu mula dilaksanakan, khabarnya sekitar pinggir laut akan ditebusguna menjadi pusat perniagaan "ala Manhattan" di Amerika Syarikat.

Tokai tidak pernah ke sana, tapi cuba memberikan bayangan apabila teringatkan cerpen Anwar Ridhuan, seribu kunang-kunang di Manhattan, kerana cerpen itu merupakan cerpen yang wajib dibaca dan dianalisis bagi memahami konsep aliran kesedaran yang sedang kuat mempengaruhi teori sastera ketika itu selepas beberapa lama diserang gejala absurdisme.

Waktu itu Kit Sianglah paling lantang mengkritik pembinaan jamabatan tersebut sebagai langkah membazirkan wang rakyat. Rakyat tidak memerlukan jamabatan tersebut kerana feri telah menjadi penghubung yang cukup bersejarah dan berkesan.

Setelah gagal dalam projek Tanjung 1, Tanjung 2 tidak ada lagi tanjung 3. Tapi apabila tanpa diduga menang besar di Pulau Pinang, puteranya yang banya bercakap mengenai integriti dan penyelewengan menggesa agar dipercepatkan pembinaan jambatan kedua, bagi menampung aliran trafik keluar-masuk Pulau Pinang.

Inilah sikap DAP. Sikap yang berbelit-belit. Apabila belum memerintah, setiap tindakan yang dibuat oleh pemimpin BN membantu masyarakat dianggap sebagai percubaan memberikan sogokan. Apabila menguasai Pulau Pinang tekah melakukan perkara yang sama, atas nama kebajikan dan membantu masyarakat.

Itulah wajah-wajah retak yang cuba dicerminkan oleh pemimpin pembangkang. Wajah-wajah retak cuba dicantumkan satu persatu yang mungkin akan menghasilkan sebuah model baru politik Malaysia seakan-akan kiubisme. Kalau kita ingat mengenai Pablo Picasso, mungkin kita tidak akan lupa bagaimana zaman renainsans telah berupaya menggoyahkan aliran seni tampak yang berbentuk realisme dan surrealisme ketika itu.

Pakatan pembangkang cuba memporakperandakan keyakinan kita sebelum ini dengan cara merobohkan nilai-nilai yang telah begitu lama menjadi tunjang kekuatan politik Melayu. Ketuanan Melayu digantikan dengan ketuanan rakyat, yang hanya lebih berbentuk slogan sosialisme. Agama akan menjadi faktor pinggiran manakala faktor yang diberikan keutamaan ialah memperoleh kuasa, walaupun caranya tidak secara undang-undang dan berperaturan.