Wednesday, October 14, 2009

PAKATAN PEMBANGKANG KERJANYA MENGANGKANG

Kekalahan PAS di Bagan Pinang tidak diterima dengan semangat demokrasi. Kekalahan PAS tidak dijadikan iktibar untuk memuhasabah kepimpinan parti yang terlalu banyak kesilapan strategi. Sebaliknya, banyak "kambing hitam" telah digunakan bagi melunakkan kekesalan di atas kesilapan yang berlaku. Menyalahkan kelemahan diri bukanlah satu pengakuan dan keputusan yang boleh diterima oleh pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang.

Setelah tewas di semua 18 saluran dalam 8 peti undi, PAS-PKR dan DAP menggunakan media kepunyaan mereka dan media lain yang cenderung mencari kesalahan memulakan tudingan jadi dan mengangkang BN kerana mempunyai kelebihan sokongan pengundi pos. Jumlah pengundi pos yang besar, iaitu 4,594 bukannya semua mengundi BN. Ketakutan pembangkang terhadap pengundi pos sebenarnya bagaikan "anjing dengan bayang-bayang" apabila 1073 mengundi calon PAS.

Tanpa mengambil kira keseluruhan pengundi pos yang keluar mengundi, BN tetap menang. Perkiraannya begitu mudah, gunakan majoriti yang dimenangi oleh BN sebagai dasar iaitu 5,345 undi dan ditolak dengan jumlah pengundi pos yang keluar mengundi, 4,594. Angka yang berbaki ialah masih positif, iaitu 751. Tanpa undi pos pun BN tetap menang, malah lebih besar daripada jumlah majoriti yang diperoleh oleh calon PAS di Manek Urai.

Jadi, pakatan pembangkang tidak perlu mempersoalkan undi pos kerana BN hanya dapat 3,521 undi, iaitu dalam nisbah 3.5:1, 3.5 undi untuk BN bagi setiap 1 undi pos yang diraih oleh PAS. Dakwaan mengatakan undi pos dikawal dan digunakan sebagai strategi BN untuk menang adalah salah dan jika mengambil kira jumlah undi pos kepunyaan BN, sebenarnya BN masih mempunyai kelebihan 1,824 undi.

Berdasarkan analisis itu sebenarnya Azzmin Ali sedang mengangkang kelemahan pakatan pembangkang yang ditembolokkan oleh dirinya sendiri. Kita boleh memahami natijah dan analisis bila berkata:

"Keputusan Bagan Pinang pastinya akan meletakkan Malaysia di peta dunia dikalangan negara-negara yang rosak nilai dan moral anak bangsanya."

Siapa yang telah rosak nilai dan merosakkan moral anak bangsanya? Bukankah PKR yang banyak membudayakan fenomena ganas sehingga merusuh dan memusnahkan ketenteraman awam pada tahun 1998? Siapakah yang memanggil datang mereka yang bertopengkan agama tetapi melakukan kebejatan sosial? Orang tahu siapa Gus Dus, yang pernah mengatakan" boleh saja, lepas itu boleh tobat" dan memperkenalkan istilah salomi - satu lubang ramai-ramai.

Kalau menggunakan kayu ukur bahawa calon BN pernah terlibat dengan "politik wang", ketika di Permatang Pauh kenapa Azmin Ali tidak mempersoalkan godfahthernya yang bukan sahaja pernah menjalani hukuman atas kesalahan salahguna kuasa. Bukankah salahguna kuasa itu termasuk dalam ciri-ciri rasuah?

Kalau Anwar boleh diterima sebagai calon dan mendapat undi besar pengundi Permatang Pauh, kenapa Azmin tidak turut mencerca pengundi yang memilih godfahernya itu? Godfathernya terlalu banyak kesalahan berbanding Tan Sri Isa, kerana semasa menduduki tampok kekuasaan kedua tertinggi dalam negara, banyak kepalsuan yang telah dilakukan. Tentunya Azmin Ali lebih tahu dan maklum, kerana itulah semua orang tahu bahawa Azmin sendiri terlalu banyak mendapat kemudahan dan kesenangan yang dihulurkan oleh Anwar Ibrahim.

Cuba kita fikirkan secara masak-masak, bukannya setengah masak. Dari mana Anwar Ibrahim dapat wang untuk berbelanja sebanyak RM 30 juta bagi mengendalikan kempen peribadinya di Permatang Pauh bulan Ogos 2008 lalu. Itu bukan angka yang kita buat sendiri, tetapi itulah yang pernah diucapkan oleh Anwar sendiri beberapa selepas kembali menjadi wakil rakyat.

"Apabila kepimpinan memahami dan menghormati prinsip bersama ini maka tidak timbul watak-watak yang cuba menjadi jaguh dalam mempertahankan ideologi dan kepentingan serta agenda peribadi. Keyakinan rakyat akan terhakis apabila melihat pimpinan bercakaran di dada-dada akhbar, "tulis Azmin lagi.

Tetapi siapakah pemimpin yang tidak menghormati "prinsip bersama", yang jelasnya ialah pemimpin pakatan pembangkang sendiri kerana tidak mahu menerima kekalahan di BAgan Pinang. Siapakah sebenarnya teringin sekali menjadi jaguh, jawabnya bukan orang lain, beliau ialah Anwar Ibrahim sendiri yang sanggup melakukan apa sahaja walaupun "menghalalkan cara" demi menuju ke Putrajaya.

Kita lihat dan sejarah terus tercatat bahawa pakatan pembangkang sanggup mengganas bagi mencapai tujuannya "mengambilalih jawatan Perdana Menteri", walaupun program 16 September terlungkup dalam angan-angannya sendiri.

Tak apalah, memang itu sifat pembangkang. Akan terus mengambil langkah bermusuh dengan media yang kononnya dikuasai oleh UMNO dan Barisan Nasional, tetapi rakyat kebanyakan semakin sedar blog kendalian mereka terlalu banyak sampah dengan mengamalkan prinsip churnalism.

Akbar terbitan mereka, termasuk Harakah, Suara Keadilan juga melakukan perkara yang sama. Menulis berita dan rencana yang banyak mengandungi provokasi dan membelasah orang lain yang tidak sebulu, tidak juga dianggap musuh oleh parti lawan. Akbar tersebut boleh terus dijual dan diterbitkan walaupun, penjualannya adalah dilarang secara terbuka, hanya khusus untuk ahli.

Pembangkang tetap handal dalam membuat laporan secara churnalism dengan mengetepikan prinsip kebenaran dan keadilan, telling the truth and fair, yang dianjurkan sejak sekian lama. Pembangkang turut mengupah ramai ‘spin doctors’ untuk memutar belitkan kenyataan dan membohongi rakyat, sehingga menenggelamkan setiap kelemahan dan caca merba kepimpinan pakatan pembangkang.

Mengapa segelintir pimpinan Pakatan Rakyat sukar memahami perkara yang semudah ini ?, soal Azmin Ali. Jawabnya senang, kerana pemimpin pakatan rakyat berfikiran jumud, tidak mempunyai sikap terbuka dan minda positif. Jumud dan terkurung oleh idea perjuangan yang terlalu idealistik dan retorik.

Janganlah nak mengangkang orang lain dengan pelbagai ghairah rasa dan gelora emosi, buangkan prasangka dan renunglah ke dalam diri. Apakah pakatan pembangkang merupakan parti yang tidak bercelaru dan terkeliru, pakatan rakyat juga parti yang dianggotai manusia. Manusia mempunyai keinginan-keinginan tertentu, termasuk keinginan mendapatkan kuasa, walaupun berbeza, janganlah bersikap membakar sangkar emas sendiri.


Mengambil lirik lagu rasmi UMNO : “UMNO terus mara, untuk rakyat Malaysia”. UMNO tidak akan tenggelam dalam tsunami politik yang dibawa pembangkang, kerana komponen pembangkang semakin celaru dan keliru. Komponen pembangkang mewarisi kepimpinan politik manusia yang kecewa, hilang jati diri dan terlalu kemaruk ingin jadi Perdana Menteri. Rakyat sudah mula tidak faham perjuangan sebenar parti-parti pembangkang, setelah 20 bulan berada di beranda kuasa, bukan rumah induk kuasa, masih belum mampu mengabsahkan kesetiakawanan mereka, belum mendaftarkan kesatuan mereka dalam satu bendera, pakatan rakyat. Sampai bila? Haji Hadi sudah membuat pengakuan, belum bersedia?

Apa sudah berlaku dengan Zaid Ibrahim? Apa sudah berlaku dengan Dr. Hassan Ali yang keseorangan menatapi kegersangan sokongan bila berhadapan dengan telatah DAP dan PKR Selangor? Apakah Tok Guru Nik Aziz mula tidak sedarkan bila "menghalalkan bukan Islam mengkritik Islam" walhal sebelumnya, pernah mengeluarkan kenyataan, "orang yang bukan tahu mengenai Islam, tidak boleh bercakap mengenai Islam. Kalau zaman Khalifah Umar dahulu, mereka akan dihukum bunuh?". Tok Guru kata begitu kerana Tok Guru tidak setuju apabila kerajaan Persekutuan bercadang untuk memberikan kedudukan yang lebih baik kepada sekolah agama rendah dan sekolah menengah agama negeri (SAR dan SMAN) suatu ketika dahulu di Timur Tengah.

Tok Guru cuba mempengaruhi pelajar-pelajar Malaysia di sana. Dalam negara, Tok Guru semakin kekurangan pengaruh kerana tiada kemudahan yang dapat ditambahbaik, gaji guru tang rendah dan kenaikan pangkat yang statik, menyebabkan sekolah-sekolah tersebut seakan-akan hidup segan, mati tak mahu. Pun Tok Guru kondem apabila Kementerian Pendidikan ketika itu berhasrat untuk menyediakan satu bentuk peperiksaan berpusat, iaitu Sijil Tingga Agama Malaysia, dan mendapat pengkitirafan pihak pengurusan Universiti Azhar apabila Syeikh Ahmad Tantawi menandatangani persetujuannya.

Azmin Ali juga apa kurangnya. Walau apa pun kerana mempunyai selera yang besar, akan tetap mempertahankan godfathernya. Dia akan berkorban apa sahaja, kerana Godfathernyalah telah memberikan banyak kemudahan sehingga pernah dan sanggup berbelanja mewah suatu ketika, dan didedahkan sendiri oleh saudaranya suatu ketika dahulu. Dari mana dia mendapat wang? Benarkah Azmin mewarisi kekayaan yang begitu banyak sebelum menjadi orang kuat Anwar Ibrahim? Ia masih menjadi misteri dan perlu kita sama-sama rungkaikan.

Ingatlah, janganlah terlalu ghairah nak mengangkang orang lain kerana suatu hari nanti ada orang akan mengangkang kita sehingga menyebabkan kita mati terkangkang. Berilah pujian jika ada orang lain membuat kebaikan, dan terlalu kuat mengumpul dosa, kerana kebaikan akan tetap terserlah walaupun dilabelkan sebagai keburukan. Permata akan terus bersinar walaupun cuba disalutkan dengan lumpur, sehabisnya lumpur, sirnanya kembali menyerlah.

No comments:

Post a Comment