Tuesday, October 6, 2009

DR. MANSOR, BETULKAN DULU KEDUDUKAN MELAYU PULAU PINANG

Kehadiran Timbalan Ketua Menteri 1 yang beberapa hari cukup 100 hari, tidak memberikan kesan besar kepada pengundi Bagan Pinang. Pengundi Bagan Pinang sudah lama mengetahui dan masak dengan sepak terajang politik pakatan pembangkang, yang jika duduk di atas menara tinjau trafik polis, kita sudah tahu puak-puak mereka lagi laju memandu dan tidak mematuhi peraturan lalu lintas.

Masakan tidak, Dr. Mansor semacam terlupa bahawa Bagan Pinang bukanlah seperti Penanti. Bagan Pinang bukanlah seperti Bagan Jermal atau Bagan Ajam di Pulau Pinang yang menjadikan orang Melayu semakin terhimpit oleh desakan dan karenah bukan Melayu. Tak payahlah nak ditaburkan serbok buah pala, kerana Kg. Buah Pala pun tidak boleh diselesaikan. Ini nak buat kacau pengundi Bagan Pinang.

Bagan Pinang tidak boleh terima janji yang hanya dibuat sekadar ingin menabur janji. Dr. Mansor buatlah kenyataan tegas, kerana pernah berjanji akan melantik ADUN Permatang Pasir sebagai Yang di Pertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), apabila tempoh perkhidmatan Ustaz Shabudin tamat akhir tahun ini.

Lim Guan Eng, bossnya yang cun dan pandai memindahkan masalah telah memberikan mandat untuk Dr. Mansor lakukan sepatutnya. Sebelum pilihan raya kecil Permatang Pasir, menurut berita dan khabar orang Tanjung yang tidak tahu di mana letaknya lagi, Yang di Pertuan Agong telah memperkenankan Elias dari USM sebagai pengganti. Perkenan tersebut telah pun diterima sebelum PRK Permatang Pasir berlaku, tapi puak-puak tidak tahu malu terus berbohong menjanjikan burung terbang kepada pengundi. Itulah perangai dia. Itulah watak sebenar, bukan nak reka-rekakan cerita.

Bagan Pinang bukan mudah nak dipekasamkan oleh Dr. Mansor orang akademik yang tersepit apabila menerima jawatan Setiausaha Politik kepada Anwar Ibrahim. Belum pun sempat panas punggung menjadi Setiausaha Politik, Anwar berkelahi dengan Tun Dr. Mahathir dan dipecat daripada kabinet. Maka, terumbang-ambinglah Dr. Mansor ke sana ke mari dan masuk jadi calon. Tewas beberapa kali, termasuk sebagai calon Batu Maung, tapi menarik diri dalam PRK Permatang Pauh dan menang di Penanti melawan calon bebas.

BN tidak mahu ikut rentak PKR yang mahu menukarkan wakil rakyat dengan mengorbankan Ahmad Fairus. Bila menang, dilantik jadi Timbalan Ketua Menteri 1, ceramahnya tidaklah hebat sangat seperti godfathernya. Kadangkala bercakap pun agak gagap, maklumlah dia bukan orang politik, tetapi belajar sains politik dan memberikan kuliah.

Tak payahlah nak sibuk, memperbetulkan nasib orang lain terutamanya pengundi Bagan Pinang. Betulkan dahulu kedudukan orang Melayu Pulau Pinang yang semakin terhimpit dan tertekan oleh pengamal politik kiasu.

No comments:

Post a Comment