Monday, October 5, 2009

MASJID HADHARI, TOK GURU APA DAH JADI NI?





Tersebutlah kisah, suatu ketika dahulu, semasa Perdana Menteri Malaysia sibuk memperkenalkan Islam Hadhari sebagai pendekatan pentadbiran negara, maka berduyun-duyunlah Tok Guru dan Tuan Guru memangkah serabai menuduh sebagai "agama baru." Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dituduh cuba memperkenalkan satu bentuk ajaran baru yang sama sekali bertentangan dengan Islam.

Ayah Cik berkokok ke sana ke mari. Tidak cukup dengan itu, Ayah Cik menulis pula buku mempersoalkan penggunaan istilah yang dianggap tidak betul itu. Maka riuh-rendahlah jadinya. Tapi, kini mungkin yang mengutuk, mencaci itu lupa dengan apa yang pernah dikatakan itu sebagai agama baru. Melihat kepada gambar ini, saya hanya mengambil daripada blog pemuda besut, jelas membuktikan Tok Guru merestui "agama baru" yang pernah disanggahnya.

Tok Guru bersembahyang di Masjid Hadhari, yang mungkin perkiraan saya ialah di pekan Jertih berdasarkan bentuk Masjid Hadhari itu. Kalau silap, saya mohon maaf. Tetapi, yang lebih penting ialah Tok Guru sudah lupa dengan kata-katanya sendiri mengenai Islam Hadhari. Tok Guru mungkin mencari alasan lain, tidak ada masjid hadhari, yang ada ialah masjid.

Masjid itu diberikan nama Masjid Hadhari kerana ia cuba mengadunkan semua aktiviti murni yang sepatutnya ada di masjid. Masjid tidak sahaja menjadi tempat untuk bersembahyang dan ceramah agama, terdapatnya juga kafeteria di bawahnya bagi menggalakkan orang ramai mengunjungi masjid. Tapi, janganlah pula Tok Guru nak buat lawak, lagi. Nyatalah gambar ini memang jelas, Tok Guru telah menjilat kata-kata Tok Guru sendiri.

Syukurlah kalau Tok Guru sedar telah melakukan kesilapan suatu ketika dahulu, dan kini mengakui kesilapan tersebut. Kita kan sesama Islam, saling diminta supaya ingat mengingati antara kita sebagaimana terkandung dalam surah-Nya. Surah tersebut mengingatkan kita setiap masa, kita perlu saling ingat mengingati kerana memangnya sebagai manusia, kita sering terlupa.

Saya hanya sekadar mengingatkan takut Tok Guru terlupa. Masjid Hadhari Tok Guru, dan bukannya Masjid Pulau Melaka..............

No comments:

Post a Comment