Wednesday, April 1, 2009

LUBUK TUPAH DI MAKAN SUMPAH, SEMAKIN HAMPIRI KERING AIRNYA


Mungkin kerana pernah terdengar mengenai video skandal di Lubuk Tupah, rakan-rakan mengajak Tokai untuk ke sana. Petang semalam, selepas bertanyakan beberapa orang, kami menggunakan dua buah kereta menuju ke Lubuk Tupah.

Perjalanannya tidaklah jau, hanya kira-kira 22 km daripada Taman Ria. Setibanya di perkarangan kampus UITM Merbok, kami mula terfikir patutlah Lbuk Tupah menjdi tumpuan. kedudukannya tidak jauh dari kampus UiTM, yang tentunya jika kelapangan mereka akan ke sana. Maklumlah, untuk merayap-rayap di pekan Sungai Petani, ia memerlukan belanja besar apatah lagi jika nak belanja awek makan sekurang-kurangnya KFC. Kalau berkunjug ke Lubuk Tupah, tak perlu beli, air mineral pun boleh dapat percuma, yang penting bawa sahaja bekas.

Mengikut cerita, Lubuk Tupah menjadi popular kerana air yang mengalir bagaikan jeram begitu sejuk sekali. Untuk mandi manda memanglah keinginan ramai orang, bukan sahaja pasangan kekasih malah keluarga. Hari minggu menjadi tumpuan perkelahan keluarga.




Apabila kami sampai, terdapat beberapa orang remaja sedang mandi manda. Airnya semacam berhenti mengalir, lesu dan lemah seolah-olah sudah lama kekontangan. Seorang rakan bertanya kepada sekumpulan remaja tersebut, kerana sebahagian besar darpada kami ingin mandi manda di Lubuk Tupah. Ada yang membawa baju, seluar pendek, tuala dan sementara dua orang lagi singgah di Pekan Laguna untuk membeli pakaian bundle, sebagai pakaian mandi.

Seorang remaja mengatakan di bahagian atas ada juga tempat mandi. Kami masuk semula ke dalam kereta menuju ke bahagian atas. Sepanjang perjalanan kira-kira setengah kilometer, kami bertemu dengan dua tiga pasangan remaja, di sebelah kanan sedang bekemban, sebelah kiri jalan sedang bermesra dalam pakaian kebasahan dan sepasang lagi sedang memimpin pasangannya meniti batu-batu yang kekeringan. Hati-hati dek, nanti jatuh, bisik hati kecil Tokai.

Beberapa meter di depam, Toka ternampak tulisan di atas batu. Tokai ketawa bersendirian apabila tulisan itu seolah memberikan satu amaran keras, Bersedialah Sebelum Dibelasah. Terfikir apa maknanya, tulisan itu terang sekali menggunakan cat merah dan kuning.

Tokai cuba membuat tekaan apa maksud sebenar penulis atau sekumpulan mereka yang membuat amaran itu. Apakah ia ditujukan kepada seorang perempuan, agar bersiap sedia kerana ada kemungkinan akan dibelasah oleh lelaki dalam belukar Lubuk Tupah?

Kedua Tokai terfikir itu adalah amaran supaya setiap pengunjung erhatihati, terutamanya melibatkan pasangan lelaki dan perempuan. Lelaki memang akan mengambil kesempatan di atas kejinakan perempuan yang menurut atau membonceng motosikal pak we yang dikenali atau baru berkenalan, nanti anda akan lencun, maklumlah jiwa muda tentunya bergelora.

Ketiga mungkin jika anda membawa perempuan ke kawasan perkelahan, kemungkinan akan ramai mat skoding. Mat skoding mungkin ikut syeh bila tengah buah hati kekasih anda yang cun, akan membelasah anda untuk membolehkan mereka mendapat bahagian yang sama? Itulah antara teka teki makna tulisan di atas batu itu.

Tetapi yang lebih Tokai khuatirkan, airnya semakin kering. Mungkin beberapa waktu lagi akan hanya tinggal lurah yang terair, bagaikan sudah ke penghujung klimak kehidupan. Perempuan suami akan meninggalkan dirinya kerana menopaus, lelaki takut isteri mudanya mencari kekasih lain kerana suaminya sudah padam.




Begitu juga dengan suasana yang pernah damai dan tenang di Lubuk Tupah. Airnya semakin kering, mungkin kerana di makan sumpah. Atau mungkin benar dakwaan seorang pengunjung, kerajaan tak buat apa-apa? Sampah banyak, air bertakung bagaikan memberi peluang untuk nyamuk membiak. Mungkin suatu hari nanti, Lubuk Tupah menjadi ladang pembiakan nyamuk terbesar negara.
Pembinaan takungan air di bahagian atas menjadi sumber bekalan air kepada sebahagian besar penduduk, tetapi kelestarian alam semula dan keindahan Lubuk Tupah tidak terjaga. Khabaranya sejak Kedah ditadbir oleh PAS, Lubuk Tupah tidak mengalami apa-apa pembaharuan, malah sampah sarap terkumpul banyak di celahan batu. Airnya semakin cetek dan seakan malas mengalir.
Mungkin itu tandanya Tuhan mulai bosan bersahabat dengan para pemimpin yang asyik bertegas untuk memperjuangkan Islam, tetapi tidak mengendahkan keindahan alam. Tidakkan menjaga kelestarian alam itu salah satu prinsip pengurusan Islam. Mungkin kerana terlalu asyik bercadang dan mempromosi hutan simpanan agar ditebang balaknya, maka PAS tidak mampu menguruskan keindahan flora dan fauna, mengekalkan keharmonian antara hidup dan alam semulajadi?
Akan terhentikah alir mengalir di Lubuk Tupah? Akan tanduskah ingatan para pemimpin PAS Kedah tentang keinginan menjaga dan menguruskan kesejahteraan alam semulajadi? Walluaklam, Tokai hanyalah mampu berteka teki dalam hati seorang diri........31/3/2009 menjelang April Fool.

No comments:

Post a Comment