Sabtu lalu, 18 April 2009 entah kenapa tiba-tiba kawan lama menelefon. Agak lama juga tidak kirim berita, setelah kawan lama itu bergelar wakil rakyat. Sejak menang pilihan raya atas tiket PAS, Mac 2008, saya sempat kirimkan sms mengucapkan tahniah. Walau pun antara saya dan dia berlainan pandangan politik, kawan tetap kawan. Kami berkawan sejak kecil lagi, semasa sama-sama main sorok-sorok bawah sekolah kayu takutkan guru besar, kerana sebelumnya kami sesama mandi sungai.
Menurut cerita, PAS tahun ini memang hebat. Akan ada banyak cabaran dan ada dua kumpulan sedang cuba melobi merebut jawatan. Kumpulan kepimpinan ulama dilihat oleh puak yang satu lagi, yang digelar erdogan beriya-iya mahu menerajui kempimpinan parti.
Digunakan segala helah dan bunga-bunga silat, agar kecundang kumpulan ulamak. Yang sedihnya, ada tuduhan terhadap seorang pemimpim ulamak yang suatu ketika dahulu amat terkenal dengan doktrin taghut, fatwa kafir mengkafir, assabiyah, tetapi apabila diberi peluang menerajui kepimpinan negeri Terengganu, terkena gelombang biru tsunami. Hanya mampu jadi Menteri Besar selama sepenggal, parti pimpinannya tewas.
Maka kegagalannya meneruskan penguasaan pentadbiran Terengganu menyebabkan dia dibelasahkanlah teruk oleh puak-puak erdogan. Kempimpinan yang lemah, tidak tahu mentadbir, selalu tidur dalam Dewan Undangan Negeri, tidak pandai merancang, kurang peka dengan masalah rakyat menjadikan BN dapat kembali berkuasa pada tahun 2004.
Atas alasan percubaan yang gagal itulah maka Tuan Presiden tidak lagi mampu memimpin PAS. Tok Guru yang satu lagi, yang pandai memerintah dan mampu mengekalkan kuasa di Kelantan sering mempunyai pendapat yang bercanggah dengan tuan presiden. Sebagai nakhoda, akhirnya tunduk juga dengan keputusan tuan presiden. Kita pun tidak tahu, tapi kalau dalam operasi pukat jerut, nakhoda bot hanyalah mengikut arahan yang diberikan oleh juru selam. Juru selam lebih mengetahui lubuk ikan berbanding tuan nakhoda (atau juru mudi).
Sebab itu Nasharudin Mat Isa bergerak ke sana ke mari bersama-sama kumpulannya. Husam pun ada juak-juaknya sendiri. Khabarnya, mungkin HUsam akan berpakat untuk sesama menumbangkan tuan presiden dengan Nasharudin. Nasharudin lawan presiden manakala Husam jadi Timbalan Presiden.
Husam boleh buat kerja itu. Husam banyak duit, kerana dia pandai. Dia bijak mengambil peluang dan membaca potensi, malah ada yang menganggap sentuhan Husam bagaikan sentuhan midas dalam dunia perniagaan suatu waktu dahulu. Husam gunakan kelebihannya, membina kekuatan dan sudah banyak yang terhutang budi dengannya, termasuk menang tanpa bertanding di Kubang Kerian. Dia juga turut menguasai Harakah dan harakahdialy online. Kerana itulah berita-berita mengenai puaknya banyak terpapar hinggakan Tok Guru dan Tuan Guru tak keruan dibuatnya. Pernah diberikan peringatan, tapi puak-puaknya tetap buat-buat tak faham.
Tuan Guru sudah buat kenyataan, sedid ditandingi. Kecil hati Tuan Guru yang banyak meniupkan semangat orang Melayu supaya menyokong PAS suatu ketika dahulu, termasuk Husam dan Nasharudin ketika itu masih dibangku sekolah. Tuan Guru yang muda belia dan darah masih panas kerana banyak mengambil idealisme Syed Qutb dan Ikhawanul Muslimin, al-Maudidi dengan Jemaat Islami berjaya melonggarkan lutut ramai umat Islam. Ceramah-ceramahnya, walaupun diadakan di dalam kebun getah, tetapi mendapat sambutan.
Husam bijak menggunakan saluran media. Bukan sekadar dua akhbar (cetak dan on-line) malah bersengkongkol dengan kickdefella, Penarik Beca, Tulang Besi membuat tafsiran pelbagai bagi menimbulkan keraguan dan syak wasangka terhadap kumpulan Tok Guru dan Tuan Guru.
Tok Guru pernah, sama ada secara bergurau atau serius menyifatkan Husam sebagai calon yang layak menjadi presiden PAS. Mungkin kerana Tok Guru dah tak sanggup lagi berlawan dengan tsunami Husam, maka kesimpulan itu dibuat. Tok Guru mungkin sedar, Husam akan tetap menggunakan caranya sendiri, seperti mana sifunya suatu ketika dahulu menumbangkan Tun Ghafar Baba. Nak cuba belasah ketua nombor satu, sudah dapat dihidu lebih awal, dan kena belasah. Hingga kini masih belum boleh terima kenyataan, masih cari jalan nak jadi Perdana Menteri walhal mimpinya sudah lama berakhir.
Kawan-kawan rapat yang cuma bersetuju secara kontrak, makin pening. Karpal Singh suruh bertaubat, masih belum dilakukan. Husam nak teruskan "negara Islam", Karpal Singh tersinggung dan Guan Eng minta penjelasan Tuan Guru. Tuan Guru jolokkan "kerajaan perpaduan", Guan Eng semacam kepanasan. Tapi, kenapa sokong Eli? Patutnya turut tidak setuju kerana Eli telah mengaibkan parti-parti dalam kumpulan "kahwin mutaah"itu?Kenapa tidak perincikan soal dosa dan pahala, sebagaimana pernah dibuat ke atas orang UMNO suatu ketika dahulu? Gunakan kriteria yang sama, wahai Tok Guru dan Tuan Guru?
Dr. Syed Husin Ali marahkan Guan Eng kerana guna media kecewa dengan PKR atas isu Fairus. Dahulu ia-ia marahkan media kerana memutarbelitkan kenyataannya, tapi kali ini kenapa guna media. Tidakkah pelik bin ajaib namanya? Sekali begitu, sekali begini. Tak ubah seperti permainan gelap-cerah kanak-kanak suatu ketika dahulu.
Nampaknya banyak selumbar nibung dalam pakatan parti-parti politik dalam "perkahwinan mutaahnya" kali ini. Istana pasir yang sedang mereka duduki, semakin menipis kerana teriknya mentari dan kuatnya angin menerjah, selumbar nibung akan menembus kulit-kulit kaki. Gigi pantai, pasir-pasir akan runtuh dan istana pasir pecah berderai......
Saya akan terus mengelamun di tepian tasik, pantai yang selama ini memberikan inspirasi telah lama tertutup muaranya............
The King and U
3 days ago
No comments:
Post a Comment