Belum pun reda reaksi kegagalan PKR menamakan pengganti Fairus sebagai TKM 1, PAS sudah membantah tidak boleh terima calon dari PKR dalam PRK DUN Penanti yang sedang menanti setelah dikosongkan beberapa hari lalu. BN belum pasti meletakkan calon dan keputusannya mungkin akan diperoleh dalam masa terdekat. Ada yang menyokong cadangan kemungkinan BN tidak meletakkan calon, tetapi MIC dan mantan Perdana Menteri membuat kenyataan di sebaliknya.
Walau apa pun keputusan BN, kita tunggu keputusannya besok (Jumaat, 24 April 2009). PAS semakin tersiksa dengan bisa mengkuang PKR yang dianggap gagal menangani perletakan jawatan Fairus, yang pada mulanya hanyalah melepaskan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM 1). Lebih seminggu Lim Guan Eng menunggu, tapi yang ditunggu juga tak tiba, yang diharapkan berguling-guling seakan diterjah gelombang Selat Melaka ketika menghadapi bencana tsunami 26 Disember 2004 yang lalu.
Khabarnya seramai 115 orang perwakilan PAS Permatang Pauh (kawasan parlimen DSAI) memutuskan agar PKR tidak meletakkan calonnya. PKR perlu memberikan laluan kepada calon PAS kerana DUN Penanti dianggap kubu kuat PAS di Pulau Pinang sejak sekian lama. Alasannya mudah, PAS tidak berpuas hati dengan "dengan sikap PKR", "ada ahli akar umbi curiga dan ragu-ragu, terutama pengundi atas pagar" yang menyokong PKR, "cara penyelesaian kepimpinan PKR" menyelesaikan kemelut sehingga menyebabkan perletakan jawatan TKM 1 dan mengosongkan kerusi DUN Penanti.
Apa tidaknya, Fairus masih disiasat dan belum dibuktikan bersalah. Fairus kena asak oleh PKR sendiri yang cemburu dan sakit hati apabila beliau merupakan pemimpin termuda yang diberikan jawatan sebagai TKM dalam kepimpinan negeri. Ada yang sudah lama bergelut dalam politik, dan berhasrat untuk jadi TKM tidak diberikan peluang. Fairus bukan mudah ikut telunjuk DSAI walaupun beliau merupakan penyokong tegar DSAI sebelum ini.
Sanggup melepaskan jawatan di sebuah sekolah agama swasta berhampiran Sri Gombak, Selangor pulang bertanding di kampong halaman. Selepas PRK Permatang Pauh, DSAI pernah memberikan ingatan agar Fairus mendekati rakyat, tetapi alasan beliau kerana ingin menumpukan perhatian memperkemaskan pentadbiran negeri yang baru berubah kepimpinan.
Kong-koli-kong, kepala Fairus dihantuk dengan kuatnya. Tapi Fairus masih kuat, mangambil jalan meletakkan jawatan dengan alasan untuk melanjutkan pelajaran dan bersama keluarga. Walaupun hujahnya remeh, seremeh duri mengkuang jika bijak menguruskannya, rupanya terpijak kaki pemimpin PKR sendiri. Bisanya boleh menyebabkan bernanah, dan kalau turut mengidapi kencing manis, alamak potong kaki nanti.
Walaupun DSAI dah minta maaf dengan Lim Guan Eng, tapi pengundi Penanti termasuk sekitar perkampungan yang ada hubungan dengan pokok mengkuang itu akan terus teras bisanya duri mengkuang. Dulu pernah heboh, mengkuang road tempat kegiatan sumbang, manakala empangan mengkuang lokasi aktiviti Semarak, pemimpin bersama rakyat. Apakah kali ini, mengkuang menjadi medan tersungkurnya PKR atau pecahnya kahwin kontrak PAS-PKR?
The King and U
3 days ago
No comments:
Post a Comment