Monday, April 20, 2009

Minta Gambar baru eli, eh gelinya....


Walau pun Tokai belum tengok gambar terbaru Eli, Tan Sri Khalid terasa bagaikan mendapat semangat baru tanpa perlu mencari Goji Guarana. Maksud Tokai, Tan Sri Khalid perlukan kekuatan baru untuk menyanggah keputusannya untuk mengekalkan Eli dalam senarai exconya yang dilanda ngilu dan geli politik. Ngilunya tidak akan habis kerana insiden yang berlaku tetap berbekas dalam ingatan rakyat.

Rakyat tidak boleh terima, walaupun beberapa penyokongnya memberikan semangat untuk terus mengekalkan Eli. Rakyat yang berpegang kepada kepatuhan moral dan nilai-nilai murni akan tetap menganggap Eli bukanlah pemimpin terbaik mereka. Meskipun hujah yang diperjuangkan ialah hak individu dan privasi, ia bukan bermakna Eli tidak berbuat dosa. Dalam apa pun keadaan, pendedahan gambar itu menyebabkan persoalan moral tetap diperhitungkan.

Yang rakyat sedikit keliru ialah bagaimana nilai pegangan masyarakat sudah berubah. Adakah kerana kesan globalisasi atau sikap liberal barat menjadikan sebahagian daripada kita lebih menyanjung keburukan daripada kebaikan. Sejak sekian lama manusia mencari jalan untuk melakukan kebaikan, dan diingatkan menjauhi keburukan. Nampaknya, orang yang tidak mementingkan moral yang baik akan terus dipertahankan dan seterusnya ditonjolkan sebagai wira dan wirawati zaman ini.

Kalau Arumugam dan Eli yang terang melanggar prinsip moral, kenapa masih dipertahankan> Tetapi bila Fairus, yang masih belum dibuktikan bersalah, khabarnya masih dalam siasatan diasak untuk meletakkan jawatan. Terang melakukan kesalahan moral diberikan sanjungan, yang belum terbukti bersalah ditenyeh sekuat-kuatnya. Apakah kehidupan ini sudah tidak berpaut pada pegangan moral lagi walaupun banyak yang mendidik kita untuk berpegang kepada nilai moral sejak dari kecil lagi. Nampaknya, dunia makin bobrok, dan tentunya tidak ada geli geleman lagi.

Mendengar lagu Ebiet G. Ade lagi memberikan kita keinsafan. Ebiet seakan menyindir tingkah laku sebahagian daripada kita yang selalu bangga dengan dosa. Itulah yang mungkin menjadi trend baru dalam politik geli ketika tsunami globalisasi menerjah akal dan minda kita. Tokai syorkan puak-puak yang menyanjung hakisan moral itu membaca buku tulisan Achmad Chojim, Membangun Syurga dan Rahsia Sepuluh Malam agar lebih mengerti apa maksudnya sanjungan moral dan nilai moral dalam kehidupan.

Geli, geli, jamoh tempat geli......ops, itu hanyalah lirik nakal lagu dikir barat semasa kanak-kanak dulu.

No comments:

Post a Comment