Beberapa tahun lalu kita didedahkan dengan sejenis penyakit berkiatan sentuhan manusia dan unggas. Waktu itu banyak pihak mengambil langkah tegas termasuk memusnahkan ternakan (ayam, itik dan burung) di kawasan-kawasan yang dikhuatiri di serang penyakit itu. Nama yang diberikan kepada penyakit tersebut ialah selsema burung.
Pagi ini kita dikejutkan satu lagi bentuk selsema. Tapi, kali bukan unggas yang menjadi bahan cemohan, tetapi BABI.Sebut sahaja perkataan babi, kita mungkin terkenangkan peristiwa yang pernah berlaku di Kg. Sawah, Pacitan dan Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan. Ketika itu, ladang ternakan babi berselerak, menyebabkan ramai yang dilanda wabak JE. Hotel Port Dickson lesu, tiada orang datang berkunjung.
Selepas itu kita mungkin terkenangkan dengan projek ternakan babi moden yang cuba diusahakan oleh kerajaan negeri Selangor. Kg. Tumbuk Darat, Sepang akan dibangunkan dengan teknologi canggih dari Jerman dan menelan belanja lebih RM 100 juta. Yang lebih penting ialah keselamatan penduduk sekitar, tetapi tetap meneruskan projek tersebut kerana boleh mendapat keuntungan besar.
Setakat ini belumlah merebak luas. 13 orang telah mati di Mexico City, 4 di San Luis Potosi, dua di Baja, California dan satu di Selatan Oaxaca. Penyakit ini memannya mudah berjangkit, kerana manusia tidak pernah duduk diam. Manusia bergerak dari satu tempat ke satu tempat dan kemajuan teknologi turut mempercepatkan penularannya. Lebih 1000 orang dijangkiti setakat ini.
DEngan adanya wabak ini, mungkin ada pihak mulai kendur untuk meneruskan usaha menternak babi. Mungkin ada juga pihak yang mula mengurangkan penggunaan daging babi dalam menu makanan harian. Dan, akan menambahkan lagi ketakutan dan kekhuatiran masyarakat berkaitan dengan babi.
Dalam masyarakat Melayu, babi dianggap sebagai sesuatu yang menjijikkan. Malah, kalau seseorang itu begitu nakal dan tidak mendengar nasihat, kedegilannya itu disamakan dengan babi. Babi juga merupakan perkara yang tidak mudah diterima oleh masyarakat babi, malah menghampirinya ramai yang geli geleman.
Kalau nak masuk restoran pun, khuatir ada unsur babi, akan ditinggalkan. Kalau dah termakan, secara otomatisnya muntah. Itulah sebahagian kekhuatiran masyarakat Melayu mengenai babi, tapi kini merebak menjadi penyakit yang ditakuti oleh semua orang, Islam dan bukan Islam.
The King and U
3 days ago
No comments:
Post a Comment