Hari ini (27 April 2009), Tokai baru pulang setelah dua hari berada di Sungai Petani. Tokai ke sana bukan untuk mencari wakil rakyat yang baru menang kira-kira 20 hari lalu, tapi sekadar menghadiri majlis kenduri anak kenalan. Selama dua hari berada di sekitar Taman Ria dan Taman Ria Jaya, Tokai tidak nampak pun kelibat wakil rakyatnya.
Waktu kempen dulu berjanji akan bersama rakyat. Tapi beberapa penduduk Taman Ria mengeluh, usahkah muncul, bayang pun tak nampak. Itulah hakikatnya, sebelum dapat jawatan boleh janji pelbagai, tapi bila dah dapat, "nak jengok kami pun tak mahu."
Dia bukan anak Sungai Petani, kerana itu tidak hairan dengan pengundi sekitar Taman Ria dan Taman Ria Jaya, yang mempunyai kepadatan tinggi. Sekitar perumahan Paya Nahu juga merungut, walaupun tempat itu dikatakan kubu kuat sekutu PKR. UMNO atau BN tak mampu untuk masuk ketika kempen PRK Kecil Bukit Selambau.
Seorang pengundi, yang memperkenalkan dirinya sebagai Mak Jah merungut mengenai wakil rakyat PKR yang seorang itu. Paa mulanya Tokai agak segan untuk memanggil wanita itu sebagai Mak Jah. Setelah mengkreditkan usia sebenarnya dan Tokai terasa usia telah didiskaunkan, maka terima juga panggilan itu.
Menurut Mak Jah, sebaik sahaja menang, tidak jengok. Setelah diumumkan sebagai wakil rakyat, batang hidung pun hilang. Mungkin sibuk, sibuk untuk menyesuaikan diri dengan corak pergaulan dan memahami lagak seorang wakil rakyat. Itulah komen Tokai sepanjang perbualan kami.
Bagi Tokai itulah resam hidup. Masa bercinta semuanya indah belaka. Bila kahwin, langit semakin tinggi dan bumi tidak lagi rata. Longkang pun langkahlah sendiri.
The King and U
3 days ago
No comments:
Post a Comment