Petang Jumaat hujan turun selebat-lebatnya. Bukit Selambau gelap seketika, namun tidak ada banjir kilat berlaku. Yang ada cuba rempuhan angin kuat bersama hujan lebat menyebabkan banyak papan tanda terkorban. Poster yang gah dan bergentayangan sebelumnya rebah menciumi rumput, jalan raya dan bahu-bahu jalan.
Selepas maghrib, hujan mulai reda. Banyak pihak, terutamanya kumpulan tukang juak dan pukul PKR mula palu canang. Pekerja parti lawan telah mengkhianati papan tanda dan poster mereka. Itulah tuduhan terbaru.
Dua hari lepas, ketika hujan juga lebat, ramai pihak mendakwa banyak pengundi hantu di Bukit Selambau. Pengundi hantu itu kononnya sengaja dilakukan oleh BN bagi memenangi pilihan raya kecil Bukit Selambau.
Kisah pengundi hantu bukanlah kali pertama diperkatakan oleh pihak yang takut dengan kekalahan calon masing-masing. Sewaktu pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu, Datuk Mustapha Ali menebarkan cercaan bahawa beliau mempunyai bukti dan senarai nama mereka yang dianggap sebagai pengundi hantu. Itu ketika kempen berlaku.
Apabila calon PAS menang, PAS dan konco-konco diam membisu. Kali ini PKR membangkitkan kononnya mempunyai lebih 60 orang pengundu hantu. Dia ada bukti, dan telah membuat laporan polis. Kita harap, polis akan segera memberikan penjelasan kerana jika Suruhanjaya Pilihanraya memberikan pengakuan tidak pengundi hantu, mereka akan tetap menuduh tidak ada ketelusan.
Di Kuala Terengganu, Mustapha Ali membuat tuduhan kononnya SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara bersengkongkol kerana membuka pejabat sehingga jam 12 malam. SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara melaksanakan tanggungnjawab itu untuk membolehkan mereka membuat semakan, pembersihan pengundi sekiranya ada di antara mereka telah meninggal dunia.
Ramai orang kurang tahu, bila ada pengundi hantu, dari segi undang-undang boleh menyebabkan keputusan pilihan raya akan terbatal. Jika PAS menang, mahkamah boleh membuat keputusan untuk membatalkannya.
Mungkin kita masih belum lupa, tahun 1987 berlaku satu keputusan yang menyebabkan UMNO dibubarkan atau diharamkan. Ini kerana ada pihak menyaman parti itu disebabkan terdapatnya cawangan-cawangan yang tidak sah. Ada pemimpinnya pula menjadi perwakilan dalam pemilihan UMNO pada tahun 1986 yang memberikan kemenangan kepada kumpulan Tun Dr.Mahathir. Kumpulan Tengku Razaleigh kecundang, dan beberapa orang penyokongnya mencabar keputusan itu.
Jika itu boleh berlaku dalam UMNO, maka orang boleh mencabar keputusan pilihan raya seandainya benar-benar wujud pengundi hantu dakwaan pembangkang. Kenapa setelah menang kerusi parlimen tersebut, Mustapha Ali tidak kemukakan bukti pengundi hantu telah mengundi calonnya?
Mustapha berdiam diri. Mustapa tidak bercakap untuk mencabar dan membawa dakwaannya ke mahkamah atas kemenangan calon PAS yang disumbangkan oleh pengundi hantu.
Helah pengundi hantu hanyalah bayangan hitam dalam pemikiran pemimpin politik pembangkang. Tapi yang terus berkerumum di Bukit Selambau sebaik sahaja hujan reda ialah kelkatu.OOP, kawan-kawan saya bergurau, jika Puteri Bukit Selambau perlukan hati kelkatu sebagai hantaran perkahwinan, bukan setakat 7 dulang akan dibawanya nanti 12 dulang, maklumlah banyak kelkatu luar mula menjengok rumah-rumah pengundi untuk memastikan calon mereka mampu menang.
Rupa-rupanya, di Bukit Selambau ramai manusia sudah bertukar menjadi hantu. Siang tidur, malam merayap-rayap dari satu tempat ke satu tempat dengan pelbagai alasan, termasuk memancing undi......
No comments:
Post a Comment