Friday, April 3, 2009

NGAUMAN TOK MISAI TARINGNYA PATAH

TOK MISAI diberikan simbol harimau setelah berjaya mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding sebagai calon bebas dari merebut kerusi DUN Bukit Selambau. Tok Misai bukan main seronok apabila mendapat simbol tersebut kerana khabarnya mengembalikan nostalgianya semasa berkhidmatan dalam askar Melayu, yang terkenal dengan jolokan Harimau Malaya.

Itu dulu Tok Misai. Kegagahan silam semasa dalam askar bukan sama dengan perjuangan politik sekarang, medan tempurnya berlainan. Kalau dalam askar, Tok Misai jadi pemberani kerana siap dengan latihan dan peralatan untuk bertempor, dan dilaksanakan secara berpasukan.

Tapi nampaknya Tok Misai hanya sekadar memeriahkan jumlah calon yang bertanding, dan setelah lima hari selesai penamaan calon, wajah Tok Misai boleh dikira dengan jari. Poster dan banner hanya terpampang secara gitu-gitu sahaja, tema perjuangan masih kabur. Tiada huraian lengkap yang boleh membantu orang faham apa yang nak dibuat kalau menang nanti.

Tok Misai hanya menggunakan slogan indah iaitu kea rah sejahteraan dan perpaduan. Slogan itu dah lama berzaman digunakan oleh Barisan Nasional (dan sebelumnya Perikatan) dan ternyata dilaksanakan sejak memenangi pilihan raya sejak tahun 1959. Tok Misai mungkin baru sedar agaknya, slogan tersebut banyak membawa rahmat termasuk kesejahteraan yang dimiliki sekarang. Tok Misai merasakan nikmatnya dan kerana itulah Tok Misai nak jadi calon dan seterusnya wakil rakyat.

Tok Misai akan keseorang nanti. Tak ada kawan nak bersepadu. Tok Misai hanyalah mampu bercakap itu dan ini kalau tak kena lenyek macam kentang KFC apabila menang. Yang ramai menjerkah Tok Misai ialah wakil-wakil PAS, PKR dan DAP. Tentunya Tok Misai tak terdaya nak melawan dengan ustaz-ustaz dalam PAS yang memangnya bijak berhujah dan berretorik.

Tok Misai mungkin boleh keriau sana keriau sini, tapi pengundi ada akal. Pengundi boleh tahu yang Tok Misai tidak akan mampu mengaum kerana Bukit Selambau banyak kereta. Sesekali keluar, harimau tersilap jika tersilap langkah dilanggar oleh kereta yang lalu-lalang dan semakin bertambah setiap hari.

Kalau Tok Misai tak sanggup kena jerkah kat pengundi nanti, lebih baik Tok Misai berdiam diri. Nak tarik diri, malu nanti ada orang kata harimau telah dicabut taringnya. Yang tinggal hanyalah belang atau gambar seperti mana digunakan sebagai simbol oleh Malayan Banking, Filem Negara ataupun minyak petrol.

Pengundi ada akal Tok Misai. Pengundi bukan lagi gerun dengan misai yang dijaga sehingga menjadi gelaran besar itu. Pengundi sekarang bukanlah seperti kanak-kanak sekolah pada zaman dahulu yang takutkan guru bermisai tebal atau guard Gurkha yang misainya melingkari sehingga menutup sebahagian besar wajah kecuali mata dan hidung.

Sekarang orang selalu cari misai kerana boleh dibuat ubat. Tetapi itu hanyalah pokok misai kucing kerana boleh menurunkan paras gula dalam darah, bukannya Tok Misai. Tok Misai pun boleh keliling Bukit Selambau menjaja gambarnya bermisai, tapi belum tentu akan menjadi laris seperti teh Misai Kucing. Lagi pun produk HPA lagi laris, kalau tak laris takkanlah mampu mempunyai banyak gedung perniagaan dari Fried Chicken, Teknologi Maklumat, Chicken Rice, Cuisine dan nak buka hotel di Lagenda Height.

Salam untuk Tok Misai, selamat berjuang kerana berani bertanding walaupun ada kemungkinan hilang deposit. Firasat dan feng shui jelas mengandaikan Tok Misai tidak akan menang dalam pilihan raya kecil ini kerana tidak ada kekuatan walaupun simbolnya harimau. Harimaunya sudah kehilangan taring dan hanya boleh dijadikan harima sarkas agaknya, itu pun kalau Lim Guan Eng sanggup memberikan ruang dalam pagar yang akan dibinanya nanti.

3 comments:

  1. KEPADA PENGKRITIK BUDIMAN
    written by tok misai, April 05, 2009
    Kepada pengkritik budiman ribuan bahkan jutaan terima kasih untuk kritikan-kritikan anda dan bukan tok misai tak kenal kerana semasa anda menaip,sebelah anda tu orang tok misai.Insyaallah pepatah MELAYU mengatakan TAK KENAL MAKA TAK CINTA.Tak lama lagi kita akan berjumpa.Kepada PENDEKAR BUKIT DAN YANG LAIN-LAIN,macammana kamu semua tahu yang harimau Tok Misai taringnya patah sedangkan logo HARIMAU tu tak buka mulut.Cubalah usik dulu HARIMAU tu kita tengok nanti taringnya patah ka tidak.Kalau nak jadi PENDEKAR pun,biarlah PENDEKAR tu ada TAMING SARI,barulah dia tahu TERSURAT DAN TERSIRAT dan di atas keegoan dan kebodohan anda semua sebab itu anda semua yang mengkritik lupa sejarah,PETUALANG BANGSA.Tok Misai tahu yang anda pun tak sehebat mana.Jangan bercakap dengan perkataan yang kurang manis.Anda semua yang mengkritik seperti AYAM BERKOKOK EKOR BERGELUMANG DENGAN TAHI dan SEPERTI ANJING MENYALAK BUKIT,BUKIT TAK AKAN RUNTUH.Dan terima kasih jugak atas tohmahan-tohmahan yang tak berasas seperti saya SAMSENG,DITAJA dan lain-lain.Itu semua satu pembohongan yang diluahkan oleh insan yang bernama MANUSIA HIPOKRIT.Selepas ini walaupun kritikan bertalu-talu dari anda semua,saya tak akan layan dan membalas balik kerana saya tak HAIRAN........!!!!!!!!! PADA ANDA SEMUA.Sekian,terima kasih.

    ReplyDelete
  2. KEPADA PENGKRITIK BUDIMAN

  3. terima kasih kerana membantu saya mengenali siapa tuan sebenarnya. Memangnya tidak buka mulut, tapi jika benar saya termasuk dalam kategori petualang melayu, itu adalah tanggapan tuan. Namun saya tidak pernah lupa sejarah, saya mengerti sejarah kerana sejarah banyak memberikan saya erti kehidupan dan dapat membandingkan kejujuran, keikhlasan dan kebobrokan. Adakah benar tuan bertanding membela rakyat, tuan tentu sedar bahawa UMNO telah banyak melakukan pembelaan termasuk menjaga kebajikan tuan semasa bergelar anggota harimau Malaya. Tuan harus dapat membezakan antara identik Melayu, identiti Melayu, kosmologi Melayu mahupun diaspora Melayu. Benarkan perjuangan tuan itu berada dalam diaspora antara Melayu dan tuntutan untuk memegang title YB?

    ReplyDelete