Showing posts with label calon bebas. Show all posts
Showing posts with label calon bebas. Show all posts

Saturday, April 4, 2009

HUSAINI YAACOB ,CACING KEPANASAN


Sementara menanti hujan teduh, Tokai walaupun sudah selesai menikmati makan malam, terus sahaja berada di meja makan salah sebuah gerai famous dengan western food di Astaka Taman Ria. Harganya tidaklah mahal berbanding, dan kualiti makanan pun boleh tahan.

Tapi yang Tokai tak boleh tahan dengar-dengar ada calon bebas Melayu ditaja oleh PAS. Pihak yang berkempen untuk calon PKR membuat tuduhan dua tiga hari lalu bahawa calon-calon Bebas aalah tajaan BN atau UMNO. Walaupun dinafikan oleh sekurang-kurangnya tiga orang calon, dakwaan tersebut masih dijaja ke sana ke sini.

Tapi tidak ada pihak bersungguh-sungguh untuk menjaja kedudukan seorang lagi calon Bebas Melayu, yang menggunakan simbol bas. Mungkin kerana simbol yang diberikan itu hampir sama dengan sebutan sebuah parti politik yang tidak meletakkan calon, tetapi turut aktif menabur janji membantu sekutunya, menawarkan pengundi dengan bas percuma.

Mungkin kalau menang, dia akan memberikan perkhidmatan percuma kepada pengundi Bukit Selambau. Saya terfikir bagaimana Husaini nak menanggong kos, dan berapa hari dia dapat berbuat demikian. Perkhidmatan bas bandar atau bas henti-henti jarang mendapat untung di Malaysia. Bas Ekspress mungkin boleh mencapai titik pulangan yang baik jika diuruskan dengan berkesan, seperti Sani Ekspress ataupun Durian Burung.

Tokai ingat, kalau perkhidmatan bas henti-henti menguntungkan pengusaha, tentunya ramai yang tampil melabur modal. Cityliner suatu ketika dahalu pernah meuncul untuk mengendalikan perkhidmatan tersebut, juga turut mengalami masalah yang sama sehinggalah kerajaan pusat menubuhkan dana khas, termasuk menubuhkan bas-bas yang menggunakan jenama Rapid.

Harga sebuah bas yang baik melebihi setengah juta. Kos operasinya juga tinggi walaupun diesel diberikan subsidi. Kos alatganti tidak pernah menjunam turun, selalunya meroket setiap masa. Jumlah penumpang pun tidaklah tinggi, bererti jumlah pungutan adakalanya tidak mampu menampong kos seharian. Itulah sebahagian rintihan pengusaha bas.

Mungkin Husaini lupa bahawa tidak semudah yang disangka. Kalau nak mengharapkan kerajaan negeri pimpinan PAS, tak payahlah. Asyik nak tarah hutan keluarkan balak dan ugut kerajaan persekutuan, kalau tak berikan wang rancangan membalakkan kawasan takungan air tetap diadakan. Lagaknya macam samseng, gunakan gata ugutan. Kalau tidak diberikan wang perlindungan, jawabnya hancurlah segalanya.

Kini banyak pihak yakin Husaini bagaikan cacing kepanasan. Dia menjual air liur jampinya sudah dianggap tidak dapat melembutkan hati pengundi, dan kerana itulah banyak kali dilihat berbincang dengan pemimpin-pemimpin Pas mencari faedah perlindungan. Pada mulanya Husaini dianggap salah seorang calon bebas yang popular, tetapi beberapa hari terakhir ini walaupun hujan turun membasahi Bkt Selambau, tenaga dan kekuatannya semakin lemah, hanya bergantung secara tidak langsung dengan pengaruh PAS, yang juga turut nanar dengan ura-ura pengundi Melayu hanya akan menyokong calon Melayu.

Sentimen kaum di kalangan pengundi Bukit Melayu masih besar, dan dijangka akan mencorakkan keputusannya nanti. Husaini perlu sedar kekuatannya, calon Bebas yang lain sudah mula memancing undi dengan memberikan bungkusan beras bagi melembutkan hati agar mengundi calon-calon tertentu.

Friday, April 3, 2009

NGAUMAN TOK MISAI TARINGNYA PATAH

TOK MISAI diberikan simbol harimau setelah berjaya mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding sebagai calon bebas dari merebut kerusi DUN Bukit Selambau. Tok Misai bukan main seronok apabila mendapat simbol tersebut kerana khabarnya mengembalikan nostalgianya semasa berkhidmatan dalam askar Melayu, yang terkenal dengan jolokan Harimau Malaya.

Itu dulu Tok Misai. Kegagahan silam semasa dalam askar bukan sama dengan perjuangan politik sekarang, medan tempurnya berlainan. Kalau dalam askar, Tok Misai jadi pemberani kerana siap dengan latihan dan peralatan untuk bertempor, dan dilaksanakan secara berpasukan.

Tapi nampaknya Tok Misai hanya sekadar memeriahkan jumlah calon yang bertanding, dan setelah lima hari selesai penamaan calon, wajah Tok Misai boleh dikira dengan jari. Poster dan banner hanya terpampang secara gitu-gitu sahaja, tema perjuangan masih kabur. Tiada huraian lengkap yang boleh membantu orang faham apa yang nak dibuat kalau menang nanti.

Tok Misai hanya menggunakan slogan indah iaitu kea rah sejahteraan dan perpaduan. Slogan itu dah lama berzaman digunakan oleh Barisan Nasional (dan sebelumnya Perikatan) dan ternyata dilaksanakan sejak memenangi pilihan raya sejak tahun 1959. Tok Misai mungkin baru sedar agaknya, slogan tersebut banyak membawa rahmat termasuk kesejahteraan yang dimiliki sekarang. Tok Misai merasakan nikmatnya dan kerana itulah Tok Misai nak jadi calon dan seterusnya wakil rakyat.

Tok Misai akan keseorang nanti. Tak ada kawan nak bersepadu. Tok Misai hanyalah mampu bercakap itu dan ini kalau tak kena lenyek macam kentang KFC apabila menang. Yang ramai menjerkah Tok Misai ialah wakil-wakil PAS, PKR dan DAP. Tentunya Tok Misai tak terdaya nak melawan dengan ustaz-ustaz dalam PAS yang memangnya bijak berhujah dan berretorik.

Tok Misai mungkin boleh keriau sana keriau sini, tapi pengundi ada akal. Pengundi boleh tahu yang Tok Misai tidak akan mampu mengaum kerana Bukit Selambau banyak kereta. Sesekali keluar, harimau tersilap jika tersilap langkah dilanggar oleh kereta yang lalu-lalang dan semakin bertambah setiap hari.

Kalau Tok Misai tak sanggup kena jerkah kat pengundi nanti, lebih baik Tok Misai berdiam diri. Nak tarik diri, malu nanti ada orang kata harimau telah dicabut taringnya. Yang tinggal hanyalah belang atau gambar seperti mana digunakan sebagai simbol oleh Malayan Banking, Filem Negara ataupun minyak petrol.

Pengundi ada akal Tok Misai. Pengundi bukan lagi gerun dengan misai yang dijaga sehingga menjadi gelaran besar itu. Pengundi sekarang bukanlah seperti kanak-kanak sekolah pada zaman dahulu yang takutkan guru bermisai tebal atau guard Gurkha yang misainya melingkari sehingga menutup sebahagian besar wajah kecuali mata dan hidung.

Sekarang orang selalu cari misai kerana boleh dibuat ubat. Tetapi itu hanyalah pokok misai kucing kerana boleh menurunkan paras gula dalam darah, bukannya Tok Misai. Tok Misai pun boleh keliling Bukit Selambau menjaja gambarnya bermisai, tapi belum tentu akan menjadi laris seperti teh Misai Kucing. Lagi pun produk HPA lagi laris, kalau tak laris takkanlah mampu mempunyai banyak gedung perniagaan dari Fried Chicken, Teknologi Maklumat, Chicken Rice, Cuisine dan nak buka hotel di Lagenda Height.

Salam untuk Tok Misai, selamat berjuang kerana berani bertanding walaupun ada kemungkinan hilang deposit. Firasat dan feng shui jelas mengandaikan Tok Misai tidak akan menang dalam pilihan raya kecil ini kerana tidak ada kekuatan walaupun simbolnya harimau. Harimaunya sudah kehilangan taring dan hanya boleh dijadikan harima sarkas agaknya, itu pun kalau Lim Guan Eng sanggup memberikan ruang dalam pagar yang akan dibinanya nanti.