Thursday, April 23, 2009

Fairus tak salah, yang salahnya siapa??????

Nampaknya gelojoh sangat pemimpin PKR bila "memaksa" Fairus letak jawatan. Belum pun ada keputusan bersalah, Fairus sudah dijatuhkan hukuman seolah-olah benar-benar bersalah. Kesian kat Fairus, tapi syukur lah Fairus turut mendapat anaknya yang keenam. Mendapat anugerah berganda nampaknya.

SPRM turut menjelaskan, tidak ada asas kukuh untuk mendakwa Fairus. Kali ini pengundi Penanti akan menentukan, untuk sokong atau tidak PKR. Jika PKR bertanding, tugas utamanya untuk meyakinkan pengundinya sendiri mengenai isu ini. Tentu banyak pengundi mungkin ragu-ragu niat sebenar PKR, khususnya pemimpin de factonya.

Fairus ketika bertugas sebagai TKM 1 hanya diberikan tanggungjawab mengendalikan kes pemberian tanah kepada seseorang di Seberang Tengah. Setelah siasatan dibuat, Fairus "ada meminta dan menerima pembiayaan daripada seorang pengusaha kuari bagi menghadiri kurusu antarabangsa di London. Pengusaha kuari itu memberikan sumbangan untuk membolehkan beliau berkursus di London.

Ikut laporan itu lagi, Ramasamy iaitu KM II turut hadir. Kerajaan turu membiayai perbelanjaan dua orang TKM itu. Yang anehnya, jika TKM II turut terlibat, kenapa DAP tidak ikut mendesak Ramasamy membuat kenyataan. Ramasamy masih jadi KM II, kerana DAP takut tembelang itu pecah. Maka didiamkan sahaja.

Walau pun menerima sumbangan itu tidak salah, SPRM mengingatkan agar kerajaan negeri, jabatan dan agensi kerajaan "mematuhi peraturan dan tatacara permintaan serta penerimaan daripada pihak luar." Apa komen Ketua Menteri yang selalu memperjuangkan ketelusan, amanah dan akauntabiliti.

Syukurlah Fairus sudah bersih dan telah "membuiktikan yang benar tetap benar dan yang batil tetap batil." PKR mungkin tertampar dengan karenahnya sendiri, dimalukan oleh puak-puak yang sedang melobi untuk menjadi wakil rakyat kerana dengan harapan kosongnya DUN Penanti, maka adalah peluang nanti. Itu pun sudah jelas, tapi apa strategi nak dilakukan oleh DSAI bagi mengembalikan kepercayaan pengundi Penanti nanti, yang tertikam oleh "keris sendiri."?

Ini mungkin menambahkan lagi kekusutan dengan PAS. PAS sudah tidak mahu calon PKR, tapi kalau DSAI sendiri bertanding, bagaimana? DSAI banyak duit, untuk Permatang Pauh ada berita telah dibelanjakan duit sendiri sebanyak RM 30 juta. Untuk kali ini mungkin lebih lagi kot, kalau menang "mungkin" boleh desak jadi Ketua Menteri. Nak ke Putrajaya, harapannya semakin tipis.

Apakah cukup untuk PKR mendesak? DAP tentu tidak bagi peluang, itu sudah jadi milik mereka. Syok jadi Ketua Menteri, banyak boleh dilakukan, orang banyak sayang. Tapi bila dah tak ada kuasa, mulalah "gila bayang" agaknya. Kondem itu dan kondem ini sehingga apa yang dibuat oleh orang lain, semuanya salah dan tidak betul. Mulalah korek itu dan korek ini, kerana semasanya sajalah yang terbaik.

Teringat lirik lagu TAn Sri SM Salim, apa dah jadi. Apa dah jadi, sampai sekarang tak kahwin lagi. Biarlah saya tambah, apa dah jadi, apa dah jadi, pengundi Penanti tertipu lagi. Tipah yang tertipu pun suka sekali................

No comments:

Post a Comment