Lelah Jebat balik dari pekan Bukit Selambau belum pun hilang balik. Tapi Jebat rasa ada benda yang perlu Jebat ceritakan di sini. Sambil minum petang dengan kawan kawan di pekan Bukit Selambau tadi, Jebat terfikir akan sesuatu yang Jebat rasa perlu dikongsi di sini.
Tadi semasa minum di satu warung di Pekan Bukit Selambau, Jebat dan rakan rakan duduk bersebelahan dengan meja satu golongan veteran yang berkopiah putih. Mungkin golongan veteran ini adalah jentera pilihanraya PAS kerana tidak jauh dari tempat Jebat minum itu terletaknya markaz PAS yang agak besar. Dengar ceritanya, Tuan Guru Nik Aziz akan berkempen di situ malam ini.
Jebat cuba memasang telinga tentang isi perbualan golongan veteran tadi dan rupanya benarlah jangkaan Jebat yang mereka adalah jentera pilihanraya PAS. Jebat cuba menilai akan rupa paras golongan veteran tersebut. Bukanlah Jebat hendak bersifat kurang ajar pada orang yang lebih berumur tapi dari pemerhatian Jebat penyokong penyokong dari parti ini agak kurang kemas penampilannya. Agak serabut dan kadang kala nampak selekeh walaupun bukan semua tapi rata rata begitulah. Mungkin kurang dari segi pendapatan yang menyebabkan keadaan jadi sedemikian rupa.
Mungkin keadaan kurang pendapatan ini yang menyebabkan golongan ini menyertai PAS untuk melahirkan jiwa yang memberontak. Mungkin mereka merasakan seharusnya kerajaan membantu mereka dari segi wang ringgit yang perlu disalur terus kepada mereka. Biarpun harapan dan keinginan mereka ini tidak ‘economical’ kepada negara tetapi itulah yang mereka mahukan. Sukalah Jebat katakana di sini, biarpun Jebat dah lama menyertai UMNO tetapi tidak pernah sekali pun UMNO atau kerajaan menyalurkan wang ringgit terus kepada Jebat tetapi Jebat masih berterima kasih kepada kerajaan dan UMNO kerana menyediakan Jebat satu negara yang aman dan makmur lengkap dengan segala kemudahan. Jebat tidak boleh mengharapkan lebih daripada itu untuk kerajaan membelanjakan wang yang ada untuk kepentingan Jebat semata mata. Jebat ada anak anak yang sedang membesar. Duit negara yang ada sekarang hendaklah juga disimpan dan dilaburkan untuk kepentingan anak anak Jebat yang akan mewarisi negara yang tercinta ini. Itulah harapan Jebat sebagai ayah dan rakyat Malaysia.
Semua rakyat Malaysia dan rakyat Bukit Selambau khasnya perlulah sedar di bahu kita semualah terletaknya suatu tanggungjawab yang besar untuk terus memastikan Malaysia berada di satu landasan yang betul seperti sekarang. Janganlah mengulangi kesilapan yang sama seperti di dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu kerana menghukum kerajaan kerana tuntutan jiwa kita yang memberontak. Sekarang kita lihatlah apa yang telah berlaku kepada negeri negeri dii bawah pimpinan pembangkang. Huru hara dan seperti tiada hala tuju. Kalaulah kita dapat pulangkan semula negeri negeri ini kepada kerajaan Barisan Nasional, Jebat rasa keadaan akan pulih seperti sediakala. Jebat rasa di dalam hati kecil rakyat Malaysia yang mengundi pembangkang pada pilihanraya umum ke 12 yang lalu terselitnya rasa kekesalan. Kalau tidak hendak mengaku sekarang pun mungkin masa hendak melelapkan mata kita akan mengaku akan kesilapan ini.
Ingatlah khasnya rakyat Bukit Selambau, kerajaan yang telah terbukti berjaya dan penuh pengalaman meneraju negara adalah kerajaan Barisan Nasional. Janganlah kita mengambil pendekatan ingin cuba cuba untuk menukar kerajaan hanya kerana rasa jiwa yang memberontak kerana pertaruhannya terlalu besar iaitu negara. Janganlah kerana terlalu marah kepada kerajaan kita sampai hendak menggadaikan negara ibarat kata pepatah ‘JANGANLAH MARAHKAN NYAMUK, KELAMBU HENDAK DIBAKAR’
The King and U
3 days ago
No comments:
Post a Comment