Sunday, April 19, 2009

LHO, apa dah jadi nie, tak ada kerja lain ke?

Tokai ingat kan bila selesai PRK tiga serangkai pada 7 April lalu, maka dapat suku sakat kita cari jalan bagaimana nak meneruskan kerja-kerja lain. Kita pakat-pakat berfikir bagaimana nak memakmurkan negara kerana masing-masing fikir dah lama sangat di landa demam pilihan raya. Nampaknya demam yang belum kebah ini terlalu dahsyat penangannya, malah mengalahkan chikunya. Kalau dijangkitinya, untuk pulih kembali sampai mengambil masa 3 atau empat bulan, tapi demam pilihan raya di Malaysia belum pun kebah, lebih setahun.

Lepas PRU tahun lepas, banyak telahan, cemuhan dan godaan berlaku. Namun godaan-godaan itu hanyalah mampu menakutkan sebahagian orang, tapi lebih ramai lagi yang tidak tergoda. Iman dan kecekalannya tetap kuat, maka tinggallah penggodanya tersengeh sendirian. Tanpa rasa malu, buat lagi kejutan walaupun hasrat untuk menjadi orang nombor satu negara semakin nanar, entah kali ini mungkin pakai cina buta tak tahulah.

Agaknya kerana takut mereka yang pernah tergoda merasakan kecewa, terlalu lama sangat berjanji tapi "buahnya tidak juga gugur", "burung terbang yang dijualkan itu, semakin meninggi", maka dipulaslah hati dan perasaan anak buahnya sendiri. Dengan meletakkan jerat atau umpan, maka anak buahnya tertekan. Bila tertekan, gelombang desakan dan asakan tidak mampu lagi dihadapi, tsunami pun berlakulah.

Sekian lama menanti, akhirnya penanti menjadi mangsa. Tapi, setelah canang dipalu, maka kedengaranlah gedombak lama, mengalihkan tumpuan orang di atas kegagalannya mencari pengganti Timbalan Ketua Menteri. Kerana semakin terdesak, tiupan serunai batang padi menjadi semakin sumbang sehingga karibnya sendiri mula meluat. Tok Guru pun cakap, buang masa, wang dan tenaga, asyik nak pilihan raya aje.

Biarlah dia sendiri bertanding, kalau menang pun tak mungkin boleh jadi Ketua Menteri. Guan Eng tentu tak akan kasi. Pulau Pinang bukannya banyak sangat kerusi dia, hanya boleh bilang dengan lidi penyapu. DAP lebih berkuasa, dan berkokoklah lagi. Lepas penanti, mungkinkah beliau akan mencadangkan seperti mana seorang teman rapatnya berkata, akan berlaku seperti Thailand bila mana tidak diadakan pilihan raya umum?

Kalau sebelum Perdana Menteri ke-6 mengangkat sumpah, suku sakatnya jaja pelbagai ubat untuk tidak memberikan peluang. Tapi akhirnya, Allah SWT memberikan kelapangan, Datuk Seri Najib tetap menjadi Perdana Menteri dan Seri Paduka Baginda Yang DiPerguan Agong berkenan. Bukan seperti dia, 16 September tak jadi, tapi berubah ke tarikh lain bulan Disember, ya angkat sumpah sebagai Wakil Rakyat bukannya Perdana Menteri. Maka banyaklah mencecer, lebih hebat lagi daripada kisah Tok Awang Merdeka yang berkeriau setiap petang di stesen Bas Kota Bahru dalam tahun-tahun 1970-an.

Ingat ke, lepas dua bukit dan satu batang, dapatlah menyemai beinh-benih padi yang lama tertangguh kerana ikut bersama memerhatikan gelagat mereka yang terlibat dalam pilihan raya. Tapi, rupa-rupanya padi tidak juga akan dapat disemai, tapi hati-hatilah bila berkunjung ke Penanti, nanti terkena charlie. Permatang Pauh dulu pun parutnya masih belum hilang.

Tidak ada yang menarik lagi, Penanti hanyalah sebuah perkampungan yang tidak banyak dilakukan pembangunan walaupun semasa DSAI berada dalam kerajaan. Ketika itu DSAI hanyalah banyak bercakap mengenai kawan-kawannya. Pergi ke sana pergi ke mari, tapi tidak sempat jengok laman perkampungannya sendiri. Tidak juga menyapu sampah yang gugur, dek kerana pokok-pokok yang semakin kurang berbuah, atau mengkuang layu yang tidak boleh dibuat tikar lagi. Tinggallah pekan Permatang Pauh sedemikian rupa hingga sekarang.

Sejak Tokai pernah ke Permatang Pauh pada tahun 1979, hanya yang berubah adanya susu keluar lebuh raya, perumahan tapi ekonomi Melayu di sana masih di takok lama. Dalam ekonomi yang rawan ini, seharusnya tidak diadakan lagi pilihan raya tanpa sebab yang kuat. Kalau sekadar ingin menguji pengaruh, baiklah anjurkan satu kejohanan lain seperti perlawanan heavyweight. Tak payah mencaturkan pengundi yang memangnya sudah merasai kesukaran untuk hidup, tertekan oleh kemelesetan global.

Kalau begitu, BN tak masuk pun tak ape. Biarlah PKR syok dengan caranya. Kalau semua pihak tidak peduli, BN tak rugi kerana kawasan itu telah dimiliki oleh PKR. Tokai harus gantikan singkatan PKR itu menjadi Pairus Kena Rotan kat bosnya yang terlalu kemaruk, demamnya masih belum kebah, jika diam sendi-sendinya akan sakit, dan tulang belakang bahkan boleh mereput..............

No comments:

Post a Comment