Thursday, April 23, 2009

RM 30 JUTA, UNTUK PERMATANG PAUH SAJA

Cerita yang Tokai dengar meremang bulu roma. Dalam akhbar the sun hari ini (23 April 2009) ada andaian bahawa kerajaan membelanjakan wang sebanyak RM 17 juta untuk polis sepanjang PRK Kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Untuk PRK Kuala Terengganu sebanyak RM 15.5 juta. Jika diambil kira empat PRK itu, polis dah belanja RM 32.5 juta. Lebih RM 2.5 juta dariapad yang dibelanjakan oleh DSAI untuk memenangkan dirinya sendiri dalam "pilihan raya kesian kat suami" pada tahun lalu.

Barangkali orang macam Tokai ini bolehlah hanya memasang mimpi untuk jadi wakil rakyat, tetapi keupayaan tidak ada. Kalau nak bandingkan calon Bebas cap kapal terbang kat Bukit Selambau pun Tokai rasa gerun. Oleh itu, Tokai terus gantungkan harapan hanyalah pada tiang tengah masjid untuk belajar lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Politik bagi Tokai hanyalah sebagai bahan untuk bersembang dan menajamkan pemikiran. Tidak berminat nak jadikannya sebagai profesyen kerana kalau mati hidup balik sebanyak lapan kali pun tak mampu nak cari duit sebanyak RM 30 juta. Memang hebat kempen ketika itu, tapi DSAI lebih hebat menghamburkan kata-kata dan Badrul Amin bermunajat semalaman di Masjid Bandar Baru Perda memohon agar dilaknat orang-orang tertentu.

Tokai tak minat nak berdoa agar orang lain dilaknat Allah SWT. Sebagai saudara seagama, Tokai lebih cenderung berdoa agar setiap daripada kita hidup dalam keimanan, aman, sejahtera dan negara tidak huru-hara.

RM 30 juta besar jumlahnya. Kalau polis belanja untuk menentukan PRK tidak dicemari oleh pergaduhan, "perang saudara atas nama parti", Tokai sangat faham. Itu adalah pengorbanan untuk negara. Tapi kalau DSAI belanja RM 30 juta untuk membolehkan dirinya terpilih jadi Wakil Rakyat, itu sudah melampau.

Bagi Tokai kalau ada RM 30 juta, baiklah duduk diam atau berkebun saja. Beli tanah seluas 500 ekar di kawasan pedalaman, dan usahakan penanaman. Sekurang-kurangnya lebih 50 orang dapat menyara keluarga bekerja di ladang itu, lebih memberikan makna dan membantu. Kalau berkempen yang hanya memakan masa sekitar dua minggu, lebih baik berikan sahaja kepada khairiah masjid binakan masjid. Boleh mereka turut doakan kita panjang umur, murah rezeki dan sejahtera. Ada juga berkatnya.

Dari mana DSAI dapat duit sebanyak itu? Apa perniagaannya? Apakah DSAI mempunyai lombong emas dan hasilnya dijual untuk membiayai kempen tersebut? Wallahuaklam, yang kita pasti, DSAI pernah mengkritik "politik wang." DSAI belanja sakan tu bukankah maknanya politik wang? Tabur sana dan tabur sini untuk orang menyokong dan berkejar meraih undi bukan "politik wang'?

Tokai hanya ada mampu belanja kawan-kawan minum teh tarik, tapi tidaklah setiap hari. Kalau seminggu sekali dan seramai 5 atau enam orang boleh. Setakat RM 30 sekali seminggu, tak jadi masalah. RM 30 juta, mampuih pun Tokai tak dapat.

No comments:

Post a Comment