Thursday, July 9, 2009

DON'T SHOOT THE MESSENGER

DON'T SHOOT THE MESSENGER -- From Random House Dictionary of Popular Proverbs and Sayings by Gregory Y. Titelman: "Don't shoot the messenger. Don't blame the person who brings bad news. This idea was expressed by Sophocles as farony and back as 442 B.C. and much later by Shakespeare in 'Henry IV, Part II' (1598) and in 'Anthony And Cleopatra' (1606-07) The word kill may be used as a substitute for 'shoot."

Related saying: "Don't shoot the piano-player; he's doing the best he can. Don't hurt innocent people. Originated in the United States in the Wild West, around 1860. During his 1883 tour of the United States, Oscar Wilde (1854-1900) saw this saying on a notice in a Leadville, Colorado, saloon. It is sometimes attributed to Mark Twain, but neither Wilde nor Twain has ever claimed authority.

Mungkin kita boleh mempelajari daripada kata-kata tersebut apabila kita menjengah kepada apa yang sedang berlaku dalam negara kita. Saya cuba menghubungkan makna ini dengan apa telah dan sedang dilakukan oleh Anwar Ibrahim untuk membolehkan dirinya tidak tertuduh dan disabitkan kesalahan meliwat bekas pegawai peribadinya, Saiful Bakhari.

Apabila Saiful Bakhari membuat dakwaan bahawa dia telah diliwat, maka pelbagai kutukan, herdikan dan caci maki diterimanya. Tentunya orang memaki hamun dan mencerca Saiful merupakan orang-orang yang paling mempercayai bahawa Anwar Ibrahim tidak tergamak melakukan perkara sedemikian.

Sesekali terasa kesian juga apabila Saiful dibelasah teruk sehingga tidak mampu mendongakkan muka. Dia bukan sahaja terasa malu oleh kerana membuat pendedahan itu, malah turut dimalukan sebagai orang yang benar-benar mencari masalah. Malah ada komen yang agak nakal dan kesal di atas perlakuan tersebut kerana "sama-sama seronok", tapi kenapa "nak gaduh."

Apabila ingin membuktikan kebenaran dakwaannya, beliau sanggup melakukan sumpah. Selepas bersumpah, bersaksikan pembantu imam Masjid Wilayah Persekutuan, Saiful dibelasah secara psikologi oleh ramai orang. Tanpa berhenti sehinggalah, ada pihak yang cuba menggunakan Ramlan Poringgi sebagai saksi untuk "mengesahkan sumpah" tersebut.

Ramlan turut dibawa ke kancah politik Permatang Pauh kerana ketika itu Anwar sedang menghadapi pertandingan, setelah berjaya "memaksa isterinya memberikan laluan" bagi merintis langkah menuju Putrajaya. Beliau berjaya dengan strategi tersebut sehingga menyebabkan bekas pembantu imam itu meninggalkan kerjayanya di Masjid Wilayah Persekutuan. Apakah yang digunakan untuk membawa Ramlan bagi melakukan pendedahan itu, saya tidak mengetahuinya secara jelas.

Tentunya ada yang terfikir bahawa Ramlan mungkin tidak sanggup menggadaikan kerjayanya setelah berkelana ke Kuala Lumpur mencari rezeki. Mesti ada tawaran tertentu sehingga menyebabkan beliau sanggup menghadapi tindakan tatatertib sebagai penjawat awam atau kemungkinan diberhentikan.

Selepas beberapa bulan, proses pengadilan nampaknya menjadi semakin sukar dan berbelit-belit. Jika dilihat daripada perilaku orang kena tuduh, tidak menampakkan rasa kesal sedikit pun kecualilah merungut. Dakwaan tersebut sebagai usaha untuk menjatuhkannya atau sekurang-kurangnya "satu lagi konspirasi untuk menghalang cita-cita menjadi Perdana Menteri."

Baru-baru ini saya terbaca rintihan Saiful melalui laman blognya. Beliau yakin akan menemui kebenaran walaupun cuba dihalang dengan pelbagai cara oleh banyak pihak, termasuk menggunakan laporan pemeriksaan klinikal terhadapnya.

Pendedahan laporan pemeriksaan seorang doktor dari PUSRAWI tidak menunjukkan bahawa beliau benar-benar membuat pemeriksaan rapi. Ia hanya lebih bersifat pertanyaan antara seorang pesakit dan tanda-tanda yang dihadapinya.

Doktor tidak membuat pemeriksaan secara lebih mendalam sehingga memeriksa "tempat kejadian" di mana dakwaan itu berlaku.Sebaliknya mengesyorkan supaya membuat pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur.

Saiful juga membuat pemeriksaan di HKL. Tetapi, doktor juga membuat pemeriksaan berdasarkan petanda klinikal dan bukannya "bedah siasat" sebagaimana dilakukan ke atas Michael Jackson bagi mengetahui punca kematiannya. Kemudian sebahagian laporan itu disebarkan, tidak ada bukti Saiful telah diliwati.

Persepsi masyarakat seakan-akan percaya bahawa Saiful sengaja mereka-rekakan cerita bagi menghalang bekas majikannya mengejar impian menjadi Perdana Menteri.
Di sini masih ada misteri. Masih belum dirungkaikan apakah benar-benar Saiful diperlakukan sedemikian oleh bekas majikannya? Atau, ia mungkin benar?

Tetapi, yang menjadi persoalannya kenapa Anwar begitu takut untuk memberikan sampel darahnya untuk dirungkaikan melalui ujian DNA? Jika tidak bersalah, pepatah Melayu yang pernah disanjung oleh Anwar sebagai "pendekar bekas lulusan Pengajian Melayu Universiti Malaya", takut kerana salah berani kerana benar tidak menjadi kenyataan.

Anwar mencari helah, dan helah itulah yang dijinjing ke sana ke mari seolah-olah sudah terkena dengan penangan minyak wangi "one drop."

Cara beliau menggunakan Mahkamah juga menyebakan ramai orang menyoal. Apakah belua mahu menggunakan mahkamah untuk mendapatkan keadilan atau hanya sekadar mencari ruang untuk menepis kes tersebut dengan menimbulkan permasalahan teknikal.

Kes pertama dahulu beliau telah berjaya menunjukkan kehebatannya dengan mempersoalkan perkara-perkara teknikal sehingga menenggelamkan dakwaan kes sebenar. Sama ada beliau melakukan perkara tersebut masih belum terjawab, tetapi bekas Ketua Polis Negara amat yakin ianya telah berlaku.

Jika tidak masakan Tun Hanif sanggup menerima herdikan dan menggugah kepercayaan Perdana Menteri terhadap Anwar Ibrahim yang disenangi dan bakal menjadi penggantinya. Kali pertama diberitahu, Tun Dr. Mahathir tidak percaya dan menyanggah dengan apa yang dibentangkan oleh Tun Hanif.

Tetapi berkat kesabaran Tun Hanif untuk menceritakan "kebenaran" tersebut, Tun Dr. Mahathir akhirnya yakin dengan perbuatan demikian walaupun dalam keadaan terpaksa.
Sekali lagi Anwar melakonkan watak "pembunuh messenger".

Orang yang membawa perkhabaran itu dihunjam dengan pelbagai tuduhan, sehingga beliau berupaya melabelkan Tun Dr. Mahathir dengan pelbagai gelaran. Masyarakat lebih mudah percaya dengan pelabelan yang diberikan kepada Tun Dr. Mahathir sehingga menyebabkan suasana politik negara semakin meruncing, berlaku demontrasi jalanan dan pekikan maki hamun kepada pemimpin-pemimpin.

Keadaan yang sama berlaku dalam pusingan kedua ini. Saiful (sebagai messenger) nampaknya sedang diburu dan diasak dengan pelbagai cara. Ada tuduhan dilemparkan bahawa Saiful sekarang sudah kaya raya kerana "telah dibayar" oleh orang-orang tertentu bagi membuat dakwaan sedemikian.

Walaupun dinafikan, nampaknya keadaan terbalik kerana orang yang menjadi mangsa semakin terhimpit manakala orang kena tuduh mencacak naik.Seakan sudah terbalik hukum sosial masyarakat. Dalam kehidupan biasa, kita akan lebih bersimpati kepada mereka yang menjadi mangsa.

Kita mungkin kalau tidak menghulurkan bantuan, sekurang-kurang menyimpan dalam hati "kesian dia." Tetapi, dalam hal ini, orang yang dianggap terbabit melakukan perkara terkutuk, disanjung sebagai wira yang perlu dipertahankan. Inilah mungkin bahana falsafah liberal yang sedang berkembang dalam pemikiran dan kehidupan moden ini.

Tokoh-tokoh agama sendiri pun semakin membisu, takut memberikan pandangan berdasarkan perspektif masing-masing bagi meyakinkan apa yang didakwa oleh Saiful. Sebaliknya ulamak politik menyokong keengganan Anwar untuk bersumpah kerana tidak diajar dan diminta berbuat demikian.

Perbuatan itu tidak wajar..lihat komen Nik Aziz dan Haji Hadi yang digunakan oleh kumpulan Anwar ketika menghadapi suasana ini.Tapi apa komen Tok-tok Guru apabila semakin lama dan berbelit proses perundangan yang diambil oleh Anwar.

Anwar menggunakan terlalu banyak selekuh bagi membolehkan ramai orang lupa. tetapi, saya percaya dengan keyakinan Saiful, berilah peluang untuk menyatakan kebenaran.

Tetapi, yang lebih penting berilah ketenangan kepada beliau dan jangan mengasaknya seolah-olah sedang diburu, seperti ungkapan "jangan dibunuh si pembawa khabar walaupun khabar itu bukanlah sesuatu yang menyenangkan."

Saiful, percayalah walaupun diperlakukan dengan pelbagai tekanan, kebenaran akan terserlah jua jika "benar-benar yakin dan tidak mudah putus asa, Allah akan sentiasa memberikan hambaNya ruang, asalkan niat dan keikhlasan itu benar-benar menjadi pedoman."

SAya doakan semoga anda berjaya.Saya doakan semoga anda benar-benar menemui kebenarannya nanti, tetapi janganlah anda berhenti di pertengahan jalan. Selamat berjuang.

No comments:

Post a Comment