Kampung Buah Pala, yang turut dikenali sebagai High Chapparal bukanlah istimewa sangat. Tidak ada air terjun ataupun dipenuhi dengan pokok buah pala yang menyebabkan Pulau Pinang masih menjadi sebutan sebagai buah tangan setiap pengunjungnya.
Mungkin boleh sedikit dibanggakan mengenai Kg. Buah Pala ini kerana ianya satu-satunya kampong yang tersepit oleh kedudukannya yang kiri kanannya terdiri daripada rumah kakitangan kastam (yang baru beberapa tahun siap), rumah teres dan berada di kawasan yang agak berbukit. Jika memasuki dari arah jalan menuju ke Bukit Gambir, beberapa metere selepas simpang masuk ke Taman Sardon, berhampiran flat polis empat tingkat, belok kiri akan diketemukan sebuah kandang lembu.
Jalan kecil itulah merupakan jalan masuk ke kampung tersebut, yang hanya mempunyai rumah sekitar lebih 30 buah. Tanah tersebut asalnya dijadikan kawasan penginapan buruh-buruh India yang pernah bekerja sebagai buruh ladang dengan Syarikat Hindia Timur. Estet tersebut dipunyai oleh Brown Estate yang banyak menanam koko dan kelapa di Pulau Pinang.
Pewaris estet tersebut, Helen Margaret Brown menempatkan mereka di atas sebidang tanah dengan sedikit kemudahan bagi menternak lembu, kambing dan bercucuk tanam. Setelah mencapai kemerdekaan, tanah-tanah tersebut menjadi hak milik kerajaan negeri dan peladang-peladang Inggeris meninggalkan Tanah Melayu. Namun, tanah tersebut menjadi semacam diamanahkan kepada penduduk untuk terus tinggal di situ.
Apabila kerajaan mengambil tanah untuk pembesaran komplek mahkamah berhampiran Padang Kota, turut melibatkan sebidang tanah milik Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Pulau Pinang. Sebagai ganti, kerajaan Pulau Pinang menukarkan tanah tersebut dengan sebidang tanah di Kg. Buah Pala dengan sedikit tambahan bayaran premium.
----Ada pendapat mengatakan nilai tanah di Kampong Buah Pala antara Julai 2004 hingga Ogos 2005 ialah RM 20 sekaki persegi dan kerajaan menjualnya dengan harga RM 6.42 juta kepada Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan. Ketua Menteri berkata, Kerajaan Negeri menjual tanah tersebut dengan harga RM 10 sekaki pada tahun 2007. (Mana satu yang betul, mungkin sama dengan helah Lim Guan Eng kot?Tak payah nak pecahkan kepala, biar dia seorang aje le!!!)----
Sebelum insiden penduduk menentang projek pembangunan Kg. Buah Pala itu, Tokai sebenarnya sering ke sana kerana salah sebuah keluarga yang menetap di situ ialah keluarga terdekat sebelah isteri. Beliau telah menetap di situ lebih 50 tahun dan semua lapan orang anaknya membesar di situ. Hampir semua anak-anaknya telah berkeluarga, dan beliau telah pun lebih 10 tahun pencen sebagai buruh Pelabuhan Pulau Pinang.
Lebih setahun lalu beliau telahpun berpindah ke sebuah rumah sewa di Bukit Jambul kerana bersetuju dengan tawaran yang dibuat oleh pihak pemaju dan pemilik baru tanah berkenaan. Perbelanjaan pemindahan dan sewa rumah dibayar oleh pihak pemaju, namun lain-lain tawaran yang diterima tidaklah menjadi minat Tokai untuk bertanya. Kali terakhir Tokai masuk ke perkampongan itu ialah selepas hari raya tahun lalu. Hanya yang masih kedapatan ialah kira-kira 20 keluarga India, termasuk pengusaha ternakan lembu dan kambing yang kandangnya terletak di permulaan jalan masuk.
Bila tuntutan penduduk yang masih tinggal di situ tidak berjaya, Tokai merenung kembali apa yang dipercakapkan oleh mereka. Teringat beberapa peristiwa yang berlaku sebelum pilihan raya 2008, di mana parti-parti pembangkang mengambil harapan penduduk untuk memperjuangkan agar mereka terus kekal di Kg. Buah Pala. Kampong Buah Pala termasuk dalam parlimen Bukit Gelugor yang dimenangi oleh DAP, iaitu pengerusinya, Karpal Singh.
Apabila penduduk membuat bantahan di mahkamah, Karpal Singh tidak pun memberikan apa-apa bantuan termasuk nasihat dari segi perundangan. Nampaknya Karpal Singh juga tidak berminat dengan nasib penduduk dan tidak mengindahkan tuntutan mereka, walhal sebelumnya beliau dilihat "amat kuat memperjuangkan masalah penduduk", "lantang menyuarakan kritikan dan membidas apa sahaja tindakan kerajaan."
Semasa kempen PRU lalu, penduduk mendakwa parti-parti pembangkang telah menabur janji untuk "mengembalikan Kg. Buah Pala kepada penduduk asalnya", yang diwariskan oleh keluarga Brown. Setelah penduduk menghadapi kesukaran, kalah dalam tuntutan di mahkamah dan berpihak kepada pemaju, parti-parti pembangkang yang memerintah Pulau Pinang dikatakan tidak berusaha memperjuangkan kepentingan penduduk.
Kerana marahkan sikap Lim Guan Eng dan ulasan ADUN Seri Delima, R.S.N Rayer, penduduk mendesak supaya Ketua Menteri itu meletakkan jawatan dan pulang ke Melaka. Lim Guan Eng terus membuat penjelasan yang berlawanan dengan harapan penduduk dan mempersoalkan prinsip parti yang berlandaskan CAT (cekap, amanah dan telus, atau clean, accountability and transparent).
Kata Lim Guan Eng, "Hindraf should pressure the Federal Government and Minister in the Prime Minister's Department (and former chief minister) Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon to correct their past mistakes by acquiring Kampung Buah Pala and returning the land to the people."
Beliau seterusnya menambah "It was Koh and BN that sold out Kampung Buah Pala at a cheap price of only RM 10 per sq ft in 2007 and without consulting the residents.Why has Hindraf lost the courage to oppose the real culprits?"(The Sun, July 2 2009)
Itulah helah Lim Guan Eng yang tidak mahu didengar oleh penduduk Kg. Buah Pala. Mereka menganggap Ketua Menteri hanyalah bermain politik dan bukannya benar-benar membela nasih penduduk.
Penduduk terus memberikan amaran, kenapa Hindraf dibabitkan dalam penyelesaian kes ini. Hindraf hanyalah menyuarakan keresahan penduduk tempatan dan mereka terus menyelar bahawa "kemenangan parti itu dalam pilihan raya lalu kerana mendapat sokongan daripada Hindraf." Ini jelas memperlihatkan bahawa DAP cuba melepaskan tanggungjawabnya dengan menyalahkan orang lain.
DAP tidak mengabulkan janji-janjinya untuk membantu menyelesaikan masalah penduduk dan atas kegagalan tersebut mengkambinghitamkan orang lain. Bekas Ketua Menteri dipersalahkan, tetapi penduduk tempatan tidak menerimanya sebagai alasan. Dengan menyerang "kesalahan Koh Tsu Koon", DAP tidak juga dapat meredakan kemarahan penduduk.
Lim Guan Eng semacam buntu dan pecah kepala apabila bertemu dengan ruas, iaitu penduduk Kg. Buah Pala. Penduduk terus mengugut bahawa jika tiada penyelesaian, bantahan akan menjadi lebih keras dan mungkin menyeret kepada insiden kaum.
Telah ada tuduhan, kenapa Kerajaan negeri terlalu berpihak kepada pemilik tanah itu? Pemilik tanah (koperasi pegawai kerajaan Pulau Pinang) adalah Melayu dan Ketua Menteri adalah Cina. Prof. Ramasamy yang dianggap mewakili masyarakat India pun tidak mampu dan terpaksa tunduk dengan sikap Lim Guan Eng.
Sikap Ramasamy yang lebih ramah dan berpihak kepada pemaju juga jelas apabila berkata "the residents to be patient and give the state another month to try to seek an amicable solution to the controversy."(The Sun, July 2 2009)
Sikap dolak dalih DAP memanglah diketahui ramai. Pernah suatu ketika dahulu apabila membawa isu seorang wanita dirakamkan gambar kencing adalah"Cina", tetapi bila dibuktikan bukan berketurunan "Cina" diam membisu.
Semasa Jambatan Pulau Pinang nak dibina awal tahun 1980-an, bapanya menuduh pembinaan tersebut adalah tidak perlu kerana membazir. Tetapi, bila mentadbir Pulau Pinang, anaknya pula membuat gesaan bahawa Jambatan Pulau Pinang kedua perlu diteruskan kerana memberikan lonjakan ekonomi kepada Pulau Pinang.
Dulu tentang, kini mendesak kenapa? Ada kepentingan dan boleh menggunakan projek itu sebagai modal politik dalam kempen-kempennya nanti. Mungkin akan dibuat kenyataan umum bahawa "BN kalah, menangguhkan projek pembinaan Jambatan Kedua. Tapi, DAP Desak, kerajaan pusat meneruskannya".
Kini timbul pula dakwaan "kos meningkat kerana mengikut jalan jauh." Lim Guan Eng tidak pun membuat sebarang ulasan kerana takut akan disergah oleh Anwar. Kalau Anwar ikut terseret dengan sikap penyokongnya, tentu akan menarik diri dari pakatan.
DAP tidak mungkin menang dalam pilihan raya akan datang dan jadi tauke di Pulau Pinang. Kini sudah menunjukkan keretakan antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat apabila memecat seorang Ahli MPSP dari parti tersebut.
Lim Guan Eng makin pecah kepala. Itulah. bila tidak mempunyai kuasa lebih mudah membuat kritikan dan menyalahkan orang lain. Bila berada di tempat tersebut, tahulah setiap hari kena pecahkan kepala untuk mewajarkan setiap tindakan, keputusan dan tidak kurangnya mencari helah agar "rakyat tidak menuduh pemimpin menipu."
TERBARU -dilaporkan oleh Berita Harian online, 3 Julai 2009
Ketua Menteri bukan tidak mahu menemui penduduk Kg. Buah Pala, tetapi mahukan dua timbalan Ketua Menteri (PKR - Dr, Mansor Othman dan DAP, Prof. Ramasamy) menyelesaikannya.
HELAH lagi..............mungkin sudah kecut perut bila ada yang tidak mempercayai keupayaannya menyelesaikan masalah.
Lebih baik ucapkanlah Hi,Hi, Bye,Bye kerana hangpa dah tak berkenan, cek balik ke Melaka lah!!!!!!!!!!!!!!!!!!! boleh makan buah melaka dan bergumbira di semabok.
Pecah kepala lagi............

No comments:
Post a Comment