Semasa menasihat pengundi-pengundi Manek Urai yang berada di Kuala Lumpur malam tadi (5 Julai 2009) di Hotel Vistana, Nik Aziz merayu agar mereka kembali untuk mengundi pada 13 Julai nanti bagi mempastikan kemenangan calon PAS.
Dalam pertemuan tersebut Nik Aziz berkata, "Bumi yang kita duduk ini, Tuhan buat. Udara yang kita bernyawa (dengannya) yang ada sukatan tertentu, ada oksigen, Tuhan buat..Sayur-sayuran yang kita tanam, kita makan, pun Tuhan buat. Semua yang manusia berkehendak, Tuhan buat belaka.Islam bukan datang daripada PAS. Islam datang daripada Allah Taala." (Malaysiakini, 6 Julai 2009).
Syukur Nik Aziz sedar akan kebenaran dan tidak menafikan bahawa segala yang ada di muka bumi ini adalah ciptaan Allah SWT. Pengakuan jujurnya terhadap "Islam bukan datang daripada PAS" boleh memberikan kita sedikit kelegaan, bahawa Tok Guru menerima hakikat bahawa dengan menolak parti PAS tidak menjadi kesalahan atau pun dosa besar.
Terima kasih Tok Guru kerana melalui kenyataan tersebut amat terang lagi bersuluh dan lengkaplah keyakinan saya selama ini momokan bahawa mengundi PAS masuk syurga adalah pembohongan politik yang paling besar pernah berlaku dalam sejarah Malaysia. Maknanya, Islam itu bukan hak eksklusif PAS.
Tanpa mengundi PAS pun seseorang ada harapan untuk menjadi penghuni syurga kerana syurga itu milik semua muslimin yang tidak melupakan tanggunjawab kepada Allah SWT dan sesama manusia. Dosa dan pahala ditentukan berdasarkan apa yang dilakukan oleh setiap orang bukannya berdasarkan perbezaan fahaman politik.
Seperti dijanjikan oleh Allah SWT kepada Nabi Adam As dan keturunannya, "Barang siapa yang mengerjakan amal saleh, baik lelaki maupun perempuan dalam keadaan beriman maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan" Surah An-Nahl: 97.
Sepanjang beberapa hari lalu, saya membaca sebuah buku tulisan ulamak terkenal yang menjadi murid Ibnu Taimiyah, iaitu Ibnu Al-Qayyim atau juga dikenali Abnu Qayyim Al-Jauziyah setebal lebih 700 halaman, iaitu edisi terjemahan berbahasa Indonesia, Kunci syurga: Mencari Kebahagian Dengan Ilmu, terbitan Tiga Serangkai, Solo, Indonesia tidak pun menyebut bahawa "mengundi PAS akan dijamin masuk syurga" dan benarlah seperti kata Tok Guru, Islam bukan datang daripada PAS. Islam itu diturunkan oleh Allah SWT melalui perantaraan Nabi Muhamad SAW untuk memberikan petunjuk kepada manusia sebuah kehidupan bermasyarakat dan mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Jadi, dengan tidak mengundi PAS tidak bermakna seseorang itu tidak Islam. Menyokong UMNO tidak bererti "menolak Islam" kerana Islam bukanlah didaftarkan sebagai hak eksklusif PAS. Islam milik semua manusia yang cintakan kedamaian dan percaya kehidupan di dunia mereupakan jambatan ke akhirat.
You are 1st Class nonsense. Cuba tulis sebagai orang yang berilmu ehsan bukan ilmu menterdara. We must have Islam Iman and Ehsan without which we will choose leaders who we think can protect us but they cannot see Iraq , Shah of Iran and several others.
ReplyDeleteSaya tak faham apa maksud ilmu ehsan. Saya mengamati pesan AlJauzy yang memberikan huraian kelebihan terhadap ilmu sebanyak 159 kelebihan. Boleh tuan bacakan buku tersebut dengan ehsan dan fikiran terbuka dan bukannya tertutup atau taksub. Dalam bukunya yang lain, AlJauzy menyebut "..alam semesta ini sarat dengan kerendahdirian dan pengakuan akan kekurangan dan kelemahanan makhluk di hadapan Khaliq-Nya. Saya menggolongkan ulamak dan ahli zuhud yang beramal ke dalam dua golongan. Di dalam barisan ulamak ada imam Malik, Sufyan ats-Sauri,Abu Hanifah,Syafii dan Ahmad. Saya mengisi barisan ibadah dengan nama-nama Malik bin Dinar, Rabiah al-Adawiyah, Ma'ruf al-Karkhi dan Bisyar al-Hafi. Ketika ahli ibadah tenggelam dalam ritualnya, lingkungannya akan mengecam bahawa ibadah itu hanya berguna bagi diri mereka sendiri.......Para ulama beranggapan, tujuan ilmu ialah untuk diamalkan. Mereka tahu bahawa ilmu adalah alat. Oleh kerana itu, mereka selalu belajar dan mengakui segala kekurangan dan kealpaan mereka. Mereka sampai kepada pengakuan bahawa diri mereka amatlah rendah dan hina di hadapan Khaliq. Pada akhirnya, mereka memperoleh hakikat sebagai buah pengakuan mereka itu. Itulah yang dimaksud dengan taklif." (Rujuk Imam Ibnu AlJauziy, Shaidul Khatir (Cara Manusia Cerdas Menang Dalam Hidup),Jakarta: Maghfirah Pustaka, cetakan ketiga 2007, halaman 62-63)
ReplyDeleteTak tahulah saya, setakat yang saya kenal dan mendengar ceramah-ceramah ulamak PAS belum saya temui pengakuan sedemikian. Saya tidak pernah mendengar Tok Guru mengakui kelemahan dirinya sebagai makhluk Allah, sebaliknya menyifatkan orang lain yang tidak sehaluan itu yang salah dan dipersalahkan. Wajib kita membetulkan diri kita sendiri sebelum kita cuba membetulkan diri orang lain. Atas kepercayaan dan ilmu ehsan itulah saya menulis, bukannya menterdara seperti yang tuan katakan. Terima kasih atas teguran itu, semoga tuan tidak menjadi lebih teruk daripada saya.