Wednesday, July 1, 2009

HUSAM JADI KAYA, ORANG MISKIN BERISTIREHAT DI KELANTAN

Tokai tabik dengan idea Datuk Husam Musa yang tersiar di laman web rasminya menggunakan slogan yang aneh dan penuh kekejaman psikik. Bunyinya: “KE ARAH MALAYSIA SEJAHTERA, Jadikanlah Negeri Kami Negeri Beragama, Tempat Istirehat Orang-Orang Miskin Dan Memerlukan”.
Itukah perangai Husam Musa? Husam telah banyak membolot kekayaan melalui pelbagai proksi. Husam turut menguasai beberapa penerbitan akhbar nyamuk yang membawa idealisme erdogan dan banyak digunakan sepanjang membelasah kepimpinan ulamak yang berhasrat merintis jalan perundingan kerajaan perpaduan.
Benarlah bagai dikata, Husam lebih suka ramai rakyat yang tinggal di Kelantan miskin. Sebaliknya di atas kemiskinan rakyat Kelantan itu Husam akan membina puncak kekayaan. Orang miskin akan terus dieksploitasi dan bukannya dibantu untuk mengubah kedudukan sosio-ekonominya.
Kata pepatah, mengaut keuntungan di atas penderitaan orang lain. Membina kekayaan di atas kesusahan orang ramai. Apa ke jadahnya ni? Kata berjuang atas nama Islam, itu namanya berjuang atas landasan yang lebih teruk daripada kafir harbi.
Bijak betul teori ekonomi yang disanjung oleh Husam. Maklumlah dia belajar ekonomi, maka tahulah dia untuk berpegang kepada teori yang pernah dikecam oleh Pak Ungku Aziz semasa menilai punca kemiskinan orang Melayu dalam tahun-tahun 1960-an dahulu.
Husam mungkin mendapat idea bernas itu setelah membuka kembali buku-buku ekonomi klasik, tetapi beliau lupa kepada teori ekonomi kapitalis yang berasaskan pendapat Adam Smith, the wealth of the nation. Adam Smith tidak pernah menghuraikan bagaimana untuk terus memiskinkan sebahagian rakyat, yang dijelaskan ialah bagaimana untuk memakmurkan sesuatu negara berdasarkan prinsip usaha bebas.
Husam berpegang kepada falsafah yang lebih teruk daripada teori ekonomi yang berpaksikan pendapat Karl Marx melalui Das Kapital. Karl Marx berusaha merungkaikan struktur masyarakat berteraskan perjuangan tanpa kelas, tetapi Husam memperjuangkan kehidupan penuh dengan kemelaratan.
Kelas gitu!!! Mungkin Husam nak jadikan rakyat yang miskin itu sebagai senjata agar dia sendiri tidak boleh dilumatkan dengan terjahan tekanan setelah kecundang dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden.
Dia nak cover balik, apa dia buat dan apa dia belanja sepanjang kempen tersebut. Dia juga nak cover bila Nik Abduh kata orang-orang yang berdekatan dan berada di sekeliling ayahandanya, salah memberi nasihat dan cuba menikam dari belakang.
Dahsyat punya kerja, lebih hebat dari cerita wayang lakonan Jacky Chan, kisah pendatang haram dari China membina kelompok dan kekayaan di sebuah daerah di Jepun.
Bolehlah kita minta Husam Musa gantungkan diri di pokok tauge saja, eh kacang cambah la. Eloklah beliau bawa buku-buku klasik teori ekonomi banyak-banyak dan bawa pergi bertapa dekat Gunung Reng, mungkin di situ dia mampu mencari idea terbaik membangunkan falsafah ekonomi untuk mensejahterakan Malaysia yang terbaik, bukannya terus membiarkan orang miskin hidup dan mati dalam putaran ganas kemiskinan.

1 comment: