Saturday, August 15, 2009

pengkhianat mengundang tragedi dalam sejarah

Berdasarkan peristiwa sejarah, kebangkitan sesebuah peradaban bergantung penuh kepada keupayaan kepimpinan sesebuah komuniti menentukan arah masa depannya. Sejarah juga memberikan kita pengjaran yang besar, setelah sesebuah komuniti atau bangsa itu berada di puncaknya, maka lahir pula satu golongan yang menentang pihak berkuasa demi untuk menempatkan dirinya di puncak kuasa.

Itulah resam hidup manusia. Apabila sesuatu organisasi hendak ditubuh atau dimulakan, pemimpin cuba mendapat sokongan menghadapi banyak halangan psikologi. Mereka yang tidak bersetuju tidak yakin bahawa sesebuah organisasi yang bakal diwujudkan akan dapat memberikan faedah kepada mereka, tetapi apabila ianya mula menunjukkan kejayaan orang akan melihatnya sebagai peluang.

Sewaktu Melaka baru dirintis oleh Parameswara, ramai yang tidak ketahui bahawa putera raja dari Pelambang itu kurang mendapat perhatian masyarakat tempatan. Apabila Parameswara semakin terserlah kepimpinannya, penduduk asal mula menghargainya usaha yang dirintis oleh putera dari Pelembang itu. Melaka menjadi maju dan termasyur sehingga disifatkan sebagai sebuah pelabuhan yang terpenting di nusantara sehingga dapat pengiktirafan daripada kuasa besar China semasa Sultan Mansur Shah.

Pada era kemasyhuran itulah timbulnya golongan yang merasakan peluang perlu dicari bagi menempatkan diri dalam struktur kuasa. Ketika itu muncul beberapa tokoh oportunis yang merasakan inilah peluang terbaik bagi menentang pihak berkuasa. Ini ditambah lagi dengan bantuan pihak luar yang juga menampakkan penguasaan tersebut bakal memberikan keuntungan besar dan memenuhi tujuan. Kita kenal siapakah yang pernah menjadi talibarut sewaktu Portugis menyerang Melaka, dan dalam perspektif sejarah Melayu, mereka itu adalah pengkhianat.

Maka dalam sejarah Malaysia moden, ketika negara sedang menyusun langkah untuk meneruskan kesinambungan peradaban baru bagi menuju ke destinasi 2020, muncul pula sepasukan pengkhianat yang cuba mempersoal dan menggagalkan hasrat tersebut. Semasa Malaysia moden dibentuk, para pemimpin antara kaum bersetuju dengan penuh tekad untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, maju dan makmur dengan menerima bersama corak dan kepimpinan tradisi melalui manifesto perikatan.

Manifesto Perikatan akhirnya telah menjadi asas kontrak sosial di Malaysia dan dijadikan asas Perlembagaan. Persetujuan terhadap perkara-perkara asas itu turut melahirkan 7 Wasiat Raja-Raja Melayu yang ditandatangani pada 5 Ogos 1957, menandakan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat dan berkerajaan sendiri.

Kemunculan pengkhianat dalam sejarah Malaysia moden telah menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil langkah membendung penularan inisiatif penentangan. Kemunculan puak-puak berkepentingan dengan ideologi yang berlawanan dengan pilihan asal berkerajaan, ia turut diistilah sebagai pengkhianat. Ini kerana gerakan yang baru muncul itu tidak disahkan dari segi undang-undang yang ada dan tindak tanduknya lebih berbentuk anarkisme.

Anarkisme merujuk kepada usaha untuk menukarkan kepada sistem yang digunapakai dan diterima umum. Usaha penukaran sistem itu termasuk sistem kepercayaan, statusquo kuasa dan sistem pemerintahan menyebabkan golongan yang menentang itu akan menggunakan apa cara sekali pun bagi mencapai hasrat. Antara tindakan yang dilakukan ialah menyerang secara terbuka, menggunakan kekerasan, menghakis keyakinan umum terhadap elit kuasa, menyerang hendap dan melancarkan kontra propaganda .

Antara pengkhianat yang telah muncul dalam sejarah Malaysia ialah Parti Komunis Malaysia yang turut melancarkan gerakan bersenjata bagi membentuk sebuah negara Republik Komunis Malaya dengan menghapuskan setiap sistem kuasa warisan tradisi dan diterima umum. Walau bagaimanapun, melalui pelbagai strategi dan kekuatan pemikiran elit politik yang berkuasa, Malaysia berjaya menghapuskan gerakan komunisme secara perundingan. Walaupun menggunakan kekuatan tentera, tetapi penggunaannya hanyalah sekadar mempertahankan negara dari terus diserang dan bukannya secara agresif sepertimana dilakukan oleh Amerika Syarikat ke atas Vietnam, bagi menghapuskan komunisme dan bertindak berdasarkan ketakutan melampau mengenai teori domino.

Namun akhir-akhir ada usaha dilakukan untuk mengangkatkan kembali komunisme sebagai nasionalis dengan menukarkan perspektif sejarah ikut sama memperjuangkan tanah air. Golongan yang memperjuangkan langkah kiri ini tetap dianggap pengkhianat kerana cuba mengembalikan luka masyarakat dan menoreh kembali trauma psikologi masyarakat. Setelah gagal dengan tindakan tersebut, kumpulan yang semakin terdesak dan mahukan kuasa politik, menggunakan kaedah lain bagi mengalihkan pandangan dan sokongan masyarakat.

Dengan menggerakkan usaha mempengaruhi masyarakat melalui kegiatan merusuh di di jalan-jalan raya atas nama demokrasi dan hak asasi manusia, kumpulan ini semakin ghairah menunjukkan sikap anarkismenya. Lantaran itu, tepatlah apa yang disifatkan oleh ramai bahawa penganjur aktiviti tersebut adalah pengkhianat terbesar orang Melayu.

Dia menggunakan orang Melayu bagi menentang orang Melayu sendiri malah sanggup menuduh bahawa usaha untuk mengembalikan maruah dan kepentingan Melayu sebagai sesuatu yang bercanggah dengan prinsip sama rata dan sama rasa. Ia mengambil pendekatan yang lebih berbentuk sosial ciptaan Karl Marx, yang pada masa aktifnya tidak mempercayai kewujudan Tuhan, kerana Tuhan adalah candu kehidupan. Pemimpin tersebut dengan bangganya merumuskan perjuangannya ialah sosialisme Islam.

No comments:

Post a Comment