Tuesday, October 6, 2009

BADRUL AMIN MASUK KAMPONG, JUAL KANGKONG LAYU

Nampaknya pakatan pembangkang semakin habis akal untuk menghentam UMNO sehingga sanggup menganjurkan hasrat memutuskan hubungan saudara dengan sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan UMNO dan polis. Dr. Badrul Amin, bekas profesor Universiti Islam Antarabangsa nampaknya semacam hilang akal bila meminta semua pihak yang mendengar ceramahnya, termasuk isterinya sendiri jika ada yang berkeluargakan orang UMNO dan polis segera memutuskan persaudaraan.

Ertinya kalau suaminya seorang penyokong, simpati dan ahli UMNO, isteri perlu memutuskan hubungan kekeluargaan. Jika mengambil maksud seruan tersebut, siisteri perlu mengemukakan tuntutan cerai. Kalau perlu, hidup menjanda menjadi masalah , siisteri itu boleh memilih jejaka sasau PKR untuk dijadikan teman hidup. Inilah yang mungkin diinginkan oleh Dr. Badrul Amin, ingin melihat institusi kekeluargaan di Malaysia runtuh dan rabak sebagaimana pernah berlaku di Kelantan dan Terengganu pada tahun 1980-an kesan seruan jihad PAS, yang mengkafrkan orang UMNO.

Sepatutnya, Dr. Badrul Amin buat ceramah di pintu keluar negara lagi baik. Duduklah berceramah di tebing Sungai Golok menyeru orang ramai dan jantan gatal yang hendak mencari keseronokan di Thailand supaya berganjak hasrat, tidak berminat ke arah itu. Jihad itu lebih besar pahalanya berbanding dosa menyuruh orang berbalah dan memutuskan hubungan saudara alias silaturrahim.

Dr. Badrul Amin turut menyerang penduduk Sirusa dan lebai telur suku masak, tanpa memikirkan memutuskan silaturrahim adalah dosa besar di sisi Islam. Islam sebagai agama persaudaraan memasukkan kesalahan memutuskan silaturrahim sebagai penyakit masyarakat yang amat dibenci oleh Allah SWT. Tak tahulah apa niat sebenar hasad dengki pemegang doktor falsafah yang mahir mengenai undang-undang keluarga Islam, dan menjadi terkenal dalam program keislaman di kaca tv suatu ketika dahulu sudah lupa dengan pegangan asal kenapa Allah SWT amat keras melarang perpecahan dalam masyarakat.

Jelaslah seruan Dr. Amin ingin melihat keruntuhan keluarga, persaudauran yang koyak rabak kerana berbeza fahaman politik. Struktur masyarakat yang dicanangkan oleh penyokong totok Anwar Ibrahim itu sebenarnya tidak menampakkan peradaban salam yang dijadikan matlamat Islam. Untuk apa setiap kali kita bertemu, kita memberikan salam. Tidakkah salam itu sebagai pemberi ingatan dan pembawa kesejahteraan sesama Islam? Maknanya, kerana keinginan politiknya tinggi, Dr. Badrul Amin lupa hakikat dan natijah peradaban salam.

Saya kira, Dr. Badrul Amin perlu membaca dengan cermat buku The Power of Al-Fatihah atau pun buku karangan penulis yang sama, Kedahsyatan Al-Fatihah, agar beliau tidak lagi membuat pandangan melulu menggalakkan sesama Islam memutuskan silaturrahim oleh kerana perbezaan politik.

Jika dia mengampu habis idolanya, kerana caranya berceramah pun hampir sama, saya tidak mahu campur kerana itu adalah haknya. Saya tidak berhak, tetapi, kalau menyeru sesama Islam meruntuhkan hubungan saudara, merobekkan institusi keluarga atas perbezaan politik, saya akan terus mempersoalkannya, walaupun imejnya dilihat berilmu dan warak sekalipun .

Jika bertopengkan ilmu, ketayap putih ia bukan bererti seorang ulamak yang betul. Itu adalah ulamak yang hidupnya menegakkan benda-benda yang salah, tidak ubah seperti tikus membaiki labu, atau ulamak burung belatuk, semakin kuat kokokannya maka semakin syok sendiri dan membuat kesimpulan, "orang kampung keluar berduyun-duyun mendengar ceramah" sudah timbul keinsafan, ceramah tersebut mampu megalih angin sepoi-sepoi bahasa menjadi ribut atau taufan dan tsunami politik di Bagan Pinang.

Sebenarnya Dr. Badrul Amin masuk kampong tidak ubah seperti penjual kangkung yang sudah layu apabila menganjurkan pemutusan persaudaraan kerana kelainan politik. Mungkin caranya hampir sama dengan kegiatan segelintir pendatang tanpa izin di pasar borong Selayang, mengutip sayura-sayuran yang dibuang, kemudiannya dijual kembali. Dr.Badrul mengutip kembali apa yang pernah dilakukan oleh PAS suatu ketika dahulu di Kelantan dan Terengganu, kemudiannya menjajanya kembali di Bagan Pinang setelah pemimpin PAS menganggap itu adalah cerita lama.

No comments:

Post a Comment