CHURNALISM: ARAH KEWARTAWANAN YANG NANAR DAN ONAR
Kewartawanan selalunya dikaitkan dengan pemberitaan mengenai sesuatu perkara yang benar-benar terjadi dan dilaporkan berdasarkan fakta yang tepat, sudut pandangan yang adil, semasa dan beretika. Etika wartawan yang paling penting ialah mengenali sumber yang akan digunakan di samping berada di lokasi di mana sesuatu peristwa itu berlaku. Asas tradisis tersebut telah dipergeserkan dengan tuntutan perkembangan komunikasi dan teknologi apabila community journalism semakin galak serta tidak lagi mengendahkan kelibat organisasi untuk menerbitkan sebarang tulisan.
Disebalik perkembangan teknologi yang menyebabkan media besar terpaksa menyesuaikan diri jika mahu terus berkembang dan mendapat tempat di hati pembaca. Seboleh-bolehnya pihak yang terlibat dalam community journalism ingin memberikan laporan pada masa sebenar sesuatu peristiwa itu berlaku, dan kerana itu mereka sanggup menggunakan pelbagai kaedah bagi membolehkan laporan mereka mendapat perhatian. Walaupun adakalanya laporan yang dibuat hanyalah berdasarkan pendapat peribadi, ia masih mempunyai pengaruh yang kuat kepada pembaca yang lebih memilih dengan apa yang mereka inginkan.
Atas sebab ingin cepat, walaupun tidaklah merupakan orang pertama di lokasi, kedudukannya terlalu jauh dengan sumber maklumat utama, seseorang masih boleh memberikan komitmen membuat sesuatu laporan berhubung dengan peristiwa tersebut. Ia akan membuat laporan berdasarkan sudut pandangan dirinya sendiri tanpa mengambil kira perasaan dan emosi mereka yang menghadapi peristiwa yang dilaporkan itu, Inilah aspek kewartwanan yang menjadi salah satu ciri utama bentuk pelaporan yang dikenali sebagai churnalism.
Berdasarkan istilah itulah Nick Davies, seorang wartawan berpengalaman menulis buku Flat Earth News cuba membongkar kisah-kisah pembohongan, putar belit dan propaganda melalui media global. Faktor-faktor yang menukarkan etika kewartawan sebenar kepada churnalism ialah seseorang wartawan itu tidak mempunyai amalan asas yang mencukupi, mencari berita dan maklumat sendiri, dikejarkan oleh faktor masa dan desakan komersial telah membawa kepada kurangnya usaha melakukan pengesahan sumber maklumat tanpa rasa takut.
Kekurangan pengalaman dan amalan asas kewartawanan menyebabkan seseorang wartawan yang dihantar membuat laporan terlalu cetek dan mempunyai generalisasi yang tergesa-gesa. Ini seterusnya menyebabkan pemberitaan yang dilaporkan bukan sahaja tersalah cakupan malah menjauhi maksud sebenarnya dan mudah diputarbelitkan. Inilah yang berlaku dalam kebanyakan akhbar-akhbar perdana di Britain dan tidak terkecuali Amerika Syarikat.
Menurut Nick Davies, kurang menyemak maklumat kerana banyak bergantung kepada maklumat yang disalurkan melalui firma perhubungan awam ataupun agen perhubungan yang dilantik. Media yang banyak bergantung kepada maklumat daripada agen perhubungan awam itu akan mengeluarkan apa yang diberikan kerana beranggapan ia adalh dari sumber rasmi dan berwibawa mengenai sesuatu perkara.
Walhal kebanjiran penggunaan agen perhubungan awam ialah untuk melakukan usaha membentuk imej dan mengekalkan imej sesebuah organisasi sehingga sektor perhubungan menjadi lebih cepat berkembang berbanding media itu sendiri. Sektor media semakin mengalami penguncupan tenaga pekerja manakala sektor perhubungan awam semakin meningkat dan tidaklah menjadi sesuatu yang aneh apabila AlRies, seorang tokoh strategi pemasaran mengatakan era teknologi komunikasi telah menyebabkan berlakunya kejatuhan dunia periklanan dan melonjaknya bidang perhubungan awam. Bukunya yang terkenal ialah The Fall of Advertising and The Rise of PR.
Berdasarkan analisis Nick Davies, yang mula berkecimpung dalam bidang kewartawanan sejak tahun 1974 dan pada tahun 1979 bekerja dengan Guardian, semakin sehari semakin gagal untuk mengatakan kebenaran. Menurut Nick ini disebabkan “ The unavoidable reality of journalism is that all of our work is tethered by a deadline and we can never be free to roam as far we want in search of the evidence we need. On the best of days, everything we write is compromised by error. And, of course, I knew, too, that from time to time there was some seriously dodgy behavior going on behind the headlines.” (ms. 2).
Menariknya buku setebal hampir 400 halaman ini kerana ia cuba memberikan gambaran bagaimana akhbar-akhbar utama Britain telah melakukan pembohongan sehingga menimbulkan kepanikan masyarakat di seluruh dunia. Ini kerana apa yang ditulis oleh media utama Britain turut dimuatkan oleh lain-lain akhbar utama di hampir semua negara membangun, termasuk Malaysia. Ia mungkin disiarkan sepenuhnya rencana asal tersebut ataupun ditulis kembali dalam bentuk sususan wartawan tempatan tetapi berdasarkan sumber yang tidak pernah disemak kebenaran faktanya.
Inilah satu lagi bentuk churnalism sebagaimana disifatkan oleh Nick Davies, “Journalism without checking is like human body without an immune system. If the primary purpose of journalism is to tell the truth, then it follows that the primary function of journalists must be to check and to reject whatever is not true. But something has changed, and that essential immune system has started to collapse. In a strange, alarming and generally unnoticed development, journalist are pumping out stories without checking them –stories which then cicrce the planet….the global mass media are not merely prone to accessional error but are constutionally and constantly vulnerable to being infected with falsehood, distortion and propaganda.”(ms. 52)
Berdasarkan beberapa kajian yang telah dibuat oleh Universiti Cardiff, Nick menjelaskan bahawa dalam masa dua minggu sejumlah 2,207 berita domestik telah dianalisis dari empat buah akhbar utama, iaitu the Times, Guardian, Independence dan Daily Telegraph. Hasilnya ialah 60 peratus berita tersebut berdasarkan gabungan antara “wire copy” dan bahan-bahan perhubungan awam, 20 peratus jelas bersumberkan “wire copy”, manakala 8 peratus tidak dapat diketahui sumber asal maklumat dengan jelas dan 12 peratus selebihnya merupakan bahan-bahan yang dijanakan oleh wartawan itu sendiri.
'
Kerana itulah adakalanya berita-berita yang disiarkan seringkali menggunakan tajuk berita yang mengelirukan, “by staff reporter who had rewritten the agency copy. The denial ofr PR input is at least as thorough: PR professional generally aim specifically to make their own role in a story invisible, and journalists are happy to go along that…..We found many stories apparently written by one newspaper’s own reporters that seem to have been cut and pasted from elsewhere.” (ms. 53)
Nick Davies menyifatkan seseorang wartawan itu melakukan churnalism apabila gagal mempamer dan mematuhi peranan asas profesion, iaitu tidak mampu memperkatakan sesuatu keberanan apa yang ditulisnya kepada pembaca. Dalam menyoroti beberapa peristiwa yang menggambarkan budaya churnalism itu, beliau mendedahkan bagaimana media telah berjaya mengharubirukan masyarakat dunia dengan ketakutan terhadap pepijat alaf yang dikatakan akan berlaku bila memasuki hari pertama alaf ketiga, iaitu permulaan tahun baru 2000.
Masalah pepijat alaf atau Y2K pada asalnya merupakan hasil renungan tajam seorang jurutera computer Peter de Jager member amaran bahawa banyak sistem computer kemungkinan akan gagal berfungsi pada tengah malam permulaan abad baru kerana semua sistem pemprosesan diporgramkan berdasarkan angka “0 hingga 9, iaitu 01 bermakna tahun 1901 manakala 00 akan menyebabkan sistem komputer gagal mengesan sama ada ia merujuk kepada tahun 1900 atau tahun 2000.”
Berdasarkan amaran dan kebimbangan itulah seluruh masyarakat dunia panik sehingga menyebabkan banyak negara menghabiskan masa, wang dan kepakaran untuk mencari jalan untuk mengatasi pepijat alaf itu. Ada pihak cuba mengaut keuntungan dengan menjual beberapa peranti dan software yang dikatakan mampu membendung keceleruan data disebabkan oleh pepijat alaf itu.
Pengarang menggambarkan suasana resah dan panik pada malam 31 Disember 1999 sebagai millennium eve di mana “the night when a very big story is going to break, all around the world. All it needs is for the sun to move across the planet, hauling the darkness behind it, for midnight to strike, and, hour by hour, country by country, computers will die. And with them may die the world’s electricity grids, its telecommunications, its water supplies, its defence networks: the entire corpus of veins which carries the lifeblood of an electronic society faces sudden death from the technological equivalent of a cardiac arrest. The journalist know it is going to happen, because themselves have written the stories which have predicted it. The millennium bug is finally coming. This is a story with the finest of journalistic pedigrees.” (ms. 9).
Alangkah bodohnya masyarakat ketika itu kerana tertipu dengan ramalan akan berlakunya pepijat alaf apabila dunia memasuki tarikh 1 Januari 2000. Tidak ada kekacauan disebabkan oleh gangguan tersebut walaupun beberapa tahun sebelumnya ketakutan terhadap pepijat alat itu telah melahirkan pelbagai industri kecil baru yang berkaitan dengan Y2K. Tidak kurang juga sektor strategik (termasuk perankan, kewangan, pertahanan dan risikan) sama ada awam atau swasta membelanjakan jumlah wang yang besar sehingga melebihi US $ 1 trilion bagi menyelamatkan storan data dan maklumat yang dikumpulkan sejak sekian lama.
Malam Y2K itu dianggap sebaliknya oleh Nick Davies, “terrifying night for journalist.” (ms.12) dan kerana ia adalah tanggapan mudah terhadap media telah menyebabkan “media stories are produced by corrupt and cynical journalistic puppets who just couldn’t care less whether they tell the truth and simply dance to the tune of whoever is pulling their string…are some horrible journalist out there – moral cowards, intellectual quislings, boot-lickers, butt-kissers and natural born liars….But the important point is that there are masses of journalists who are none of those things, many of them genuinely dedicated people, and yet frequently they fail to tell the truthspan>.”(ms. 13).
Pengarang turut memperincikan bagaimana sikap media barat terhadap keghairahan Presiden Bush untuk menyerang Iraq. Pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh media bagi mewajarkan hasrat Presiden Bush yang teramat sakit hari dengan kekuatan ekonomi Iraq walaupun pernah diancam oleh sekatan ekonomi kerana Perang Teluk, masih membuktikan kekukuhan kepimpinan Saddam Hussain.
Dengan mencari arah baru, termasuk menuduh bahawa Iraq menaja pengganas dan mempunyai senjata pemusnah massa, telah berjaya menarik simpati masyarakat antarabangsa. Walaupun tidak ada pernah terdapat laporan lengkap mengenai pemilikan senjata pemusnah, senjata kimia (seperti anthrax), media terus mempropagandakan bahan yang diambil daripada “wire copy” dan dikeluarkan oleh agensi perhubungan awam. Bush berjaya memaksa sekutunya mempercayai dakwaan tersebut walaupun pasukan penyiasatan mendapati tiada bukti mengenai keterlibatan Iraq dalam perlumbaan senjata yangd dimaksudkan.
Juga turut didedahkan bagaimana Amerika menuduh penglibatan ektremis Islam dalam pengeboman World Trade Center, walhal ada sebahagian wartawan yang jujur mempersoalkannya. Tetapi disebabkan hubungan baik pemilik media dengan pemimpin politik, kehendak politik dijadikan teras pelaporan media, kerana media akan menghasilkan lebih banyak lagi peluang perniagaan dan komersial, walaupun terpaksa mengenepikan prinsip “telling the truth.”
Buku ini merupakan satu pendedahan berani seorang wartawan penyiasat yang tidak kurang menghadapi ancaman ekoran daripada penulisannya itu. Terbitnya buku ini, pengarang turut diancam pelbagai pihak termasuk pemilik media yang semakin sehari semakin galak “mengurangkan jumlah pekerja” dan “mengamalkan prinsip churnalism.”
Walau bagaimanapun, Nick Davies tidak akan tunduk dengan sebarang ancaman yang diterimanya kerana yang lebih penting bagi beliau mendedahkan kebenaran termasuk kerakusan Rupert Murdoch menguasai media bagi membina kekayaan. Murdoch sanggup melakukan apa sahaja, termasuk menyingkirkan pengarang kanan media jika tidak mampu menjayakan misinya hatta menutup agensi media yang dikuasainya sendiri.
Satu lagi kajian kes yang menarik dibincangkan oleh Nick Davies ialah mengenai Abu Musab al-Zarqawi yang didakwa sebagai “evil man in the world”, diberitakan telah beberapa kali mati, cacat tetapi muncul di beberapa tempat, dikaitkan dengan pelbagai serangan, walhal tidak semuanya benar. Setiap tuduhan yang dipaparkan oleh media, hanya menggunakan sumber dari pihak yang mendokong gagasan menghapuskan keganasan terutama di kalangan pelampau Islam.
Seperti kes Musab al-Zarqawi, yang terlalu bergantung kepada sikap Colin Powell, yang berusaha keras menyekat “pembangunan senjata pemusnah massa, dan kedua ialah menyekatnya dari terus berhubung dengan al-Qaeda. Sebenarnya, Colin Powell telah menggunakan media melalui agen perhubungan awam bagi “membina pembohongan” bagi mewajarkan tindakan Bush menyerang Iraq.
Imej yang digambarkan melalui media terhadap Islam, sekurang-kurangnya bagi Nick Davies berhubung kes serangan ke atas Iraq, al-Qaeda dan Afghanistan, sebagai “faulty journalism, overstated official claims dan failed journalism….was the work of US strategic communication..flow of falsehood and distortion through the news factory is clearly being manipulated, by the overt world of PR and the covert world of intelligence and strategic communication” dan kerana itulah rakyat Amerika dikatakan “the most manipulated people outside the Iron Curtain” atau “making of the illusions which flood our experience”, “slowly slipped backwards; what was America’s problem is now the world’s; what was scandalous is now merely normal. Somewhere out there, the truth is dying.” (ms.205 hingga 206, bab yang menceritakan tentang The Propaganda Puzzle.”
Itulah sebahagian gambaran onar dan nanar media asing terutamanya Britain dan Amerika Syarikat berusaha memprojekkan dunia berdasarkan sudut pandangannya sendiri. Ia akan terus menguasainya kerana negara-negara itulah yang menguasai kelengkapan teknologi komunikasi dan maklumat, yang mampu digunakan dengan pelbagai cara termasuk melalui social networking yang semakin mencandui masyarakat dunia. Buku tulisan Nick Davies ini adalah sebuah buku yang menarik kerana ia ditulis oleh mereka yang benar-benar berada dan berpengalaman dalam bidang kewartawanan, tidak menggunakan jargon akademik yang memualkan.
The King and U
1 day ago
No comments:
Post a Comment