Tuesday, September 8, 2009

ANTARA ISLAM PAS DAN ISLAM UMNO: SIAPA LEBIH IKHLA S?

Ketika umat Islam seluruh dunia berada dalam bulan keberkatan, bulan yang dilihat sebagai penuh dengan ibadat dan kemuliaan, tiba-tiba terdengar suara degil dari seorang yang bergelar ulamak. Tegar sungguh pendiriannya sehingga tidak nampak akan adanya satu penyelesaian kepada krisis politik Melayu-Islam di tanah air kita ini.

Ulamak tersebut memberikan pandangan, cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib untuk berunding dengan PAS demi kepentingan umat Islam di negara ini boleh dianggap "cerita lama".
Katanya, "Ini cerita lama. Nak berunding apa lagi, nak runding apa. Kalau nak runding fasal petroleum Kelantan bolehlah. Kalau nak tentu tarikh bila MB Kelantan pergi Kuala Lumpur yang itu boleh runding.

"Berunding apa, kalau dia nak jaga Islam lebih baik dia buat sepertimana yang saya sebut. Tukar dasar daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam. Barulah benar-benar menampakkan kita ni ikhlas dengan Islam.

"Senang tak ada apa. Kelantan telah hiudp lebih kurang 20 tahun dah di bawah dasar Islam. Dasar Islam salah satu yang kami buat ialah kami tukar pemikiran rakyat jadi 'Pak Turut Eropah' kepada 'Pak Turut Nabi Muhamad SAW', " kata Nik Aziz lagi.

No comments:

Post a Comment