Tuesday, September 29, 2009

ANGIN, AIR, API DAN TANAH: SUMBER KEHIDUPAN MANUSIA YANG ASASI

Entah apa yang membangkitkan semangat pagi ini menjadikan Tokai begitu banyak bercakap mengenai empat elemen utama kehidupan manusia. Sebelum keluar rumah, banyak memikirkan tentang air kerana mungkin sejak jam 5.30 pagi lagi hujan turun dengan lebat. Kerana hujan pagi akan membuatkan jalan sepanjang laluan ke pejabat akan menjadi sesak. Mungkin juga kerana malam tadi kerana terfikirkan bil air yang masih belum dibayar walaupun telah lama gaji masuk akaun.

Turut menjadi bahan berfikir ialah mengenai angin. Petang semalam kerana tesilap makan menyebabkan banyak keluat angin sehingga tidak selesa untuk berbual-bual dengan orang lain. Meskipun banyak angin terkeluar secara luar biasa, setakat ini belum lagi sampai naik angin "tidak ingin muka orang tertentu." Angin yang ada dalam badan masih boleh dapat dikawal dan belum lagi menjadi ribut taufan sebagaimana Taufan Ketrina yang menyebabkan lebih 200 orang mati di Filipina.

Angin politik negara sekarang bertumpu ke Port Dickson. Port Dickson telah pun diisytiharkan sebagai bandar tentera darat bagi mengenang jasa pasukan tentera yang banyak membantu mengamankan negara, termasuk mengawal Pantai Dickson semasa konfrontasi antara Malaysia-Indonesia, gerakan bersenjata komunis dan mengawal kemasukan pendatang tanpa izin.

Pendatang tanpa memasuki Malaysia melalui Port Dickson kerana adanya keperluan asas untuk mereka. Mereka boleh menggunakan pengangkutan air, melalui kemudahan pelabuhan yang ada termasuk memanfaatkan tiupan angin menghala ke sini. Air dan angin bukan sahaja penting untuk mengurangkan kepanasan badan, walaupun ada teknologi menyejukkan badan iaitu air-condition dan air cap badak, tetapi angi dan air tetap tidak pernah berubah peranannya sejak kita mengenali kehidupan.

Ketiadaan air menyebabkan kehidupan menjadi sukar dan menyusahkan. Inilah gambaran yang dapat kita kutip melalui pemberitaan malam tadi, masih terdapat kampong-kampong terputus bekalan air bersih, di Selangor, Kedah dan Sabah. Khabarnya kerana loji takungan air terpaksa ditutup disebabkan masalah kebersihan, projek yang dijanjikan tidak dapat disiapkan, dan pelbagai alasan lagi. Cuba kita fikirkan bagaimana rakyat Kelantan menghadapi kehidupan mereka kerana masalah air bersih sudah bertahun masih belum selesai, buka pili yang keluarnya adalah angin, air berwarna merah tetapi setiap bulan bil air kena bayar. DAlam hal ini siapa yang patut kita salahkan?

Tetapi, Tok Guru tetap mengajak Tun Dr. Mahathir datang ke Kelantan untuk melihat sendiri pembangunan fizikal dan rohani yang dia lakukan sejak menjadi Menteri Besar selama 20 tahun. Ini mungkin kerana Tok Guru takut sangat apabila Ibrahim Ali cabar supaya meletakkan jawatan, atau bertaruh di DUN Tendong.

Tok Guru jadi naik angin apabila dicabar oleh Ibrahim dan mengulas kedudukannya yang sudah tua, uzur,nyanyuk tidak mampu memikirkan bagaimana membangunkan Kelantan. Orang kuatnya marahkan Ibrahim sehingga menyifatkan sebagai "pengemis politik". Inilah gambaran bagaimana ada orang naik angin, bila ada angin menerpa keselesaan duduknya sendiri.

Bagi Ibrahim, dia tidak pernah takut kerana itulah berani bertaruh. Tetapi, Tok Guru lain ceritanya hanyalah menganggap ia adalah sejarah, cerita lama dan tidak perlu dilayan. Dan, kalau selepas ini Tok Guru minta Ibrahim meletakkan jawatan, pulangkan paku buah keras kepada Tok Guru tapi jangan lupa tambahkan madu lebah dan ekstrak Tongkat Ali.

Di Pulau Pinang pun nampaknya Pemuda Sosialis DAP naik angin apabila ahli parlimen Balik Pulau memberikan cadangan supaya jawatan Ketua Menteri digilir-gilirkan seperti pernah diamalkan oleh BN di Sabah. Naik angin itu menyebabkan Pengerusi DAP Pulau turut berkata secara sinis kenapa wakil rakyat tersebut tidak ikut mencadangkan agar jawatan Perdana Menteri digilirkan. Itulah, bila dah naik angin kadangkala orang tidak lagi rasional, berfikir berdasarkan fakta dan bercakap berasaskan peraturan.

Di Selangor pun ramai ahli politik naik angin apabila Dr. Hasan Ali menegur cara SELCAT menjalankan soal jawab dengan penjawat awam. Hassan minta ia dilakukan secara tertutp bagi tidak mengaibkan penjawat awam yang terbabit, tetapi sebahagiannya terus mengatakan cara itu adalah yang terbaik kerana mungkin ianya "patut dimalukan". Hasan mungkin ingin belajar dan mengingati bahawa kesilapan ahli politik akan menyebabkan kuasa politik akan bertukar tangan seperti pengalaman Selangor apabila hadiah penyapu diberikan apabila tidak berjaya mengutip cukai sebagaimana yang disasarkan.

Yang lebih meresahkan ialah apabila penternak membawa 30 ekor lembu ke perkarangan SUK Selangor sebagai membantah cakap-cakap politik pemimpin Selangor ingin melepaskan tanggungjawab membantu. Kandang lembu mereka rosak apabila kawasan timbunan sampah haram menghadapi masalah, menyebabkan air menakunginya dan beberapa ekor lembu mati. Lebih menarik lagi apabila salah seorang penternak bertanya, kenapa semasa membeli daginmg lembu tidak pernah bertanya apakah lembu itu diternak di kawasan haram atau halal? Itulah yang boleh memaku jawapan dan sikap EXCO berkenaan yang cuba mengelak.

Hingga setakat masih belum ada mereka yang sanggup memberika api bagi membakar angin kemarahan yang terjadi. Nampaknya, hujan, air, angin dan tanah akan terus menjadi persoalan dan mewarna kehidupan kita, kerana sampai bila-bila pun kita memerlukan empat unsur asas itu.

No comments:

Post a Comment