Sahibul hikayat, berkatalah cucu-cicit Demang Lebar Daun yang masih bermastautin di Bukit Kayangan: "Celaka betul si kadok tu?."
Arakian, maka berbalas katalah si kadok dengan sekian ramai anak cucu-cicit Demang Lebar Daun yang marah setelah kehilangan semangat dan tajamnya kuku:"Hari ini bukan semalam, esok bukan pula kelmarin,". Maka ramailah anak cucu-cicit Demang Lebar Daun kurang arif dan faham, kerana bahasa itu terlalu banyak maknanya.
Si kadok pun berceritalah, esoknya setiap warga Bukit Kayangan mesti cergas, pantas,berdaya saing kerana kehidupan hari ini bukanlah sama seperti kelmarin. Hari ini semuanya perlu dilakukan secara pantas, deras dan kerananya perlu mempunyai kehandalan diri yang bersifat multiskilling.
Maka rentalah pelbagai usulan, peraturan lama perlu diubah dan jika memaksa akan diubah sama sekali. Yang dulunya tidak boleh berlaku, boleh dilakukan kerana yang lebih penting ialah untuk memenuhi tuntutan hari ini.
Demang Lebar Daun seakan mengangguk dan sangat setuju. Demang Lebar Daun memang tidak mampu melakukan kerja sendirian, ia amat memerlukan setiap karyawannya kreatif, aktif dan innovatif walaupun kadangkala sikap itu menodai tradisi dan perspektif yang menjadi amalan semasa.
Arakian timbul pula watak sang saka juak nestapa yang mengambil kesempatan kononnya mampu melakukan segalanya. Petah bercakap, bijak menggunakan peluang dianjurkan pelbagai cadangan. Sang pertapa pun berkenaan dan sanggup melukakan setiap anak cucu-cicit pewaris Bukit Kayangan.
Bukit Kayangan menjadi gempar. Panglima berjasa sudah diturunkan kedudukan, maka berhamburlah jampi serapah yang memburukkan tindakan. Panglima diletakkan dengan serba masalah dan sang bomoh penuh serapah jampi diberikan tempat kononnya mampu mengubat penyakit walhal tidak sedikit pun yang diketahui secara naluriah ataupun spiritual.
Yang terkandar ialah beban, maka terperosoklah diri dalam penjara perasaan sehingga menebal menjadi dendam jiwa hingga ke akhirnya. Maka panglima itu pun mendabik dada, sepanjang bermukim di Bukit Kayangan dia telah mampu melakukan banyak kebaikan walaupun terpaksa mengorbankan jiwa yang terjeruk.
Bukit Kayangan menjadi medan prasangka: mawar berduri tumbuh meliar dan kecubung pengasihan tersasar jauh, yang tinggal hanyalah enigma dan wasangka kemarahan yang semakin mendalam. Bukit Kayangan sudah menjadi medan percaturan, maka hilanglah kenangan, timbullah ketidakpastian setelah setiap langkah diperkirakan perhitungan andalan.
Kadok menjunjung, langit kepura-puraan merentangi arakan jarak dan mayapada menjadi semakin tidak lestari lagi.

No comments:
Post a Comment