Wednesday, July 1, 2009

BABI - SELESEMA DAN DAP KELUAR PAKATAN


Malam tadi, ketika menonton berita tv, Tokai tersengih sendirian sehingga anak bongsu menegur. Apa tidaknya, berita serius pun boleh tersengih, kecuali ada adegan lucu. Mungkin anak bongsu Tokai masih belum, kenapa secara spontan Tokai tersengih.


tersengih kerana pakatan pembangkang yang menguasai politik dan pentadbiran Kedah telah pecah walaupun belum sampai berderai macam debu-debu berterbangan. Mungkin masih boleh dikutip dan dikumpulkan, diproses kembali menjadi recycle material. Masih berguna.


DAP marahkan Menteri Besar kerana tidak peka dengan masyarakat Cina apabila merobohkan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya sebagai kemuncaknya. Isu-isu lain yang tidak diambil penyelesaian oleh Ustaz Azizan ialah 50 % kouta pemilikan hartanah Bumiputera , meroboh kuil di Jalan Pegawai dan tokong di Tanjung Bendahara.


Itu baru dalam tempoh asyik maksyud kalau orang berkahwin, sudah bercerai. Setelah "berkahwin bukan dengan niat yang ikhlas", hidup serumah kira-kira 15 bulan, bukan sahaja tangga bergoyang, tapi rumah itu semakin hari semakin kuat keinginan untuk roboh. Tempoh itu, kalau bunting pelamin mungkin sudah anak berumur 6 bulan, masih memerlukan tempoh penyesuaian sebagai anggota keluarga pakatan pembangkang.


Itu hanya analogi. Perkara yang sama turut berlaku di Pulau Pinang. Tokai tak nak bercakap mengenai perjuangan penduduk asal Kg. Buah Pala yang mendesak Ketua Menteri letak jawatan dan balik ke Melaka. Tapi yang lebih penting ialah bagaimana perkongsian kuasa antara parti-parti dalam pakatan pembangkang dilaksanakan.


Ahli MPSP boikot majlis angkat sumpah, lalu tindakan diambil memecat salah seorang, iaitu Johari. PKR marah, dan lapan orang lagi yang juga berbuat demikian mengambil sikap tunggu dan lihat, apa tindakan selanjutnya akan berlaku. Mungkin juga akan meletakkan jawatan beramai-ramai?


PKR mungkin sedar, kedudukannya di Pulau Pinang bukanlah terkuat. DAP masih mendominasi politik negeri yang pernah makmur naik kapal haji, pelabuhan bebas cukai, industri elektronik dan masih tinggal ialah kemasyhuran jeruk buah pala atau belacan Pulau Aman. Kini, banyak kilang sudah tutup, digantikan dan pindah oprasi. Orang Melayu pula ramai membeli rumah di Sungai Petani, Bagan Serai dan Kulim kerana rumah-rumah di Pulau Pinang tidak mampu dimiilki.

Kerana babi orang bergaduh dan ada yang mati. Wabak JE menyebabkan kematian di sekitar Bukit Pelanduk dan Kg. Sawah. Sektor pelancongan terjejas teruk hingga ada terpaksa gulung tikar dan menjual premis perniagaan mereka.

Kerana marahkan babi penduduk Kg. Sungai Baru Melaka mendesak dan berdemontrasi menyebabkan Kerajaan Melaka bertekad untuk mengurangkan jumlah babi yang dibenarkan diternak.

Kerana babi, imej Tan Sri Khalid menjadi tercalar keran beriya-iya sangat ingin meneruskan ternakan secara moden di Kg. Tumbuk Darat, Sepang, Selangor tanpa menghiraukan bantahan penduduk setempat. Lebih sejuta ekor akan diternak, walaupun pembinaannya tidak menggunakan wang kerajaan, ia dijangka menghasilkan pendapatan lumayan. Kalau seekor lima ringgit cukai kepala yang terpaksa dibayar, makna boleh pungut lima juta ringgit.

Pencemaran bukan lagi sandaran dan halangan. Ia akan diketepikan, kerana melalui teknologi moden ia dijangka mampu menyerap air kumbahan dan bau najis. Tapi, sebut saja orang Melayu rasa nak termuntah.

Kerana babi, kerajaan negeri Kedah bertekad merobohkan rumah sembelihan dan mengakibatkan DAP keluar pakatan.

Jadi eloklah tidak ada babi di Malaysia kerana ia telah mengundang banyak kontroversi. Paling terbaru perang terminologi mengenai wabak selesema babi (influenza A H1N1) yang telah menyebabkan sekolah ditutup, topeng muka kembali laris di pasaran dan kemasukan pelancong merosot, dan kos perubatan kerajaan meningkat.

Eloklah babi ditiadakan. Mungkin akan tersingkir satu lagi penyebab rasa loya, konflik kaum dan kehilangan punca pendapatan sesetengah orang. Namun, yanglebih penting ialah menjaga sensitiviti kaum, boleh dialihkan punca pendapatan melalui sumber-sumber yang lain.

Babi oh babi. Kenapakah sentiasa ada perkara yang berhubung dengan babi, penyakit, sengketa dan loya berlaku. Bolehkah kita nyahkan babi dalam setiap tingkahlaku kita kerana takut dianggap "jahat macam babi" dan sumpah seranah "babi kau." Kitalah yang menentukannya, tapi, babi hutan perlukan juga penghapusannya kerana banyak merosakkan tanaman.

No comments:

Post a Comment