Thursday, April 2, 2009

PKR akui silap mencalonkan Manikumar

Mood dalaman para petugas PKR mula berubah setelah beberapa hari berkempen kerana tindakbalas dari pengundi menunjukkan mereka telah melakukan kesilapan besar mencalonkan S. Manikumar bagi pilihanraya kecil di Bukit Selambau.

Tinjauan sikap pengundi menunjukkan bahawa mereka mungkin akan melakukan undi protes mementang PKR kali ini kerana merasakan Anwar tleh membelakangi kehendak dan tuntutan mereka.

"Kami memang dapat merasakan perubahan sikap dikalangan pengundi dan ini mungkin akan mengakibatkan kekalahan bagi S Manikumar," kata seorang petugas PKR.

Selain dari kemarahan pengundi, PKR juga terpaksa melawan kempen oleh dua bekas ahli parti tersebut yang mengambil tindakan berdidi sebagai calon bebas akibat tidak puas hati dengan perubahan sikap dalam PKR sejak memenangi banyak kerusi pada PRU 12 lalu.

"Ramai diantara petugas sendiri yang sudah mula terasa kurang senang dengan sikap DS Anwar yang hanya mendengar pendapat tertentu sahaja. Orang mula mengatakan beliau mengamalkan sistem kroni, itu yang tak sedap didengar.

"Ramai potensi calon tempatan yang lebih pengalaman, tapi bila Anwar dah berkenan cukup susah nak mengubah fikiran dia. Dia dengar bila kita cakap tapi jarang mengikut nasihat orang sekeliling. Itulah Anwar.

Dalam pada itu para petugas PKR juga sedang bersiap sedia menghadapi 'serangan' oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang berjanji untuk turun padang hujung minggu ini.

"Ramai rakyat Malaysia masih mahukan sumbangan Tun dan keputursan Dr M untuk kembali kepada Umno dan membantu mereka membersihkan parti sudah tentu melegakan ramai orang. Ye lah kalau BN dah bersih, apa sebab mereka nak undi PKR pula.

"BN dah teruji, PKR masih dianggap hingusan," katanya lagi.

4 comments:

  1. orang kata kamu suka fitnah, pastinya kamu kata oh tidak... sendiri tengoklah.

    ReplyDelete
  2. kepada pendekar bukit
    jangan duk kata dekat orang !!!
    tak baikk....takut silap kata jadi fitnah pendekar bukit baikkkk sangat kenapa tak bertanding .......
    saya tengok pendekar bukit ni macam babi kena tibai la...
    pendekar bukit duk kat atas bukit makan apa? makan babi ka..
    org makan babi selalu suka fitnah org .
    kami benci umno
    umno babi
    umno anjing

    ReplyDelete
  3. Baik sangat ke kalau menuduh orang membunuh?? Pendekar tak pernah di tibai tapi pendekar ada dengar orang yang suka menibai walaupun menibai di luar tabie..Kalau tidak ada UMNO dan Barisan Nasional pendekar rasa burung jantan juga tidak akan mampu terbang tinggi dan hanya menunggu masa untuk dilastik..Sejahat mana pun UMNO seperti yang burung jantan dakwa UMNO tidak pernah menganggap sesama Islam itu babi dan anjing..Sedarlah menyatakan manusia itu babi dan anjing hanya menolak ayat quran yang mengatakan manusia adalah sebaik baik kejadian..Ingatlah tuhan banyak banyak jangan mengikut emosi kerana emosi yang tidak keruan hanyalah bisikan syaitan yang merosakkan manusia..

    ReplyDelete