Thursday, April 2, 2009

calon bebas jaja minyak simpati

Petang semalam, 1 April 2009 Tokai terkejut apabila mendapat sekeping risalah yang mengandungi agenda kempen salah seorang calon Bebas. Beliau mencetak risalah tersebut dalam pelbagai bahasa, termasuk bahasa Tamil, Mandarin, Melayu dan Inggeris yang merayu para pengundi Bukit Selambau memberikan undi kepadanya.

Janjinya memang manis,malah lebih manis daripada ibu gula. Salah satu janjinya ialah memberikan potongan 10 peratus kepada setiap pengundi yang berurusan dengan Etiqa Insurance dan Takaful. Ini mungkin boleh beliau lakukan kerana pengalamannya sebagai pegawai bank dan pengurus insuran, komisyennya dikurangkan. Tetapi, bagaimana beliau nak lakukan kerana Etiqa Insurance bukanlah hak milik peribadinya. Beliau bukan empunya dana insurance tersebut, dia hanyalah pekerja dan pengurus cawangan, kerana insuran itu adalah salah satu produk yang dikeluarkan oleh Maybank.

Beliau bukanlah tuanpunya Malayan Banking. Beliau hanyalah pekerja (saya kira, saat mengemukakan borang pencalonan beliau tentunya telah melepaskan jawatan. Masakan Malayan Banking memberikan kebenaran untuk kakitangannya bertanding tanpa melepaskan jawatan, kita tahu senario bekerja di sektor perbankan). Beliau boleh goreng pakai minyak simpati itu dengan beberapa orang yang selalu melopong seolah-olah menanti buah jatuh, tidak guna akal. Kata orang utara, akai dok kat lutut.

Dia juga tawarkan imbuhan atau pampasan sebanyak RM 2,000 bagi setiap pengundi Bukit Selambau sebagai tabung khairat atau kematian. Tak usahlah nak keriau sana, keriau sini. Pengundi Bukit Selambau bukan mudah nak diperbodohkan, kalau pengundi masuk insuran dengan mana-mana syarikat insuran pun ia akan mengeluarkan tabung khairat kematian. Tak payah undi calon Bebas itu pun kita boleh dapat apabila kita berpakat membeli polisi insuran yang menawarkan faedah kematian, sama ada secara berkelompok atau individu.

Kita tidak boleh dapat percuma, ia bagaikan tawaran murah yang pernah dibuat oleh supermarket, beli satu percuma satu atau belian dengan belian. Jika tidak join insuran kelompok, tiadalah faedah kematian. Jika tidak beli polisi insuran, tiadalah faedah itu. Itu semua orang tahu, tapi kenapa nak kelentong lagi????Simpanan Tabung Haji ataupun Amanah Saham Bumiputera pun ada faedah yang sama kalau kita menabung melaluinya. Tak usahlah jadi kelabu asap ye...burung yang masih terbang boleh dijual ke?

Janjinya memang mudah, tapi nak buat macam mana? Memangnya semasa bekerja dengan bank dia seorang yang cekap, handal dan berprestasi tinggi kerana menggunakan sumber yang dibekalkan oleh pihak pengurusan bank. Tapi, berapa banyak dia punya duit untuk menanggung segala perbelanjaan buat itu dan buat ini bila terpilih sebagai wakil rakyat. Hatta, kalaulah dia termasuk senarai orang-orang terkaya seperti Bill Gates atau Paul Ghetty kita mungkin boleh terima. Kita tabik dan Tokai pun akan tumpang sekaki.

Tokai kira bila berhenti kerja dengan bank, kalau ada sepuluh juta pun mungkin diambil separuh pun masih belum mampu untuk menyelesaikan masalah pengundi India yang masih tinggal di tanah-tanah bekas estet Arumugam Pillai. Nak masukkan bekalan air bersih pun masih tak cukup kerana proses menggali dan menyambung paipnya memerlukan ratusan jutaan ringgit.

Dia akan cakap, kita minta kerajaan. Kalau nak minta kerajaan buat pilih calon Bebas. Bebas bukannya boleh bentuk kerajaan. Bebas hanya boleh cakap, tapi tak boleh buat. Maka dia akan menyalak setiap hati, keriau sana keriau sini menyalahkan kerajaan tak buat, tapi yang berjanji ialah dia kerana nak sokongan pengundi. Tak payah le cakap banyak dan janji itu dan ini. Pengundi perlu fikir, fikir dan fikir itu hanyalah muslihat untuk membolehkan dia memakai title Yang Berhormat dan bukannya yang boleh berkhidmat untuk pengundi Bukit Selambau.

Tak payah le meminta supaya pengundi melakukan perubahan. Calon Bebas tersebut perlulah mengukur baju di badan sendiri, apakah perubahan yang ingin dilaksanakan itu benar-benar boleh dia buat, atau hanya sekadar mainan politik menjaja minyak memohon simpati. Kalu gitu pergilah jumpa bomoh siam minta minyak dagu, calitkan kepada semua pengundi yang ditemui agar memberikan undi nanti ye.......atau mungkinkah janjinya itu hanyalah mainan april fool...

1 comment:

  1. This is ridiculous, go and find out his power in Etiqa's industry and then you can come up with such a post. He might have lost in the election, but he gained public attention and name. Winning or losing is never the issue, but learning is power. Unlike you who has time to come up with useless post as this, while he is still enjoying his life with his entire team. Go get a life Ms Mahanor Saleha, speak with straight facts and good research not by your own low life opinions. Have a good day

    ReplyDelete