Sunday, April 26, 2009

SPRING HAJI HADI BERBINGKAS LAGI

Khabarnya Haji Hadi tarik balik cadangan untuk menubuhkan "kerajaan campuran". Haji Hadi takut tidak akan menang nanti kalau dicabar oleh calon erdogan, Husam Musa yang disebut-sebut akan melawan jawatan presiden. Walaupun menafikan alasan tersebut sebagai punca utama menarik balik cadangan yang dibuat dalam muktamar PAS tahun lalu itu, banyak orang faham dalih Haji Hadi tersebut.

Haji Hadi memang mahir politik, terutamanya politik dolak dalik. Kalau dia tak mahu, tentunya dia tidak akan pindahkan masalah kepada benda lain. Contoh yang paling ketara ialah apabila membuat kutipan untuk membina masjid dan surau sepanjang memerintah Terengganu selama 4 tahun, sampai tamat pentadbirannya yang dibuat ialah rangka masjid atau surau. Banyak tak siap, termasuklah kes di Kampong Bujal, Meraga Beris, Kemaman.

Kerana terperangkap dengan helahnya, maka sebuah bangunan dibina dengan begitu cepat. Bila cadangan untuk merobohkannya, kerana tanah tersebut diberikan status tol untuk dijadikan kawasan tanaman kontan, telah diberikan peringatan jika tidak diusahakan dalam tempoh tertentu, akan diambil balik. Maka dia pun mendirikan bangunan, semasa itu tidak mengisytiharkannya sebagai bangunan masjid.

Bentuk dan struktur dalamannya ala masjid. Semasa dioperasikan perobohan, buatlah onar lagi dengan helah "merobohkan masjid". Maka percayalah sebahagian orang bahawa yang dirobohkan itu masjid, bukannya "markas PAS."

Helah yang hampir sama digunakan. Takut kehilangan kuasa dan sokongan, kerana ada yang menentang cadangan "kerajaan campuran", maka ditarik balik. Kali ini spring politiknya dilepaskan dengan harapan boleh mengendurkan ketegangan penyokongnya yang mula berbelah bahagi.

Penarikan itu mungkin ada kaitan dengan kesukaran golongan ulamak dalam PAS menguasai pemilihan Jun ini. Masa hanya tinggal dua bulan, mendesak untuk beliau menarik balik. Perspektif pemikirannya masih kacau, kerana "kerajaan perpaduan" semakin tercabar apabila Najib dilihat lebih terkedepan menghuraikan matlamat 1 Malaysia.

Kerana takut kalah, Haji Hadi mestilah tarik balik spring politiknya. Jika tidak, bukan sahaja dia kempunan untuk menguasai puak erdogan yang semakin diterima oleh golongan muda PAS. Haji Hadi bakal kehilangan kerusi empoknya yang boleh menyebabkan beliau disanjung, kata-katanya diterima pakai. Tanpa jawatan itu, Haji Hadi mungkin tidak akan ke mana. Dah le idea penubuhan negara Islam dan menegakkan hukum Islam sudah ditinggalkan jauh, ditumbuk lumat jadi sambal belacan.

Mentimun ideologi PAS semakin lenyap apabila bersekududukan dengan musuh politiknya dulu. Dulu sekwatu lantang dengan ideologi Qutbism melontarkan panangan taghut, Islam kulit, kafir makan sembelihan orang Islam lain kecuali PAS, sembahyang tidak sah jika berimankan orang UMNO, janji nak dedahkan berpuluh juta wang yang disalahgunakan semasa ambil kuasa politik Terengganu, tapi setelah berlalu lupakan semuanya.

Mula mencari ideologi baru sehingga sanggup "nikah mutaah" dengan bukan Islam demi kelangsungan politik dan kuasa. Dia yakin, jika tidak menarik balik cadangannya, akan tersungkurlah dan peluangnya akan tipis untuk menang dalam pilihan jawatan presiden PAS nanti. Ketika itu pun untuk mencandat sotong pun tiada siapa yang akan ikut. Pulau Kapas yang berdiri megah bertentangan dengan masjid Rusila akan kehilangan pengunjungnya, terutama setiap pagi Jumaat.

1 comment:

  1. Salam ziarah. Sekadar pemberitahuan demi kesejahteraan hidup.

    Rancangan "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA...

    ReplyDelete