Monday, April 27, 2009

PKR PECAT 16 AHLI

KUALA LUMPUR 27 April — Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat 16 ahlinya kerana menentang parti itu semasa pilihan raya kecil Bukit Selambau di Kedah dan Batang Ai di Sarawak baru-baru ini.
Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Pimpinan Rakyat parti itu semalam.
Mereka dipecat kerana pelbagai kesalahan seperti menjadi calon atau menyokong calon yang menentang parti, mengkritik parti melalui media dan mengisytiharkan diri keluar dari parti, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
S. Monagakumar dan A. Jayagopal dipecat kerana menjadi calon Bebas semasa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau 7 April lepas.
Turut dipecat di Kedah ialah Abdul Hamid Othman, Roslan A. Hamid, Abu Bakar Din, Abdul Wahab Mat Isa, Mustafa Hassan, B. Kalai Vanar, K. Deivanai Krishnan, Abu Bakar Hamid, Ahmad Ayub dan Azhar Ahmad.
Empat orang yang dipecat di Sarawak ialah Dr. Ambrose Labang, Wong Kee Kai, Rajang anak Unau dan Kudik Untung, kesemuanya dari Bahagian Julau. BERNAMA

No comments:

Post a Comment