Saturday, April 4, 2009

HUSAINI YAACOB ,CACING KEPANASAN


Sementara menanti hujan teduh, Tokai walaupun sudah selesai menikmati makan malam, terus sahaja berada di meja makan salah sebuah gerai famous dengan western food di Astaka Taman Ria. Harganya tidaklah mahal berbanding, dan kualiti makanan pun boleh tahan.

Tapi yang Tokai tak boleh tahan dengar-dengar ada calon bebas Melayu ditaja oleh PAS. Pihak yang berkempen untuk calon PKR membuat tuduhan dua tiga hari lalu bahawa calon-calon Bebas aalah tajaan BN atau UMNO. Walaupun dinafikan oleh sekurang-kurangnya tiga orang calon, dakwaan tersebut masih dijaja ke sana ke sini.

Tapi tidak ada pihak bersungguh-sungguh untuk menjaja kedudukan seorang lagi calon Bebas Melayu, yang menggunakan simbol bas. Mungkin kerana simbol yang diberikan itu hampir sama dengan sebutan sebuah parti politik yang tidak meletakkan calon, tetapi turut aktif menabur janji membantu sekutunya, menawarkan pengundi dengan bas percuma.

Mungkin kalau menang, dia akan memberikan perkhidmatan percuma kepada pengundi Bukit Selambau. Saya terfikir bagaimana Husaini nak menanggong kos, dan berapa hari dia dapat berbuat demikian. Perkhidmatan bas bandar atau bas henti-henti jarang mendapat untung di Malaysia. Bas Ekspress mungkin boleh mencapai titik pulangan yang baik jika diuruskan dengan berkesan, seperti Sani Ekspress ataupun Durian Burung.

Tokai ingat, kalau perkhidmatan bas henti-henti menguntungkan pengusaha, tentunya ramai yang tampil melabur modal. Cityliner suatu ketika dahalu pernah meuncul untuk mengendalikan perkhidmatan tersebut, juga turut mengalami masalah yang sama sehinggalah kerajaan pusat menubuhkan dana khas, termasuk menubuhkan bas-bas yang menggunakan jenama Rapid.

Harga sebuah bas yang baik melebihi setengah juta. Kos operasinya juga tinggi walaupun diesel diberikan subsidi. Kos alatganti tidak pernah menjunam turun, selalunya meroket setiap masa. Jumlah penumpang pun tidaklah tinggi, bererti jumlah pungutan adakalanya tidak mampu menampong kos seharian. Itulah sebahagian rintihan pengusaha bas.

Mungkin Husaini lupa bahawa tidak semudah yang disangka. Kalau nak mengharapkan kerajaan negeri pimpinan PAS, tak payahlah. Asyik nak tarah hutan keluarkan balak dan ugut kerajaan persekutuan, kalau tak berikan wang rancangan membalakkan kawasan takungan air tetap diadakan. Lagaknya macam samseng, gunakan gata ugutan. Kalau tidak diberikan wang perlindungan, jawabnya hancurlah segalanya.

Kini banyak pihak yakin Husaini bagaikan cacing kepanasan. Dia menjual air liur jampinya sudah dianggap tidak dapat melembutkan hati pengundi, dan kerana itulah banyak kali dilihat berbincang dengan pemimpin-pemimpin Pas mencari faedah perlindungan. Pada mulanya Husaini dianggap salah seorang calon bebas yang popular, tetapi beberapa hari terakhir ini walaupun hujan turun membasahi Bkt Selambau, tenaga dan kekuatannya semakin lemah, hanya bergantung secara tidak langsung dengan pengaruh PAS, yang juga turut nanar dengan ura-ura pengundi Melayu hanya akan menyokong calon Melayu.

Sentimen kaum di kalangan pengundi Bukit Melayu masih besar, dan dijangka akan mencorakkan keputusannya nanti. Husaini perlu sedar kekuatannya, calon Bebas yang lain sudah mula memancing undi dengan memberikan bungkusan beras bagi melembutkan hati agar mengundi calon-calon tertentu.

No comments:

Post a Comment