Wednesday, April 22, 2009

JASMIN, SABUNLAH MAT SABU

Tokai ucap tahniah kepada Adun Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohamed. Tokai kenal siapa Jasmin, ia akan meneriak lantang dan sanggup menghujam bumi demi mempertemukan kebatilan. Datuk Jasmin sedikit pun tak gentar walaupun panglima yang diserangnya itu juga orang Sungai Dua, kerana panglima PAS yang tewas di PArlimen Kuala Terengganu dalam PRU ke-12 lalu selalu menyabung suara sumbangnya. Dia pernah diibaratkan sebagai ayam laga PAS, kerana kata-katanya yang sedap di dengar tetapi penuh hampas.

Sikap haprak Mat Sabu sejak sekian lama termasuk tuduhan khalwatnya dengan Norma di Hotel Perdana, Kota Bahru memberikan gambaran, dia bukanlah baik sangat. Wajahnya sudah cukup menampakkan riak dan wasangka, walaupun menunjukkan warak dan alim bila berjumpa. Tingkahlaku, kasar dan kata-katanya pedih sampai ke hulu hati kerana sering membuat tuduhan melulu, melanggar prinsip kehematan berucap dan etika percakapan dalam Islam.

Mat Sabu dikhabarkan menerima elaun yang besar daripada PBA Holding Berhad sebagai ahli lembaga pengarah bebas. Lim Guan Eng semasa mula-mula jadi Ketua Menteri memberikan amaran tidak akan melulus atau membenarkan wakil rakyat atau exco memohon tanah kerajaan negeri. Tapi dikhabarkan, menurut pendedahan Datuk Jasmin ada seorang exco dan isterinya telah diluluskan tanah oleh kerajaan negeri. Dia tu (exco -le maksudnya- puak siapa?. Bukankah itu kroni? Mana telusnya, tanya Datuk Jasmin lagi.

Itulah, kalau nak salahkan orang lain memang mudah. Tapi, terkena batang hidung sendiri, apa dah jadi? Marah ke? Teringat kata-kata P. Ramlee, kalau marah kena jual. Kalau bantah, ambillah tikar bantal dan keluarlah dari rumah? Eh, takkanlah sampai begitu sekali?

Kalau bukan begitu, begini Tokai cadangkan: minta Mat Sabu lepaskan jawatan. Suruh Hamdan (Adun Permatang Pasir) jelaskan kenapa tidak boleh bahas setiap perkara yang ada kaitan dengan kepentingan awam dalam Dewan. Minta Mat Sabu hadir, biarlah dia faham bahawa sukarnya menyabunkan diri, dan pedihnya mendengar kritikan terhadap diri sendiri. Kalau dulu, Mat Sabu boleh mengatakan orang lain, kini biar dirasakan keaiban bila diri sendiri menjadi bahan kritikan dan diketawakan orang.

Marilah mari, kira ramai-ramai pergi ke Dewan Undangan Negeri, menonton gelagar Mat Sabu apabila dikritik. Kalau tak muat, kita boleh berkumpul di Kota Fort Cornwalis, angin Selat Melaka mungkin tidak cukup untuk mengejukkan kepanasannya.

No comments:

Post a Comment