Monday, April 27, 2009

PENANTI YANG DEBAR MENANTI?

Tarikh bakal PRK Kecil sudah diumumkan. Jika ada pertandingan, selepas selesai proses penamaan calon pada 23 Mei, pembuangan undi ialah 31 Mei 2009. Kempen hanya seminggu, tapi PKR sudah memulakan gerakan mempengaruhi pengundi. BN masih belum banyak melakukan gerak kerja, kerana masih belum pasti sama ada akan bertanding atau tidak.

Yang jelas sekarang ialah bekas Ketua Wanita PKR yang memohon agar BN memberikan sokongan bagi menghadapi tentangan sama ada PKR atau PAS. Pas bercaang untuk meletakkan calonnya, manakala PKR masih belum membuat keputusan berhubung dengan hasrat PAS tempatan.

Beliau meminta laluan untuk memudahkannya berlawanan dengan bekas rakan perjuangannya dalam PKR bagi menegakkan "keadilan dan kebenaran." Mungkin Aminah akan turut memecahtembelangkan apa yang telah berlaku dalam PKR, sehingga menyebabkan beliau ingin menentang parti yang pernah diterajuinya.

Mungkin ada lagi tuduhan, jika BN tidak bertanding, Aminah akan dilihat sebagai "calon tajaan BN". Itu mungkin alasan yang bakal dimanipulasikan, sebagaimana pernah digembar-gemburkan calon Bebas dalam PRK Bukit Selambau sebahagiannya adalah tajaan BN.

Suara sumbang mengenai pengundi hantu akan terus kedengaran, tapi bila menang "bukan hantu yang menjadi pengundi, tapi rakyat". Itulah mitos yang sering dilaung-laungkan dalam pilihan raya bila berhadapan dengan BN.

DUN Penanti mempunyai pengundi lebih 15,000. Namun untuk meraih kemenangan setiap parti yang bertanding perlu kerja kuat dan menunjukkan solidariti yang tinggi. Jika calon UMNO bertanding, lain-lain parti komponen hendaklah bersatu bergerak dalam platform BN. Tidak berlaku seperti lain-lain kawasan PRK, kerana perebutan dalam parti telah pun selesai, kecuali PAS.

Jangan jentera UMNO akan jadi seperti Bukit Selambau. Umno bahagian tidak sehaluan dengan Perhubungan Negeri. Ada dua buah gerakan. Mungkin tidak berlaku di Penanti. Datuk Dr. Zahid yang baru menerima mandat sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang tidak akan membiarkan perkara ini berlaku.

Tokai harap kalau ada pemimpin UMNO P.Pinang tidak endahkan seruan perpaduan dan melakukan perubahan, Datuk Dr. Zahid mestilah "pulas telinga mereka." Datuk mesti pulas bukan kerana benci, tapi teramat rindu kepada mengembalikan keyakinan masyarakat kepada UMNO. Tentu Datuk Dr. Zahid mahir dengan sepak terajang "jamak tok ayah" atau "air sirih nana dan lenggok mami" kerana itulah diberikan tanggungjawab menyusun semula UMNO Pulau Pinang.

Kali ini jangan lagi terlepas. Jangan jadi seperti gurindam Bayan Baru, Bayan Lepas......ya Pak Pie tolonglah sambungkan.

No comments:

Post a Comment