Friday, March 20, 2009

Mana satu nak dipilih ni!!

Sepuluh orang ke semuanya setakat ini menawarkan diri sebagai calon bebas di Bukit Selambau. Satu sejarah dalam pilihan raya di negara ini apabila begitu ramai yang berminat untuk bertanding. Mungkin ada sesuatu yang agak istimewa di sini sehingga membuatkan ramai yang berminat untuk masuk gelanggang.

Kita tunggu dan lihat sahaja perkembangan di Bukit Selambau selepas ini. Apakah jumlah calon bebas ini akan kekal atau bertambah menjelang hari penamaan calon 29 Mac ini. Mana tidaknya, tawaran sudah pun dibuka dan janji sudah disimpul. Menang sahaja sudah ada jawatan yang menunggu.

Husaini Yaacob, Pengarah Urusan Kemelong Holdings juga Yang Di Pertua Pesatuan Perngusaha Kuari Kedah/Perlis adalah yang terbaru menawarkan diri. Calon-calon lain adalah T. Chandrarajan, seorang ahli perniagaan, M. Khanapathy, juga seorang ahli perniagaan, L Sarala, Pengurus Pemasaran, Pelakon drama Tamil sambilan, RPS Kalaimani, kontraktor, R Loganthan, ahli perniagaan yang juga bekas Penasihat Kongres India Muslim (Kimma), Datuk Thasleem Mohd Ibrahim, ahli perniagaan Tan Hock Huat, ahli perniagaan M Vaneson dan Mohamad Radzuan Mat Isa yang juga seorang ahli perniagaan.

Biasalah bila dah ramai yang menawarkan diri bertanding, macam-macam lah janji yang ditabur. Masing-masing mendakwa mampu memberi khidmat lebih baik berbanding wakil rakyat sebelum ini.

Kalau semua dah cakap macam tu..tentu lah ada sesuatu yang tak kena pada wakil rakyat sebelum ini. Sendiri mau ingat lah…Dah hampir setahun pun…apa yang rakyat harapkan, lain pulak ceritanya yang timbul.

Jika kita lihat pada senarai yang menawarkan diri termasuk calon dari BN dan Keadilan, memang banyak sekali pilihan bagi pengundi Bukit Selambau kali ini. Memang lah dalam soal memilih pemimpin ni, kita bebas untuk memilih siapa yang kita suka. Tapi pilihan itu biarlah kata orang berbaloi. Jangan lah nanti orang yang kita pilih ada masalah lagi…

1 comment: