Wednesday, April 1, 2009

Wayang Kulit Anwar Dah Basi

Cakap lah apa sahaja yang tidak betul tentang Anwar Ibrahim kepada penyokong beliau. Mereka bukan sahaja tak percaya silap haribulan kita pulak yang kena pukul. Tak tahu lah apa yang membuatkan mereka ni begitu taksub dengan pemimpin yang seorang ni. Apa sahaja yang keluar dari mulut Anwar semuanya betul. Semuanya diterima bulat-bulat.

Di kaca mata pengikutnya, Anwar dilihat hebat. Ke sana sini berjumpa pemimpin-pemimpin hebat dunia. Cuba menonjolkan seolah-olah dirinya lebih hebat dari PM dan TPM mahupun menteri-menteri kabinet lain. Lebih diterima di luar negara berbanding Pak Lah, Datuk Seri Najib.

Dalam ceramah beliau malam semalam, sekali lagi Anwar memukau penyokong-penyokongnya. Kata Anwar beliau baru sahaja pulang menemui Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva. Kononnya membincangkan nasib penduduk Melayu Islam di selatan Thailand. Betul ke tidak tak tahulah pulak. Beliau juga mendakwa diberikan layanan bertaraf pemimpin. Kerana kesuntukan masa untuk berceramah di Bukit Selambau, beliau meminta untuk diiringi pasukan keselamatan Thailand sehingga ke Hatyai.

Apa agenda dan misi beliau memenui Abhisit tidak penting bagi penyokong-penyokong beliau. Mungkin mereka juga tiidak berminat untuk mengetahuinya. Di hadapan penyokongnya, Anwar boleh cakap apa sahaja. Termasuk lah mengada-adakan cerita, menokok tambah. Yang penting bagi beliau ialah ‘wayang’ beliau menjadi. Tapi yang sedihnya mereka yang mendengar tetap terpukau, terpegun, terpesona seolah-olah fikiran mereka telah tertutup untuk menerima kebenaran. Semua yang keluar dari mulut Anwar adalah benar, berasas dan layak dipercayai.

Perasaan penyokongnya terus dibuai. Kata beliau sehari sebelum bertemu dengan Abhisit, beliau telah dijemput oleh Raja Bahrain, Shaikh Hamad bin Isa Al Khalifa dan Perdana Menteri Shaikh Khalifa bin Salman Al Khalifa untuk melawat negara itu dan berbincang beberapa isu. Tapi tidak pula dinyatakan apa isu yang dibincangkan.

Bila sahaja mendengar seorang pemimpin dunia Arab mempelawa Anwar melakukan lawatan dan berbincang, sekali lagi penyokongnya terpegun dan terlopong. Mana tidaknya. Ditokok tambah lagi oleh juru acara majlis pada malam itu, kenapa Anwar yang dipelawa oleh Raja Bahrain tidak Pak Lah atau Najib? Satu provokasi untuk menunjukkan bahawa Anwar lebih hebat daripada kedua-dua pemimpin negara kita ini. Lebih diterima oleh pemimpin-pemimpin dunia Arab yang sudah pastinya pada pandangan penyokongnya sebagai pemimpin yang memperjuangkan nasib umat Islam.

Hanya yang kurang bijak sahaja menerima kenyataan ini secara bulat-bulat. Apa pengaruh dan peranan Bahrain di rantau Teluk? Sebuah negara yang kecil dan kaya tetapi pemimpinnya telah dicucuk hidungnya oleh Amerika Syarikat. Bukan sahaja Bahrain malah semua negara Arab kini sudah berada dalam takluk Amerika. Jika dah begitu keadaannya, kita cari lah jawapannya sendiri. Tak payah lah digantungkan harapan kepada pemimpin yang seorang ni…

Di mana kelibat pemimpin dunia Arab bila Yahudi laknat menghancurkan Gaza? Tidak ada siapa yang berani bersuara. Jika Anwar ingin bercakap tentang kepentingan Islam dan nasib umat Islam sejagat, apakah pemimpin-pemimpin seperti ini yang layak untuk diajak duduk berbincang tentang nasib umat Islam hari ini. Sesama sendiri pun mereka berbalah, tak percaya satu sama lain dan bersyak wasangka ini kan pula untuk mendengar suara Anwar yang tidak lebih daripada seorang pembangkang yang bercita-cita untuk memerintah negara ini dengan apa cara sekali pun.

3 comments:

  1. Wayang kulit UMENO pun dah basi 4 tahun lepas. Dah la tu... nak campur tgn hal Yahudi - Arab? Blogspot ni diprogramkan oleh 2 bdk Yahudi kat AS 6 thn dulu. Yg engko guna Blogspot ni buat pe? Engko lg satu hipokrit jgk... haih... (buat malu).. baik ko diam diam kat blogspot ni aje..

    ReplyDelete
  2. sebenarnya kami tak menggunakan blogspot, ini hanyalah sesuatu yang kami fikirkan tetapi sebab terlalu power fikiran kami dengan sendiri termanifestasi sebagai blok

    Pendekar Bukit tak mengenali apa itu blog

    kenapa kamu marah sangat, kamu pun baca blog, kamu ejen yahudi ke?

    ReplyDelete
  3. Teruskan berkarya, bro.. jgn gentar ngn herdikan kanak2 itu.. teruskan mencurahkan idea demi menyelamatkan bangsa dan negara..

    ReplyDelete