Tuesday, April 7, 2009

Ramalanku Benar Belaka

Tokai ucap syabas kepada Macai. Dua hari lepas Macai mengajak saya bertaruh. Katanya, semua calon bebas yang seramai 16 orang akan kecundang sampai hilang deposit. Bergadai bergolok nak jadi wakil rakyat, dah tempah beberapa helai suite, akhirnya terpaksa simpan saja ke dalam pondok panas yang buruk dan perlu dirobohkan serta merta.

Tokai jangkakan mereka yang akan keluar mengundi adalah sekitar 71 peratus, tetapi walaupun meleset, tidaklah menyedihkan diri. Jumlah yang keluar mengundi ialah 70.8 peratus, hanya meleset sedikit sahaja.

Ramalan Tokai, PKR akan menang dengan majoriti lebih kurang 1500. Selepas pengiraan undi dijalankan, Manikumar berjaya menewaskan calon BN dengan majoriti 2403 undi, melebihi 903 undi. Tapi Tokai masih bangga kerana dapat memberikan gambaran kekalahan BN dengan lebih baik berbanding syok maksyuk orang UMNO yang menjangkakan BN menang dengan majoriti 2000 undi.

Macai berdialog dengan Tokai, hanyalah sekadar ingin mempertahankan satu piawaian untuk meramalkan potensi partiparti bertanding. Tokai dan Macai bukanlah generasi yang terlalu kebal dengan teknologi maklumat, tapi sekadar boleh memahami dan menggunakan. Maka Tokai dan Macai berusaha untuk memahami betapa orang yang asyik maksyuk berkempen kadangkala tidak mahu mendengar teguran.

Banyak kali Tokai tulis, jentera parti mesti bersatu hati. Antara calon dan pemimpin parti mesti turun padang sama-sama, tapi di Bukit Selambau tidak sedemikian. PKR sentiasa bersama-sama dengan pemimpin besar besar mereka walaupun mempunyai markas yang berlainan.

Manikumar mendapat 12,632 berbanding calon BN 10,229. Yang lebih malang ialah calon bebas yang paling lumayan berbelanja sepanjang kempen kali ini,. Posternya ada di mana-mana, dan semasa membuang undi membawa kereta jaguar XJ8 dengan menyembunyikan deruman kapal terbang bagi menyatakan kemewahannya. Akhirnya hanya mampu memperoleh 73 undi, kurang 5 undi daripada Tan Hock Huat, yang Tokai jangka mampu meraih sokongan pengundi Cina.

Sebenarnya pengundi Cina tidak memberikan sokongan kepada BN. Yang menyokong BN adalah pengundi Melayu, pengundi India lebih berpihak kepada PKR. Undi rosak sebanyak 415, maka berakhirlah kekalutan pengundi untuk membuat pilihan.

1 comment:

  1. La ingatkan hang org BN. Pasai apa tak ramal BN menang. Tengok dari posting sebelum ni nampak kutuk PKR dan sokong BN macam nak rakkk.

    Pemimpin pujaan hang pun tak mampu nak menangkan calon BN.

    Ini kata pemimpin BN "Mahathir rejoining UMNO and making a last minute appearance in Bukit Gantang and Bukit Selambau do not have any significant impact on voter’s support on BN"

    baca seterusnya di http://sitampokmanggis.blogspot.com/

    ReplyDelete