Thursday, April 30, 2009

MENCARI PESONA ORANG MUDA

Dewan Ulamak PAS terus mempertahankan bahawa kepimpinan tertinggi parti itu mestilah dipimpin oleh ulamak. Ia penting bagi meneruskan perjuangan membentuk sebuah negara Islam. Jika pemimpin atasan PAS tidak diwakili oleh kepimpinan ulamak, PAS bukan sahaja menyimpang daripada perjuangan asalnya, malah akan lebih mirip kepada parti sekular, sebagaimana disifatkan sebelum ini terhadap kepimpinan BN.

Perkembangan ini menunjukkan PAS semakin tercabar dan ulamak yang mendokong perjuangan selama ini semakin tidak mendapat sokongan. Pemimpin-pemimpin muda yang terdiri daripada pelbagai latar belakang professional mula menunjukkan pengaruh dan mencabar kepimpinan ulamak yag disifatkan tidak lagi mampu memperhebatkan penguasaan mendapatkan pengaruh.

Perjuangan PAS yang banyak terpengaruh dengan gerakan Islamisme yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin pimpinan Hassan Al-Bana, Syed Qutb dan Jemaah Islamiyat pimpinan Al-Maududi. Perjuangan gerakan Islamisme itu adalah untuk mendirikan sebuah negara Islam walaupun konsep tersebut tidak pernah terdapat dalam sejarah Islam. Bagi Maududi, sebuah negara Islam mestilah yang berteraskan konsep khalifah, manakala Syed Qutb menekankan penyingkiran sikap jahiliyah.

Namun, perkembangan Revolusi Iran pada akhir tahun 1970-an memberikan ilham baru kepada gerakan Islamisme seluruh dunia, termasuk perjuangan PAS. Awal tahun 1980-an, PAS bangkit memperjuangkan penghapusan sikap taghut, menilai dasar penerapan nilai-nilai Islam yang dikembangkan oleh Tun Dr. Mahathir sebagai "Islam Kulit", mengkafirkan orang Islam yang bukan menyokong PAS, mengeluarkan pelbagai fatwa politik, akhirnya mampu terus bertapak di Kelantan.

Tapi kini, dengan kefahaman baru untuk melupakan perjuangan dalam tahun 1980-an, PAS membuka ruang penyertaan kalangan professional. Kemasukan golongan profesional ini menjadikan PAS semakin tercabar, ideologi perjuangan mengalami herotan. Mengekalkan ideologi asal akan menyebabkan PAS bakal mengalami hakisan pesona.

Tapi percubaan untuk mengekalkan ulamak sebagai pemimpin tertinggi akan memungkinkan kalangan profesional meninggalkan perjuangan PAS suatu ketika nanti. Sebagai pemimpin muda yang mempunyai hasrat dan perjuangan tertentu, akan terus mengharapkan bakat kepimpinan mereka terus meningkat. Kekecewaan itulah yang mungkin menyebabkan mereka lebih berani berdepan dan mencabar kepimpinan lama.

Jika perjuangan mereka tersekat, sikap ambisius pemimpin muda yang semakin bijak mencari pengaruh dan menggunakan kedudukan, dilihat lebih berkeupayaan dari segi material mampu menjadikan PAS semakin tidak lagi relevan. Mungkinkah suatu hari nanti PAS akan berpecah lagi seperti pernah berlaku lewat tahun 1970-an melalui pergeseran politik antara kepimpinan Asri Haji Muda dan Haji Mohd Nasir.

MUngkin kali ini di antara golongan yang memperjuangakan kepimpinan ulamak dengan golongan profesional yang tidak menerima pendidikan rasmi agama secara totok. Golongan profesional ini lebih agresif, berkeupayaan dari segi material, cekap menyusun strategi politik dan menguasai kepimpinan muda akar umbi. Mereka ini sedang membesar dan memetakan pengaruh politiknya sendiri sehingga digelar sebagai kumpulan erdogan dalam PAS.

Tanpa memberikan ruang dan peluang kepada kumpulan erdogan ini dalam pemilihan bulan Jun nanti, PAS mungkin akan semakin kehilangan sengatnya. Yang banyak bersetuju dengan kepimpinan ulamak ialah golongan tua yang semakin menipis dalam daftar pemilih saban tahun.

KAlau dalam PRU ke-12, pengundi muda dikatakan berjumlah 45% daripada 10.9 juta, pada tahun 2013, dijangka mencapai tahap lebih 50 %. Kalau dalam PRU ke-12, seramai 1.4 juta merupakan pengundi yang buat pertama kali terlibat dalam proses pilihan raya, dijangka pada tahun 2013 ia akan menjangkau kepada 2 juta orang.

Telahan ini berdasarkan setiap tahun pertambahan penduduk (kelahiran semula jadi di kalangan warganegara) ialah melebihi 500,000 (contoh yang boleh dijadikan sandaran ialah kemasukan pelajar ke tahun satu setiap tahun bertambah). Jika mengambil andaian bahawa mereka yang lahir pada tahun 1991 sebagai kohort terakhir yang layak mengundi pada tahun 2013, lebih 60 peratus mendaftar, dalam jangkamasa tiga tahun, pengundi yang bakal mendaftar ialah 1 juta orang.

Jumlah pengundi akan bakal mencecah 12 juta, kalau 55 peratus adalah mereka yang berumur di bawah 40 tahun dikirakan sebagai pengundi muda, bererti pada PRU ke-13 nanti kita akan berdepan dengan lebih 6 juta (termasuk 2 juta pengundi baru). Ini yang dilihat oleh kumpulan erdogan, dan kerana itulah mereka harus memasuki arus kepimpinan perdana PAS dan menentukan hala dan matlamat baru. Jik tidak, PAS akan hanya didokong oleh mereka yang berumur lebih 40 tahun, yang memangnya sukar untuk diubah sikapnya.

Jika PAS membuat pertimbangan dalam perspektif ulamak semata-mata, PAS bakal menghadapi tuntutan yang kuat daripada sekutu politiknya sendiri, terutama PKR yang dilihat semakin bijak menggunakan peluang mempengaruhi golongan muda. PKR dilihat lebih terkedepan malah BN terus melakukan perubahan untuk mengembalikan sokongan golongan muda.

Golongan muda Malaysia yang tidak menganggap UMNO sebagai "budi sosial" yang harus mereka balas, sedang mengorak langkah menentukan hala tuju politik negara. Mereka melihat kepimpinan UMNO yang lama sebagai "beban sosial" dan kerana itulah mereka semakin menolak perjuangan UMNO.

UMNO menyedari hakikat ini dan sedang cuba mengurangkan political bashing. UMNO sedang giat mencari kaedah untuk memikat golongan muda, tapi kejayaan adalah bergantung kuat kepada imej yang bakal dicorakkan oleh kepimpinan baru UMNO. Apakah pemimpin baru ini mampu menjadi sebahagian daripada budaya mereka atau terus memerperlihatkan sikap elitis bila berhadapan dengan akar umbi dan masyarakat kebanyakan. Inilah persoalan yang perlu dijawab? JIka masih mengekalkan nilai dan sikap lama, UMNO akan terus turut kehilangan pesona.

Tuesday, April 28, 2009

BAK PE SYARAT PULAK?

Kalu lagu ni, tak payah le nak ghoyat mace-mace. Oghe kapong boleh rebah semban. Ingat ke Tok Guru betul-betul nak juang bagi menyatukan Melayu atau semua rakyat Malaysia, tapi rupa-rupanya Tok Guru nak jadi Menteri Kewangan atau Pelajare. Tok Guru bukan nak sangat buat kerja tu, tapi nak cari duit banyak-banyak.

Menteri kewangan, banyak pitih tu. Pitih banyak boleh buat ghapo-ghapo hak Tok Guru nak. Pelajare pula Tok Guru boleh jadi Profesor atau ngajar tarbiyah kepada semua cik gu agar anak murid celaru. Tok Guru, cukup le dengan apa yang berlaku di sekolah-sekolah agama kerajaan negeri. Semuanya ada gambar Tok Guru, untuk apa?

Kalau Tok Guru betul-betul nak bentuk "kerajaan perpaduan", rama oghe kelate sokong. Tapi, Tok Guru kena tengok sendiri, oghe kelate dah bersatu ke semuanya? Kalate betul ke dah Islam semuanya? Banyak oghe tengok, masih banyak lagi tak betul?

Betul tak de kedai judi. Tapi ada teksi buat trip gi beli nombor kat Kuantan. Banyak oghe kelate kirim. Lepah le belanja dan gaji dia setiap kali gi beli nombor.

Lagu ni Tok Guru, biar kita sama-sama cawat kote. Kita gi tengok apa oghe kelate buat. Tengok male gapo ada kat pantai, kat lorong hatta kedai-kedai kopi. Ambo sediri pun takut nak balik kampong. Ambo dah kena, habis bare kemas dan pitis kena kebas.

Pegi Pantai Tok Bali nak tengok comel lagi ke? Tapi, bila kegheta ambo sampai, ambo kena kepong. Ambo ingat ada oghe nak minta tolong, tapi dia tolak ambo dan ambil apa saja ada dale kereta. Nasib baik ambo tak bawa pitih banyak, ada setakat seratus rial jah. Cermin mata pun dia ambil, nak ambil radio kaset, payah sikit kerana ambo bubuh skru panjang.

Dua hari lepah tu, ambo gi Kota Bahru . Ambo ingat maso ambo sekolah dulu tunggu bas net. Ambo jalelah. Tengah ralek jale, ambo tengok oghe tina . Dia kecek kelate, pakai tudung, tapi bajunya ketat, nampak bodi. Seluar jeans, Tuhan punye tahu, nampak punggung, tapi ambo tak tengok ada kurap ke tidak, cuma ambo kata dalam hati, nilah yang Tok Guru nak buat "membangun bersama Islam."

Kalu di Kuala Lumpur, ambo tak heran. Puak-puak Tok Guru pernah kata, Kuala Lumpur ada mace-mace dan boleh buat mace-mace. Tapi Kelate pun banyak juga. Ada oghe atas oghe, oghe atas nate, oghe buat kerja dalam kereta. Nikah hari ni, esok cerai. Tok Guru nanti kata, itu perangai manusia. Tapi Tok Guru lupa, perangai tu adalah bayang-bayang fikiran atau otak. Kalu otak serabut, perangai pun tak jenih. Tapi, pasal apa otak serabut?

Lagu mana tak serabutnya. Male male kecek politik. Siang hari kecek politik. Atas masjid kecek politik. Bila lagi nak kecek lagu mana nak cari duit, nak pegha anak bini. Lagu mana cari pitij nak bayar yuran ngaji,? Tak masuk lagi bayar denda buat kacau lawe bola??????????

Kalu dah tak ikhlas, mace-mace le syarat buat. Tapi tak apa, kalau betul-betul nak, boleh le berunding, jange pula bubuh syarat lain lagi, sampai oghe lain pun takut nak jumpa. Kalu banyak sangat, baik lah paling punggung, buat tak gheti jah..............

Kedai Gunting Anwar

Kalau hangpa ronda ronda kat Permatang Pauh ada satu kedai gunting nama Kedai Gunting Anwar.

Kecik aja, kera kangkang pun lepaih.

Dak bukan Nuat punya, kebetulan aja tu tapi bila aku tengok keadaan PKR la ni aku teringat kat kedai guntin ni pasai Nuat tu memang macam dok main gunting gunting.

potong mana tak suka, trim mana yang terlebih

sampai DCM1 pun kena trim

Bila dah kena trim Penanti, Nuat pun carilah kawan baik dia Mansor Othman nak duduk di situ, jadi penunggu di Penanti.

kalau join PKR macam tu lah, kata member aku sorang dari Kedah.

Untung dicalon jadi penunggu, kalau tak dicalon jadi lah pak turut

Dalam apa apa hal Anwar berkuasa mutlak dalam PKR, sapa berani lawan?

Cik Minah pun terpaksa pergi ke Kuala Lumpur nak minta diberi peluang berentap dengan Anwar one on one....

Umno plak tak decide lagi nak bertanding ke tidak, aku ingat bertanding kot, bekas ketua pemuda, Datuk Hisham dah dilantik Panglima Perang Pinang Sebatang, takkan tak nak pergi perang pulak. Ye tak?

Elok lah tu. Kita tengoklah apa nasib si Fairus yang menjadi mangsa kerakusan Anwar tu...
entah jadi ke tidak di nak kejar masters or was it PhD?

eloklah kita terus belajar,

jangan lepaskan satu hari berlalu tanpa mempelajari sesuatu yang baru kata pujangga

Sementara Anwar belajar potong rambut, mari kita belajar berhenti bergaduh sama kita. nanti orang lain sorakkan kita baru padan muka

Monday, April 27, 2009

PKR PECAT 16 AHLI

KUALA LUMPUR 27 April — Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat 16 ahlinya kerana menentang parti itu semasa pilihan raya kecil Bukit Selambau di Kedah dan Batang Ai di Sarawak baru-baru ini.
Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Pimpinan Rakyat parti itu semalam.
Mereka dipecat kerana pelbagai kesalahan seperti menjadi calon atau menyokong calon yang menentang parti, mengkritik parti melalui media dan mengisytiharkan diri keluar dari parti, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
S. Monagakumar dan A. Jayagopal dipecat kerana menjadi calon Bebas semasa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau 7 April lepas.
Turut dipecat di Kedah ialah Abdul Hamid Othman, Roslan A. Hamid, Abu Bakar Din, Abdul Wahab Mat Isa, Mustafa Hassan, B. Kalai Vanar, K. Deivanai Krishnan, Abu Bakar Hamid, Ahmad Ayub dan Azhar Ahmad.
Empat orang yang dipecat di Sarawak ialah Dr. Ambrose Labang, Wong Kee Kai, Rajang anak Unau dan Kudik Untung, kesemuanya dari Bahagian Julau. BERNAMA

PENANTI YANG DEBAR MENANTI?

Tarikh bakal PRK Kecil sudah diumumkan. Jika ada pertandingan, selepas selesai proses penamaan calon pada 23 Mei, pembuangan undi ialah 31 Mei 2009. Kempen hanya seminggu, tapi PKR sudah memulakan gerakan mempengaruhi pengundi. BN masih belum banyak melakukan gerak kerja, kerana masih belum pasti sama ada akan bertanding atau tidak.

Yang jelas sekarang ialah bekas Ketua Wanita PKR yang memohon agar BN memberikan sokongan bagi menghadapi tentangan sama ada PKR atau PAS. Pas bercaang untuk meletakkan calonnya, manakala PKR masih belum membuat keputusan berhubung dengan hasrat PAS tempatan.

Beliau meminta laluan untuk memudahkannya berlawanan dengan bekas rakan perjuangannya dalam PKR bagi menegakkan "keadilan dan kebenaran." Mungkin Aminah akan turut memecahtembelangkan apa yang telah berlaku dalam PKR, sehingga menyebabkan beliau ingin menentang parti yang pernah diterajuinya.

Mungkin ada lagi tuduhan, jika BN tidak bertanding, Aminah akan dilihat sebagai "calon tajaan BN". Itu mungkin alasan yang bakal dimanipulasikan, sebagaimana pernah digembar-gemburkan calon Bebas dalam PRK Bukit Selambau sebahagiannya adalah tajaan BN.

Suara sumbang mengenai pengundi hantu akan terus kedengaran, tapi bila menang "bukan hantu yang menjadi pengundi, tapi rakyat". Itulah mitos yang sering dilaung-laungkan dalam pilihan raya bila berhadapan dengan BN.

DUN Penanti mempunyai pengundi lebih 15,000. Namun untuk meraih kemenangan setiap parti yang bertanding perlu kerja kuat dan menunjukkan solidariti yang tinggi. Jika calon UMNO bertanding, lain-lain parti komponen hendaklah bersatu bergerak dalam platform BN. Tidak berlaku seperti lain-lain kawasan PRK, kerana perebutan dalam parti telah pun selesai, kecuali PAS.

Jangan jentera UMNO akan jadi seperti Bukit Selambau. Umno bahagian tidak sehaluan dengan Perhubungan Negeri. Ada dua buah gerakan. Mungkin tidak berlaku di Penanti. Datuk Dr. Zahid yang baru menerima mandat sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang tidak akan membiarkan perkara ini berlaku.

Tokai harap kalau ada pemimpin UMNO P.Pinang tidak endahkan seruan perpaduan dan melakukan perubahan, Datuk Dr. Zahid mestilah "pulas telinga mereka." Datuk mesti pulas bukan kerana benci, tapi teramat rindu kepada mengembalikan keyakinan masyarakat kepada UMNO. Tentu Datuk Dr. Zahid mahir dengan sepak terajang "jamak tok ayah" atau "air sirih nana dan lenggok mami" kerana itulah diberikan tanggungjawab menyusun semula UMNO Pulau Pinang.

Kali ini jangan lagi terlepas. Jangan jadi seperti gurindam Bayan Baru, Bayan Lepas......ya Pak Pie tolonglah sambungkan.

MANA OH DI MANA WAKIL RAKYAT PKR

Hari ini (27 April 2009), Tokai baru pulang setelah dua hari berada di Sungai Petani. Tokai ke sana bukan untuk mencari wakil rakyat yang baru menang kira-kira 20 hari lalu, tapi sekadar menghadiri majlis kenduri anak kenalan. Selama dua hari berada di sekitar Taman Ria dan Taman Ria Jaya, Tokai tidak nampak pun kelibat wakil rakyatnya.

Waktu kempen dulu berjanji akan bersama rakyat. Tapi beberapa penduduk Taman Ria mengeluh, usahkah muncul, bayang pun tak nampak. Itulah hakikatnya, sebelum dapat jawatan boleh janji pelbagai, tapi bila dah dapat, "nak jengok kami pun tak mahu."

Dia bukan anak Sungai Petani, kerana itu tidak hairan dengan pengundi sekitar Taman Ria dan Taman Ria Jaya, yang mempunyai kepadatan tinggi. Sekitar perumahan Paya Nahu juga merungut, walaupun tempat itu dikatakan kubu kuat sekutu PKR. UMNO atau BN tak mampu untuk masuk ketika kempen PRK Kecil Bukit Selambau.

Seorang pengundi, yang memperkenalkan dirinya sebagai Mak Jah merungut mengenai wakil rakyat PKR yang seorang itu. Paa mulanya Tokai agak segan untuk memanggil wanita itu sebagai Mak Jah. Setelah mengkreditkan usia sebenarnya dan Tokai terasa usia telah didiskaunkan, maka terima juga panggilan itu.

Menurut Mak Jah, sebaik sahaja menang, tidak jengok. Setelah diumumkan sebagai wakil rakyat, batang hidung pun hilang. Mungkin sibuk, sibuk untuk menyesuaikan diri dengan corak pergaulan dan memahami lagak seorang wakil rakyat. Itulah komen Tokai sepanjang perbualan kami.

Bagi Tokai itulah resam hidup. Masa bercinta semuanya indah belaka. Bila kahwin, langit semakin tinggi dan bumi tidak lagi rata. Longkang pun langkahlah sendiri.

Sunday, April 26, 2009

SELSEMA BABI PULA

Beberapa tahun lalu kita didedahkan dengan sejenis penyakit berkiatan sentuhan manusia dan unggas. Waktu itu banyak pihak mengambil langkah tegas termasuk memusnahkan ternakan (ayam, itik dan burung) di kawasan-kawasan yang dikhuatiri di serang penyakit itu. Nama yang diberikan kepada penyakit tersebut ialah selsema burung.

Pagi ini kita dikejutkan satu lagi bentuk selsema. Tapi, kali bukan unggas yang menjadi bahan cemohan, tetapi BABI.Sebut sahaja perkataan babi, kita mungkin terkenangkan peristiwa yang pernah berlaku di Kg. Sawah, Pacitan dan Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan. Ketika itu, ladang ternakan babi berselerak, menyebabkan ramai yang dilanda wabak JE. Hotel Port Dickson lesu, tiada orang datang berkunjung.

Selepas itu kita mungkin terkenangkan dengan projek ternakan babi moden yang cuba diusahakan oleh kerajaan negeri Selangor. Kg. Tumbuk Darat, Sepang akan dibangunkan dengan teknologi canggih dari Jerman dan menelan belanja lebih RM 100 juta. Yang lebih penting ialah keselamatan penduduk sekitar, tetapi tetap meneruskan projek tersebut kerana boleh mendapat keuntungan besar.

Setakat ini belumlah merebak luas. 13 orang telah mati di Mexico City, 4 di San Luis Potosi, dua di Baja, California dan satu di Selatan Oaxaca. Penyakit ini memannya mudah berjangkit, kerana manusia tidak pernah duduk diam. Manusia bergerak dari satu tempat ke satu tempat dan kemajuan teknologi turut mempercepatkan penularannya. Lebih 1000 orang dijangkiti setakat ini.

DEngan adanya wabak ini, mungkin ada pihak mulai kendur untuk meneruskan usaha menternak babi. Mungkin ada juga pihak yang mula mengurangkan penggunaan daging babi dalam menu makanan harian. Dan, akan menambahkan lagi ketakutan dan kekhuatiran masyarakat berkaitan dengan babi.

Dalam masyarakat Melayu, babi dianggap sebagai sesuatu yang menjijikkan. Malah, kalau seseorang itu begitu nakal dan tidak mendengar nasihat, kedegilannya itu disamakan dengan babi. Babi juga merupakan perkara yang tidak mudah diterima oleh masyarakat babi, malah menghampirinya ramai yang geli geleman.

Kalau nak masuk restoran pun, khuatir ada unsur babi, akan ditinggalkan. Kalau dah termakan, secara otomatisnya muntah. Itulah sebahagian kekhuatiran masyarakat Melayu mengenai babi, tapi kini merebak menjadi penyakit yang ditakuti oleh semua orang, Islam dan bukan Islam.

SPRING HAJI HADI BERBINGKAS LAGI

Khabarnya Haji Hadi tarik balik cadangan untuk menubuhkan "kerajaan campuran". Haji Hadi takut tidak akan menang nanti kalau dicabar oleh calon erdogan, Husam Musa yang disebut-sebut akan melawan jawatan presiden. Walaupun menafikan alasan tersebut sebagai punca utama menarik balik cadangan yang dibuat dalam muktamar PAS tahun lalu itu, banyak orang faham dalih Haji Hadi tersebut.

Haji Hadi memang mahir politik, terutamanya politik dolak dalik. Kalau dia tak mahu, tentunya dia tidak akan pindahkan masalah kepada benda lain. Contoh yang paling ketara ialah apabila membuat kutipan untuk membina masjid dan surau sepanjang memerintah Terengganu selama 4 tahun, sampai tamat pentadbirannya yang dibuat ialah rangka masjid atau surau. Banyak tak siap, termasuklah kes di Kampong Bujal, Meraga Beris, Kemaman.

Kerana terperangkap dengan helahnya, maka sebuah bangunan dibina dengan begitu cepat. Bila cadangan untuk merobohkannya, kerana tanah tersebut diberikan status tol untuk dijadikan kawasan tanaman kontan, telah diberikan peringatan jika tidak diusahakan dalam tempoh tertentu, akan diambil balik. Maka dia pun mendirikan bangunan, semasa itu tidak mengisytiharkannya sebagai bangunan masjid.

Bentuk dan struktur dalamannya ala masjid. Semasa dioperasikan perobohan, buatlah onar lagi dengan helah "merobohkan masjid". Maka percayalah sebahagian orang bahawa yang dirobohkan itu masjid, bukannya "markas PAS."

Helah yang hampir sama digunakan. Takut kehilangan kuasa dan sokongan, kerana ada yang menentang cadangan "kerajaan campuran", maka ditarik balik. Kali ini spring politiknya dilepaskan dengan harapan boleh mengendurkan ketegangan penyokongnya yang mula berbelah bahagi.

Penarikan itu mungkin ada kaitan dengan kesukaran golongan ulamak dalam PAS menguasai pemilihan Jun ini. Masa hanya tinggal dua bulan, mendesak untuk beliau menarik balik. Perspektif pemikirannya masih kacau, kerana "kerajaan perpaduan" semakin tercabar apabila Najib dilihat lebih terkedepan menghuraikan matlamat 1 Malaysia.

Kerana takut kalah, Haji Hadi mestilah tarik balik spring politiknya. Jika tidak, bukan sahaja dia kempunan untuk menguasai puak erdogan yang semakin diterima oleh golongan muda PAS. Haji Hadi bakal kehilangan kerusi empoknya yang boleh menyebabkan beliau disanjung, kata-katanya diterima pakai. Tanpa jawatan itu, Haji Hadi mungkin tidak akan ke mana. Dah le idea penubuhan negara Islam dan menegakkan hukum Islam sudah ditinggalkan jauh, ditumbuk lumat jadi sambal belacan.

Mentimun ideologi PAS semakin lenyap apabila bersekududukan dengan musuh politiknya dulu. Dulu sekwatu lantang dengan ideologi Qutbism melontarkan panangan taghut, Islam kulit, kafir makan sembelihan orang Islam lain kecuali PAS, sembahyang tidak sah jika berimankan orang UMNO, janji nak dedahkan berpuluh juta wang yang disalahgunakan semasa ambil kuasa politik Terengganu, tapi setelah berlalu lupakan semuanya.

Mula mencari ideologi baru sehingga sanggup "nikah mutaah" dengan bukan Islam demi kelangsungan politik dan kuasa. Dia yakin, jika tidak menarik balik cadangannya, akan tersungkurlah dan peluangnya akan tipis untuk menang dalam pilihan jawatan presiden PAS nanti. Ketika itu pun untuk mencandat sotong pun tiada siapa yang akan ikut. Pulau Kapas yang berdiri megah bertentangan dengan masjid Rusila akan kehilangan pengunjungnya, terutama setiap pagi Jumaat.

Friday, April 24, 2009

Tukar Daging Untuk Seks

APABILA cimpanzi jantan menambah makanan yang dikongsi, bilangan aktiviti seks yang diadakan dengan cimpanzi betina juga bertambah.
SELEPAS tahap kebijaksanaan atau IQ yang dimiliki oleh seekor cimpanzi didedahkan kepada umum, kini satu lagi penemuan dilakukan mengenai mamalia itu. Penemuan terbaru mendapati cimpanzi mahir dalam sistem tukar barang (barter).
Dalam usaha untuk mendapatkan rundingan yang adil, cimpanzi didapati mengadakan perbincangan sesama sendiri bagi menukar seketul daging untuk mendapatkan seks.
Cimpanzi jantan dikatakan sanggup berkongsi hasil buruannya dengan sekawan cimpanzi yang lain bagi membolehkan dirinya mendekati cimpanzi betina di dalam kawanan tersebut. Dengan hasil pertukaran itu, cimpanzi jantan terlibat akan dibenarkan menjalin hubungan seks dengan cimpanzi betina pilihannya.
Penemuan itu dilakukan oleh Christina Gomes dan rakan-rakannya dari Institut Evolusi Antropologi Max Planck, Jerman. Mereka telah mengadakan kajian di hutan Tai di pesisiran pantai Ivory, barat Afrika. Sambil memerhatikan tabiat dan habitat cimpanzi semasa memburu makanan, kumpulan pengkaji itu turut merekodkan data mengenai aktiviti seks yang berlaku dalam kalangan kumpulan cimpanzi.
"Dengan berkongsi makanan, cimpanzi jantan meningkatkan peluang untuk mengadakan seks dengan cimpanzi betina di dalam kawanan lain. Pada masa yang sama, cimpanzi betina menerima kandungan kalori yang tinggi apabila menikmati makanan yang ditukarkan itu.
"Menariknya, apabila cimpanzi jantan menambah jumlah makanan yang dikongsi, bilangan aktiviti seks yang diadakan dengan cimpanzi betina juga bertambah sekali gus meningkatkan peluang untuk ia menjadi lebih subur
," katanya.
Sementara itu, daging adalah salah satu daripada diet penting dalam kehidupan seharian cimpanzi. Ia tinggi dalam protein.
"Memandangkan cimpanzi betina tidak memburu, sukar baginya untuk mendapat bekalan daging yang konsisten," ujar Dr. Gomes.
Hipotesis mengenai seks untuk daging telah lama wujud bagi menjelaskan mengapa cimpanzi jantan sanggup berkongsi hasil tangkapan. Bagaimanapun, usaha untuk merekodkan kejadian itu gagal dilakukan sebelum ini.
Pendekatan baru yang digunakan oleh kumpulan Dr. Gomes adalah melihat beberapa petunjuk yang bakal membantu dalam membongkar rahsia evolusi manusia. Beliau mencadangkan agar penyelidikan itu digunakan sebagai asas kepada kajian terhadap hubung kait di antara kemahiran pemburuan yang bijak dan kejayaan sistem produktif.
"Penemuan ini benar-benar menarik perhatian saya dan selepas ini, saya ingin mendalami kehidupan seorang pemburu yang bergantung pada hasil tangkapan," tambahnya.
Sementara itu, Michael Gurven dari Universiti California di Santa Barbara, Amerika Syarikat menyelidik tentang sifat manusia dalam komuniti pemburu di Amerika Selatan. Katanya, perkaitan di antara kemahiran pemburuan yang bijak dan kejayaan sistem produktif dapat memberi gambaran yang jelas terhadap cara pemikiran manusia.
Beliau berkata, hasil yang dikumpul daripada penyelidikan itu memberi input kepada proses menjalin ikatan perhubungan sesama manusia dalam tempoh masa yang lama.
"Perbuatan ini tidak diketahui sebelum ini," katanya. www.kosmo.com.my

Thursday, April 23, 2009

Fairus tak salah, yang salahnya siapa??????

Nampaknya gelojoh sangat pemimpin PKR bila "memaksa" Fairus letak jawatan. Belum pun ada keputusan bersalah, Fairus sudah dijatuhkan hukuman seolah-olah benar-benar bersalah. Kesian kat Fairus, tapi syukur lah Fairus turut mendapat anaknya yang keenam. Mendapat anugerah berganda nampaknya.

SPRM turut menjelaskan, tidak ada asas kukuh untuk mendakwa Fairus. Kali ini pengundi Penanti akan menentukan, untuk sokong atau tidak PKR. Jika PKR bertanding, tugas utamanya untuk meyakinkan pengundinya sendiri mengenai isu ini. Tentu banyak pengundi mungkin ragu-ragu niat sebenar PKR, khususnya pemimpin de factonya.

Fairus ketika bertugas sebagai TKM 1 hanya diberikan tanggungjawab mengendalikan kes pemberian tanah kepada seseorang di Seberang Tengah. Setelah siasatan dibuat, Fairus "ada meminta dan menerima pembiayaan daripada seorang pengusaha kuari bagi menghadiri kurusu antarabangsa di London. Pengusaha kuari itu memberikan sumbangan untuk membolehkan beliau berkursus di London.

Ikut laporan itu lagi, Ramasamy iaitu KM II turut hadir. Kerajaan turu membiayai perbelanjaan dua orang TKM itu. Yang anehnya, jika TKM II turut terlibat, kenapa DAP tidak ikut mendesak Ramasamy membuat kenyataan. Ramasamy masih jadi KM II, kerana DAP takut tembelang itu pecah. Maka didiamkan sahaja.

Walau pun menerima sumbangan itu tidak salah, SPRM mengingatkan agar kerajaan negeri, jabatan dan agensi kerajaan "mematuhi peraturan dan tatacara permintaan serta penerimaan daripada pihak luar." Apa komen Ketua Menteri yang selalu memperjuangkan ketelusan, amanah dan akauntabiliti.

Syukurlah Fairus sudah bersih dan telah "membuiktikan yang benar tetap benar dan yang batil tetap batil." PKR mungkin tertampar dengan karenahnya sendiri, dimalukan oleh puak-puak yang sedang melobi untuk menjadi wakil rakyat kerana dengan harapan kosongnya DUN Penanti, maka adalah peluang nanti. Itu pun sudah jelas, tapi apa strategi nak dilakukan oleh DSAI bagi mengembalikan kepercayaan pengundi Penanti nanti, yang tertikam oleh "keris sendiri."?

Ini mungkin menambahkan lagi kekusutan dengan PAS. PAS sudah tidak mahu calon PKR, tapi kalau DSAI sendiri bertanding, bagaimana? DSAI banyak duit, untuk Permatang Pauh ada berita telah dibelanjakan duit sendiri sebanyak RM 30 juta. Untuk kali ini mungkin lebih lagi kot, kalau menang "mungkin" boleh desak jadi Ketua Menteri. Nak ke Putrajaya, harapannya semakin tipis.

Apakah cukup untuk PKR mendesak? DAP tentu tidak bagi peluang, itu sudah jadi milik mereka. Syok jadi Ketua Menteri, banyak boleh dilakukan, orang banyak sayang. Tapi bila dah tak ada kuasa, mulalah "gila bayang" agaknya. Kondem itu dan kondem ini sehingga apa yang dibuat oleh orang lain, semuanya salah dan tidak betul. Mulalah korek itu dan korek ini, kerana semasanya sajalah yang terbaik.

Teringat lirik lagu TAn Sri SM Salim, apa dah jadi. Apa dah jadi, sampai sekarang tak kahwin lagi. Biarlah saya tambah, apa dah jadi, apa dah jadi, pengundi Penanti tertipu lagi. Tipah yang tertipu pun suka sekali................

RM 30 JUTA, UNTUK PERMATANG PAUH SAJA

Cerita yang Tokai dengar meremang bulu roma. Dalam akhbar the sun hari ini (23 April 2009) ada andaian bahawa kerajaan membelanjakan wang sebanyak RM 17 juta untuk polis sepanjang PRK Kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Untuk PRK Kuala Terengganu sebanyak RM 15.5 juta. Jika diambil kira empat PRK itu, polis dah belanja RM 32.5 juta. Lebih RM 2.5 juta dariapad yang dibelanjakan oleh DSAI untuk memenangkan dirinya sendiri dalam "pilihan raya kesian kat suami" pada tahun lalu.

Barangkali orang macam Tokai ini bolehlah hanya memasang mimpi untuk jadi wakil rakyat, tetapi keupayaan tidak ada. Kalau nak bandingkan calon Bebas cap kapal terbang kat Bukit Selambau pun Tokai rasa gerun. Oleh itu, Tokai terus gantungkan harapan hanyalah pada tiang tengah masjid untuk belajar lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Politik bagi Tokai hanyalah sebagai bahan untuk bersembang dan menajamkan pemikiran. Tidak berminat nak jadikannya sebagai profesyen kerana kalau mati hidup balik sebanyak lapan kali pun tak mampu nak cari duit sebanyak RM 30 juta. Memang hebat kempen ketika itu, tapi DSAI lebih hebat menghamburkan kata-kata dan Badrul Amin bermunajat semalaman di Masjid Bandar Baru Perda memohon agar dilaknat orang-orang tertentu.

Tokai tak minat nak berdoa agar orang lain dilaknat Allah SWT. Sebagai saudara seagama, Tokai lebih cenderung berdoa agar setiap daripada kita hidup dalam keimanan, aman, sejahtera dan negara tidak huru-hara.

RM 30 juta besar jumlahnya. Kalau polis belanja untuk menentukan PRK tidak dicemari oleh pergaduhan, "perang saudara atas nama parti", Tokai sangat faham. Itu adalah pengorbanan untuk negara. Tapi kalau DSAI belanja RM 30 juta untuk membolehkan dirinya terpilih jadi Wakil Rakyat, itu sudah melampau.

Bagi Tokai kalau ada RM 30 juta, baiklah duduk diam atau berkebun saja. Beli tanah seluas 500 ekar di kawasan pedalaman, dan usahakan penanaman. Sekurang-kurangnya lebih 50 orang dapat menyara keluarga bekerja di ladang itu, lebih memberikan makna dan membantu. Kalau berkempen yang hanya memakan masa sekitar dua minggu, lebih baik berikan sahaja kepada khairiah masjid binakan masjid. Boleh mereka turut doakan kita panjang umur, murah rezeki dan sejahtera. Ada juga berkatnya.

Dari mana DSAI dapat duit sebanyak itu? Apa perniagaannya? Apakah DSAI mempunyai lombong emas dan hasilnya dijual untuk membiayai kempen tersebut? Wallahuaklam, yang kita pasti, DSAI pernah mengkritik "politik wang." DSAI belanja sakan tu bukankah maknanya politik wang? Tabur sana dan tabur sini untuk orang menyokong dan berkejar meraih undi bukan "politik wang'?

Tokai hanya ada mampu belanja kawan-kawan minum teh tarik, tapi tidaklah setiap hari. Kalau seminggu sekali dan seramai 5 atau enam orang boleh. Setakat RM 30 sekali seminggu, tak jadi masalah. RM 30 juta, mampuih pun Tokai tak dapat.

Wednesday, April 22, 2009

JASMIN, SABUNLAH MAT SABU

Tokai ucap tahniah kepada Adun Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohamed. Tokai kenal siapa Jasmin, ia akan meneriak lantang dan sanggup menghujam bumi demi mempertemukan kebatilan. Datuk Jasmin sedikit pun tak gentar walaupun panglima yang diserangnya itu juga orang Sungai Dua, kerana panglima PAS yang tewas di PArlimen Kuala Terengganu dalam PRU ke-12 lalu selalu menyabung suara sumbangnya. Dia pernah diibaratkan sebagai ayam laga PAS, kerana kata-katanya yang sedap di dengar tetapi penuh hampas.

Sikap haprak Mat Sabu sejak sekian lama termasuk tuduhan khalwatnya dengan Norma di Hotel Perdana, Kota Bahru memberikan gambaran, dia bukanlah baik sangat. Wajahnya sudah cukup menampakkan riak dan wasangka, walaupun menunjukkan warak dan alim bila berjumpa. Tingkahlaku, kasar dan kata-katanya pedih sampai ke hulu hati kerana sering membuat tuduhan melulu, melanggar prinsip kehematan berucap dan etika percakapan dalam Islam.

Mat Sabu dikhabarkan menerima elaun yang besar daripada PBA Holding Berhad sebagai ahli lembaga pengarah bebas. Lim Guan Eng semasa mula-mula jadi Ketua Menteri memberikan amaran tidak akan melulus atau membenarkan wakil rakyat atau exco memohon tanah kerajaan negeri. Tapi dikhabarkan, menurut pendedahan Datuk Jasmin ada seorang exco dan isterinya telah diluluskan tanah oleh kerajaan negeri. Dia tu (exco -le maksudnya- puak siapa?. Bukankah itu kroni? Mana telusnya, tanya Datuk Jasmin lagi.

Itulah, kalau nak salahkan orang lain memang mudah. Tapi, terkena batang hidung sendiri, apa dah jadi? Marah ke? Teringat kata-kata P. Ramlee, kalau marah kena jual. Kalau bantah, ambillah tikar bantal dan keluarlah dari rumah? Eh, takkanlah sampai begitu sekali?

Kalau bukan begitu, begini Tokai cadangkan: minta Mat Sabu lepaskan jawatan. Suruh Hamdan (Adun Permatang Pasir) jelaskan kenapa tidak boleh bahas setiap perkara yang ada kaitan dengan kepentingan awam dalam Dewan. Minta Mat Sabu hadir, biarlah dia faham bahawa sukarnya menyabunkan diri, dan pedihnya mendengar kritikan terhadap diri sendiri. Kalau dulu, Mat Sabu boleh mengatakan orang lain, kini biar dirasakan keaiban bila diri sendiri menjadi bahan kritikan dan diketawakan orang.

Marilah mari, kira ramai-ramai pergi ke Dewan Undangan Negeri, menonton gelagar Mat Sabu apabila dikritik. Kalau tak muat, kita boleh berkumpul di Kota Fort Cornwalis, angin Selat Melaka mungkin tidak cukup untuk mengejukkan kepanasannya.

BISA MENGKUANG DI DUN PENANTI

Belum pun reda reaksi kegagalan PKR menamakan pengganti Fairus sebagai TKM 1, PAS sudah membantah tidak boleh terima calon dari PKR dalam PRK DUN Penanti yang sedang menanti setelah dikosongkan beberapa hari lalu. BN belum pasti meletakkan calon dan keputusannya mungkin akan diperoleh dalam masa terdekat. Ada yang menyokong cadangan kemungkinan BN tidak meletakkan calon, tetapi MIC dan mantan Perdana Menteri membuat kenyataan di sebaliknya.

Walau apa pun keputusan BN, kita tunggu keputusannya besok (Jumaat, 24 April 2009). PAS semakin tersiksa dengan bisa mengkuang PKR yang dianggap gagal menangani perletakan jawatan Fairus, yang pada mulanya hanyalah melepaskan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM 1). Lebih seminggu Lim Guan Eng menunggu, tapi yang ditunggu juga tak tiba, yang diharapkan berguling-guling seakan diterjah gelombang Selat Melaka ketika menghadapi bencana tsunami 26 Disember 2004 yang lalu.

Khabarnya seramai 115 orang perwakilan PAS Permatang Pauh (kawasan parlimen DSAI) memutuskan agar PKR tidak meletakkan calonnya. PKR perlu memberikan laluan kepada calon PAS kerana DUN Penanti dianggap kubu kuat PAS di Pulau Pinang sejak sekian lama. Alasannya mudah, PAS tidak berpuas hati dengan "dengan sikap PKR", "ada ahli akar umbi curiga dan ragu-ragu, terutama pengundi atas pagar" yang menyokong PKR, "cara penyelesaian kepimpinan PKR" menyelesaikan kemelut sehingga menyebabkan perletakan jawatan TKM 1 dan mengosongkan kerusi DUN Penanti.

Apa tidaknya, Fairus masih disiasat dan belum dibuktikan bersalah. Fairus kena asak oleh PKR sendiri yang cemburu dan sakit hati apabila beliau merupakan pemimpin termuda yang diberikan jawatan sebagai TKM dalam kepimpinan negeri. Ada yang sudah lama bergelut dalam politik, dan berhasrat untuk jadi TKM tidak diberikan peluang. Fairus bukan mudah ikut telunjuk DSAI walaupun beliau merupakan penyokong tegar DSAI sebelum ini.

Sanggup melepaskan jawatan di sebuah sekolah agama swasta berhampiran Sri Gombak, Selangor pulang bertanding di kampong halaman. Selepas PRK Permatang Pauh, DSAI pernah memberikan ingatan agar Fairus mendekati rakyat, tetapi alasan beliau kerana ingin menumpukan perhatian memperkemaskan pentadbiran negeri yang baru berubah kepimpinan.

Kong-koli-kong, kepala Fairus dihantuk dengan kuatnya. Tapi Fairus masih kuat, mangambil jalan meletakkan jawatan dengan alasan untuk melanjutkan pelajaran dan bersama keluarga. Walaupun hujahnya remeh, seremeh duri mengkuang jika bijak menguruskannya, rupanya terpijak kaki pemimpin PKR sendiri. Bisanya boleh menyebabkan bernanah, dan kalau turut mengidapi kencing manis, alamak potong kaki nanti.

Walaupun DSAI dah minta maaf dengan Lim Guan Eng, tapi pengundi Penanti termasuk sekitar perkampungan yang ada hubungan dengan pokok mengkuang itu akan terus teras bisanya duri mengkuang. Dulu pernah heboh, mengkuang road tempat kegiatan sumbang, manakala empangan mengkuang lokasi aktiviti Semarak, pemimpin bersama rakyat. Apakah kali ini, mengkuang menjadi medan tersungkurnya PKR atau pecahnya kahwin kontrak PAS-PKR?

Monday, April 20, 2009

Selumbar nibong dalam Pakatan

Sabtu lalu, 18 April 2009 entah kenapa tiba-tiba kawan lama menelefon. Agak lama juga tidak kirim berita, setelah kawan lama itu bergelar wakil rakyat. Sejak menang pilihan raya atas tiket PAS, Mac 2008, saya sempat kirimkan sms mengucapkan tahniah. Walau pun antara saya dan dia berlainan pandangan politik, kawan tetap kawan. Kami berkawan sejak kecil lagi, semasa sama-sama main sorok-sorok bawah sekolah kayu takutkan guru besar, kerana sebelumnya kami sesama mandi sungai.

Menurut cerita, PAS tahun ini memang hebat. Akan ada banyak cabaran dan ada dua kumpulan sedang cuba melobi merebut jawatan. Kumpulan kepimpinan ulama dilihat oleh puak yang satu lagi, yang digelar erdogan beriya-iya mahu menerajui kempimpinan parti.

Digunakan segala helah dan bunga-bunga silat, agar kecundang kumpulan ulamak. Yang sedihnya, ada tuduhan terhadap seorang pemimpim ulamak yang suatu ketika dahulu amat terkenal dengan doktrin taghut, fatwa kafir mengkafir, assabiyah, tetapi apabila diberi peluang menerajui kepimpinan negeri Terengganu, terkena gelombang biru tsunami. Hanya mampu jadi Menteri Besar selama sepenggal, parti pimpinannya tewas.

Maka kegagalannya meneruskan penguasaan pentadbiran Terengganu menyebabkan dia dibelasahkanlah teruk oleh puak-puak erdogan. Kempimpinan yang lemah, tidak tahu mentadbir, selalu tidur dalam Dewan Undangan Negeri, tidak pandai merancang, kurang peka dengan masalah rakyat menjadikan BN dapat kembali berkuasa pada tahun 2004.

Atas alasan percubaan yang gagal itulah maka Tuan Presiden tidak lagi mampu memimpin PAS. Tok Guru yang satu lagi, yang pandai memerintah dan mampu mengekalkan kuasa di Kelantan sering mempunyai pendapat yang bercanggah dengan tuan presiden. Sebagai nakhoda, akhirnya tunduk juga dengan keputusan tuan presiden. Kita pun tidak tahu, tapi kalau dalam operasi pukat jerut, nakhoda bot hanyalah mengikut arahan yang diberikan oleh juru selam. Juru selam lebih mengetahui lubuk ikan berbanding tuan nakhoda (atau juru mudi).

Sebab itu Nasharudin Mat Isa bergerak ke sana ke mari bersama-sama kumpulannya. Husam pun ada juak-juaknya sendiri. Khabarnya, mungkin HUsam akan berpakat untuk sesama menumbangkan tuan presiden dengan Nasharudin. Nasharudin lawan presiden manakala Husam jadi Timbalan Presiden.

Husam boleh buat kerja itu. Husam banyak duit, kerana dia pandai. Dia bijak mengambil peluang dan membaca potensi, malah ada yang menganggap sentuhan Husam bagaikan sentuhan midas dalam dunia perniagaan suatu waktu dahulu. Husam gunakan kelebihannya, membina kekuatan dan sudah banyak yang terhutang budi dengannya, termasuk menang tanpa bertanding di Kubang Kerian. Dia juga turut menguasai Harakah dan harakahdialy online. Kerana itulah berita-berita mengenai puaknya banyak terpapar hinggakan Tok Guru dan Tuan Guru tak keruan dibuatnya. Pernah diberikan peringatan, tapi puak-puaknya tetap buat-buat tak faham.

Tuan Guru sudah buat kenyataan, sedid ditandingi. Kecil hati Tuan Guru yang banyak meniupkan semangat orang Melayu supaya menyokong PAS suatu ketika dahulu, termasuk Husam dan Nasharudin ketika itu masih dibangku sekolah. Tuan Guru yang muda belia dan darah masih panas kerana banyak mengambil idealisme Syed Qutb dan Ikhawanul Muslimin, al-Maudidi dengan Jemaat Islami berjaya melonggarkan lutut ramai umat Islam. Ceramah-ceramahnya, walaupun diadakan di dalam kebun getah, tetapi mendapat sambutan.

Husam bijak menggunakan saluran media. Bukan sekadar dua akhbar (cetak dan on-line) malah bersengkongkol dengan kickdefella, Penarik Beca, Tulang Besi membuat tafsiran pelbagai bagi menimbulkan keraguan dan syak wasangka terhadap kumpulan Tok Guru dan Tuan Guru.

Tok Guru pernah, sama ada secara bergurau atau serius menyifatkan Husam sebagai calon yang layak menjadi presiden PAS. Mungkin kerana Tok Guru dah tak sanggup lagi berlawan dengan tsunami Husam, maka kesimpulan itu dibuat. Tok Guru mungkin sedar, Husam akan tetap menggunakan caranya sendiri, seperti mana sifunya suatu ketika dahulu menumbangkan Tun Ghafar Baba. Nak cuba belasah ketua nombor satu, sudah dapat dihidu lebih awal, dan kena belasah. Hingga kini masih belum boleh terima kenyataan, masih cari jalan nak jadi Perdana Menteri walhal mimpinya sudah lama berakhir.

Kawan-kawan rapat yang cuma bersetuju secara kontrak, makin pening. Karpal Singh suruh bertaubat, masih belum dilakukan. Husam nak teruskan "negara Islam", Karpal Singh tersinggung dan Guan Eng minta penjelasan Tuan Guru. Tuan Guru jolokkan "kerajaan perpaduan", Guan Eng semacam kepanasan. Tapi, kenapa sokong Eli? Patutnya turut tidak setuju kerana Eli telah mengaibkan parti-parti dalam kumpulan "kahwin mutaah"itu?Kenapa tidak perincikan soal dosa dan pahala, sebagaimana pernah dibuat ke atas orang UMNO suatu ketika dahulu? Gunakan kriteria yang sama, wahai Tok Guru dan Tuan Guru?

Dr. Syed Husin Ali marahkan Guan Eng kerana guna media kecewa dengan PKR atas isu Fairus. Dahulu ia-ia marahkan media kerana memutarbelitkan kenyataannya, tapi kali ini kenapa guna media. Tidakkah pelik bin ajaib namanya? Sekali begitu, sekali begini. Tak ubah seperti permainan gelap-cerah kanak-kanak suatu ketika dahulu.

Nampaknya banyak selumbar nibung dalam pakatan parti-parti politik dalam "perkahwinan mutaahnya" kali ini. Istana pasir yang sedang mereka duduki, semakin menipis kerana teriknya mentari dan kuatnya angin menerjah, selumbar nibung akan menembus kulit-kulit kaki. Gigi pantai, pasir-pasir akan runtuh dan istana pasir pecah berderai......

Saya akan terus mengelamun di tepian tasik, pantai yang selama ini memberikan inspirasi telah lama tertutup muaranya............

Minta Gambar baru eli, eh gelinya....


Walau pun Tokai belum tengok gambar terbaru Eli, Tan Sri Khalid terasa bagaikan mendapat semangat baru tanpa perlu mencari Goji Guarana. Maksud Tokai, Tan Sri Khalid perlukan kekuatan baru untuk menyanggah keputusannya untuk mengekalkan Eli dalam senarai exconya yang dilanda ngilu dan geli politik. Ngilunya tidak akan habis kerana insiden yang berlaku tetap berbekas dalam ingatan rakyat.

Rakyat tidak boleh terima, walaupun beberapa penyokongnya memberikan semangat untuk terus mengekalkan Eli. Rakyat yang berpegang kepada kepatuhan moral dan nilai-nilai murni akan tetap menganggap Eli bukanlah pemimpin terbaik mereka. Meskipun hujah yang diperjuangkan ialah hak individu dan privasi, ia bukan bermakna Eli tidak berbuat dosa. Dalam apa pun keadaan, pendedahan gambar itu menyebabkan persoalan moral tetap diperhitungkan.

Yang rakyat sedikit keliru ialah bagaimana nilai pegangan masyarakat sudah berubah. Adakah kerana kesan globalisasi atau sikap liberal barat menjadikan sebahagian daripada kita lebih menyanjung keburukan daripada kebaikan. Sejak sekian lama manusia mencari jalan untuk melakukan kebaikan, dan diingatkan menjauhi keburukan. Nampaknya, orang yang tidak mementingkan moral yang baik akan terus dipertahankan dan seterusnya ditonjolkan sebagai wira dan wirawati zaman ini.

Kalau Arumugam dan Eli yang terang melanggar prinsip moral, kenapa masih dipertahankan> Tetapi bila Fairus, yang masih belum dibuktikan bersalah, khabarnya masih dalam siasatan diasak untuk meletakkan jawatan. Terang melakukan kesalahan moral diberikan sanjungan, yang belum terbukti bersalah ditenyeh sekuat-kuatnya. Apakah kehidupan ini sudah tidak berpaut pada pegangan moral lagi walaupun banyak yang mendidik kita untuk berpegang kepada nilai moral sejak dari kecil lagi. Nampaknya, dunia makin bobrok, dan tentunya tidak ada geli geleman lagi.

Mendengar lagu Ebiet G. Ade lagi memberikan kita keinsafan. Ebiet seakan menyindir tingkah laku sebahagian daripada kita yang selalu bangga dengan dosa. Itulah yang mungkin menjadi trend baru dalam politik geli ketika tsunami globalisasi menerjah akal dan minda kita. Tokai syorkan puak-puak yang menyanjung hakisan moral itu membaca buku tulisan Achmad Chojim, Membangun Syurga dan Rahsia Sepuluh Malam agar lebih mengerti apa maksudnya sanjungan moral dan nilai moral dalam kehidupan.

Geli, geli, jamoh tempat geli......ops, itu hanyalah lirik nakal lagu dikir barat semasa kanak-kanak dulu.

Di sini kami teguh berdiri

Walau apa sekalipun keputusan yang bakal diambil oleh UMNO dan Barisan Nasional sama ada meletakkan calon atau tidak dalam pilihanraya kecil DUN Penanti kami berikrar akan tetap setia kepada pucuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasional.

Biarpun kecundang dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum ini, pendirian dan pegangan kami terhadap Barisan Nasional dan UMNO tidak pernah goyah dan tetap utuh. Sayugia kami katakan perjuangan yang lahir ini adalah suatu keikhlasan dalam memperjuangkan tanahair dan bangsa tercinta. Tidak rela kami melihat tulang tulang anak bangsa kami diratah walaupun ada segelintir anak bangsa seperti menjual tanahair dan bangsa sendiri.

Di sini kami teguh berdiri menjunjung kasih kepadamu Malaysia.

Sunday, April 19, 2009

LHO, apa dah jadi nie, tak ada kerja lain ke?

Tokai ingat kan bila selesai PRK tiga serangkai pada 7 April lalu, maka dapat suku sakat kita cari jalan bagaimana nak meneruskan kerja-kerja lain. Kita pakat-pakat berfikir bagaimana nak memakmurkan negara kerana masing-masing fikir dah lama sangat di landa demam pilihan raya. Nampaknya demam yang belum kebah ini terlalu dahsyat penangannya, malah mengalahkan chikunya. Kalau dijangkitinya, untuk pulih kembali sampai mengambil masa 3 atau empat bulan, tapi demam pilihan raya di Malaysia belum pun kebah, lebih setahun.

Lepas PRU tahun lepas, banyak telahan, cemuhan dan godaan berlaku. Namun godaan-godaan itu hanyalah mampu menakutkan sebahagian orang, tapi lebih ramai lagi yang tidak tergoda. Iman dan kecekalannya tetap kuat, maka tinggallah penggodanya tersengeh sendirian. Tanpa rasa malu, buat lagi kejutan walaupun hasrat untuk menjadi orang nombor satu negara semakin nanar, entah kali ini mungkin pakai cina buta tak tahulah.

Agaknya kerana takut mereka yang pernah tergoda merasakan kecewa, terlalu lama sangat berjanji tapi "buahnya tidak juga gugur", "burung terbang yang dijualkan itu, semakin meninggi", maka dipulaslah hati dan perasaan anak buahnya sendiri. Dengan meletakkan jerat atau umpan, maka anak buahnya tertekan. Bila tertekan, gelombang desakan dan asakan tidak mampu lagi dihadapi, tsunami pun berlakulah.

Sekian lama menanti, akhirnya penanti menjadi mangsa. Tapi, setelah canang dipalu, maka kedengaranlah gedombak lama, mengalihkan tumpuan orang di atas kegagalannya mencari pengganti Timbalan Ketua Menteri. Kerana semakin terdesak, tiupan serunai batang padi menjadi semakin sumbang sehingga karibnya sendiri mula meluat. Tok Guru pun cakap, buang masa, wang dan tenaga, asyik nak pilihan raya aje.

Biarlah dia sendiri bertanding, kalau menang pun tak mungkin boleh jadi Ketua Menteri. Guan Eng tentu tak akan kasi. Pulau Pinang bukannya banyak sangat kerusi dia, hanya boleh bilang dengan lidi penyapu. DAP lebih berkuasa, dan berkokoklah lagi. Lepas penanti, mungkinkah beliau akan mencadangkan seperti mana seorang teman rapatnya berkata, akan berlaku seperti Thailand bila mana tidak diadakan pilihan raya umum?

Kalau sebelum Perdana Menteri ke-6 mengangkat sumpah, suku sakatnya jaja pelbagai ubat untuk tidak memberikan peluang. Tapi akhirnya, Allah SWT memberikan kelapangan, Datuk Seri Najib tetap menjadi Perdana Menteri dan Seri Paduka Baginda Yang DiPerguan Agong berkenan. Bukan seperti dia, 16 September tak jadi, tapi berubah ke tarikh lain bulan Disember, ya angkat sumpah sebagai Wakil Rakyat bukannya Perdana Menteri. Maka banyaklah mencecer, lebih hebat lagi daripada kisah Tok Awang Merdeka yang berkeriau setiap petang di stesen Bas Kota Bahru dalam tahun-tahun 1970-an.

Ingat ke, lepas dua bukit dan satu batang, dapatlah menyemai beinh-benih padi yang lama tertangguh kerana ikut bersama memerhatikan gelagat mereka yang terlibat dalam pilihan raya. Tapi, rupa-rupanya padi tidak juga akan dapat disemai, tapi hati-hatilah bila berkunjung ke Penanti, nanti terkena charlie. Permatang Pauh dulu pun parutnya masih belum hilang.

Tidak ada yang menarik lagi, Penanti hanyalah sebuah perkampungan yang tidak banyak dilakukan pembangunan walaupun semasa DSAI berada dalam kerajaan. Ketika itu DSAI hanyalah banyak bercakap mengenai kawan-kawannya. Pergi ke sana pergi ke mari, tapi tidak sempat jengok laman perkampungannya sendiri. Tidak juga menyapu sampah yang gugur, dek kerana pokok-pokok yang semakin kurang berbuah, atau mengkuang layu yang tidak boleh dibuat tikar lagi. Tinggallah pekan Permatang Pauh sedemikian rupa hingga sekarang.

Sejak Tokai pernah ke Permatang Pauh pada tahun 1979, hanya yang berubah adanya susu keluar lebuh raya, perumahan tapi ekonomi Melayu di sana masih di takok lama. Dalam ekonomi yang rawan ini, seharusnya tidak diadakan lagi pilihan raya tanpa sebab yang kuat. Kalau sekadar ingin menguji pengaruh, baiklah anjurkan satu kejohanan lain seperti perlawanan heavyweight. Tak payah mencaturkan pengundi yang memangnya sudah merasai kesukaran untuk hidup, tertekan oleh kemelesetan global.

Kalau begitu, BN tak masuk pun tak ape. Biarlah PKR syok dengan caranya. Kalau semua pihak tidak peduli, BN tak rugi kerana kawasan itu telah dimiliki oleh PKR. Tokai harus gantikan singkatan PKR itu menjadi Pairus Kena Rotan kat bosnya yang terlalu kemaruk, demamnya masih belum kebah, jika diam sendi-sendinya akan sakit, dan tulang belakang bahkan boleh mereput..............

Raja berada atas politik, tidak mampu tangkis tohmahan secara terbuka


Kau orang yang buat angkara dengan sembah sembah derhaka ni jangan nak senyum pulak. Ada jugak yang kena penampar nanti. Tak ada cara lain selain dari kau orang minta ampun dan ucapkan terima kasih pada Tuanku. Titah Tuanku jelas menunjukkan Tuanku amat mementingkan kesejahteraan dan keamanan rakyat. Kalau nak kira tindakan banyak yang Tuanku boleh ambil ke atas kau orang. Tetapi pasal Tuanku ni bijak dan sayang pada rakyat, Tuanku diamkan diri je. Tuanku bukan bodoh macam kau orang yang sanggup gunakan rakyat untuk keenakkan anak tekak kau orang. Kalau aku jadi kau orang aku dah lama bersyukur dapat Tuanku yang kasih kepada rakyatnya. Kalau tidak dah lama berterabur gigi kena penampar. Tu pun nak tunjuk keras kepada lagi.

Tapi kalau dah nama kepala batu, apa orang cakap pun kau orang takkan berubah. Kau tetap jugak nak baring tengah jalan. Aku rasa bila mati je baru kau orang akan senyap. Itupun kalau tak kena belasah dalam kubur tuh. Kau bagai nak gila dengan sembah derhaka kau orang tapi brader yang kemaruk nak jadi PM tu senyap je. Walhal kau orang kononnya berjuang untuk dia. Nampak sangat kau jadi alat dia. Yang kena penampar nanti kau bukan dia. Dia langsung tak bersuara dalam hal ni kan. Sunyi sepi. Yang dia sibuk pasal nak ke Putrajaya je..Akai ada ka??? Toksah mimpi lah.

Saturday, April 18, 2009

Penanti - BO LAYAN


Dalam berkira kira semasa bawak kereta untuk ke Putrajaya, aku berfikir fikir untuk mencadangkan agar BN dan UMNO tidak meletakkan calon untuk pilihanraya kecil DUN Penanti. Tahu tahu Dato’ Sri Najib umumkan untuk tidak menolak kemungkinan BN tidak meletakkan calon untuk bertanding kerusi di Penanti tu. Satu Malaysia beb..Pemimpin dan rakyat bersatu suara.

Pasal tak nak letak calon di Penanti ni bukanlah nak tunjuk pada rakyat yang BN atau UMNO takut untuk berdepan dengan PKR. Tetapi BN dan UMNO bukanlah parti yang bodoh nak melayan kerenah orang yang tengah kemaruk untuk jadi PM tu. Ada yang lebih penting untuk dilaksanakan oleh BN dan UMNO sebagai PARTI PEMERINTAH. Aku rasa kalau ekstrimis PKR nampak perkataan PARTI PEMERINTAH ni mahu jugak meleleh air liur. Mana tidaknya boss dia orang dah kempunan nak buat kerajaan baru kononnya pada 16 September 2008. Ohh lama dah tu..Cerita basi dan macam tin kosong. Penghuni di Tanjung Rambutan pun boleh buat rancangan macam tu. Sebagai parti pemerintah ada baiknya BN dan UMNO memberi fokus yang lebih untuk menangani permasalahan ekonomi yang melanda sekarang ni. Jauh lebih baik berkhidmat kepada rakyat daripada melayan PM yang tak jadi tu. Inilah kenyataannya, BN dan UMNO sentiasa memberi penekanan untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara berbanding dengan Pakatan Rakyat yang terlalu kemaruk berpolitik semata mata walaupun politiknya hanya tertumpu kepada memenuhkan kehendak individu yang sentiasa kempunan nak jadi PM.

Ayuh BN dan UMNO kita khususkan langkah untuk membela rakyat. Biarlah dia orang menang percuma di Penanti. Kalau dia orang kemaruk nak berkempen biarlah dia berkempen di Penanti. Apalah guna melayan orang yang tidak memikirkan kepentingan rakyat. Biarlah mereka berdepan dengan rakyat di Penanti. Aku rasa pengundi di Penanti pun tidaklah bodoh seperti yang mereka gambarkan. Biarlah rakyat sendiri yang menjadi penentu apakah rakyat rela membenarkan perkataan rakyat di gunakan untuk kepentingan individu.

Kita serahkan pada rakyat. Biar sampai rakyat kata BO LAYAN pada mereka. Tidak meletakkan calon bukanlah menunjukkan kita penakut tetapi menunjukkan kita waras dalam membuat keputusan sebagai PARTI PEMERINTAH. Orang yang merengek rengek samalah seperti kanak kanak yang sentiasa mintakan perhatian. Sekali sekala perlu juga diajar dan dirotan.

Thursday, April 16, 2009

Penanti yang menanti

Apa punya gila..Asyik nak buat pilihanraya kecil. Kalau dulu pilihanraya kecil ni biasanya diadakan pasal ahli dewan undangan negeri atau ahli parlimen kawasan tersebut meninggal atau sakit tenat tapi nampaknya angin dah benar benar berubah sekarang ni, pilihanraya kecil diadakan pasal nak memenuhi kegilaan orang tertentu menjadi Perdana Menteri. Itulah yang dinamakan kemaruk yang keterlaluan.

Siapa pun dah boleh agak pasal pilihanraya kecil dekat Penanti ni. Walaupun macam macam alasan yang diberikan tetapi semua orang tahu memang ianya telah dirancang. Sebabnya cuma satu untuk mengelakkan PKR dari berkubur sendiri. Kalau tidak diadakan pilihanraya kecil bukan sahaja PKR akan berkubur sendiri tetapi seluruh jentera PKR juga akan seolah olah diberi peluang untuk memikirkan kerakusan dan kegilaan bossnya untuk menjadi Perdana Menteri. Sebelum parti terkulai layu sendiri dan jentera berpaling tadah kolonel PKR ni dah pun merancang kesibukkan untuk jentera jenteranya dan rakyat. Gelombang yang sengaja dicipta untuk membuatkan nama PKR terus mekar di hati rakyat. Yang pasti pilihanraya kecil yang terancang ni akan dibuat di kubu kuat PKR kalau tidak pasti PKR akan hilang satu kerusi. Memang cantik pelan dan startegi PKR dalam menyusun agenda politik. Tapi nak pelik apa kalau nak kemaruk nak jadi Perdana Menteri lautan api pun sanggup direnangi.

Yang peliknya ialah ahli ahli yang berhormat Pakatan Rakyat yang menyandang kerusi bagi kawasan terbabit. Bukankah mereka ini adalah orang yang dipilih oleh rakyat untuk menjaga kebajikan mereka?Dan bukankah satu Malaysia sedar bahawa dunia sedang menghadapi krisis ekonomi. Tetapi dek kerana nak memenuhi keinginan gila bossnya harapan rakyat yang memilihnya diketepikan mentah mentah. Agaknya tangkal apa yang boss dia orang gunakan atau mungkin bossnya ada minyak dagu yang buat semua orang ‘mengikuti’ punggungnya. Memang punggung ada tarikan pasal tu agaknya orang suka.

Yang pelik jugak, rakyat tak nak nampak apa yang kolonel gila ni buat. Keputusan pilihanraya kecil selalu memihak padanya. Sah lah Perdana Menteri illusi ni tinggi ilmunya. Biarpun menyusahkan rakyat dan menyepak harapan rakyat tetapi rakyat masih memilih orang orang yang tinggi kegilaannya. Adakah rakyat dipukau atau kasihan atau menjadi seperti lembu ditarik punggungnya..opss ditarik hidungnya..Kenapa pulak asyik tersebut perkataan punggung ni??

Tak hairan kalau gelombang yang dicipta ini akan kekal dan dilanjutkan sehingga ke pilihanraya ke 13 nanti. Kita sama sama tunggulah apa akan dilakukan seterusnya apabila tamatnya tempoh untuk diadakan pilihanraya kecil ni. Gambaran telah diberikan oleh orang kuat PAS, yang tidak mustahil gerakan seperti di Thailand akan ada di Malaysia..Cukup terancang. Pelan jangka panjang. Agak agaknya orang orang PAS pun dah siap isi borang untuk menjadi pelagak ngeri yang berbaring di tengah jalan. Jangan melecet punggung sudah lah..

Kita sambung bicara ini kemudian. Hidung asyik terbau punggung. Nak lari ke mana?? Nak naik roket untuk ke bulan pun, bulan sudah terpalit bau punggung. Satu mata yang ada jangan asyik memandang punggung..Hmm…bila bulan rindukan punggung..Ahh sudahlah!!!

Wednesday, April 15, 2009

Jom pekena kari ikan bawai penanti


PENANG, April 16 (Bernama) -- Former Penang Deputy Chief Minister I Mohammad Fairus Khairuddin today announced that he has resigned as the Penanti state assemblyman effective today to concentrate on his studies and family.He said this in a statement e-mailed to Bernama here today.-- BERNAMA


Pendekar bukit-Tak dan abih pedaih laksa cabai selit Bukit Selambau kami nak pi pekena kari ikan bawai di Penanti pulak..kemaruk jangan tak kemaruk..Sambung belajar ke Fairus??Tahniah...betuiii ka?

Tuesday, April 7, 2009

Ramalanku Benar Belaka

Tokai ucap syabas kepada Macai. Dua hari lepas Macai mengajak saya bertaruh. Katanya, semua calon bebas yang seramai 16 orang akan kecundang sampai hilang deposit. Bergadai bergolok nak jadi wakil rakyat, dah tempah beberapa helai suite, akhirnya terpaksa simpan saja ke dalam pondok panas yang buruk dan perlu dirobohkan serta merta.

Tokai jangkakan mereka yang akan keluar mengundi adalah sekitar 71 peratus, tetapi walaupun meleset, tidaklah menyedihkan diri. Jumlah yang keluar mengundi ialah 70.8 peratus, hanya meleset sedikit sahaja.

Ramalan Tokai, PKR akan menang dengan majoriti lebih kurang 1500. Selepas pengiraan undi dijalankan, Manikumar berjaya menewaskan calon BN dengan majoriti 2403 undi, melebihi 903 undi. Tapi Tokai masih bangga kerana dapat memberikan gambaran kekalahan BN dengan lebih baik berbanding syok maksyuk orang UMNO yang menjangkakan BN menang dengan majoriti 2000 undi.

Macai berdialog dengan Tokai, hanyalah sekadar ingin mempertahankan satu piawaian untuk meramalkan potensi partiparti bertanding. Tokai dan Macai bukanlah generasi yang terlalu kebal dengan teknologi maklumat, tapi sekadar boleh memahami dan menggunakan. Maka Tokai dan Macai berusaha untuk memahami betapa orang yang asyik maksyuk berkempen kadangkala tidak mahu mendengar teguran.

Banyak kali Tokai tulis, jentera parti mesti bersatu hati. Antara calon dan pemimpin parti mesti turun padang sama-sama, tapi di Bukit Selambau tidak sedemikian. PKR sentiasa bersama-sama dengan pemimpin besar besar mereka walaupun mempunyai markas yang berlainan.

Manikumar mendapat 12,632 berbanding calon BN 10,229. Yang lebih malang ialah calon bebas yang paling lumayan berbelanja sepanjang kempen kali ini,. Posternya ada di mana-mana, dan semasa membuang undi membawa kereta jaguar XJ8 dengan menyembunyikan deruman kapal terbang bagi menyatakan kemewahannya. Akhirnya hanya mampu memperoleh 73 undi, kurang 5 undi daripada Tan Hock Huat, yang Tokai jangka mampu meraih sokongan pengundi Cina.

Sebenarnya pengundi Cina tidak memberikan sokongan kepada BN. Yang menyokong BN adalah pengundi Melayu, pengundi India lebih berpihak kepada PKR. Undi rosak sebanyak 415, maka berakhirlah kekalutan pengundi untuk membuat pilihan.

Monday, April 6, 2009

Mesej pembangunan dan Perpaduan oleh Mahathir

BN telah mentadbir dengan baik, walaupun masih ada yang tidak menikmati semua kesan kemajuan

  • Beribu pengundi Bukti Selambau menanti dan menyorak mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad
  • Wakil Rakyat perlu berkorban
  • Perpaduan elemen paling penting dalam menjana kemajuan

Walaupun ada yang mengambil ringan pengaruh Tun Dr Mahathir di hari terakhir berkempen untuk Pilihan Raya Kecil N25 Bukit Selambau, jelas negarawan yang berjasa ini masih ditunggu kehadirannya dan kata kata nasihat beliau diterima dengan hati terbuka.
Padang didepan Institut Kemahiran Mara di Sungai Petani penuh dengan kereta sejak jam tiga petang, berduyun duyun pengundi dan ahli Umno dan Barisan Nasional sabar menunggu ucaptama mantan PM yang bermula jam 5.30 petang.
Setelah begitu lama meninggalkan dunia politik aktif, Tun Mahathir kelihatan terharu dengan sambutan yang diberikan oleh pengundi di Bukti Selambau. Perjalanan dari kereta ke pentas mengambil lebih sepuluh minit kerana ramai yang ingin bersalaman dengan beliau.
Bilia tiba giliran beliau untuk menyampaikan ucaptama, Tun memulakan dengan gaya beliau yang begitu dikenali selama lebih dua dekad sebagai Perdana Menteri.
Tun Mahathir membawa mesej yang penuh berisi ketika berucap di Institut Kemahiran Mara, Sungai Petani sebentar tadi. Katanya BN merupakan simbol perpaduan rakyat Malaysia dan telah menjadi tunjang pembangunan negara selama 50 tahun.
Dengan nada yang tenang dan tanpa menyerang mana mana pihak, Tun mengingatkan para pengundi bahawa banyak pihak yang beranggapan Malaysia akan gagal setelah mendapat kemerdekaan akibat perpecahan kaum, namun BN, yang menjadi teras kerajaan memastikan semua kaum dapat bekerjasama untuk membangunkan negara.
Kata beliau lagi, semua kaum diberi peluang untuk bersuara, contoh terbaik ialah pilihanraya N25, Bukti Selambau, di mana BN meletakkan calon India sejak duan penggal lalu, manakala pembangkan menurut sentimen perkauman dan meletakkan calon India. Mereka mengubah taktik hanya apabila calon bebas berbangsa India menang dan terus digula-gulakan dengan kedudukan Exco.
Menurut Tun BN memang bertunjangkan konsep kerjasama dan saling membuat pengorbanan.
"Orang Melayu dan Kaum Cina membuat pengorbanan di Bukti Selambau dan memberikan kerusi ini kepada kaum India bagi memberi mereka suara dalam kerajaan.

Dalam memberi sokongan kepada Datuk S. Ganesan , mahathir mengingatkan calon dari parti MIC itu supaya jangan lupa untuk turun ke padang.
"Kalau dia tak turun ke padang dan berjumpa dengan rakyat dan memberi perhatian, tulis surat kepada saya, nanti saya tau apa nak buat," seloroh Tun.

"Saya berkempen untuk dia, saya tak mau orang kata saya pembohong," guraunya lagi.
Dalam gurauan, Tun sempat mengingatkan semua ahli BN agar berkorban untuk kawasan masing masing dan berhenti mengamalkan politik wang.
"Rakyat bukan minta banyak pun, dia orang minta nak salam aja dengan wakil rakyat," katanya kepada dewan yang bersorak riuh.










Sunday, April 5, 2009

DAP sendakan Quran, PAS sorak

ADUN DAP Nga Kor Ming (Taiping) hafal beberapa kerat ayat Quran untuk pancing undi tapi orang PAS tak nampak apa salahnya, kononnya ia menunjukkan DAP mersa -Islam.

Elok lah tu.

Lepas ni ajar lah semua ADUN DAP dan PKR yang bukan Islam lima enam patah ayat quran, bila dia baca, orang Islam kita boleh sorak dan jual negeri pada diaorang.

Apalah punya bangang orang PAS dan PKR ni?

Saturday, April 4, 2009

SAYONARA, BASIKAL TUA BUAT L SHARALA


L. SHARALA calon tunggal wanita yang semakin lemas dalam amukan 14 calon lelaki bagi merebut hanya sebuah kerusi, kerusi dewan undangan negeri Bukit Selambau. Dia datang dan pergi berkempen menggunakan basikal, masuk lorong bersama-sama penyokongnya kepenatan. Maklumlah DUN Bukit Selambau ini bukanlah kecil, ia melibatkan kawasan seluas 2500 hektar persegi.

Kalau berkayuh sehari sebanyak 100 hektar persegi, L Sharala perlukan 25 hari untuk sampai ke setiap penjuru alam Bukit Selambau. Tokai dapat bayangkan, sejak mula berkempen calon BN dua hari lepas membuat pengakuan berat badannya telah susut 5 kg. Tokai bayangkan tentunya menggunakan basikal, L. Sharala mampu mengurangkan berat badan hampir 10 kg sejak mengemukakan borang pencalonan pada 29 Mac lalu.

Tentunya L. Sharala perlukan banyak berbasikal bagi membolehkan beliau kelihatan menarik sebagaimana yang diinginkan oleh ramai wanita masakini. Jika L. Sharala dapat membuktikan itu, Tokai kira ramai pengundi wanita akan kagum dengan kesungguhannya. Mendapatkan kedudukan ukuran badan yang menarik merupakan perjuangan baru wanita, kerana mereka takutkan penyakit, suami mencari ganti dan lebih penting ialah tidak kelihatan menawan. Kerana itulah juga kita lihat banyak sekali perusahaan herba menawarkan alternatif kepada wanita untuk kembali ke bentuk asal, cantik menawan dan sentiasa anggun.

Namun dari segi bentuk muka, L. Sharala dilihat tidak mampu menggugat hati pengundi. Hati pengundi lelaki tidak akan cair bila melihat poster L. Sharala, dan tertyarik untuk memberikan undi. Wanita juga sedemikian, kerana matalamat perjuangannya untuk menjaga kebajikan wanita tidak begitu jelas.

Mungkin L Sharala masih belum matang dengan sepak terajang politik. Sharala masih belum memahami psikologi pengundi dan eloklah bertanyakan khabar darpada tokoh-tokoh politik wanita yang pernah berjaya mempengaruhi pola pengundian. Jangan hanya pakai asal muat di badan, terus menawarkan diri untuk bertanding. Nanti terjatuh basikal, sakit dan susah nak bangun, ya Sharala.

Tokai amat meminati irama yang mengalunkan kata-kata sha-na-na-na, tetapi bukanlah sha-la-la-la. Ia mempunyai perbezaan melebihi jarak daripada bumi ke bulan, ye, heiiiiiiiiiiiiiiii

HUSAINI YAACOB ,CACING KEPANASAN


Sementara menanti hujan teduh, Tokai walaupun sudah selesai menikmati makan malam, terus sahaja berada di meja makan salah sebuah gerai famous dengan western food di Astaka Taman Ria. Harganya tidaklah mahal berbanding, dan kualiti makanan pun boleh tahan.

Tapi yang Tokai tak boleh tahan dengar-dengar ada calon bebas Melayu ditaja oleh PAS. Pihak yang berkempen untuk calon PKR membuat tuduhan dua tiga hari lalu bahawa calon-calon Bebas aalah tajaan BN atau UMNO. Walaupun dinafikan oleh sekurang-kurangnya tiga orang calon, dakwaan tersebut masih dijaja ke sana ke sini.

Tapi tidak ada pihak bersungguh-sungguh untuk menjaja kedudukan seorang lagi calon Bebas Melayu, yang menggunakan simbol bas. Mungkin kerana simbol yang diberikan itu hampir sama dengan sebutan sebuah parti politik yang tidak meletakkan calon, tetapi turut aktif menabur janji membantu sekutunya, menawarkan pengundi dengan bas percuma.

Mungkin kalau menang, dia akan memberikan perkhidmatan percuma kepada pengundi Bukit Selambau. Saya terfikir bagaimana Husaini nak menanggong kos, dan berapa hari dia dapat berbuat demikian. Perkhidmatan bas bandar atau bas henti-henti jarang mendapat untung di Malaysia. Bas Ekspress mungkin boleh mencapai titik pulangan yang baik jika diuruskan dengan berkesan, seperti Sani Ekspress ataupun Durian Burung.

Tokai ingat, kalau perkhidmatan bas henti-henti menguntungkan pengusaha, tentunya ramai yang tampil melabur modal. Cityliner suatu ketika dahalu pernah meuncul untuk mengendalikan perkhidmatan tersebut, juga turut mengalami masalah yang sama sehinggalah kerajaan pusat menubuhkan dana khas, termasuk menubuhkan bas-bas yang menggunakan jenama Rapid.

Harga sebuah bas yang baik melebihi setengah juta. Kos operasinya juga tinggi walaupun diesel diberikan subsidi. Kos alatganti tidak pernah menjunam turun, selalunya meroket setiap masa. Jumlah penumpang pun tidaklah tinggi, bererti jumlah pungutan adakalanya tidak mampu menampong kos seharian. Itulah sebahagian rintihan pengusaha bas.

Mungkin Husaini lupa bahawa tidak semudah yang disangka. Kalau nak mengharapkan kerajaan negeri pimpinan PAS, tak payahlah. Asyik nak tarah hutan keluarkan balak dan ugut kerajaan persekutuan, kalau tak berikan wang rancangan membalakkan kawasan takungan air tetap diadakan. Lagaknya macam samseng, gunakan gata ugutan. Kalau tidak diberikan wang perlindungan, jawabnya hancurlah segalanya.

Kini banyak pihak yakin Husaini bagaikan cacing kepanasan. Dia menjual air liur jampinya sudah dianggap tidak dapat melembutkan hati pengundi, dan kerana itulah banyak kali dilihat berbincang dengan pemimpin-pemimpin Pas mencari faedah perlindungan. Pada mulanya Husaini dianggap salah seorang calon bebas yang popular, tetapi beberapa hari terakhir ini walaupun hujan turun membasahi Bkt Selambau, tenaga dan kekuatannya semakin lemah, hanya bergantung secara tidak langsung dengan pengaruh PAS, yang juga turut nanar dengan ura-ura pengundi Melayu hanya akan menyokong calon Melayu.

Sentimen kaum di kalangan pengundi Bukit Melayu masih besar, dan dijangka akan mencorakkan keputusannya nanti. Husaini perlu sedar kekuatannya, calon Bebas yang lain sudah mula memancing undi dengan memberikan bungkusan beras bagi melembutkan hati agar mengundi calon-calon tertentu.

Friday, April 3, 2009

Puak Kucar-kacirkan Rakyat (PKR)


Nampaknya ada parti baru yang tidak bertanding secara rasmi di Bukit Selambau, tetapi orang-orangnya semakin ghairah membuat kacau bagi menakut-nakutkan pengungdi. Parti baru itu diberikan singkatan PKR kerana keanggotaannya adalah ahli PKR tegar, cara bentindak sama dengan konco-konco PKR menggunakan samseng, bercakap seperti pemimpin de facto sering membuat tuduhan melulu, cakap melalut macam orang gila talak dan mencaci maki orang lain seolah-olah dialah tokoh terbaik, beriman ,sopan. Seolah-olah dialah malaikat yang baru turun dari langit untuk menyelamatkan Malaysia, yang kononnya sedang nazak menurut firasat kotor rekaannya sendiri.

Cantik sungguh bunga derdap, pohonnya rimbun tetapi dahannya berduri. Sedap betul dengar Anwar bercakap, terleleh air lior dan terlopong, tetapi haprak. Terdengar khabar hantar orang-orangnya buat kacau apabila bekas Ketua Bahagian Keadilan Jerai, B. Kalaivanar memberikan penerangan membongkar kebejatan dan hakisan moral yang sedang berlaku dalam PKR.

Memang ramai orang tahu siapa Anwar. Cara bertindaknya telah mempengaruhi Datuk Seri Nizar Jamaludin. Mungkin Anwar merupakan sifu dan mentor dalam setiap tindak tanduk politik, termasuk mencabar undang-undang.

Sejak beberapa hari, banyak perkembangan berlaku. PKR terasa semakin terhimpit dan terkedu apabila mendapat tahu Tun Dr. Mahathir akan menyertai kembali UMNO, Isnin ini. Anwar ternganga bila Najib telah diperkenankan oleh SPBYA dan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-6, maka dia buat onar lagi.

Juak-juaknya sebar fitnah, SPBYA tidak merestui. Setelah termalu besar dengan peralihan kerjaaan pada 16 September 2008, inilah peluang keemasan untuk bermain dengan tohmahan serta godaan fitnah. Nyata tidak berjaya, mungkin beliau perlu mendengar dan menghayati kembali lagu puisi Ebiet G. Ade.

Penyanyi dari seberang itu banyak mengingatkan kita. Jika selalu mengkhabarkan kebanggaan terhadap dosa, mungkin Tuhan tidak akan merestui apa yang kita lakukan. Anwar perlu sedar, kebaikan akan tetap menjelma, kebenaran akan terus bersinar. Tapi akhirnya Anwar terpaksa menjilat sendiri kata-katanya, tak usah lagi berbelit-belit.

Ada pepatah Inggeris mengatakan, kita mungkin boleh menipu ramai orang dalam satu masa tetapi tidak dapat menipu semua orang dalam setiap masa. Sendiri mahu ingat, fitnah termasuk dalam dosa-dosa besar yang tidak mudah diampunkan oleh Allah SWT selagi orang dituduh itu tidak mahu memaafkannya. Ikutlah nasihat Singh is the king, "Anwar hendaklah bertaubat."

bayangan hitam hantu bukit selambau


Petang Jumaat hujan turun selebat-lebatnya. Bukit Selambau gelap seketika, namun tidak ada banjir kilat berlaku. Yang ada cuba rempuhan angin kuat bersama hujan lebat menyebabkan banyak papan tanda terkorban. Poster yang gah dan bergentayangan sebelumnya rebah menciumi rumput, jalan raya dan bahu-bahu jalan.

Selepas maghrib, hujan mulai reda. Banyak pihak, terutamanya kumpulan tukang juak dan pukul PKR mula palu canang. Pekerja parti lawan telah mengkhianati papan tanda dan poster mereka. Itulah tuduhan terbaru.

Dua hari lepas, ketika hujan juga lebat, ramai pihak mendakwa banyak pengundi hantu di Bukit Selambau. Pengundi hantu itu kononnya sengaja dilakukan oleh BN bagi memenangi pilihan raya kecil Bukit Selambau.

Kisah pengundi hantu bukanlah kali pertama diperkatakan oleh pihak yang takut dengan kekalahan calon masing-masing. Sewaktu pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu, Datuk Mustapha Ali menebarkan cercaan bahawa beliau mempunyai bukti dan senarai nama mereka yang dianggap sebagai pengundi hantu. Itu ketika kempen berlaku.

Apabila calon PAS menang, PAS dan konco-konco diam membisu. Kali ini PKR membangkitkan kononnya mempunyai lebih 60 orang pengundu hantu. Dia ada bukti, dan telah membuat laporan polis. Kita harap, polis akan segera memberikan penjelasan kerana jika Suruhanjaya Pilihanraya memberikan pengakuan tidak pengundi hantu, mereka akan tetap menuduh tidak ada ketelusan.

Di Kuala Terengganu, Mustapha Ali membuat tuduhan kononnya SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara bersengkongkol kerana membuka pejabat sehingga jam 12 malam. SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara melaksanakan tanggungnjawab itu untuk membolehkan mereka membuat semakan, pembersihan pengundi sekiranya ada di antara mereka telah meninggal dunia.

Ramai orang kurang tahu, bila ada pengundi hantu, dari segi undang-undang boleh menyebabkan keputusan pilihan raya akan terbatal. Jika PAS menang, mahkamah boleh membuat keputusan untuk membatalkannya.

Mungkin kita masih belum lupa, tahun 1987 berlaku satu keputusan yang menyebabkan UMNO dibubarkan atau diharamkan. Ini kerana ada pihak menyaman parti itu disebabkan terdapatnya cawangan-cawangan yang tidak sah. Ada pemimpinnya pula menjadi perwakilan dalam pemilihan UMNO pada tahun 1986 yang memberikan kemenangan kepada kumpulan Tun Dr.Mahathir. Kumpulan Tengku Razaleigh kecundang, dan beberapa orang penyokongnya mencabar keputusan itu.

Jika itu boleh berlaku dalam UMNO, maka orang boleh mencabar keputusan pilihan raya seandainya benar-benar wujud pengundi hantu dakwaan pembangkang. Kenapa setelah menang kerusi parlimen tersebut, Mustapha Ali tidak kemukakan bukti pengundi hantu telah mengundi calonnya?

Mustapha berdiam diri. Mustapa tidak bercakap untuk mencabar dan membawa dakwaannya ke mahkamah atas kemenangan calon PAS yang disumbangkan oleh pengundi hantu.

Helah pengundi hantu hanyalah bayangan hitam dalam pemikiran pemimpin politik pembangkang. Tapi yang terus berkerumum di Bukit Selambau sebaik sahaja hujan reda ialah kelkatu.OOP, kawan-kawan saya bergurau, jika Puteri Bukit Selambau perlukan hati kelkatu sebagai hantaran perkahwinan, bukan setakat 7 dulang akan dibawanya nanti 12 dulang, maklumlah banyak kelkatu luar mula menjengok rumah-rumah pengundi untuk memastikan calon mereka mampu menang.

Rupa-rupanya, di Bukit Selambau ramai manusia sudah bertukar menjadi hantu. Siang tidur, malam merayap-rayap dari satu tempat ke satu tempat dengan pelbagai alasan, termasuk memancing undi......

Cakap memang mudah dan murah

Jebat ada meluangkan masa untuk mendengar ceramah dari penglipur lara terkenal yang bernama Anwar Ibrahim. Sebenarnya bukan Jebat berminat sangat hendak mendengar ceramah dari sahabat kita itu. Tapi pasal Jebat yang agak kebosanan di rumah pada hari itu menyebabkan Jebat mengambil keputusan untuk ke ceramah tersebut walaupun Jebat sedia maklum akan apa yang sahabat kita itu akan ceritakan. Macam tin kosong dan sekadar menjadi habuan telinga di waktu kosong. Alah andaikan aje seperti Jebat pergi ke program Raja Lawak tu.

Sampai di sana, padang tempat sahabat kita nak berceramah tu dah penuh sesak. Rata rata yang hadir berkopiah putih dan berserban. Amin alim juga rupa rupanya orang yang suka berdemonstrasi dan berbaring tengah jalan ni. Mungkin alim mengikut acuannya sendiri.

Apabila sahabat kita Anwar Ibrahim tu naik je ke atas pentas untuk berucap penonton penontonnya yang setia tu menjerit dan bersorak kegembiraan. Yelah nak mendengar bahan bahan lawak mestilah gembira. Jebat rasa kalau nak mendengar soal ekonomi dan soal pembangunan negara mungkin mereka yang jadi pengikut setia sahabat kita tu dah lama tidur berdengkur. Yelah nak salahkan mereka macam mana kalau dah jiwa keMelaysiaan tu dah tak ada nak buat macam mana. Yang penting pada mereka ada orang yang nak melayan perasaan mereka walaupun orang tuh pun sama dengan mereka.

Jebat nak kita semua teka apakah mukadimah yang digunakan oleh sahabat kita tu untuk memulakan ucapan dia tu. Jebat agak semua orang dan boleh teka apa yang dijadikan mukadimah sahabat kita tu. Selain dari salam, sahabat kita ni seperti biasa memberi salam dalam bahasa Hindu dan Mandarin. Mesra dan muhibbah rakyat lah tu kononnya. Yang hairannya pengikut setia sahabat kita ni suka lah pulak. Yelah dah nama pengikut setia suruh buat apa pun sanggup. Waimah, baring tengah jalan pun sanggup.

Agaknya pengikut pengikut setia sahabat kita tu dah lupa masa sahabat kita ni dalam UMNO dan Barisan Nasional perangainya cukup berbeza. Bila masa dia pernah dekat dengan rakyat. Yelah masa tu Timbalan Perdana Menteri mana nak ingat orang bawahkan. Dah duduk kat atas takde masa nak jumpa orang bawah. Bila dah kena buang dan merempat macam ni sibuk nak cari orang bawah nak suruh bela nasib dia..Pirahh..
Dalam ceramah sahabat kita sama je dengan PAS. Hentam orang fitnah orang. Apa lagi yang dia tahu kalau bukan benda benda macam ni. Mula mula kata kenapa polis sekat mereka daripada berkempen dengan menyentuh soal Altantuya. Yang peliknya bila kata polis je mereka salahkan UMNO dan Barisan Nasional. Tapi bila dia dilepaskan dari penjara tak pulak nak ucapkan terima kasih dan mengaku bahawa UMNO dan Barisan Nasional tak masuk campur dalam urusan badan kehakiman. Itu yang pelik bila mendatangkan keuntungan pada diri sahabat kita ni dia mendiamkan diri seribu bahasa bila tak kena dengan kemahuan dia mulalah dia membebel tak tentu fasal. Takkan orang macam ni nak dijadikan pemimpin.

Sahabat kita siap bangga kata yang beliau baru saja sampai dari Myanmar sebelum ceramah tu bermula. Yang tak sedapnya beliau kata beliau turun ke Hadyai dan kemudiannya menaiki kereta ke Bukit Selambau. Apa yang nak dihairankan pasal naik kereta tu semua orang naik kereta tapi yang nak dihairankan adalah bila sahabat kita ni kata yang dia siap diiringi oleh tentera dan anggota keselamatan Thailand. Yelah bercakap siapa pun boleh, lagipun bukan ada siapa yang tahu dan nampak pun. Tapi secara logiknya apa yang penting sangat pasal sahabat kita ni sampai nak diiringi anggota keselamatan Thailand. Ada menteri kita kalau keluar negeri pun tak diberikan sambutan sebagai tetamu negara. Inikan pula sahabat kita ni yang tidak memegang sebarang jawatan di dalam kabinet. Ini hanyalah sandiwara daripada sahabat kita ni dan semata mata nak menunjukkan pada semua orang yang beliau adalah orang penting dan dipandang pemimpin dunia..Ala pemimpin dunia pun bukan bodoh nak melayan beliau yang tidak ada sebarang kedudukan dalam negara ni. Beliau bukan boleh membantu untuk menjalinkan hubungan ekonomi dua hala dengan negara lain.Jadi kesimpulan dekat sini ialah siapa yang percaya cakap sahabat kita nilah yang sebenar benarnya bodoh.

Sahabat kita ni cakap yang pemimpin pemimpin UMNO dan Barisan Nasional tak tahu nak jaga ekonomi negara. Allo brader..dulu kau pun dah di uji masa jadi Menteri Kewangan. Apa yang kau buat? Masa kegawatan ekonomi sahabat kita ni sibuk suruh pinjam duit dari IMF macam negara negara yang lain. Sekarang tengok apa jadi dengan negara negara yang pinjam duit dengan IMF tu. Tengoklah Indonesia, nilai matawang mereka dah jadi macam belacan. Kalau Malaysia dengar cakap sahabat kita ni supaya pinjam duit dari IMF rasanya ekonomi Malaysia dan melingkup. Nasib baik Tun Mahathir pandai tak dengar cakap sahabat kita yang orang sastera yang kononnya nak menjaga ekonomi negara. Sekarang ni sahabat kita ni cakap seolah olah dialah yang pandai soal ekonomi. Bro..lu dah diuji bro..LU GAGAL dan HANCUR..

Betul lah kata orang..cakap memang mudah dan murah..Macam tin kosong!!

Virtual tour of Bukit Selambau pt3

We drive through the town of Bukit Selambau where everyone probably still knows your name.



great place for retirement

Virtual tour of Bukit Selambau pt2

we pass through a more scenic part of the short cut to Bukit Selambau


Virtual tour of Bukit Selambau pt1

Sambil usha tempat kita sembang sembang...


NGAUMAN TOK MISAI TARINGNYA PATAH

TOK MISAI diberikan simbol harimau setelah berjaya mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding sebagai calon bebas dari merebut kerusi DUN Bukit Selambau. Tok Misai bukan main seronok apabila mendapat simbol tersebut kerana khabarnya mengembalikan nostalgianya semasa berkhidmatan dalam askar Melayu, yang terkenal dengan jolokan Harimau Malaya.

Itu dulu Tok Misai. Kegagahan silam semasa dalam askar bukan sama dengan perjuangan politik sekarang, medan tempurnya berlainan. Kalau dalam askar, Tok Misai jadi pemberani kerana siap dengan latihan dan peralatan untuk bertempor, dan dilaksanakan secara berpasukan.

Tapi nampaknya Tok Misai hanya sekadar memeriahkan jumlah calon yang bertanding, dan setelah lima hari selesai penamaan calon, wajah Tok Misai boleh dikira dengan jari. Poster dan banner hanya terpampang secara gitu-gitu sahaja, tema perjuangan masih kabur. Tiada huraian lengkap yang boleh membantu orang faham apa yang nak dibuat kalau menang nanti.

Tok Misai hanya menggunakan slogan indah iaitu kea rah sejahteraan dan perpaduan. Slogan itu dah lama berzaman digunakan oleh Barisan Nasional (dan sebelumnya Perikatan) dan ternyata dilaksanakan sejak memenangi pilihan raya sejak tahun 1959. Tok Misai mungkin baru sedar agaknya, slogan tersebut banyak membawa rahmat termasuk kesejahteraan yang dimiliki sekarang. Tok Misai merasakan nikmatnya dan kerana itulah Tok Misai nak jadi calon dan seterusnya wakil rakyat.

Tok Misai akan keseorang nanti. Tak ada kawan nak bersepadu. Tok Misai hanyalah mampu bercakap itu dan ini kalau tak kena lenyek macam kentang KFC apabila menang. Yang ramai menjerkah Tok Misai ialah wakil-wakil PAS, PKR dan DAP. Tentunya Tok Misai tak terdaya nak melawan dengan ustaz-ustaz dalam PAS yang memangnya bijak berhujah dan berretorik.

Tok Misai mungkin boleh keriau sana keriau sini, tapi pengundi ada akal. Pengundi boleh tahu yang Tok Misai tidak akan mampu mengaum kerana Bukit Selambau banyak kereta. Sesekali keluar, harimau tersilap jika tersilap langkah dilanggar oleh kereta yang lalu-lalang dan semakin bertambah setiap hari.

Kalau Tok Misai tak sanggup kena jerkah kat pengundi nanti, lebih baik Tok Misai berdiam diri. Nak tarik diri, malu nanti ada orang kata harimau telah dicabut taringnya. Yang tinggal hanyalah belang atau gambar seperti mana digunakan sebagai simbol oleh Malayan Banking, Filem Negara ataupun minyak petrol.

Pengundi ada akal Tok Misai. Pengundi bukan lagi gerun dengan misai yang dijaga sehingga menjadi gelaran besar itu. Pengundi sekarang bukanlah seperti kanak-kanak sekolah pada zaman dahulu yang takutkan guru bermisai tebal atau guard Gurkha yang misainya melingkari sehingga menutup sebahagian besar wajah kecuali mata dan hidung.

Sekarang orang selalu cari misai kerana boleh dibuat ubat. Tetapi itu hanyalah pokok misai kucing kerana boleh menurunkan paras gula dalam darah, bukannya Tok Misai. Tok Misai pun boleh keliling Bukit Selambau menjaja gambarnya bermisai, tapi belum tentu akan menjadi laris seperti teh Misai Kucing. Lagi pun produk HPA lagi laris, kalau tak laris takkanlah mampu mempunyai banyak gedung perniagaan dari Fried Chicken, Teknologi Maklumat, Chicken Rice, Cuisine dan nak buka hotel di Lagenda Height.

Salam untuk Tok Misai, selamat berjuang kerana berani bertanding walaupun ada kemungkinan hilang deposit. Firasat dan feng shui jelas mengandaikan Tok Misai tidak akan menang dalam pilihan raya kecil ini kerana tidak ada kekuatan walaupun simbolnya harimau. Harimaunya sudah kehilangan taring dan hanya boleh dijadikan harima sarkas agaknya, itu pun kalau Lim Guan Eng sanggup memberikan ruang dalam pagar yang akan dibinanya nanti.