Tokai bertambah meluat dengan Anwar Ibrahim apabila terlalu kuat menajamkan selekoh perjuangan membenarkan kepulangan Chin Peng. Untuk apa beliau sangat kuat mencanangkan idea tersebut kalau bukan menegakkan slogan ketuanan rakyatnya.
Bagi komunisme, perkataan rakyat merupakan sesuatu yang amat sakral sekali. Komunisme yang mengkeramatkan rakyat, kerana percaya dengan mempengaruhi pemikiran rakyatlah maka ia akan terus menjadi kuat dan berkuasa. Kerana itulah DSAI amat gemar sekali menggunakan perkataan rakyat, sama ada dalam parti keadilan rakyat, pakatan rakyat dan ketuanan rakyat.
Penggunaannya hanyalah sebagai helah bagi mengabui pemikiran rakyat seolah-olah dialah pejuang sebenar rakyat. Jika dilihat sejarah politiknya, beliaulah yang memulakan krisis dengan rakyat apabila sejak zaman mahasiswa lagi memberontak dan berdemontrasi atas isu kelaparan di Baling. Ia mencengkam nurani rakyat supaya menyokong perjuangannya, sedangkan tidak ada pun kebuluran berlaku di Baling ketika itu.
Apabila menanjak naik sebagai orang politik, menggunakan platform rakyat untuk memberikan ruang yang lebih kepada suku-sakat ABIM, termasuklah memberikan saham kepada mertuanya dalam Malaysian Oxygen, memberikan projek jutaan ringgit kepada rakan-rakannya (kini ramai yang kaya dan menjadi penyokong tegarnya), di mana hilangnya aset Abrar Corporation, dari mana mendapat wang sebanyak RM 30 juta yang dibelanjakan dalam PRK Kecil Permatang Pauh, berapa banyakkah wang telah diberikan kepada International Institute of Islamic Thought (IIIT) yang berpengkalan di Amerika Syarikat, dari mana memperolehi wang untuk menjelajah ke serata dunia menemui kawan-kawannya yang menyokong perjuangan sosialisme Islamnya, dan banyak lagi pertanyaan yang terlalu panjang.
Anggapan paling kuat kerana ramai yang kenal siapa beliau. Bila berhadapan dengan sesuatu kes peribadi, beliau akan membuat helah yang lain. Itulah kelebihan DSAI sebagai usaha untuk mengalihkan persepsi orang ramai. Pada bulan Julai ini bakal menghadapi perbicaraan, maka dengan melonjakkan cadangan kepulangan Chin Peng, ia akan mengurangkan tumpuan orang ramai bercakap mengenai kesnya.
Ada kawan saya meramalkan, jika DSAI berkuasa, corak kepimpinannya akan berbentuk diktator. Dia tidak akan mengendahkan pendapat orang lain. Tidak memikirkan nurani keluarga yang terlalu marahkan komunis, tapi belandaskan kemanusiaan "Chin Peng" dibenarkan pulang. Untuk apa dibawa pulang jika kepulangan tersebut bakal mengundang gulana dan sengketa setiap bekas perajurit yang masih membara kemarahan setelah kehilangan sebahagian anggota hatta nyawa.
DSAI hanya menggunakan rakyat sebagai usaha mengejarkan matlamat kuasanya. Bila mendapat kuasa, dia akan terus memperkukuhkan kuasa bagi membolehkan dirinya dianggap pemimpin terulung dan terkesohor, tetapi sebenarnya tidak mempedulikan nasib rakyat. DSAI bakal melenyapkan warisan budaya Melayu beradat, kerana tingkah lakunya telah kelihatan banyak menyebabkan ramai orang terkilan, memaki hamun pemimpin dan mengaibkan. Lihat betapa gelojohnya apabila pernah menyifatkan polis suatu ketika dahulu dengan tuduhan melulu, menuduh siapa pun yang tidak sehaluan dengannya sebagai zalim dan kehilangan moral.
Kalau Muthurasan boleh menganalisis strategi politik Anwar, maka kenapa saya tidak boleh membuat analisis tentang sikap beliau. Mungkin kerana tulisan tersebut seakan memberikan sisi positif, namun pendapat saya tetap merumuskan bahawa Anwar akan gunakan apa sahaja bagi mencapai matlamatnya, hatta mengunakan stategi kacau bilau, seakan-akan strategi perang dan proganda komunis.
Dengan mewujudkan krisis, melebarkan konflik DSAI akan cuba menyatukan rasa tidak puas hati itu menjadi satu kuasa untuk didakinya ke puncak. Pendakian itu bukanlah semudah itu, ia masih berliku dan belum mampu membuahkan hasil yang baik. Hanya mengusik sedikit struktur kuasa, tapi tanpa meneruskan pembentukan gelombang tidak puas hati secara berterusan, DSAI dilihat seolah-olah akan mati beragam suatu ketika nanti.
Dengan menempelkan sedikit kecelaruan pendapat mengenai Chin Peng, maka terdengarlah keserakahan pendapatnya dan menampakkan kebobrokan tindakannya sendiri. Tidakkah DSAI sedar, sebut sahaja komunis generasi dalam lingkungan 50-an akan terus membencinya. Mempengaruhi generasi muda dengan cara yang salah itu, dengan sendirinya menunjukkan betapa negatifnya sikap DSAI, kerana melalui perjuangan menentang komunis telah memberikan ruang dan peluang untuk dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia hingga kini.
No comments:
Post a Comment