Ketegasan Perdana Menteri untuk tidak membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia merupakan satu keputusan yang melegakan lebih banyak rakyat berbanding kegilaan pihak tertentu memperbaharui niat tersebut. Meskipun DAP dan PKR telah menyahut cabaran atas alasan kemanusiaan, Chin Peng perlu diberikan peluang untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Malaysia.
Chin Peng pernah gagal dalam percubaannya secara undang-undang untuk kembali ke Malaysia. Beliau pernah diminta untuk membuktikan dirinya sebagai rakyat Malaysia yang dilahirkan di Sitiawn Perak namun gagal. Terbaru ialah cadangan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Dr. Teng Hock Nan agar kerajaan mempertimbangkan faktor kemanusiaan dan membenarkan kepulangan Chin Peng.
Masyarakat masih trauma dengan keganasan komunis sepanjang sejarah. Walaupun rakyat masih dihantui oleh kekejaman gerakan bersenjata yang dilancarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) di beberapa tempat, nampaknya Dr. Tan Seng Giaw cuba melembutkan seruannya dengan meminta supaya kerajaan dan rakyat Malaysia mengamalkan budaya pemaaf. Ini mungkin pemimpin DAP (ahli parlimen Kepong) itu sedar bahawa masih ramai lagi rakyat Malaysia bencikan komunisme dan menganggap Chin Peng sebagai “penjenayah perang.”
Meskipun istilah “penjayah perang” belum lagi kedengaran dari pendapat rakyat Malaysia, di hati kecil sebahagian daripada sanak saudara bekas anggota keselamatan dan tentera, yang mengikut anggaran seramai 500,000 terkorban (termasuk orang awam) sepanjang gerakan bersenjata komunis masih berbekas kekesalan itu. Lagi pun, sejak mengisytiharkan komunis tidak lagi melancarkan gerakan bersenjata, Chin Peng sedikit pun tidak pernah meminta maaf mengenai kekejaman yang pernah dilakukan sepanjang penglibatannya dalam gerakan bersenjata.
Agenda menghidupkan kembali ideologi komunis, melalui pelbagai bentuk perjuangan mula kembali bergema apabila berlakunya krisis politik di beberapa buah negara kesan kemelesetan ekonomi. Ini dapat dilihat melalui penggunaan slogan kuasa rakyat (people’s power) yang berupaya menumbangkan Marcos di Filipina. Kuasa rakyat yang dianggap sebagai puncak kepada amalan demokrasi, akhirnya menjadi satu bentuk anarkisme baru dalam politik moden.
Rusuhan jalanan, menyerang tempat-tempat strategik seperti lapangan terbang (menggunakan orang ramai sebagai strategi menentang kerajaan), menuduh kerajaan tidak adil dan zalim, tidak mempedulikan rakyat bawahan dan pemimpin membolot kekayaan melalui transaksi dan kronisme. Perjuangan lebih berbentuk penghapusan kelas sosial dalam masyarakat adalah berdasarkan prinsip kesamaan, atau sama rata.
Persoalan kesamaan menjadi tunjang perjuangan. Sebenarnya, tidak ada realiti dalam perjuangan komunisme mengenai konsep kesamaan kerana para pemimpin komunis sendiri berdasarkan sejarah turut membina kekayaan peribadi. Pemimpin-pemimpin tertinggi komunis, sama ada di Rusia atau China sepanjang sejarah mengamalkan keadah pengurusan tertutup di mana para pemimpinnya tidak pernah mengisytiharkan kedudukan harta peribadinya.
Rakyat kebanyakan hanya diberikan makanan dan kemudahan yang minimum. Kehidupan berkeluarga ternyata terpisah di mana antara isteri dan suami hanya bertemu dalam tempoh tertentu. Keluarga juga dihadkan dengan bilangan anak, ada kalanya pula kehidupan peribadi antara pasangan amat terbatas. Semuanya ditumpukan untuk negara.
Bentuk kuasa terlalu berbentuk autokrasi, golongan bawahan tidak dibenarkan bersuara dan membantah. Bantahan dan kecewaan yang ditonjolkan akan menerima pasungan yang kejam, termasuk hukum bunuh.
Apakah kehidupan dalam suasana ideologi komunis itu menyamai dengan Islam. Alangkah tumpulnya akal Dr. Tan Seng Giau apabila melontarkan pandangan bahawa Islam mementingkan keadilan, maka prinsip perjuangan komunisme adalah untuk memberikan keadilan kepada rakyat.
Keadilan dalam prinsip Islam tidak sama dengan keadilan yang dimaksudkan berdasarkan pandangan komunisme. Komunisme meletakkan keadilan itu ditahap timbang tara masyarakat bawahan, tetapi tidak bagi peringkat pemimpin. Para pemimpin komunis tidak pernah dipersoalkan apa yang pernah mereka lakukan dan berapa banyak yang mereka miliki. Semuanya disorok kemas sehingga mempopularkan istilah disinformation.
Keadilan dalam Islam, rakyat boleh mempersoalkan tindak-tinduk pemimpin. Menurut prinsip keadilan yang ditegaskan oleh Sayidina Umar Al-Khattab, ketika dilantik sebagai khalifah, sanggup turun memerhatikan masalah rakyat hatta meminta supaya menghakimkannya dengan pedang jika menyeleweng. Adakah pemimpin-pemimpin pada masa kini sanggup berbuat demikian bagi menegakkan keadilan dan menentukan dirinya tidak hanyut dibuai kekuasaan.
PKR sendiri yang bercakap dengan keadilan dan anti rasuah, sebenarnya semakin banyak berhadapan dengan perilaku pemimpinnya sendiri yang mula menerobos sempadan itu. Pendedahan calon Bebas di DUN Penanti, ternyata mempunyai asasnya kerana Aminah Abdullah sanggup menghadapi apa-apa tindakan, termasuk diseret ke mahkamah mengenai cubaan untuk merasuahnya.
Komunisme yang cuba dihidupkan kembali oleh pihak-pihak tertentu dan disokong oleh parti-parti politik, jelas membuktikan itulah satu-satunya kaedah untuk memperlihatkan perjuangan menggunakan kuasa rakyat. Jika kita masih ingat mengenai sejarah pemberontakan atau revolusi Perancis, masih berbekas mengenai perjuangan kelas setelah Karl Marx berjaya mempromosikan idea masyarakat tanpa kelas.
Perlu difahami bahawa walau apa pun alasannya, ideologi komunis tetap tidak memberikan ruang kepada keyakinan beragama. Asasnya, agama itulah telah menyebabkan manusi mabuk dan kecanduan sehingga melupakan haknya ke atas negara. Agama telah memporak-perandakan masyarakat, agama telah menyeret manusia ke lembah kehinaan.
Falsafah komunisme atau Marxisme itu akhirnya membentuk sebuah tesis yang banyak diyakini oleh banyak manusia. Max Weber memperkenalkan gagasan bahawa keyakinan terhadap agama menyebabkan kemunduran ekonomi, dengan berlandaskan prinsip pengasingan antara gereja dan etos kerja. Agama menyebabkan manusia lemah dalam aspek ekonomi.
Falsafah tersebut berkembang dan menjadi sebagai satu fahaman yang mendominasi falsafah sekularisme dalam masyarakat barat. Dengan memisahkan agama, kehidupan menjadi semakin baik dan ekonomi bertambah maju. Falsafah ini turut membenarkan kesimpulan terhadap kehidupan masyarakat yang menghabiskan masa terlalu banyak di rumah-rumah ibadat, menjadikan mereka miskin. Sekurang-kurangnya itulah keyakinan yang berbekas melalui falsafah masyarakat tanpa kelas dan slogan penolakan terhadap agama.
Komunisme menyimpang dari aspek fitrah manusia. Manusia memerlukan kecukupan material dan psikologi, termasuk spiritual dalam membangunkan kehidupannya. Manusia memerlukan suatu kuasa yang lebih besar, kuasa yang berada di luar kemampuannya berfikir sebagai tunggak keyakinan diri. Kerana itulah manusia memerlukan agama, agama membawa manusia meyakini adanya Tuhan. Keperluan kebendaan hanyalah sekadar alat untuk mereka meneruskan kehidupan bagi menjambatani sebuah kehidupan yang lain, yang lebih kekal abadi.
Disitulah perbezaannya, manakala komunisme tidak merungkaikan kehidupan kedua. Ia banyak mempersoalkan pola hidup semasa hayat dan kaedah pemilikan kekayaan agar tidak terlalu rakus dan tamak. Namun perjuangan komunisme ternyata tidak sekadar menghapuskan kelas dalam masyarakat, tetapi turut menghapuskan nyawa manusia yang tidak sehaluan dengan ideologinya. Keganasan dihalalkan, boleh membunuh, mengugut dan melenyapkan apa yang ada asalkan matlamat dan tujuannya tercapai, komunisme sebagai ideologi yang diterima oleh semua manusia.
Menghidupkan kembali ideologi komunis, sama ada secara menganjurkan gerakan berlandaskan topeng rakyat, kesamaan kelas masyarakat, atau membawa balik ikon PKM itu sebenarnya satu usaha penuh muslihat dan penipuan. Ia tetap akan memanipulasikan rakyat dan tidak ada masyarakat yang tidak mempunyai kelas dalam sejarah manusia. Jika ada rakyat, mesti ada pemimpin. Rakyat dan pemimpin itu sudah pun menunjukkan terbentuknya kelas atau lapisan sosial.
Tidak perlu angkuh dengan perjuangan menggunakan rakyat sebagai tombok kuasa. Tidak perlu beralasan, walaupun pelbagai pertimbangan akan dilakukan, perjuangan dan aktiviti Chin Peng melalui PKM telah melukai masyarakat Malaysia tanpa mengira sempadan kaum. Chin Peng tetap akan disamakan dengan “penjenayah perang” ataupun mungkin perlu diadili sebagaimana rakyat Vietnam membenci Pol Pot, masyarakat dunia membenci Hitler, Mussolini ataupun Heng Samrin. Mereka telah banyak melukakan hati dan melakukan kekejaman fizikal dan psikologi kepada manusia.
Kamarun KH.

No comments:
Post a Comment