Thursday, May 28, 2009

SELOROH DAN SEKS SINIS MAHFUZ

Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS tidak seharusnya menggunakan seloroh dan kata-kata sinis berbau seks apabila mengutuk pemimpin BN. Tetapi yang anehnya pendengar gelak ketawa apabila Mahfuz meminta pemimpin UMNo tidak perlu sibuk untuk berkempen dalam PRK Penanti.

Mahfuz menuduh Khairy Jamaludin telah mengeluarkan kenyataan supaya meminta pengundi tidak keluar mengundi dalam PRK Penanti pada 31 Mei nanti. BN tidak bertanding atas alasan takut, tetapi tetap menyalahkan Khairy yang kononnya berkempen agar pengundi tidak keluar mengundi. Menurut Mahfuz, lebih baik Khairy "kapok bini, tak payah sibuk."

Perempuan bertepuk dan mencubit suaminya. Gelak ketawa disambut. Ramai yang tertarik dengan sindiran sinis berbau seks itu.

SAya terasa tidak sepatutnya Mahfuz berkata demikian kerana dia tidak sepatutnya berbuat demikian. Mahfuz tentu lebih baik bercakap dalam nada yang berhemah, kerana Islam menyuruh umatnya bercakap dalam lafaz yang tidak mengaib atau mencerca orang lain.

Mahfuz turut menyelar keputusan mengehadkan jumlah mata pelajaran yang boleh diambil oleh calon SPM mulai tahun 2010. Dengan mengehadkan maksimum 10 mata pelajaran, Mahfuz menuduh sebagai satu usaha menggagalkan pelajar-pelajar sekolah agama. Ini kerana, subjek sekolah agama sudah pun banyak, manakala subjek teras sudah pun terdapat lima.

Jika mengehadkan sepuluh, pelajar sekolah agama tidak akan ke mana nanti. Ia akan menyebabkan mereka terpaksa menggugurkan beberapa subjek penting, yang amat diperlukan sebagai persediaan memasuki pusat pengajian tinggi Islam.

Mahfuz turut berjanji akan membawa cadangan dalam sidang Dewan Rakyat yang akan diadakan pada 15 Jun nanti. Usulnya ialah untuk "mencadangkan gaji Perdana Menteri dipotong sebanyak RM 10 sebagai simbolik kerana membohongi rakyat mengenai keadaan ekonomi."

Menurut Mahfuz, semasa menjelaskan masalah ekonomi, Menteri Kewangan pernah menegaskan, "Malaysia tidak mengalami kemelesetan kerana mempunyai asas ekonomi yang kukuh." Tetapi, setelah membentangkan prestasi ekonomi pada suku pertama tahun ini, "KDNK telah merosot menjadi negatif 6.2 peratus."

Ekonomi Malaysia akan terus merosot pada suku kedua tahun ini, tetapi dijangka pulih pada penghujung tahun. Ini membuktikan kerajaan "telah berbohong" dan seharusnya Menteri Kewangan "dihukum kerana tidak bijak merancang ekonomi."

Mahfuz lupa bahawa walaupun ekonomi Malaysia mencapai tahap pertumbuhan KDNK negatif, tidak bermakna mengalami kemelesetan ketara. Ia adalah kemelesetan teknikal. Kerana Mahfuz tidak faham mengenai pengurusan ekonomi yang lebih besar, hanya tahu menyeru orang ramai menghulurkan derma "tak cukup belanja untuk berkempen", dia bolehlah membuat andaian yang terlalu mudah dan simplistik.

Mahfuz juga menyalahkan kerajaan apabila pihak polis menangkap mereka yang melancarkan mogok lapar, berpakaian hitam dan berpuasa sunat. Alangkah sempitnya pemikiran Mahfuz kerana tidak dapat membezakan mogok lapar yang dilancarkan oleh pembangkang itu ialah sebagai protes. Tidakkah tindakan itu menggambarkan sifat buruk pembangkang yang cuak dengan perjuangannya sendiri.

Memncari simpati dengan cara yang salah, kerana akan mendesak tindakan kerajaan. Jika kerajaan membiarkan mogok lapar itu berterusan, pembangkang akan terus menyalahkan kerajaan kononnya tidak peka dengan kehendak rakyat. Itu bukan kehendak rakyat, itu adalah cara komunis semasa melancarkan bantahan terhadap kerajaan semasa darurat dahulu.

Mahfuz juga membabitkan kerajaan Perak sebagai tindakan aneh kerana tidak ada negara dalam dunia ini memperoleh kuasa berdasarkan keputusan Mahkamah. Mahfuz lupa bahawa keputusan Mahkamah itu diperoleh kerana tindakan pembangkang yang tidak mahu menerima hakikat sebenarnya.

Nizar telah membawa keputusan Paduka Sultan Perak agar mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana tidak mempunyai sokongan majoriti. Hasilnya, Mahkamah Persekutuan memberikan keputusan bahawa Nizar Menteri Besar yang sah. BN membuat rayuan, dan Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan tersebut. Tampok kuasa negeri Perak adalah milik BN.

Yang memulakan tindakan mahkamah ialah PAS atau kerajaan campuran yang dipimpin oleh Nizar. Kenapa marah teramat sangat sehingga sanggup melontarkan fitnah, kononnya BN telah tidak berlaku adil. Lihat apa yang Nizar lakukan, di mana sanggup menggadai kouta Melayu bagi menjaga hati dan perasaan orang Cina. Sanggup mengubah kouta pemilikan rumah bagi Bumiputera dan meluluskan projek perumahan yang tidak mampu dibeli oleh Bumiputera. Itu bukankah satu kaedah menyingkirkan bumiputera secara tidak langsung, atau orang Melayu sendiri.

Mahfuz perlulah bercermin dengan penuh ikhlas. Mahfuz sepatutnya mengakui, yang salah itu salah, sama-sama kita perbetulkan dan bukannya asyik menyalahkan apa yang dilakukan oleh orang lain. Apa yang Mahfuz lakukan untuk mengekang kemelesetan ekonomi. Cuba perdengarkan langkah dan petunjuk prestasi dengan jelas, dan bukannya pandai membuat komen, tetapi tak tahu bagaimana melakukannya dengan tindakan. Jangan terlalu banyak retorik, kerana ia bakal mengundang dosa besar yang sukar dimaafkan.

No comments:

Post a Comment